Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Ahad, Oktober 18, 2009

CERPEN : Little Princess....


Disuatu senja dimusim yang lalu
Tika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di rembang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyumanmu
Dengan mengusap titik air mata
Kau bisikkan di telingaku
Tersentak aku dalam kehancuran
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ki ingin membalut luka hatimu
Widuri…
Elok bagai rembulan..oh sayang
Widuri…
Indah bagai lukisan…oh sayang
Widuri….
Bukalah pintu hatimu…untukku
Widuri….


<@rT@KuS> samekum…
ws
<@rT@KuS> ari nie ok ker? Ader prob lagik ngan bapak jin tuh?
seperti biaser. Bapak jin tetap bapak jin!
<@rT@KuS> ahaks! Citer ler apa yang dia wat kat wid lagik?
bapak jin tuh memang poyo betui. Ari nie dier reject paperwork wid.
Ader ker patut dier kater idea wid ketinggalan zaman. Tak patut
sungguh! Zalim cam Israel la orang tua tuh!
<@rT@KuS> alahai… ciannyer… takper.. kang kalau langgar cakap dier, nanti
dier kata wid student derhaka pula. Silap hari bulan effect kat markah.
Kes naya beb! So,sabarlah.
tu la… nat wat camnerkan. Kuasa veto kat tangan dier…

* * *
Huarg!!! Dah dekat 3 jam aku chat dengan mamat nie. Tak sedar pulak ayam dah berkokok. Isyy… kalau tak kerana aku ada kelas esok, sure sampai pukul 7 pagi pun aku sanggup chat dengan Art. Emm.. Art atau Artakus…sejak aku mula chat dengan mamat nie empat bulan yang lalu, dah macam-macam problem aku luahkan. Nasib baiklah mamat nie tak boring. Sekurang-kurangnya aku dapat kaunselor tak rasmi. Huarg!!!opss! Terbesar pula aku menguap. Kalaulah menguap gini depan opah, pasti kena ‘ketam’ dengan dia. Tidur la… da rindu nak peluk bantal Garfield busuk aku tu.

Pocot! Mummy ku sayang! “Oii! Mata letak kat mana? Lutut ke?”. Tak pasal-pasal kena bantai dengan aku bila terlanggar dengan seorang budak junior. ‘Hangin’ betul la. Dah la ngantuk sebab tak cukup tidur malam tadi. Eh! Aku tidur subuh la! “Kau ni E’ein ‘Hangin’ memanjang. Cool la. Cuba kau maintain macam aku ni. Baru la ramai pakwe nak himpit. Ini tak, brutal sangat.” Anis mula membebel sambil membetulkan tocang ala-ala ekor kuda tu. Dah la perasan lawa macam Siti Nurhaliza. Piiraaahh mabuk! Jelita lagi opah aku yang dah 64 tahun tu. Berganda-ganda jelita dia tau! “Kau ni bukan setakat jantan kegersangan je yang himpit kau. Ti si Dino pengkid pun terpikat dengan kau. Carik penyakit betul!” Rungut aku. Meluat dengan perangai control ayu lah tu. “Ala.. sekurang-kurangnya saham aku mendadak naik. Biasalah… sapa yang tak kenal aku. Ratu kat Kolaj Sri Bestari ni,” Peh! Perempuan ni TETAP mempertahankan statement syok sendiri dia tu. Sebelum mak nenek ni perasan lebih, baik aku blah.

Tap…tap…tap..tap...ak e na.. sapa pakai kasut ala kawad polis tu. “Selamat pagi Encik Adzaini,” pekik Hisham selaku koordinat kelas dan diikuti semua rakan sekelas aku cuma aku je yang buat bodoh. “Selamat pagi semua. Ok hari ni saya nak collect sketching awak semua,” tu dia arahan dari bapak jin, gelaran yang paling SESUAI buat Encik Adzaini. Seorang demi seorang rakan sekelas aku menghantar sketching. Dah la mata aku naik rabun tengok perempuan-perempuan perasan kat kelas aku yang tergedik-gedik bila berhadapan dengan Encik Adzaini terutamanya Julia, perempuan yang paling menggeletis dalam kelas aku. Meluatnya aku… agaknya dapat kot pikat pensyarah yang kononnya hensem macam aktor Jepun, Yutaka Takeinochi tu, aktor kesukaan aku pula tu. Tak SESUAI!!!!
“Izryn, awak punya skecthes mana? Buat-buat lupa nak hantar pada saya. Ataupun tertinggal kat rumah biar kucing awak check ye!,” tiba-tiba sahaja bapak jin tu sergah aku bila aku syok lukis gambar dia pakai uniform mascot orang Utan. Gulp! Dengan langkah berat, aku menghadap bapak jin tu untuk menghantar sketches tanpa sepatah kata.
“Nanti dulu Izryn. Awak punya kerja ni teruk sangat. Macam hasil kerja budak tadika. Ini ke student multimedia dari kolej yang terkenal? Awak berangan ke masa saya ajar?,” Tengking bapak jin tu. Hua!!!! Oh.. mummy.. Tolonglah!!! Macam nak menangis pun ada bila kena tengking depan semua rakan sekelas aku. Hampeh punya bapak jin. “Tapi Encik Adzaini. Saya rasa ini hasil kerja yang terbaik dari saya. Lagipun sebelum hentar pada encik, saya dah rujuk pada Encik Bahar dulu,” aku tetap mempertahankan hasil kerja aku. Betul aku dah tunjuk pada kat Encik Bahar, pensyarah yang paling kamceng dengan aku. “Sekarang ni sapa pensyarah awak? Saya atau Encik Bahar? Kalau awak nak sangat tunjuk kerja awak tu kat dia, jangan masuk kelas saya!”. Sekali lagi aku kena herdik. Oiii! Mak bapak aku pun tak pernah tengking aku macam gini tau! Ini tak boleh jadi ni! “Kalau encik tak nak saya masuk kelas ni, 1000 kali saya pun tak ingin! Dari tengok muka encik cam serigala jadian tu, baik saya hadap muka pak guard kat bawah!,” ops! Betapa celuparnya mulut aku. Kalau mama tau sure aku kena gantung hidup-hidup.
“OK, kalau awak tak nak masuk kelas ni, dipersilakan keluar sekarang. Jangan nak buang masa saya lagi!”. Muka pensyarah yang macam tak siap itu aku tatap macam nak telan. Nasib baiklah aku tak ada lesen membunuh. Kalau tak, sure bapak jin ni aku lupuskan dari muka bumi ni.

Tanpa lengah masa lagi aku menuju ke bilik Encik Bahar. Tanpa ketuk, terus sahaja aku menyerbu masuk ke bilik tu. “Apa lagi yang tak kena dengan kamu ni, E’ein? Muncung kamu tu boleh buat penyangkut baju! Ni sah kes gaduh dengan Adzaini”. Encik Bahar meletakkan surak khabar di atas meja. “Bengang sungguhlah Encik Bahar. Nasib baiklah dia tu pensyarah. Kalau tak dah lama saya terajang!” Ku capai majalah kesayanganku, REMAJA. Wah! Cun gila cover bulan ni.”Kamu saja yang cari pasal dengan dia kot?”
“Tak.. dia yang cari pasal dulu. Saya dah buat sketching tu sebaik mungkin. Kan ncik Bahar sendiri dah tengok hasil kerja saya tu dan cakap yang saya ni kreatif. Bapak jin tu je yang tak tahu nak hargai kerja saya. Ada ke patut dia kata kerja saya lebih teruk dari lukisan budak tadika. Kalau tak puas hati sangat, pergilah jadi cikgu tadika. Tak payah jadi pensyarah!,” geram sungguh aku dibuatnya. “Hahahaha… E’ein… E’ein.. Kamu ni kalau marah nampak cute la.. macam Amy Mastura. Hahahahaha…” Amy Mastura? Tu pujaan aku tu. Tau-tau je Encik Bahar ni. “Macam ni la cik Izryn, sabar sajalah. Sekarang ni saya nak kamu mintak maaf dengan Adzaini. Nanti awak fail, kena extended paper. Nak ke?”.
“Mintak maaf? Oh tidak! Tak sanggup saya”. Aku lihat Encik Bahar mengelengkan kepalanya. Mungkin dia pun dah faham dengan perangai keras kepala aku ni. “Takpelah E’ein. Nanti saya akan slow talk dengan Adzaini. Sekarang ni baik kamu lepak kat studio, tengok balik apa yang boleh diubah sketching kamu tu. Manalah tahu kalau kamu boleh buat yang lagi bagus”. Fuh!!! Lega aku mendengarnya kata-kata Encik Bahar. Lega rasanya.


<@rT@KuS> Widuri.. cantik rembulan.. oh sayang.. salam..
Ececeh..
<@rT@KuS> amacam ari nie? Ok ke?
penuh dengan ke’hampehs’an. Boring giler sebab bapak jin halau wid kuar
dr kelas
<@rT@KuS> hah! Aper dah jadik? Wid gaduh dengan dier ker?
A’ha. Ader ke patut die tengking wid depan classmate wid. Dier kata
sketching wid cam budak tadika punyer lukisan. Sakitlah ati wid. Aper
lagi wid pun terus marah dier balik. Last<> la…yang wid balas balik
wat aper.Tak ker tak pasal<>lantak pi la.. dier ingat dia bagus sangat ker?
<@rT@KuS> wid…wid..keras kepala sangat. Sebagai student,wid patut ikut cakap dier.
Tak bermakna biler dier marah wid, dier anti dengan wid. Mungkin dier
nak wid improve kerja<>
ntah la…. Tatau… jangan citer pasai dier. Bengang tak abis lagik nie…


* * *
“Izryn! Tunggu dulu.” Siapa pula yang terjerit-jerit nama aku ni. Pantang Hang Jebat bila nama aku dilaung kuat-kuat. “Izryn..” Toing! Bagai nak terkeluar biji mata aku bila orang yang melaungkan namaku adalah Encik Adzaini. Apa pula bapak jin ni nak? Dah la tersengih-sengih macam monyet dapat autograph Siti Nurhaliza. “Kenapa semalam tak masuk kelas saya?,” tanya bapak jin tu dengan suara yang..alahai.lembutnyer..sorry beb..gua takkan terpikat! Never!! “Kenapa tak masuk kelas semalam?” Diulanginya soalan tu. Apalah dia ni. Semalam dia yang halau aku, lagi mau tanya. Patut ke aku bantai mamat seorang ni tak? Patut ke?
“Kan Encik yang halau saya kuar dari kelas. Lupa ke? Yelah…kerja saya kan macam budak tadika. Mana layak masuk kelas encik!” dengan selamba je aku jawab. Peh! Merah padam muka bapak jin ni. “Ok..ok..sebenarnya saya tak nak awak fail dalam subjek ni. Saya tak nafikan yang awak ni kreatif. Sekarang ni time saya ajar kelas awak. Jomlah!” dengan selamba je bapak jin tu tarik tangan aku. Oii! Giler ker? Apa dier ingat aku ni awek dia ke? “Apa pegang-pegang ni? Saya boleh jalan sendiri la,” terus saja aku rentap tangan aku.
“Opss!! Sorry!”.
Sejak peristiwa bapak jin tu pujuk aku, dia dah mula berlembut dengan aku. Entah apa angin dia pun aku tak tahu. Mungkin disebabkan Encik Bahar slow talk dengan dia kot? Mungkinlah.. hari ni melangkah masuk je di kelas, aku terkejut kucing. Mana tidaknya, tiba-tiba saja ada bungkusan kecil yang tertera ‘Special For Little Princess’ dalam laci meja aku. Terus aku buka bungkusan itu untuk melihat isi dalamnya. Wah! Ada kotak muzik yang mendendangkan irama Unchained Melody. Sapa plak yang bermurah hati bagi hadiah kat aku ni. Lagipun birthday aku lambat lagi. Dah lah tak de nama pengirim, cuma tertulis ‘SECRET ADMIRE’. Pelik..tak sangka aku ada peminat misteri. Kalaulah Anis tahu, sure bengkek gila! Apa..dia ingat dia je yang ada peminat. Aku pun ada le.. Hah! Mula le nak riak tu, kontrol beb!!!

<@rT@KuS> Cak! Hai sayang…
ceh! Tetiba je bersayang nie. Buang tebiat ker aper!
<@rT@KuS> saja… takkan tak leh kot.Memang Art sayang kat wid. Kan dah lama kita
kenal
oh yeker! Ececeh..tak sangka ada gak yang sayang kat wid ek! ahaks..
<@rT@KuS> sayang wid…
Art, nak tau tak.. ari nie wid dapat hadiah musical box. Tapi tatau saper
yang bagik
<@rT@KuS> wah! Hebat.. bertuah! Secret admire ker?
tulis kat situ pun secret admire. Tak sangka!
<@rT@KuS> iay… nie yang tak best. Ader orang nak potong line Art plak. Tak boleh
jadik nie!
Takper..Art boleh jadik pakwe cyber wid..hahaha ha hah..
<@rT@KuS> taknak! Art nak jadik kekasih paling setia wid.REALITI! Suatu ari nanti
kita akan berjumpa juga WIDURI
peh! Jiwang karat plak memalam nie. Art tak sihat ker? Hahahahaa…
<@rT@KuS> wid tak percayakan Art ker? Art serius nie!
Bukan tak percaya.was<>
<@rT@KuS> wid… suatu ari nanti wid akan tahu jugak sape Art sebenarnya. Kita
sebenarnya ‘dekat’ wid!
yelah tuhhh.. dekat.. Jauh di mata dekat di hatikan!! Hahahha…

Sejak aku terima hadiah misteri tu, selang dua hari ada sekeping kad terlekat di meja aku. Pelik…entah siapa punya kerja. Dalam kad tu…amboi, bukan main jiwang kata-kata. Yang kelakarnya si pengirim misteri ni menggelarkan aku Little Princess. Berbunga aku baca… dalam erti kata lain, bangga gila wa cakap lu!! Penghuni kat Tanjung Rambutan tu pun tak gila cam aku!!
Habis saja kelas Cik Intan yang ajar aku subjek Programming , aku terus ke bilik Encik Bahar. Seperti biasalah time boring macam ni Encik Baharlah yang selalu jadi mangsa aku untuk bab menyakat ni. Aku kan terkenal dengan orang yang suka menyakat. Nasib baiklah dia sporting dan tahan dengan perangai brutal aku ni. Eh! Tak ada pula orang tua ni. Mana Encik Bahar ni pergi? Tak apalah…sat lagi muncullah dia. Best jugak dapat duduk di kerusi ala bos ni. Boleh pusing-pusing sambil tu tangan aku merayap membelek-belek setiap khazanah yang ada di atas meja Encik Bahar. Semak semacam pula tu baik aku tolong kemaskan sementara tengah rajin.

Eh, ada Apple I-Book. Bila pula Encik Bahar ada I-Book nie? La..bukan orang tua tu punye.. Encik Adzaini rupanya bila nama bapak jin tu appear kat skrin monitor bila aku membukanya. Apa isi dalam I-Book ni ye? Baik aku check. Manalah tahu kalau ada gambar girlfriend dia… Peh…siap ada IRC. Meh aku check Log kat Irc dia, dengan sapa dia chat ye. Toing…toing..mataku macam nak terjatuh..bedebak bedebuk jantung aku dibuatnya bila nick yang selalu aku guna tertera kat Long File.

WIDURI!!! Arghhh!!

@rT@KuS???

O h, t i d a k. . . s e l a m a nie…

Arghhh…

“Bahar, I-Book aku ada kat…” tak abis ayat Encik Adzaini bila dilihatnya aku yang ada kat bilik Encik Bahar. Dah la tu aku tengah pegang I-Book dia pula. Tanpa bercakap sepatah pun, aku terus meletakkan I-Book tu dan keluar dari bilik Encik Bahar. Tak sanggup aku nak menatap muka bapak jin tu.. marah bercampur malu pun ada! “Izryn! Tunggu dulu…” Tak sanggup aku nak tunggu beb! Penat aku berlari tak sangka pula sampai kat atas bangunan kolej aku.

Tercungap-cungap dibuatnya. Aku rasa Nik Aziz, pelari pecut Negara sure tabik spring tengok aku lari tadi. Boleh pecah rekod dunia, mana tak nya kolej aku kat tingkat 2, tapi bangunan tu ada 7 tingkat dalam hanya beberapa minit sahaja. Bayangkan macam mana aku boleh lari sampai atas bangunan. Perhhh!! Buang masa je fikir!
“Izryn…Izryn..,” terdengar suara orang memanggil aku. Hua… opah.. terkejut aku bila Encik Adzaini betul-betul berdiri belakang aku. Dia pun tercungap-cungap. Peluh membasahi baju dia. Dengan rambut depan yang sedikit terjuntai sambil matanya menyorotnya padaku, menyerlahkan ke’hensem’an dia. Patutlah ramai betul budak perempuan yang terjatuh cinta.
Memang sah muka dia sebiji macam Takenuoichi Yutaka!
“Izryn .eh. Widuri. emm. Little Princess”
Terkejut aku mendengar dia melafazkan nama Widuri. Little Princess? HAH! Memang sah selama ni orang yang aku chat ialah..alamak! Dan yang bermurah hati bagi aku hadiah dan kad..oh tidak! Aku bermimpi..aku cubit pipiku…aww..sakit ler..sah! Aku tak mimpi! “Wid…dengar dulu apa yang Art nak katakan..” Encik Adzaini mula menyentuh bahuku, “Jangan sentuh saya!” Aku tepis tangannya. Terasa fobia semacam disentuh sebegitu. Terdengar keluhan kecil dari mulut Encik Adzaini. “Wid..memang selama ni kita selalu chat setiap malam. Adzaini ialah Art dan Art ialah Adzaini. Art mintak maaf sebab selama ni Art merahsiakannya. Dan Art juga mintak maaf sebab selalu berkasar dengan Wid dalam kelas. Art sengaja nak menduga Wid. Bukan niat Art nak menaikkan kemarahan Wid. Art…”
“Cukup! Saya dah tak sanggup nak dengar!” Aku terus menekupkan telinga, tak sanggup nak mendengar apa yang ingin diperkatakan Encik Adzaini. “Wid, dengar apa yang Art nak cakap ni. Sebenarnya memang dah lama Art perhatikan Wid. Art cumalah tahu nick yang Wid guna bila terbaca sekeping kertas terselit dalam proposal yang Wid hantar pada Art 6 bulan yang lalu. Art dah lama tau Wid aktif dalam Irc bila Art terdengar Wid sibuk berborak dengan rakan sekelas Wid. Dari situ Art dapat tahu channel mana yang Wid masuk. Jadi Art pun cuba cari Wid dalam Irc dan tak sangka akhirnya Art berjaya. Dan hadiah dengan kad yang selalu dalam laci meja Wid di kelas pun Art yang bagi. Wid, Art sebenarnya… Art….” Aku rasa macam nak pengsan dan dapat mengagak apa yang Encik Adzaini hendak diluahkan. Tak sanggupkah aku mendengarnya?

“Saya cintakan awak, Izryn!”

Boommmm! !
Bagaikan meletup jantung aku mendengar kalimah yang baru saja dilafazkan Encik Adzaini itu. Bergegar seketika kepala aku. Tanpa disedari air mata aku macam murah saja mengalir laju.

Jangan menangis Izryn! Pujuk hatiku sendiri. Tapi apakan daya, sekarang ni baru aku sedar memang betul tanggapan orang yang perempuan memang murah dengan air mata. “Wid, sejujur-jujurnya Art katakan yang Art benar-benar menyintaimu. Percayalah… Art takkan mempersiakan Wid,” Begitu tenang sekali dia melafazkannya sampai aku pun terpegun mendengarnya. Memang tak dinafikan, aku pernah menyimpan perasaan terhadap Encik Adzaini masa mula-mula mengajar di kelasku. Tapi perasaan itu hilang bila dia selalu mencari kesalahan aku.
Dari perasaan suka timbul benci.
Tapi bila timbul benci… arghh!!!
Airmataku tumpah lagi dan tanpa disedari Art mendakap tubuhku. Aku seperti merelakannya dan terasa bahang kasih sayangnya meresapi jiwaku. Inikah dinamakan cinta? Best juga. Kalaulah aku tahu cinta tu satu perasaan yang istimewa, dah lama aku bercinta! Bukan dari dulu tak ada orang yang tangkap cintan denganku, ramai beb! Sapa kata saham aku tak tinggi? Aku je yang jual mahal! Bukannya apa, ingat senang ke nak pilih kekasih. Macam pilih ikan kat pasar? Opss…terlajak pula..lupakan.
Setelah semuanya reda dan aku pasti dapat menerima cintanya, aku menanyakan dua soalan yang cepumas padanya, “Art, boleh Wid tanya sesuatu? Mengapa gunakan nick ‘Art’ dan apa yang istimewa Wid di mata Art?” Dia tersenyum. Bagiku senyuman itu begitu indah sekali.

“Emm..kan nama Art, Adzaini, orang pun panggil Ad. So, jadilah Art dan ARTAKUS tu salah satu
watak dalam novel KEMBARA ARTAKUS karya Ahmad Patria Abdullah. Sebab Art sukakan Wid pula, sebab Wid seorang gadis yang lain dari yang lain. Wid happy go lucky , selamba, tegas tapi keras kepala! Hahaha!”
“Amboii…sedapnya mengata orang. Nah rasakan..” Terus sahaja aku mencubit lengan sasanya itu. Dan tika itu aku terasa amat bahagia sekali. Bahagia menerima cinta ARTAKUS, bahagia berbaik dengan bapak jin dan..”Kenapa Wid gelarkan ADZAINI, bapak jin? Boleh ceritakan pada Art. Wid tak pernah cerita bab ni walaupun dah hampir 5 bulan kita dok chat.”

“Nak tau kenapa Wid gelarkan Encik Adzaini yang kerek tu bapak jin? Nak tau…hahahah… mana leh kasi tau... Terus saja aku lari meninggalkan dia terkapai-kapai menantikan jawapanku.
“Eh! Wid..tunggu! Ooo…. Saja nak mengenakan Art ye!” Adzaini terus mengejarku dari belakang dan terus berlari dengan riangnya….Aku dah bahagia!!!!

P/S: untuk bacaan bersama-sama…

Isnin, Januari 19, 2009

cerpen kedua aku dah dikeluarkan dalam penulisan 2u

ermm..takku sangka yang cerpen keduaku telah dikeluarkan dalam masa yang singkat sekali...
sebelum ni memang lama sekali nak dikeluarkannya..
walaupun ada banyak komen, tapi aku tegar dengan semuanya... biasalah nak berjaya mestilah banyak yang bagi kritikkan? ye tak?
tapi..aku dah rasa yang cerpen ke dua ni the best, tapi hampesss...
pembaca masih tak gemarinya lagi... aduii susahnya nak puaskan hati orang ini ya...
tapi aku takkan berputus semangat..aku akan makin berusaha lagi.. jayooo...

Rabu, Januari 14, 2009

Cinta Si Gendut dah dikeluarkan....


aku dapat tahu cerpen aku, cinta si gendut dah dikeluarkan dalam blog penulisan2u. tapi banyak jugak yang bagi commentnya... so, maknanya adalah yang membacanya, kan??
so, aku gembira sangat ni
so, ada yang bahi comment positif dan negatif, tapi akan memperbaikinya, yang paling comment tentang english aku teruk giler tau....

kejayaanku


Teramat susahlah sekali untukku buat blog ini sehinggakan aku nak naik feedup tau. Akhirnya aku meminta pertolongan daripada kawan yang baik hati dan nasib baiklah dia menolongku...Terima kasih banget sih...


Apa pun nilah usahaku yangmembuahkan hasilnya.... Akhirnya aku dah ada blog cerpen sendiri bagiku untuk tulis dan bagi pengguna baca akan cerpen nukilanku sendiri. Bukan apa nak mengharapkan blog orang lain siarkan cerpen aku amatlah susahn bangat tau...


Geram pun ada,dia buat derk jer....


hanya ni aku mahu coretkan dulu...daaa


video