Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cerpen Cinta Si Gendut part 3

Cinta Si Gendut
Part 3


Jamuan majlis hari jadi Zayrel akan bermula sebentar sahaja lagi. Semua tetamu yang dijemput telah datang dan memenuhi ruang laman rumahnya ini. Kawan-kawannya juga sudah lama datang dan hanya tinggal seorang sahaja yang belum muncul. Adakah dia akan datang malam ni? Datanglah!!
Zayrel leka melayani tetamu yang datang. Dari jauh, langkah kaki Yang melangkah dengan perlahan. Dia juga berpakaian serba hitam tanda hatinya sudah gelap dek kerana Zayrel. Dia seolah sedang berkabung untuk dirinya yang sudah ‘mati’ kerana mengetahui niat jahat Zayrel kepadanya.
Di tangannya adalah hadiah yang telah dibeli olehnya bersama dengan Asmira. Hadiah ni perlu diberikan kepadanya berserta dengan sesuatu yang amat bermakna baginya ada dalam bungkusan hadiah ini. Dia perlu Zayrel mengetahuinya akan semuanya. Semuanya!
Yang berhenti dan merenungi tajam Zayrel dari jauh. Kakinya seolah kaku mahu melangkah masuk kerana mereka berdua memang berbeza. Berbeza sekali. Salahkah dirinya yang dilahirkan gemuk? Salahke dia menyayangi seseorang seperti Zayrel? Mengapa pula manusia suka menindas sesama sendiri? Mengapa jua perlu ada halangan dalam percintaan? Mengapa? Mengapa?
Zayrel pun ternampak akan kelibat Yang berada jauh lalu menghampirinya. “Lewatnya datang. Zayrel ingat Yang takkan datang tadi!” sapanya mesra.
Yang tersedar dan menyapu air matanya. “Nape nangis ni?”
“Taklah, mata masuk habuk. Oh.. hepi besday!!” kataku dengan cuba memaniskan wajahku depannya dan berlagak tak tahu depannya. Yang juga menghulurkan hadiahnya kepada Zayrel.
“Thanss, buat susah je. Kalu Yang datang dengan tangan kosong pun , Zayrel takkan marah!”
“Takpe, mungkin ni adalah hadiah terakhir dari Diayana!” kataku dengan penuh tersirat sekali.
“Apa maksud Yang ni?” soalnya keliru dengan nada ayatku malam ini.
“Oh, tak de apa-apa. Majlis dah mula ker? Diayana tak terlambat, kan? Apa yang Zayrel nak kasitahu pada Diayana?”
“Belum, nape dari tadi Zayrel dengar yang Yang bahasakan diri Yang, Diayana? Yang ada masalah ker?” soalnya prihatin.
Cukup! Jangan nak berlagak prihatin denganku. Jangan nak berpura-pura lagi. Cakap je apa yang kau nak cakap sekarang! Katanya dalam hati.
“Yang!!”
“Ye, ada apa?”
“Yang mengelamun ye. Tentunya ke bulan dengan Dato’ Sheikh Muszaphar kan? Angkasawan kacak tu!” selorohnya pula. Bukannya dia tak tahu yang ni adalah hobiku. Ah, terlalu banyak kenangan manis kami bersama selama ni. Dapatkah aku lupakannya secepat ni?
“Taklah, Diayana masih ada di sini. Apa yang Zayrel nak beritahu sesangat pada Diayana malam ni? Kalu leh, beritahulah sekarang!” gesaku kepadanya.
“Tak boleh, majlis pun belum mula lagi ni! Lagipun… eh, kenapa Yang pakai macam ni? Macam nak berkabung je!!” tanyanya apabila perasan akan cara aku berpakaian malam ini. Semuanya warna hitam.
“Semuanya warna hitam. Ada apa-apa ker yang berlaku?”
“Ada, kematian seseorang tadi!”
“Sapa yang meninggal dunia!”
“Diayana!” jawabku laju. Zayrel memandangku dengan terkejut. Kemudian dia tergelak.
“Ni tentunya gurau kan, kalu Yang dah ‘mati’, takkan Yang berdiri depan Zayrel sekarang ni! Ni bergurau je, kan?”
“Taklah. Ni yang benar. Diayana dah mati. Dah mati apabila dapat tahu sesuatu yang dahsyat sekali. Kini yang berdiri depan Zayrel adalah rohnya saje. Roh!”
Wajah Zayrel pucat apabila mendengar ayatnya ini. Masakan Yang sedang berlawak kerana wajahnya serius sekali. Takut dan gerund lihatnya. Lama juga kami berdua begini. Dan kemudiannya, Yang ketawa besar.
“Yes! Akhirnya berjaya juga Diayana kenakan Zayrel, apa macam? Takut?” soalnya dalam sisa tawanya yang belum habis.
Zayrel mengurut dada. Memang sah yang Yang hanyalah bergurau dengannya. Buat seketika dia bagaikan mempercayai omongan Yang tadi. Dia benar-benar menjadi orang lain tadi dan bukannya Yang pernah dikenalinya selama ini.
“Jomlah, masuk. Majlis akan bermula nanti!” ajaknya dan tika mahu memegang tangan Yang, Yang melarikannya. Zayrel hairan dengan penolakan ini dan berfikir yang agaknya Yang malu berpegangan tangan dengannya di khalyak ramai.
Eizda pun menghampiri kami berdua dan terus memeluk erat lengan Zayrel depan Yang. Yang mengerti yang ini adalah isyarat supaya Yang menjauhkan diri daripada Zayrel. Eizda bagaikan ingin memberitahu yang Zayrel hanyalah miliknya seorang sahaja.
Zayrel pun melepaskan pelukan ini dan terus melayani tetamu yang lain. Eizda kaget dan berpura-pura melindungi perasaan malunya. Yang pula hanyalah duduk di satu sudut yang terperuk. Dia tak de mood mahu bertegur sapa dengan tetamu yang ada.
Penyanyi undangan telah menceriakan majlis ini dengan menyanyikan lagu. Semua para tetamu tampak terhibur dengan hiburan yang disediakan. Zayrel sentiasa dikepit oleh Eizda sepanjang majlis ini. Yang merasakan perasaan yang mencucuk dalam hatinya melihat kemesraan ini.
Majlis ini pun bermula dan Zayrel kini sedang dikelilingi oleh keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan terdekat dalam majlis bersejarahnya ini. Yang pula masih berada di sini. Tak mahu berganjak pun.
Kedengaran lagu Hepi Besday dinyanyikan dan kemudian bunyi tepukan. Tibalah masa untuk membahagikan kek pula. Yang langsung tidak menjamah makanan dan bila dia mahu beredar, terpacul Zayrel depannya dengan sepotong kek di tangannya.
“Untuk Yang!”
“Thanss, Diayana dah kenyang!”
“Yang makan apa?”
“Minum air je. Tak lalu nak makan! Makanlah kek tu, Diayana nak pulang. Tak enak badanlah!”
“Janganlah pulang awal. Zayrel belum beritahu apa yang Zayrel mahu beritahu tu. Takkan Yang tak mahu tau?” umpannya pula akan hal ini. Pandainya dia membodekku agar berada lama di sini.
“Beritahulah cepat!” gesaku sedikit kasar.
Zayrel pun segera mengheret tangan Yang ke tengah majlis. Zayrel pun membiarkan Yang di tengah majlis dan Zayrel melangkah naik ke pentas lalu meminta mikrofon. “Perhatian semua! Malam ni adalah dengan sejarahnya hubungan saya dengan Yang akan berakhir. Dengan kata lainnya, putus. Disaksikan dengan semua tetamu yang datang. Dah genap saya bersama dengannya. Bye, si gendut! Ok, aku dah menang, harap korang semua akan tunaikan janji korang semua!”
Semua tetamu terkejut dengan pengumuman ini dan melihat wajah Yang yang tertunduk malu. Eizda sudah lama tersenyum panjang melihat semua sandiwara ini. Dendamnya sudah terbalas. Si gendut sudah mendapat malu.
Yang pun naik ke atas pentas dan memandang tajam wajah Zayrel yang tersenyum kepadanya. “Terima kasih!”
“Apa?”
Pang!!!!
Zayrel memegang pipinya ini, kali kedua dia menerima tamparan ini dan kali ini depan semua tetamunya. Dia pun menatap tajam wajah Yang dan mula mengangkat tangannya.
“Tamparlah, kenapa terhenti? Takut ker akan dikatakan lelaki dayus kerana menampar wanita?” cabarku pula kepadanya.
Zayrel tak jadi mahu membalas balik tamparan ini kerana benar sekali kata-kata Yang ini. Takkan dia mahu dipandang hina oleh semua tetamu yang datang.
“Kau ni memang tak kenang dek untung. Dasar gendut! Ada apa dengan cinta si gendut daripada kau? Kau ingat yang selama ni aku tu suka dann cinta bangat ker sangat pada kau. Aku hanya ada satu je rasa kat kau. Rasa menyampah, benci!!”
“Saya sedar yang saya ni gemuk! Saya pun ada hati dan perasaan. Semua orang tanpa kira bentuk fizikal pun ada perasaan tau. Tak sangka yang lelaki sesempurna kau ni memang tak punyai perasaan belas ehsan langsung. Hanya wajah yang hensem saje pun tak mencukupinya.”
“Oh, terima kasih kerana memuji aku ni hensem! Tapi, kau jangan nak memandai pula berleter pada aku ni! Kita sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Berambus kau dari sini. Jelek aku lihatnya!”
“Baiklah, jika ni yang kau mahu. Tapi, ingat yang kau akan sesali semua ni. Aku takkan maafkan kau semua kesalahan kau selama ni sepanjang hayatku dikandung badan. Kau akan menyesal, ni janjiku! Kau juga akan melutut depanku meminta maaf!! Kau akan melutut!! Kau takkan tenang!” sumpahnya lagi kepadanya.
“Bukan aku yang melutut dulu, tapi kau yang akan melutut kepadaku!” katanya bongkak.
“Zayrel! Apa semua ni? Kenapa kau buat Yang macam ni?” teriak seseorang. Yang melihat dan rupanya adalah akak Izzati.
“Akak, dia ni yang tak tahu malu, ada hati mahu berkasih dengan Zayrel. Zayrel mana ada suka dengannya. Dia patut dilayan sebegini!” katanya pula. Yang memerhatikan akan bicara kedua ini. Dia ni ker adik yang selalu akak Izzati ceritakan kepadanya.
“Kenapa perlu Zayrel malukannya sebegini. Zayrel tak baik buli dia macam tu. Akak tak pernah ajar Zayrel buat macam ni!”
“Akak jangan nak masuk campur. Ni hal saya dengannya. Dia mana layak berdiri setaraf dengan kita. Dia ni hanyalah anak orang miskin saje! Kita ni kan orang kaya! Orang kaya mana sama dengan orang miskin!” Zayrel pun terus menolak badan Yang dan dia terjatuh tersungkur lalu dahinya tercedera.
“Zayrel!!! Kau dah melampau. Yang ok ker?”
“Akak, jangan nak tolong si gendut tu. Memang layak dia berada di situ kerana hanya di situ tempat sepatutnya dia berada! Kat tanah!!”
“Apa ni Zayrel! Zayrel jangan nak pandang hina pada Yang. Zayrel tak tahu akan asal usul Yang sebenarnya. Yang ni sebenarnya adalah…” belum sempat akak Izzati menghabiskan katanya, Yang menarik bajunya dan meminta dia merahsiakan identitinya. Demi keselamatannya. Akak Izzati mengeluh perlahan.
Akak Izzati pun mengangkat badan Yang dan mengelap darah yang keluar dari dahinya. Makin banyak pulak darah ini.
“Sebenarnya apa? Sebenarnya gendut, kan?” katanya dengan tertawa kuat. Semua hadirin pun sama ketawa dengannya. Zayrel pun melihat yang Yang cuba beredar lalu memanggilnya, “Woi, si gendut. Dengar sini yang aku semenangnya langsung tidak hati dengan kau selama ni! Seluruh keturunan kau aku benci dan jijik nak dekat. Apatah lagi mahu bersama. Gendut macam kau ni aku langsung takkan pandang dengan sebelah mata aku pun! Kau memang tak layak nak berdiri di sebelah aku pun. TAK LAYAK! Faham! Sedar kit diri tu! Kau tu dahlah gendut, tak lawa, hodoh, macam katak! Gendut! Gendut! Walaupun kau goda aku macam mana sekalipun, kau tetap takkan berjaya. Aku takkan terpikat!”
“Cukuplah! Saya dah tahu betapa hinanya saya ni di mata Zayrel. Saya sedar yang saya ni hanyalah kuman kecil saje di mata Zayrel dan semua. Kalu tak masakan sanggup mempermainkan saya dengan sanggup membeli maruah diri saya dengan hanya harga RM 200. saya malu!!” kata Yang pula dengan menahan air matanya daripada jatuh.
“Ohh.. rupanya kau dah tahu. Jadi mudahlah kerja aku ni, tak payah nak menghabiskan air liur aku ni nak jelaskannya. Bijak juga kau ni!”
“Saya hanya mahu tahu hal sebenarnya! Kenapa? Kenapa?” kataku ingin tahu sebab musabab dia berbuat sedemikian.
“Sebabnya aku benci kat kau. Benci semasa pertemuan pertama kita dan selanjutnya. Apabila ada peluang je, aku terus rebut dan tak sangka yang kau ni memang cepat layu dengan pujukan orang lelaki seperti. Perempuan murahan!”
“Zayrel!” teriak akaknya pula.
“Takpe, akak. Dia akan menyesali dengan semua ni nanti. Satu masa, dia akan jilat semua kata-katanya ni, izinkan saya pergi. Semua yang saya ingin ketahuinya sudah terjawab. Maafkan segala kata-kata saya selama ni!” Yang bersalam dengan akak Izzati.
“Berlagak baik, konon. Blah lah. Tak reti ke nak berambus cepat!!!”
Yang melangkah tanpa berpaling lagi. Izzati hanya lah menangis mengenangkan nasib Yang yang berhati mulia ini. Mengapalah dia menderita sebegini rupa. Dan begini ker sikap adiknya selama ini. Sudah jauh tersasar rupanya dia selama ini. Aku sudah silap dalam mendidiknya.
“Akak kecewa dengan kau, Zayrel. Akak harap bila kau dah sedar akan semua kesilapan kau ni, akan ada ruang kemaafan di hati Yang untuk kau saat itu. Akak harap!” lauh akaknya dalam nada kecewa.
“Lantaklah, saya tak kisah! Mulai sekarang, saya tak nak dengar lagi nama tu. Dia sudah mati. Dah mati!!!”
“Semua, majlis disambung semula. Berseronoklah!” ucapnya menyambung semula majlisnya dan berseronok dengan kawannya. Akaknya pula telah lama masuk ke dalam rumahnya dan berteleku mengenangkan nasib Yang. kesiannya dia. Harap dia tabah menghadapi semua ini.

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan