Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cinta Si Gendut



~Prolog~

Zayrel mengenggam erat akan bingkisan surat dalam tangannya. Kesan remuk yang digengamnya itu mulai kelihatan kusut sekali. Air mata lelaki melilih keluar menyapa pipinya. Pertama kali air matanya mengalir kerana seorang wanita yang luar biasa sekali. Tidak langsung terduga oleh akalnya akan hadirnya akan merubah dirinya sebegini rupa.

Egonya dapat jua ditundukkan dengan mudah oleh insan ini. Bluehyypo, nama gelarannya. Siapa sangka yang musuhnya kini mendapat tempat ekslusif dalam rangkaian hatinya. Sudah jauh dia menepis akan kehadirannya tapi makin galak ia menghampiri. Kini, setelah dia berada jauh beribu batu daripadanya, Zayrel merinduinya..

Zayrel menatap kembali akan bingkisan surat ini setelah akaknya menyerahkan kepadanya setelah sebulan lebih terjadinya peristiwa hitam itu.

Assalamualaikum..

Buat Zayrel yang dikenangi selalu, Faera ingin sekali mengucapkan hepy belated besday kat awak. Semoga umur panjang, murah rezeki dan cepatlah kahwin dengan tersayang. Sesungguhnya persahabatan ni amatlah bermakna bagi Faera. Ketahuilah yang Faera sayangkan Zayrel melebihi nyawa Faera sendiri.

Apa yang kita lalui berdua, Faera akan kenangi sampai mati. Hanya maut akan memisahkan kita berdua (terlebih jiwang pulak yaa). Faera dah siap bungkus hadiah istimewa buat Zayrel sempena hari bahagia ni. Hadiah ni sudah lama Faera ingin berikan kepada Zayrel. Selalu sangat tiada kesempatan.

Oleh itu, Faera merasakan ni lah masa yang sesuai hadiah ni bertukar ganti milik tuan. Jika merindui Faera, usaplah ia baik-baik dan dakaplah ia. Hanya ni yang Faera mampu kasi. Jagalah ia seperti nyawa Zayrel sendiri.

Yang e-class
AyuFaera
..

Anak patung ini Zayrel mendakapnya kemas. Inilah harta yang diamanahkan kepadanya oleh Faera. Hanya inilah mengubat semua kerinduan dalam hatinya. Ternyata intan ini amatlah bersinar sekali berbanding kaca yang diagungkannya.

Bagaikan filem sedang diputarkan akan semua kejadian silam itu. Sayu hatinya mengenangkan sikap egonya yang tidak bertempat itu. Diusir, dimalukannya Faera di khalyak umum dek pertaruhan bodoh itu. Andai masa dapat berputar semula.

Aku ego! Egois! Aku tak mempedulikan akan maruah diri Faera yang sedang diperkotak katikkan olehku sendiri dek pertaruhan bodoh itu.. sebenarnya aku khilaf dalam berterus terang akan perasaan aku ini. Aku cintakan Faera. Cinta dia sangat-sangat, sesungguh hati ini. aku banyak berdosa kepada kau. Dek pertaruhan bodoh dan hasutan si cermin plastik itu, aku lepaskan kau pergi dengan penuh kedukaan di jiwamu. Aku mintak maaf, Faera..maaf sesangat. Ampunlah aku.

Pulanglah. Aku merinduimu. Dan ingin aku katakan yang aku cintakan mu sejak pertama kali kita bertemu. Pelanggaran itu hanyalah menjadi penyebab dalam kisah cinta kita ini. kisah Cinta Si Gendut, persembahkanlah..untukmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan