Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 4

Bab 4

“Apa salahku diperlaku sehina ni? Tak layakkah aku menyintai dan dicintai? Apakah kerana saiz badanku wajar dijadikan alasan mendiskriminasikan aku? Bukannya kehendakku memiliki saiz sebegini!! Kejamnya dunia ni!!” rintih Ariana dengan linangan air mata bertalu-talu di pipi.
Langkahnya yang lemah longlai meninggalkan tempat yang banyak mengaibkab dirinya. “Ya Allah, apalah silapku. Aku alpa. Aku lemah dan tak berdaya untuk menghadapinya!”
Ariana terjelempok jatuh ke tanah kerana terasa lemah sekali untuk meneruskan langkah. Merintih dirinya dalam keseorangan. Ariana menangis semahu-mahunya bagi melepaskan semua tekanan yang bersarang dalam dadanya.
Terketar-ketar tangannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Bagaikan sudah terbang semu semangat yang ada dalam dirinya akan kejadian yang baru terjadi tadi. Ya Allah, kuatkan semangatku ini.
0139586512. Nombor itu pantas di dailnya dengan nada dail pantas dalam handphonenya. Ring..ring.. dan deringan ketiga barulah panggilan itu diangkat. Ada nada kegembiraan si pemanggil di sana.
“Hello..baru sekarang nak kol.” Riang suara kedengaran. Manakala diriku sudah kebasahan dengan air mata. Iskh...iskh..
“Hello..hello..kenapa ni? Kenapa nangis ni?”
“Tolong Ria...!”
“Ria ada kat mana sekarang ni? Abang on the way! Tunggu kat situ!!!” sayup-sayup kedengaran suara lelaki di talian. Talian dimatikan dan Ariana sudah terjelepuk di tanah. Menahan sendu yang kian menghimpit jiwanya.
“Mama..tolong anak mu ni. Anakmu tidak berdaya untuk melawan semua ni sorang diri. Mama....!” raungnya sendirian. Hati ini sudah remuk redam dek hinaan ini. Rasanya tiada guna lagi untuk Ariana bernafas lagi di muka bumi ini.
************
Selepas daripada peristiwa itu, Ariana terus menjadi pendiam dan selera makannya mati. Akibatnya Ariana dikejarkan ke hospital kerana kekurangan air dan diserang gastrik yang teruk.
Seminggu Ariana ditahan di wad kecemasan. Kawan-kawannya semua melawatnya termasuklah kawan serumah Fazrel. Hanya Fazrel yang tidak mahu menjenguknya. Ariana bagaikan mayat hidup. Semangat jua mulai patah hati.
Hampir-hampir sahaja Ariana mahu jadi gila-sawan-babun sekiranya tidak diberikan rawatan awal susulan.
“Aku kesian dengan keadaan Ariana sekarang ni. Sampai hati Fazrel buat Ariana sebegini. Kalu tak suka tu, cakap sajalah.” Luah Suraya dengan penuh geramnnya. Mahu sahaja ditumbuk-tumbuk wajah Fazrel itu.
Bantal di sisi Ariana ditarik perlahan lalu dijadikan habuan melepaskan geramnya akan sikap Fazrel yang tidak berperikemanusiaan itu. Lunyai juga bantal ini dek penangan Suraya. Terbayang-bayang wajah Fazrel di bantal biru ini.
“Sudahlah Aya, kan melolong pulak Ariana ni. Hilang sudah peneman tidurnya malam ni dikerjakan oleh kau! Bukannya kau tak tahu yang Ariana ni sukakan bantal peluk sebelum tidur!” Farah Akma segera menarik bantal biru ini sebelum menjadi arwah dek perangai tidak bertauliah Suraya ini.
“Aku geram lah!!!”
“Aku pun geram jugak ni. Tengoklah member baik kita ni, dah nak jadi mayat hidup aku nengoknya. Muka pun lesu, tidak bermaya!”
Suraya menatap tajam wajah Ariana yang kian pucat. Farah Akma pun sama memegang erat jemari bagi memberikan kekuatan semangat. Bangkitlah sahabatku. Jangan kerana lelaki egoistik itu, dirimu menjadi mangsa. Kumbang bukan seekor dan lalat bukan sekuntum..ehh..salah pulak.
“Kita banyaklah berdoa agar Ariana cepat sembuh dan kembali semula seperti dahulu. Aku rindulah nak dengar usikannya tu!!!” Farah Akma menyambung dan mencetuskan ketawa antara mereka berdua.

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan