Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 7


Part 7



Reya melemparkan pandangannya ke luar bagi merehatkan fikirannya dengan apa yang terjadi ini. Zaerel memandu keretanya dengan perlahan agar masa ini takkan disia-siakannya begitu saje.
“Reya, awaklah hidup saya kini. Aerel perlukan Reya. Aerel menyayangi Reya. Itulah sebabnya, jadi, sudikah Reya menerima cinta Aerel dan menjadi nyawa dan nadi Aerel?” lamarnya secara tak rasmi tika ini.
“Reya tak perlulah risau kerana tak kira apa yang berlaku, tiada siapa atau apa-apa pun yang boleh memisahkan kita! Bukankah saya dah beritahu pada awak. Itulah janji yang takkan saya mungkiri. Mulai dari hari ni saya takkan peduli dengan pendapat orang lain kerana perasaan saya tetap ada pada Reya selamanya. Yang ada hanyalah rasa cinta awak pada saya, itulah hakikat yang sebenarnya terjadi kini.” Panjang lebar sekali apa yang dikatakannya kepada Reya yang diam seribu bahasa.
“Saya tak bersetuju! Selamanya kita akan tetap begini!”
“Reya nak Aerel buat apa lagi untuk yakinkan Reya dengan semua ni? Aerel memang benar sayangkan Reya dengan sepenuh hati Aerel. Hanya Reya yang bertakhta dalam hati ni!”
“Tapi, kita takkan bersama. Taraf kita tak sama. Awak kaya dan saya ni miskin. Kita takkan bersama. Wanita tadi sesuai sekali bergandingan dengan awak tu. Dia elegen dan bergaya. Saya ni hanyalah gadis kampung saje. Kan awak malu pula bergandingan dengan saya bile ke majlis keramaian.” Merendah diri Reya sekali dengan penampilannya selama ini.
“Selama ni ada tak saya kisah dengan semua penampilan Reya. Semua yang Reya pakainya langsung tidak saya hiraukannya. Reya tetap tampak cantik di lensa mata saya! Langsung tiada wanita lain yang boleh menandingi kecantikan Reya di mata saya. Datanglah berjuta wanita lain, hanya Reya yang Aerel Nampak!”
“Bohonglah, tadi tu masa si wanita tu ada, langsung tidak beralih pandangan Aerel daripadanya? Terpikatlah tu!”
“Bunyi macam jeles saje!”
“Jeles? Tak der maknanya. Saya ni manalah ada jeles dengan awak pun!” ujarku dengan terang sekali maknanya. Aku jeles ker? Tak mungkinlah tapi ada sikit sahaja sakit dalam hati ini apabila mata Zaerel menatap lama wajah wanita yang menyapanya tadi.
Zaerel tergelak perlahan mendengar ayat-ayat dari bibirnya. Memang jelas sekali yang Reya jeleskan gadis itu. Reya tak patut ada perasaan sebegitu kerana hanyalah dia yang Zaerel sayangi selamanya. “Well, I smell a sound jelous!”
“No. Dah diam. Orang nak rehatkan otak ni!”
“Ok, my princess!”
Zaerel meneruskan pemanduannya dengan menumpukan sepenuh perhatiannya ke depan. Reya kelihatan terlena sekali di sebelahnya. Zaerel jua tak sangka akan bertemu kembali dengan kekasih lamanya di sini dan yang paling tak seronaknya, mereka bertemu di saat dirinya mahu melangkah maju ke depan dengan wanita lain. Dia kini sudah jauh berubahnya dan tampak sedikit matang berbanding dengan yang dulu. Malahan makin menawan pulak. Boleh buatkan hatinya tergugat ini kembali dan mencambahkan rasa cintanya yang dulu terkubur rapi dalam kubur cintanya.
Zaerel mengerling sekilas pada wajah terlena milik Reya. Bersih jua wajahnya ini meskipun sedang tidur. Kalaulah mereka ini sudah halal bersentuhan, sudah lama Reya akan berada dalam pelukannya ini. Berada dalam pelukan hangatnya dan mengusap rambutnay yang kian terburai ditiup kegelapan angin malam.
Mengapakah ini semuanya terjadi. Adakah ini takdir yang telah tertulis buatnya. Zaerel pun meneliti akan gambar yang ada dalam handphonenya. Semuanya adalah gambar Reya yang telah dikandidnya secara rahsia. Inilah caranya untuk melepaskan kerinduannya pada gadis degil ini.

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan