Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 7

Bab 7


Saat mereka dalam perjalanan ke sana, bebola mata coklat kejernihan milik Ariana seolah dapat menangkap akan bayangan seseorang sedang menuju ke arahnya. Lagaknya dan karisma belum lagi berubah. Tetap poyo tersendiri namun ada karismannya. Ariana mengakuinya dalam diam.
Aku tidak salah pandang kan kelibat gaya jalanan ini. Wait.. bukankah tu ada lah dia? Alamak? Dialah!!!! Bulat terus anak matanya. Mahu sahaja jeritan batinku menjerit lantang di sini. Aku masih belum bersedia untuk bertemu 4 mata dengannya.
Somebody help me!!! Clark kent pun bolehlah datang tolong sekarang jua!!!.
What???? Is that really he? Or..not?
Ya Allah, Fazrel rupanya! Terus penyakit gelabahnya datang sepantas kilat. Azizan dan Hafizul masih lagi tidak menyedari akan perubahan drastik Ariana ini.
Apa yang perlu Ariana buat ni?
Nak menyembunyikan diri ker? Main sorok-menyorok ker?
Tapi dekat mana?
Lagipun sini tiada bilik hendak Ariana masuk menyembunyikan dirinya. Hanya dinding berkonkrit setia berdiri tegak sepanjang jalan. Takkanlah mahu rempuh dinding konkrit ini macam tu. Boleh patah kesemua tulang rusuk badannya.
Habis tu, nak buat don’no (tidak kenal) dengannya ker? Monolognya sendirian namun wajahnya menggambarkan sejuta manik-manik kecemasan.
“Hai..lajunya berjalan. Macam robotcop ajer!” sapanya mesra-alam-sekitar buatan tahun 2929. Wajahnya masih lagi seperti dahulu. Arghhh!! Abaikanlah semua kenangan-yang-tak-terindah itu, Adriana. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Hafizul dan Azizan tersenyum panjang dengan sapaan daripada jejaka itu. Ariana sudah mulai mengubah posisi kedudukannya ini. Sedikit demi sedikit Ariana ‘keluar’ dari penglihatannya ini.
Fazrel masih belum menyedari akan kehadiran Ariana kerana Ariana sedang berusaha untuk menyembunyikan dirinya di belakang kelibat Encik Azizan.
Bahasa isyarat yang Azizan berikan kepada Ariana langsung tidak dihiraukan pun. “Apa kena pulak dengan budak Ariana ini?” soalnya dalam hati.
Sewaktu Fazrel kian menghampiri mereka berdua, Ariana masih lagi menyembunyikan diri dan wajahnya kerana benci mahu tatapnya wajah poyo. Benci-bilang-tidak katakan.

“Krez Fazrel, tunggu sekejap!” tegah Hafizul sewaktu bayangan Fazrel meminta diri untuk melintasi kami bertiga. Fazrel memberhentikan langkah pertama dan menghampiri kami berdua plus Adriana tengah syok menyorok di belakang kelibat Encik Azizan.
Perlahan-lahan tapak kaki Ariana mulai ke belakang. Sikit demi sedikit. Entah apalah yang difikirkan Adriana ketika ini. Mahu reverse (mengulang kembali) zaman kanak-kanak ribena nya kah? Memang tak-sesuai!!!. Pinjam jap tagline Melodi Kak Engku. Jangan marah ma!!! He..he..he

“Awak nak ke mana?” soal Azizan.

“Toilet. Panggilan alam semulajadi! Ada apa?” sahutnya dengan mimik wajah yang cemerut. Menahanlah tu. Tidak senonoh betul lah budak bertuah ini.
Agak-agaklah, kot ya pun, cover-linelah sikit depan Adriana ini! gerutu seseorang dalam diam syok sekali mengintainya di sebalik celah ruang baju kemeja Encik Azizan yang glamour dengan nama nickname nya Encik ter-putus-urat-saraf.

“Saya nak mintak tolong kamu sekejap. Ada pekerja kita yang baru masuk hari ni. Jadi saya mahu kamu tolong bawa dia ke bahagian production yang sama tempat dengan kamu sekarang ni dan layan dia dengan baik tau. Kami berdua tak dapat temaninya kerana ada mesyuarat nanti. Tolong ya!” pantas sahaja idea itu muncul di benak fikirannya saat menatapi wajah Fazrel. Kebetulan pula terserempak dengan Fazrel yang dahulunya satu bahagian dengan Ariana. Kebetulan di luar jangkaannya.

“Mana orangnya? Tak nampak pun? Ada tak pekerja tu?” melilau anak mata Fazrel mencarinya begitu jua dengan mereka berdua.
Ke mana pulak menghilangnya anak dara nakal-comel ini? Sudah jadi biskut Chipmore ker? Kejap-ada-kejap-tak-ada?

“Ariana!! Ariana!!” mahu sahaja hendak terkeluar anak tekak ini mempopularkan nama si anak dara nakal-comel ini. Hilang ke mana pulak Adriana ini? Wajah kebosanan ketiga-tiga dipandang bersahaja oleh Adriana dari jauh.
‘Ariana? Adrea kah? ’ terhenti seketika gelak kecil Fazrel dengan nama yang terlahir dari bibir Azizan. Ada degupan kencang dalam dadanya akan sepotong nama itu. Ariana itu ariana yang dia kenali dulu kah?
“Mana pulak budak bertuah ni pergi? Hilang macam tu jer?” keluh Hafizul dengan gerak 360 darjah kepalanya berputar mencari Ariana.
Azizan pun sama mencari akan kelibat Ariana. Sejak bila pulak kelibatnya menghilangkan diri? Ariana ini ada pakai ilmu ghaib ker? Hafizul pun sama berusaha mencari akan kelibat Ariana.
Ariana sudah mengelabah saat terdengar derapan tapak kaki menghampiri tempat persembunyikan musuhnya. Mana boleh kalah sebelum berjuang kan! Oleh itu, Malaysia Boleh!!!! Adriana pulak...?? Kantoi..
“Argh!!!!!!”
Kasi gegar punya dinding konkrit kilang ini dek kenyaringan suara emas Ariana. Badan Ariana sudah mulai melentok bak lilin menahan kegelian melihat benda-alah-alah itu keluar sekali dengan tuan punya ketua mandotori.
“Katak pisang!!”
“Tikus mondok!!!”
“Ulat belum-di-cas!!!!”
Terjerit-jerit melatah Ariana saat tangannya memegang sesuatu yang lembik di hujung pintu bergelap itu.
Adegan Wak-kena-beb yang berlintas langsung live di kilang itu mendapat perhatian secara langsung oleh insan yang ter-amat- benci itu. Wajah kelucuan Encik Miang Keladi dan Encik ter-putus-urat-saraf itu sudah tenggelam ketawa berdekah-dekah.
“Adrea?” Spontan Hafizul menyoal.
“Riana? What going on?” diikuti dengan Azizan berwajah cemas dan berdiri tegak di hadapannya.
Si wajah Benci-bilang-tidak itu terpinga-pinga bak cicak kobing masih lagi kena renjatan elektrik bervoltan tinggi dengan adegan sebabak gadis kelucuan ini. Who is she? Monolognya dalam hati. Orangnya boleh tahan lawa lagi jelita. Pekerja baru kah?
Matanya langsung tidak berganjak dari merenungi kejadian makhluk Tuhan sesempurna ini. Comel tetapi mulutnya jua boleh tahan ‘comel’.
Dasar Mata Keranjang!! Buaya Tembaga Cop Nasi Ayam. Memang dari dulu lagi spesis binatang dalam Zoo Negara betullah. Goreng pun sedop!!! Ariana monolog jua dalam hati dengan dihadiahkan jelingan maut buat ke tiga-tiga insan ini.
Ariana terkesima seketika. Cool down. Tarik nafas dalam-dalam, tarik...dan hembus. Serlahkan ker-ter-slamba-an kamu, duhai Ariana. Bukankah Ariana seringkali dikenali dengan nama manja, AkuSlamber.com.my?
“Prittttt!!!”
Alamak? Kantoi habis-habis betul lah. Macam jualan Sales kat Sogo sahaja baunya. Masam baunya. Perfume One Drop edisi terhad ker?
Ariana tersenyum sumbing menutup kekhilafannya. Aduhai..baru sahaja nak jadi perempuan Melayu Terakhir, ni dah kena get-out-from-here.
Ketiga-tiga insan di depan Ariana ini sudah tersengih kerang busuk-100-hari-tidak-mandi. Dorang ini tengah duk fikir otak blue KER? CIPAN punya orang. Ini mesti nak maklumkan kat semua orang akan ‘ketidak-tata-susilaan’ Ariana.
Nafas aku ker yang berbunyi tu? Awatnya kuat bunyi. Yang dahsyatnya lagi, oksigen karbon monoksida jua berbau di ruang sempit ini. Muncul dari mana pulak pencemaran bau bertoksik ini?
Ariana makan petai ker tadi? jering, mybe?
“Miss? Are you okay?” soalnya dengan mimik wajah ditahan-tahan ketawa. CIPAN betullah mimik mukanya itu. Ada jer nak kena penampar selipar Korea versi Ariana ini.
Pipi Ariana pulak sudah kemerahan bak warna kasut filem Semerah Cinta Stello. Apalah punya Ken...tut... buat jatuh saham DSBKL aku ajer tau. Hilang ke ayuan terserlah aku. Yang penting, control ayu beb!!!
“Gelaklah sepuasnya. Bye!!! Saya boleh pergi sendiri!” bentak Ariana bertindak berani-mencabar-sendiri tanpa bergantung harap lagi. Ah, lelaki semuanya sama, tahu nak gelak ajer.
Bukannya aku sengaja pun. (Tapi kalu betul pun...apa salahnya kan!!!)
Takkanlah sejauh ini Ariana mahu mengelakkan diri daripadanya dan hanya sekelip mata sahaja mereka sudah dipertemukan. Ya Allah, apakah makna semua ini? Aku BELUM BERSEDIA!!!
Diulang, BELUM BERSEDIA!!!

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan