Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC]


Ariana Berikanlah Cintamu [ABC]

Bab 1

“Ni yang buatkan aku malas nak menunggu ni. Mentanglah dia tu anak bos kat sini, sesuka hati dia ajer nak datang tak tentu masa ni. Ni yang buatkan aku tak suka dengan manusia jenis ni!” rungut Ariana dengan mulut yang penuh terkumat-kamit. Kami semua terpaksa berdiri selama 2jam setengah semata-mata ingin menunggu kedatangan anak bos.

“Apa yang kau merepek ni dari tadi aku tengok muka cam sambal tempoyak aje!” soal temannya yang baru dikenalinya usai dia mendapat tawaran bekerja di sini. Masam sahaja lagaknya itu. Kelat pun ada. Mahu tergelak sakan di hatinya.

“Pasal nilah, tak pasal-pasal kita semua kena berdiri cam patung hiasan ajer bak menantikan buah yang tak gugur pun!” ujarnya dengan penuh amarahnya.Mukanya sengaja dimasamkan menunjukkan akan ketidakpuasan hatinya dengan semua ini.

“Mana buahnya? Aku tak nampak pun!” soal kawannya dengan dungu sekali. Ariana tersenyum nipis tatkala mendengarnya, apalah punya lurus bendul betul kawan aku rupanya. Ariana menatap lama wajah Suraya dengan harapan sikapnya itu janganlah keterlaluan sangat, kan ada sahaja yang kena wakenabeb dengannya. Ada jer yang takkan dapat cari makan nanti pada zaman Millenium ini.

“Kau ni jangan nak dungu sangatlah. Buah yang aku maksudkan tu adalah anak bos yang nak datanglah. Dari tadi kita duk menunggunya, lubang hidung pun tak nampak tau. Dahlah kaki aku ni jenis yang tak senang berdiri lama. Ni yang buatkan aku feduup tau!” luahnya jua akan kemarahan yang bersarang dalam hatinya. Puas rasanya melepaskan ‘ia’. Sesekali jelingan maut diberikan kepadanya kerana menganggu kontrasasi umum. Lantak koranglah!! Apa ingat, korang semua saja yang ada jelingan maut tu? Aku pun adalah!!! Gerutunya dalam hati dengan selamba badak.

“Ohhhh!!! Bos rupanya. Aku ingatkan apa tadi! Aku pun sama dah lenguh tau, dahlah kita tak dibenarkan duduk walaupun sekejap pun. Apa punya zalimlah tempat kerja sini ya! Kita belum masuk kerja dah didera sebegini, kalu dah masuk kerja, agaknya lagi teruklah kita dibuatnya!” sahutnya dengan bersemangat waja. Kalah David Beckham ini. Oppss!!!

Ariana jua bersetuju dengan kata-kata Suraya itu dan mengakui 100%. Mereka berdua memang sekepala, jadi tidak hairanlah kalau mereka cepat mesra dalam jangka masa yang dekat.
Ariana pun mengangkatkan tangannya dan meminta izin untuk ke tandas. “Excuse me, boleh saya ke tandas?”
“Ok, tapi jangan lama sangat!” sahut salah seorang supervisor yang menjaga kami semua di bilik kecil ini. Ariana tersenyum bangga apabila kemahuannya dipenuhi.

Ariana berjalan dengan langkah panjang menuju ke tandas kerana sudah tidak tahan lagi menahan kejadian alam ini. Ini yang penting daripada menunggu orang yang entah bilalah akan ternampaknya batang hidungnya.
Usai sahaja Ariana berlalu, bayangan anak bos muncul dengan berpakaian serba hitam memasuki bilik mesyuarat itu. Ada macam ejen rahsia pulak kesemua. Mereka semua bagaikan terpana dengan rupa paras majikan mereka ni, jadi tidak berbaloilah masa mereka semua menantikannya. Suraya bagaikan terlopong melihat akan kejadian Tuhan ini kepada kaum Adam, memang sempurna sekali. Bak The Perfect Guy. Class gitu-gitu.

“Maafkan saya kerana terlambat, tahu sajalah jammed di Kuala Lumpur ni!” ujarnya dengan senyuman terlekang di bibirnya. Bagaikan mahu runtuh semua kepala lutut pekerjanya melihat akan senyumannya itu. Memang senyuman the killer of smile ini. Alamaknya, ada sahaja yang berubah menjadi lilin lah dalam bilik ini. Cair dengan the Killer Smiles ini.

“Baiklah, untuk permulaan ini saya akan meninjau prestasi kamu semua dengan harapan kamu semua akan bekerja dengan baik. Saya jua akan sentiasa menantikan hasil kerja yang terbaik daripada kamu semua, jadi buat yang terbaik!” ucapnya dengan penuh lantang sekali dan melilau akan wajah-wajah pekerja baru di sini.
Tidak sampai 5 minit pun ucapannya, bos nya itu mulai ingin beredar pergi. Ada yang mengeluh, ada yang tersenyum-senyum miang. Pelbagai ragam dan rupa terpancar di wajah mereka semua.
“Tu jer yang nak diberitahu? Sikitnya? Macam tak berbaloi ajer kita duk nunggu dia!” rungut satu suara di meja belakang.
“Betul-betul-betul! Aku sokong!”

Sesudah sahaja ucapan 5 minit itu, majikannya terus pergi. Mereka semua segera berlalu pergi dan Suraya sibuk sekali mencari akan bayangan Ariana yang masih belum jua muncul.
Memang rugi sekali Ariana kerana ketinggalan melihat akan wajah anak majikannya ini. Suraya segera menuju ke tandas mencari Ariana. Suraya mengelengkan kepalanya apabila matanya menatap Ariana sedang terlena dalam mangkuk sinki di dalam tandas.
Ya Allah, boleh lagi dia terlena di dalam sini, memang cari penyakit betullah kawan aku sorang ni, brutal betullah.

“Oiii!!!” jeritnya tepat di telinga Ariana. Apa lagi mengelebah beruklah si Ariana itu terjaga dari lenanya. Ariana terpisat-pisat bangun dan mengosokkan matanya yang agak kemerahan kerana kekurangan tidur semalam.

“Apa ni! Nasib baiklah jantung aku ni kuat lagi bergayut dalam ni, kalu tak dah lama masuk gol tau dengar suara kau tu!” amarahnya lagi. Suraya tersenyum macam kucing sahaja mendengarnya kerana memang salahnya itu.

“Boleh pula kau tidur kat sini ya. Terlena pulak tu, ni yang aku heran dengan sikap kau ni. Kalu akulah memang takkan tidur kat sini, apa class!!!”

“Dah, cukup! Jangan nak menunjukkan perangai miang kau tu. Apa hal kau cari aku ni? Ada hutang ker?” terpisat-pisat Ariana menggosokkan anak matanya sambil menyoalnya akan muncul di tandas ini. Suraya segera memutarkan ingatannya akan tujuan sebenar mencari Ariana.

“Oh... kau dah miss tau tengok wajah anak bos kita tadi. Hensemnya!!!! Boleh jatuh cinta cintun kami semua tadi tengok dia tau. Yang paling perfect sekali suaranya merdu sekali, macam nak lemah kepala lutut perempuan yang berdiri depannya tau! Kau memang terlepas tadi tau, rugi tau!!” katanya dengan muka yang penuh kemiangannya. Bak Kucing Parsi yang baru ditempah dari luar negara.

“Dah! Cukup, nak loya tekak aku mendengarnya. Macamlah perfect sangat dia tu. Apa kau ingat dia tu hensem sangat ker? Hensem lagi atok aku yang ada kat kampung tu, berganda-ganda hensemnya tau!” jawabnya dengan penuh berjiwa waja.
Suraya hanyalah mencebik sahaja mendengarnya. Apa minah ni buta ker? Dahlah tidak tengok lagi wajahnya dan boleh dia sedap ajinamoto mengata ajer yang atoknya lagi hensem daripada bosnya itu? Memang nak cari penyakit free of charge ini!

Ariana pun segera turun daripada sinki itu dan membetulkan wajahnya di cermin. Dicalitkan sedikit liplice di bibirnya agar sentiasa basah. Suraya pun sama turut touch-up wajahnya dengan harapan dirinya akan menjadi perhatian bosnya yang kacak itu.

“Jomlah, kan ada jer yang buat pengumuman akan kehilangan pekerja perempuan kat sini. Tak pasal-pasal leh terkenal kita berdua ni!” seloroh Ariana lagi dan saling keluar dengan berpimpin tangan.

Gelak ketawa keduanya saling bertaut. Jelingan daripada orang sekeliling diabaikan sahaja.



“Kamu berdua ke mana ni sejak dari tadi tak nampak pun. Cepat, Cik Asmira sedang check nama tu, sebelum kena dengar ceramah free, baik kita cepat sampai!” bisik Farah Akma yang jua berada di situ. Apa lagi semuanya segera berjalan laju macam lipas kudung menuju ke bilik latihan merangkap bilik mesyuarat.

“Suhaila Aleesya Mamat!” panggil Cik Asmira dengan lantang akan senarai nama pekerja baru. Suhaila mengangkatkan tangannya.

“Farah Akma Ahamad!”

“Saya!” ujarnya yang baru tiba. Farah Akma hampir-hampir tertangkap sahaja sekiranya supervisornya tahu akan ketiadaan di sini tadi.

“NorSuraya Mamat!”

“Saya!”

“Aein Ariana!”

“Saya kat sini, ‘Kasi Gegar!!!’ ‘in dah house’!” usai sahaja katanya itu, seluruh bilik ini bergema dengan hilaian tawa dengan kata bersahaja daripada Ariana ini. Wajahnya hanyalah bersahaja tatkala semua matanya menatap tajam kepadanya.
Cik Asmira pula hanyalah mampu mengelengkan kepala sahaja melihat telatah nakalnya itu. Memang kepala gila-gila betullah dia ini sorang, naik pening melayannya. Baru satu hari masuk kerja, sudah beribu ragam rempah ratusnya ditunjukkan. Ariana..oh..Ariana..
Satu bilik ini sudah dilambakkan dengan gelak spontan ekoran lawak antarabangsa oleh si gadis brutal ini. Ariana sekadar melemparkan wajah ke ter ‘slamber’ nya tersendiri.

“Baiklah semua, untuk sesi seterusnya hari ni kamu semua akan membuat lawatan akan semua kawasan dan jua diberikan sedikit info mengenai tempat sini. Oleh itu, saya akan pecahkan kamu semua kepada kumpulan kecil. Senarai nama saya sudah tampalkan dan kita semua akan bergerak selepas makan tengah hari. So, ada apa-apa soalan?” ucapnya selepas semuanya berhenti ketawa.

Ariana mengangkatkan tangannya,pantas!
“Yes?”

“Kami akan makan apa waktu lunch nanti?” soalnya spontan akan menu makanan. Sekali lagi ada jua ketawa daripada pekerja lainnya akan soalannya.

“Ish kamu ni, ada pula tu soalannya mahu ditanya. Kamu ni badan ajer kecil tapi makannya mengalahkan gajah tau. Kamu akan tahu sendiri lah bila pergi ke kantin nanti. Jelas?” Cik Asmira mengelengkan kepalanya mengenangkan sikap nakal Ariana ini.
Bisikan teman-temannya kedengaran jelas sekali di anak cuping telinganya ini. Ada yang merungut, Ada yang sempat menjeling dan sewaktu dengannya. Bagi Ariana, memang lumrah manusia bersikap demikian kepada insan yang hyper aktif gila-gila perangai ini. Ke tidak puasan hati lah itu!!! What ever lah! Yang penting, hatiku senang.

*************

Ariana mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali dan Suraya hanyalah mengambil kuih muih sahaja untuk lunch ini. Hampir nak jatuh bebola hitam anak matanya melihat akan makanan yang ada dalam pinggan milik Ariana itu,. Mak oii, orangnya kecil sahaja tetapi makannya bagaikan untuk 3 orang sahaja, kawan aku ni sihat tak?

Pantas sahaja tangannya melekat di dahi Ariana. Ariana kepelikkan dengan Suraya ni. Kenapa pulak ni? “Kau ni kenapa? Kena sampuk ker?”

“Kau tu yang kena sampuk tau, ni kau kenapa ambil banyak sangat? Kita ni makan untuk dua orang sahaja bukannya untuk satu kampung tau! Boleh meletup perut kau tu nanti, aku tak nak tolong angkat kau pergi klinik tau kalu kau sakit perut!” serius sekali mimik wajahnya dipamerkan kepadaku.

“Oii cik kak, aku memang makan banyaklah tau, ni dikira sikit sajer tau. Kalu kat rumah, memang lagi banyak dari ni tau! Dah jangan nak kacau aku, aku nak makan ni. Lapor tau!”

Mereka berdua segera menuju ke meja yang disediakan dan menjamu seleranya. Selesai sahaja membaca doa makan, terus dilahapnya makanan itu tanpa memandang ke kiri dan kanan. Betullah kata semua orang yang si Ariana ini memang kaki makan orangnya. Suraya hanya mampu mengelengkan kepalanya memandang lagak kawannya ini.
“Apa nak buat? Terima ajelah!!!” gerutunya perlahan dan menjamu selera.

Sedang mereka berdua menjamu selera, bayangan bosnya melintasi di depan dan segera Suraya menepuk bahu Ariana. Tersedak Ariana dibuatnya dan membuatkan air minumannya sedikit terkeluar dari mulutnya.
“Kenapa dengan kau ni? Kan dah tersedak aku tau!” pantas tangannya mengelap air itu dengan anak tudung kepunyaan Suraya. He..he..he.. tak tahu..

“Amazing!!! Bos kita lalu tadi tau!”

“Apa kaitannya dengan aku, tak kuasanya aku dengan bos tu tau. Tengok, kan dah basah baju aku ni! Kau ni memang suka mendajjalkan aku tau! Hilang selera aku!” terus pantas Ariana bangun menuju ke sinki bagi mencuci bajunya itu. Suraya pula hanyalah menengok sahaja langkah Ariana itu.
Tangan Suraya terasa ada sedikit basah di hujung anak tudung. Sepantas kilat, senyuman sinis Ariana bertamu di bebola matanya. Tompokkan hitam jelas kelihatan semakin membesar. Ini mesti kerja Ariana!!!! Siaplah kau nanti!!!!
Renungan tajam disalurkan kepadanya. Ariana tersengih sumbing sambil tidak menghiraukan keadaan sekitar di kantin yang kian sesak dengan kelibat manusia yang kelaparan.
Buk!!
Perlanggaran terjadi. Siapa pulak yang kena langgar dan dilanggari ini? Musykil betullah. Ada jugak ker isu pelanggaran ini dalam kisah ini. Telenovela kot!?
Tanpa Ariana sedari, seseorang sedang berdiri di belakangnya dan belum sempat untuknya berpaling, kakinya bagaikan terpijak lantai licin dan struktur badannya hampir sahaja terjatuh. Ariana menjerit kecil dan merasakan badannya sudah terjatuh di lantai. Jeritannya mendapat perhatian semua yang ada lalu ramai-ramai mengerumuninya.

Matanya dibuka dengan perlahan dan hampir mahu jatuh badannya kerana dirinya bukannya sedang berada di lantai tetapi dalam pegangan seseorang. Alamak, hero mana pulak ni? Macam familiar sahaja mukanya, siapa pulak dia ni?

Mereka berdua saling bertentangan mata buat seketika sebelum menyedari akan situasi sebenarnya. Ariana bagaikan terpaku dengan renungan matanya yang menusuk kalbu ini, hanya seorang sahaja yang menatapnya sebegitu. Dia ni adalah dia ker? Ingatan Ariana mulai berputar bak roda Roller Coster.

BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan