Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 3

Bab 3


Monolog seseorang dari zaman silamnya..

“Kau ingat yang aku ni kemaruk sangat ker nak kat dia tu? Tolonglah, dengan badan yang macam badak sumbu kat Afrika Selatan tu ada hati nak suka kat aku.”
“Aku ni boleh tolong belikan kat dia tu cermin paling besar sekali tau buat dia tatap badannya tu sebelum ada hati kat aku tau!”
“ Aku baik dengan dia pun kerana pertaruhan kita kan. Jangan buat-buat lupa pulak!!!”
“Korang semua jangan lupa habuan aku tau, RM 500 sorang”
“Tengok, aku sang juara Milo tau. Dia sekejap ajer dah tangkap leleh dengan aku selama ni, aku hanyalah kasi test ayat-ayat-power guna bateri Sonix sikit ajer dah cair.”
“Perempuan macam tu, leh wat spare part aje, doey!”
“Bini?...tut... next year aku jawab ya!!!!”

“Perempuan macam ni nak aku berkasih? Please lah! Kalu aku bawak jumpa keluarga aku memang nak kena gelak-free-of-charge...”
“ Kekasih aku mestilah badan macam Amerika Next Top Model baru best nak tayang dan bawak jumpa my family,doey!...”
“Setakat badan cam dia tu, wat sembunyikan dalam rumah bolehlah!”



Bagaikan terngiang semua kata-kata kesat ini dalam fikirannya. Setiap bait ucapannya itu masih lagi tersimpan kukuh dalam ingatannya buat selamanya. Hari demi hari takkan mampu menghapuskan semua ucapannya itu.
Ariana terdengar secara tidak sengaja sewaktu Ariana ingin masuk ke dalam kedai cendermata. Ariana sengaja mengekori Fakrel untuk berikan kejutan hadiah hari jadinya namun ini yang Ariana dapat secara live-direct-point.
“Pang!!!” serentak bunyi hadiah berkaca itu jatuh sekali dengan penampar hinggap di pipi Fakrel.
Merah padan wajah seperti udang kena bakar di unggun api Afrika Selatan menyambut World Cup Dunia. Wajah Ariana sudah kebasahan dengan titisan mutiara air mata. Lantaklah apa orang nak duk sibuk menjeling-jeling-ku-bertentang.
“Kau apa hal????” jeritnya setentang dengan mata yang seluas mungkin menahan malu ditampar oleh Ariana. Jatuh air mukanya di depan semua membernya. Ada yang terdiam terkelu seribu bahasa dengan adegan sebabak ini. Ada jer makan tangan penampar aku ni kang!
“Kau...memang..!” tergagap-gagap Ariana menuturkan dan hiba menyelimuti dirinya. Hidungnya mulai kemerahan menahan tangis di dalam dada.
Ini soal maruah diriku. Maruah!!!! Yang sedang diperkotak-katikkan oleh jejaka keluaran Zoo Negara Ekslusif ini. Spesis Buaya Darat, Biawak Hidup dan Cicak Kobing. Arghhhh!!!! Geramnya!! Tensonnnn!!!!
Terus hadiah itu terjatuh berderai di lantai dan buat julung-julung kalinya si Fazrel mendapat tamparan free-of-charge buat kali pertamanya di hari jadinya di sebelah pipi keputihan itu.
Tersentap Fazrel dibuatnya masa itu dengan diriku yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Wajahnya yang pucat-kelu-seribu-bahasa itu masih segar lagi dalam ingatanku ini.
“Tamparlah kalu berani. Pengecut! Hanya pengecut jer berani angkat tangan dengan perempuan. Jantan dayus!” Ariana mengapi-apikan Fazrel yang sedia ada mengangkat tinggi tangannya untuk membalas kembali tamparannya itu.
Ariana sengaja mendekatkan wajahnya bagaikan mencabar kreditbiliti Fazrel depan khalyak umum ini. Kecil ajer wajah Ariana ini dalam pandangan mata Fazrel.
Provokasinya lagi, “Tamparlah, kalu berani. Gusar ker orang gelarkan kau jantan dayus kerana menampar wanita?”
“Pang!!!!” berdecit bunyi tamparan selari dengan palingan wajah ke tepi dek tamparan tidak diduga ini. Terasa merah tangan Ariana kerana menghadiahkan tamparan seketika tadi. Memang boleh masuk MELODI ini akan semua aksi hari inilah. Kalah artis yang sedia ada.
Fazrel menyentuh pipinya yang terasa pedih dengan layangan tamparan kali kedua. Seberani ini Ariana memperlakukan kepadanya sekali lagi. Macam ulangan Astro pulak. Live depan para kawan-kawan dan tetamunya pulak itu.
Pandangannya tajam menerjah wajah Ariana. Bergetar bibirnya menahan amarah yang kian memuncak di dadanya. Fazrel tidak jadi membalas tamparan itu kerana tidak mahu dipandang hina oleh para tetamu yang menjadi penonton. Perlu dijaga jua air mukanya. Penting beb!!
“Kau ni memang tak kenang dek untung. Dasar gendut! Ada apa dengan cinta si gendut daripada kau? Kau ingat yang selama ni aku tu suka dan cinta mati ker sangat pada kau. Aku hanya ada satu je rasa kat kau. Rasa menyampah, benci!!” berbutir-butir tohmahan bom dikeluarkan oleh bibir Fazrel terhadap Ariana.
“Saya sedar yang saya ni gemuk! Saya pun ada hati dan perasaan. Semua orang tanpa kira bentuk fizikal pun ada perasaan tau. Tak sangka yang lelaki sesempurna kau ni memang tak punyai perasaan belas ehsan langsung. Hanya wajah yang hensem saje pun tak mencukupinya.”
“Oh, terima kasih kerana memuji aku ni hensem! Tapi, kau jangan nak memandai pula berleter pada aku ni! Kita sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Berambus kau dari sini. Jelek aku lihatnya!” sinis dan penuh dengan sindiran sekali Fazrel menempleknya depan umum.
“Baiklah, jika ni yang kau mahu. Tapi, ingat yang kau akan sesali semua ni. Aku takkan maafkan kau semua kesalahan kau selama ni sepanjang hayatku dikandung badan. Kau akan menyesal, ni janjiku! Kau juga akan melutut depanku meminta maaf!! Kau akan melutut!! Kau takkan tenang!” sumpahnya lagi kepadanya. Aku dah kalah. Kalah dengan sandiwara duniawi ini. Ya Allah, tabahkanlah hatiku menghadapi dugaan ini.
“Bukan aku yang melutut dulu, tapi kau yang akan melutut kepadaku!” katanya penuh dengan rasa bongkak. Nazmel pula tersenyum nipis di sisi Fazrel.
Ariana mulai meninggalkan tempat yang dirasakan cukup ‘panas’ dengan menyepak kuat kaki Fazrel. Rasakan!!! Ini hanyalah permulaan sahaja.
Fazrel menyingga kesakitan dengan insiden yang tidak diduganya itu. Semua membernya berkelip-kelip dengan apa yang sedang terjadi ini. Memang sah yang ini bukannya cubaaann...!!!
“Sabar Faz..jangan nak buat sembarangan kat sini!” tegah Nazmel lagi setelah melihat mimik wajah Fazrel mulai menggila. Tentunya esok heboh satu taman ini akan memperkatakan yang anak Datuk Helmi, ditampar di khalyak umum oleh perempuan gendut!!. Arghhh...memang nak kena perempuan tidak berguna ni..
“Argghhh..persetan dengan sabar kau!! Aku rasa nak bunuh jer gendut tu hari ni jugak. Apa dia ingat dia ada hak tampar pipi aku ni? Aku dah lama bersabar tau.. Malu aku siot depan orang ramai ini. Apa dia ingat, dia tu bagus sangat?? Dah lama hiduplah tu kat dunia..nak pulak berasa hidup dalam tanah agaknya!!!” berapi-api amarah Fazrel. Nazmel terkulat-kulat terkena tempias amarah ini.
Nazmel jua masih lagi terkejut dengan adegan sebabak itu. Langsung tidak diduga akan penamparan itu akan terjadi di majlis ini. live lintas langsung pulak itu. Memang Nazmel tabik springlah dengan Ariana akan kelakuan beraninya ini.
Tiada sesiapa pun pernah naik tangan pada Fazrel hatta mama dan papanya jua tidak pernah pun menyentuh pipi mulus Fazrel. Ariana yang pecah rekod insan pertama kasi penampar di pipi Fazrel. Luar biasa sekali insan bernama Ariana ini.
“Sabar..ingat yang pertaruhan tu!” umpannya agar Fazrel bertenang.
“Gendut tu memang bernasib baik hari ni! Kalau bukan kerana tu, dah lama dia duduk dalam tanah. Ok. Aku lepaskan dia hari ni, lain hari, aku takkan jamin apa yang akan aku buat dengannya..!” terus Fazrel menuju ke dalam.
Sesekali kedengaran bunyi suara sumbang yang memerli dirinya. Ariana!!!!! Kau dah melebihi batas!!!! Awas kau!! Kau akan terima balas dendam daripada aku nanti. Tunggu ajer!!!
“Apa tengok-tengok??” marahnya lantang lalu menghempas pintu dengan kuat.

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan