Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cinta Qel


Cinta Qel dan Qie

“Abang, ni adalah anak abang. Bukannya anak orang lain. Ni adalah benih abang sendiri. Takkan Qil tak mengenali akan siapakah ayah kepada anak yang sedang Qil kandungkan ni! Percayalah, abang. Ni anak abang!” ujar Qil dengan bersungguh-sungguh.
“Kau masih boleh kata yang ni adalah anak aku? Selepas melihat keadaan kau ni yang kusut masai, kau boleh kata yang ada kat dalam tu anak aku? Entah-entah tu anak jantan lain yang selalu kau bersama tiap-tiap malam!” tuduh suaminya lagi. Qil tersentak tak tidak menyangka yang suaminya yang selalu dipujanya sanggup melemparkan tuduhan sedemikian kepadanya.
Memang dia akui yang semasa dia pulang, keadaannya sangat kusut masai. Mujurlah lelaki itu telah menyelamatkannya daripada kena rogol. Qil yang sedang menunggu kedatangan suaminya untuk menjemputnya, tidak menyangka yang dia akan melalui semua ini.
Atas dasar baik hati, lelaki itu menghantarnya pulang. Setibanya Qil di rumah ini, suaminya pula telah menuduhnya bukan-bukan. Hampir sahaja dia mahu menunjukkan kad mengandungnya kepada suaminya setelah dia ke klinik, tapi, ianya terjatuh di lantai apabila suaminya menuduhnya sedemikian. Apa lagi musibah yang akan melanda diriku ini?
“Abang? Sampai hati abang tuduh Qil macam tu. Di manakah kepercayaan abang selama ni pada Qil? Di mana?”
“Ah, kau memang perempuan tak berguna. Perempuan jalang!” kata suaminya dengan marah sekali. Qil merasakan bagaikan mahu bergetar seluruh badannya apabila mendengar perkataan itu. Perempuan jalang? Begitukah anggapan suaminya selama ini kepadanya? Dari belakang,mak mentuanya tersenyum bangga melihat kesuraman wajahku.
Mak mentuaku memang tidak menyukaiku sejak dari hari pertama aku menikahi anaknya ini. Katanya, aku ni bukannya keturunan yang baik-baik dan ada harta. Sehingga sekarang, mak mentuaku selalu menghasut anaknya agar membenci diriku ini.
Zaqel sentiasa mempercayaiku berbanding dengan kata-kata mamanya itu. Itulah yang membuatkan mamanya membenci diriku kerana menganggap aku ini telah merampas anaknya daripadanya. Qil tak pernah berniat nak merampas Zamel daripada mamanya. Qil sendiri adalah anak angkat sahaja, tak pernah merasai kasih sayang keluarga sebenarnya.
“Abang!”
“Kau tahu tak yang aku ni dulu kutip kau tau kerana nak selamatkan kau dari jantan yang tak bertanggungjawab kat luar sana. Aku sanggup terima kebencian mamaku sendiri semata-mata cintakan kau. Sekarang ni kau sendiri yang tunjukkan belang kau. Kau memang perempuan tak tahu malu! Aku benci dengan kau. Kalu aku tahu kau akan khianati aku sebegini, sumpah, aku takkan menikahi kau. Aku akan biarkan kau jadi mangsa mereka yang jahanam di luar sana tu!” suaminya berkata dengan panjang lebar akan sejarah hidupku yang suram dulu.
Qil tertunduk. Air matanya mulai membanjiri kolam matanya. Suaminya kini bukannya Zaqel yang pernah dia kenali dulu. Zaqel yang periang, mesra, manja dan romantis. Kini, semuanya sudah bertukar rupa. Qil bagaikan tidak mengenali suaminya ini malam ini.
“Qel, kan ma cakap yang isteri kamu ni jahat, dia selalu curang dengan kamu di belakang kamu. Kamu tu jer yang cepat percaya dengan katanya. Kan dah terkantoi! Kalu dari dulu kamu dengar apa yang mama cakap, semua ni takkan terjadi. Memang dasar anak angkat!”
“Ma, Qil bukan orang macam. Qil setia dengan abang Zaqel. Qil sayangkan abang Zaqel melebihi nyawa Qil sendiri. Qil takkan sanggup menduakannya. Percayalah abang!”
“Dah. Kau memang dah keterlaluan kali ni. Berambus kau sekarang jua dari rumah aku ni! Berambus!” halau suaminya dari rumah kami ini. Qil sudah berendam dengan air mata. Qil memegang perutnya yang masih belum kelihatan lagi rupanya. Maafkan, mama sayang. Mama tak sempat nak pertahan sayang dengan papa sayang sendiri. Papa sayang tak percaya yang sayang ni anak papa.
“Aku kata pergi! Pergilah!” halaunya dengan mengheret lengan Qil secara kasar. Qil dihumbankan ke tanah denga kegelapan malam yang sepi ini. “Abang!”
“Sapa abang kau? Mulai sekarang, aku tak nak tengok lagi muka perempuan curang ni. Aku lepaskan kau dengan talak 1. Kau pergilah enjoy dengan jantan-jantan luar sana untuk puaskan nafsu serakah kau tu! Sekarang! Pergi! Jangan datang kembali ke sini!”
“Abang, sampai hati abang ceraikan Qil. Abang memang tak ada hati perut langsung. Qil setia dengan abang, ni balasan yang abang berikan pada Qil selama ni. Qil hanya sayangkan abang. Tak de orang lain dalam hti Qil selain abang seorang saje!” rayu Qil lagi. Suaminya memang benar-benar marah dengannya kali ini.
“Berambus aku kata. Berambus cepat sebelum tangan aku ni pula naik ke muka kau tu! Cepat. Pengawal, bawa betina ni pergi dari rumah saya. Mulai dari hari ni, aku haramkan kau pijak kaki kau yang kotor ni di rumah aku dan pengawal,jangan benarkan dia masuk ke rumah ni lagi!” ujarnya dan terus berlalu masuk.
“Puan, silakan..”

Qil termenung sendirian butik pakaian Laila ini. Tanpa dia sedari, sudah masuk 5 bulan perkara ini berlaku. Bagaikan baru sahaja semalam semuanya berlaku. Sungguh Qil tak sagka yang begini perjalanan liku kehidupannya.
“Mak buyung, ke mana perginya stok baju semalam?” teriak Laila dari bilik stor. Qil tersedar dari lamunannya dan menuju ke Laila. “Ada kat dalam tu! Kau ni mata pakai mata lutut ker?” Laila tersenyum sumbing. Qil bersyukur kerana mempunyai rakan seperti Laila yang banyak membantunya dalam meneruskan kehidupannya selepas diceraikan. Laila yang banyak memberikan semangat dan dorongan kepadanya dalam meneruskan kehidupan dan jua akan anak yang bakal dilahirkan nanti.
“Arash dah sampai?” soal Laila kepada Qil yang sedang sibuk mengemas bilik stor ini. Qil buat selamba sahaja mendengar nama jejaka yang selalu membantunya sejak malam Qil dihalau oleh suaminya sendiri. Siapa sangka yang lelaki itu akan membantunya sampai sekarang. Walaupun dia tahu akan status diriku ini, Arash tetap mahu menolongku.
“Entah! Tak kot hari ni. Kenapa asyik Tanya dia jer ni? Terpikat ker?” selorohku.
“Nak mampus ker aku kena kerjakan dengan Qier nanti. Nanti merajuk sakan kalu dia tahu yang aku ni layan lelaki lain selain dia!”
“Tahu pun takut denga tunang sendiri. Dah tu, reti-retilah jaga kelakuan sikit tu! Jangan nak belajar menggatal jer!” nasihat Qil sambil memerlinya sinis dengan membawa beberapa kotak untuk diletakkan stok yang sudah kehabisan di depan.
“Alah, dah si Arash tu hensem jugak orang. Mananya tak aku terpikat. Nasiblah aku ni dah bertunang, kalu tak dah lama aku sambar dia tu!tapi, aku ni kesian kat kau jer! Tu yang aku kasi peluang kat kau goda dia ker!”
“Dah, jangan nak merepek lagi. Hati aku ni dah tertutup nak bercinta lagi. Aku hanya mahu tumpukan pada anak aku jer nanti! Kalu ada jodoh, sapalah aku nak menghalangnya!” ujarnya sambil berjalan dengan membawa kotak ini.
“Eh…Eh.. nape angkat berat ni? Kan awak tu tengah mengandung, kalu jadi apa-apa kat anak tu, sapa susah!” sahut satu suara dari depan dan kotak ini beralih tangan. Qil sudah mengenali akan suara ini dan mengikutinya. “Nak letak kat mana?”
“Sana!” Arash pun meletakkan kotak ini di tempat yang ditunjukkan oleh Qil. “Baru sampai? Tak kerja ker hari ni?”
“Cuti! Sajer jer datang lepak di sini. Takkan dah tak leh kot?” usiknya dengan duduk di sofa yang ada. Qil pun sama duduk di sebelahnya. “Ada ker dengar Qil kata tak leh datang?” Arash mengelengkan kepalanya. Arash merenung lama wajah wanita yang dahulunya ditolongnya 5 bulan yang lepas. Sapa sangka yang wanita ini akan bernasib malang. Dia terpaksa meneruskan kehidupannya sendirian tanpa belaian seorang suami, apatah lagi setelah dia disahkan mengandung. Kesiannya dengan anak yang bakal dilahirkan nanti yang takkan mengenali akan wajah ayahnya sendiri.
“Ni tenung muka Qil nape? Hidung Qil tercabut ker?”soal Qil apabila anak mata coklat milik Arash leka merenungnya. Bukannya Qil tak tahu akan makna renungan itu? Dia dahulu pernanh bercinta dan pernah melihat renungan ini.
“Taklah, hanya lihat wajah Qil yang semakin cantik ni sejak mengandung jer. Makin tembam pun aa. Kuat makan ya sekarang ni!”
“Alah, kita makan pun untuk dua orang tau. Bukannya sengaja nak kuat makan, anak kat dalam ni yang kuat sangat nak makannya. Dah tu asyik menendang jer!” rungut Qil dengan memberitahu akan ragam anak dalam kandungannya ini. Arash pun segera meletakkan tangannya di perut Qil dan berkata, “Sayang, jangan nak selalu menendang. Kecian kat mama sayang ni kat luar tau!”
Tersentuh hati Qil mendengar kata-katanya ini. Qil terbayangkan akan wajah bekas suaminya yang lama sudah tidak diketahui beritanya. Hanyalah berita terbaru yang Qil tahu semasa membaca surat khabar bahawa bekas suaminya akan bernikah dengan gadis sama taraf dengannya, kalau tidak silap namanya Erlina. Erlina merupakan anak Tan Sri yang telah lama ingin dijodohkan dengan Zaqel tetapi tertangguh apabila Zaqel bernikah dengannya. Ah, lupakanlah. Semua tu adalah kisah lama. Hidup perlu diteruskan.
“Jom pergi lunch. Dah laparlah, tentunya baby kat dalam tu lapar jugak!” ajaknya pula. Qil mengangguk perlahan dan memberitahu Laila. Laila hanyalah tersenyum sahaja melihat keakraban kami berdua ini. Memang sepadan sangat mereka berdua ini dibuatnya.

Arash kelihatan kelam kabut di luar dewan bedah. Asyik berjalan mundar-mandir sahaja. Semenjak Arash mendapat panggilan daripada Laila, dia segera bergegas datang. Laila pun sama dengan ditemani Qier. Laila tak sangka yang Qil akan terjatuh di bilik air semasa mahu mengambil air wudhuk. Sudah banyak kali Laila ingatkan kepadanya yang lantai bilik itu licin, tapi Qil tetap berdegil. Sekarang ni, dah jadi sebegini.
“Lama lagi ker?” desus desas suara Arash.
“Sabarlah. Kita doakan yang terbaik bagi kedua beranak tu!” jawab Laila lagi. Kira-kira 1 jam kemudian, troli Qil ditolak keluar dari dewan bedah. Kami semua mengerumuninya. “Macam mana dengan keadaan Qil, doctor?”
“Dia selamat dan semuanya dalam keadaan baik. Pesakit perlukan rehat!”
“Anaknya?”
“Anaknya jugak selamat. Tahniah, pesakit mendapat anak lelaki!” ujar doctor dan kami semua bergembira. Kemudian, jururawat membawa keluar anak kecil itu dan Arash mendukungnya. Comelnya dia ini. Ada macam wajah Qil saje. Arash pun mengazankan di telinga kanannya dan mengiqamatkan di telinga kirinya.
“Comelnya dia kan sayang! Macam wajah Qil jer!” ujar Laila kepada tunangnya, Qier. Qier mngangguk perlahan dan mencium lembut anak ini. Anak ini masih lagi tengah tidur. Arash menyerahkan kembali anak ini kepada jururawat dan pergi menujuk bilik Qil ditempatkan. Laila pun sama mengekorinya.
Arash melihat wajah tenang Qil yang sedang terlena di katil. Laila dan Qier sudah lama pulang kerana ada urusan di butik. Tinggal mereka berdua sahaja. Arash dengan beraninya memegang lembut tangan Qil. Arash tahu yang perbuatannya salah di sisi agama, tapi kerana perasaan yang ada dalam hatinya buat wanita ini, dia sanggup menerima dosanya. Arash tak sedar bahawa selama ini dia telah menyayangi Qil. Setahunya, Arash gembira apabila berada di samping Qil.
“Qil, Arash tahu yang Arash salah pegang tangan Qil, tapi Arash tak dapat nak tahan hati Arash dari menyayangi Qil. Arash tak tahu sejak bila Arash menyayangi Qil. Arash janji akan jaga anak Qil sama-sama. Kalau Qil izinkan, Arash ingin melamar Qil menjadi isteri Arash yang sah. Anak Qil akan jadi anak Arash jua. Arash akan menyayanginya seperti anak Arash sendiri!”ujarnya lembut dan mencium lembut tangan Qil.
“Qil!” panggil satu suara dari belakang. Arash tersentak dan segera menjatuhkan tangannya. Arash pun bangun dan memandang wajah lelaki yang sedang berdiri di belakangnya. Siapakah pulak dia ini? Arash merenung lama wajah ini. Rasanya, Arash pernah lihat wajah ini sebelum ini, tapi di mana?
“Qil, bangun sayang. Abang datang ni! Bangunlah!” ujarnya dengan memegang bahu Qil. Abang? Ni ker bekas suaminya yang dahulu telah menceraikannya semasa Qil masih mengandung? Diakah? “Saudara ni sapa?”
“Saya, Eqku Arash. Kawan Qil!” Arash memperkenalkan dirinya.
“Wan Zaqel! Macam mana dengan keadaan Qil? Qil baik-baik ajer kan? Anaknya?”
“Semuanya selamat. Qil dapat anak lelaki!”
“Syukurlah, saya telah banyak buat salah dengannya. Saya memang salah dengannya, tanpa usul periksa saya telah menceraikannya. Sedangkan Qil memang tak bersalah seperti apa yang saya ketahui selama ni. Ini semuanya rancangan mama dengan Erlina yang mahu merosakkan umah tangga kami berdua. Saya tahu semasa mendengar perbualan mereka berdua dan terus datang sini apabila tahu yang Qil berada di hospital. Maafkan abang, sayang kerana mencurigai sayang!” katanya dengan panjang lebar.
Arash mendengar dengan khusyuk. Alhamdulillah, kerana kini bekas suaminya telah sedar yang Qil memang telah dianiayai. Tentunya mereka akan bersama kembali. Arash ingin beredar dan memberikan peluang kepada mereka berdua berdua-duaanya. Kemudian,langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil lembut oleh Qil.
“Arash!” Qil memanggilnya dengan mata yang terpejam. Arash segera menuju kepadanya dan duduk di sisinya. Zaqel pula hanya kaku di sisinya. “Ya, Arash ada di sini! Qil dah sedar ker?”
“Anak Qil macam mana? Anak Qil selamat tak?” soalnya dengan membuka sedikit matanya. Qil tersenyum saat melihat wajah Arash di sisinya. Arash memang setia berada dengannya di saat suka dan dukanya. Bertuah wanita yang akan menjadi permaisuri hidupnya nanti.
“Anak Qil selamat dan Qil melahirkan anak lelaki yang comel sekali, macam mamanya. Qil nak lihat ker anak Qil?” soal Arash dan Qil mengangguk perlahan. Arash pun bangun dan menuju ke luar untuk mendapatkan anak itu. Qil masih tidak menyedari akan kelibat seseorang dalam bilik ini. Qil pun cuba mendapatkan cawan untuk minum tetapi terjatuh. Zaqel membantunya. Qil mengucapkn terima kasih dan terkejut melihat orang ini di depannya.

“Zaqel?”
“Ya, abang datang sayang. Abang datang nak lihat anak kita!” ujarnya dengan tersenyum dan duduk di bangku yang sedia ada. Qil menitiskan air matanya mendengar kata-kata itu. Anak kita? Adakah Zaqel lupa yang anak ini telah ‘mati’ sejak Zaqel menghalaunya pergi dan menceraikannya? Sudah terlupakah dia? “Anak kita?” jengkel sekali nada suara yang Qil tuturkannya.
“Ya, anak kita. Anak pertama kita, sayang?”

“Dah lupa ker sapa yang menidakkan kewujudannya dulu? Sapa yang mencurigai akan anak itu tumbuh dalam perut ni? Dah lupa ker akan semua tuduhan dan juga semua fitnah yang dilemparkan? Qil masih ingati semuanya. Masih baru dalam ingatan ni!” Qil mengimbas kembali sejarah lamanya dengan linangan air mata.
“Abang punca segalanya. Maafkan abang sayang! Abang buta! Abang terlalu lancang kerana telah menuduh sayang sebegitu. Maafkan abang, sayang!” katanya dengan sedih sekali. Zaqel ingin memegang tangannya tapi Qil melarikannya. Tak mahu lagi tangannya disentuh olehnya. Qil tak mahu sejarah lamanya berulang kembali. Qil sudah serik. Serik sekali. Biarlah kali ini Qil akan belajar meneruskan hidupnya tanpa Zaqel di sisinya dan anaknya.
“Qil, anak Qil dah sampai!” ujar Arash lalu mematikan suasana tegang ini. Qil segera mengesat air matanya dan tersenyum bangga melihat anak lelakinya ini. Zaqel pun sama melihat wajah anaknya buat pertama kali. “Macam muka Qil!”
Arash mengangguk perlahan dan Arash pun ingin beredar kerana kehadirannya tidak diperlukan lagi di sini. “Arash?”
Arash berpaling. “Tak nak lihat ker anak ni dengan Qil? Anak kita!” ujarnya lagi dan Zaqel terkejut mendengarnya. Anak kita? Bukannya anak ni adalah anaknya? Apa yang Qil katakan ini? Arash terkejut sama dan menuju kepadanya. “Kan dah lama Arash tunggu jawapan Qil kan? Di sini, Qil ingin berikan jawapannya. Qil sedia menerima lamaran Arash menjadi isteri Arash. Dengan anak Qil ni Qil mahukan Arash menjadi ayahnya dan membesarkannya bersama-sama!”
Zaqel terjelepok jatuh mendengar kata-kata itu. Tidak dia menyangka yang kini Qil akan menjadi milik orang lain. Anaknya jua akan menjadi anak lelaki lain. Qil benar-benar berpatang arang dengannya. Kesalahannya sudah tidak dapat dimaafkan lagi olehnya. Zaqel pun bangun dengan dibantu oleh Arash.


Arash terkejut dengan kata-kata Qil ini. Benarkah apa yang dikatakan olehnya? Memang dahulu, Arash pernah melamarnya, tapi Qil telah menolaknya lembut kerana merasakan Qil tidak layak untuk Arash atas statusnya. Tapi kini, lain yang terjadi. Qil akan menjadi miliknya. Anak kecil ini akan menjadi anaknya. Yahuuu!!!!
“Langsung tiada ruang kemaafan bagi abang untuk Qil maafkan? Abang dah menyesal kerana ceraikan Qil dulu. Kini abang kembali untuk anak kita, sayang!” Zaqel berkata setelah kembali sedar dari rasa terkejutnya. Qil terdiam.
“Dahulu, semasa Zaqel menidakkan kewujudan anak ni, adakah Zaqel fikirkannya? Qil selama ni memang setia dengan Zaqel, Qil tak pernah melayani lelaki lain selain Zaqel. Bagaimana Zaqel boleh tuduh Qil sebegitu? Sedih sangat hati Qil masa tu! Qil malu! Qil malu kerana orang yang Qil percayai akan buat Qil sebegitu. Qil sangka yang Zaqel lain daripada yang lain. Tapi Qil silap. Silap sekali. Mujurlah Qil telah menemui orang yang benar-benar menghargai diri Qil seadanya. Menerima kekurangan diri Qil dengan baiknya. Qil berterima kasih dengannya. Saat Qil terkapai-kapai diceraikan oleh suami Qil sendiri, dia datang hulurkan bantuannya. Dia segalanya buat Qil kini! Qil mahukannya dia menjaga Qil dengan anak Qil nanti! Bukannya Zaqel!” Qil berkata dengan panjang lebar sekali. Zaqel terdiam seribu bahasa.
“Nanti ada masa jemputlah memeriahkan majlis perkahwinan kami!” ujar Qil lagi kepadanya. Zaqel pun bangun dan sebelum dia beredar, Zaqel sempat mencium darah dagingnya sendiri. “Maafkan papa, sayang atas segala yang papa telah buat pada mama sayang. Sayang jaga diri baik-baik dengan papa sayang yang baru. Papa sayangkan anak papa ni!” Zaqel segera beredar meninggalkan kami bertiga di dalam bilik ini.
“Benarkah apa yang telah Qil putuskan ni? Jangan kerana ada dendam, Qil melukakan hati Qil sendiri. Arash tak sanggup nak lihat Qil bersedih selamanya!” ujar Arash setelah lama mendiamkan dirinya.
“Qil dah nekad. Hanya Arash yang Qil mahu bersama dan membesarkan anak ni. Anak ni perlukan kasih sayang daripada ayahnya!” Qil memandang sayu wajah anak lelaki. Bagaimanalah dia apabila membesar nanti.“Tapi, Qil…!”
“Cukup, Qil dah buat keputusannya. Qil takkan berganjak dengan keputusan Qil ni! Qil tetap akan bernikah dengan Arash! Kita berdua akan bersama-sama membesarkan anak ini. Arash tak suka ker bersama dengan Qil?”
“Suka, memang dah lama Arash ingin bersama dengan Qil, semenjak pertama kali Qil menangis di bahu Arash lagi, Arash ada keinginan tu. Tapi, apabila difikirkan semula, macam Arash telah menjadi penghalang je! Orang ketiga!”
“Taklah. Dahlah bincangkannya.” Qil menghentikan perbualan ini dan sama-sama melihat wajah polos anaknya ini. Comelnya dan ada iras wajahnya. Arash pun sama melihat wajah ini. Arash bagaikan tidak sabar mahu menantikan saat kebahagiaannya dengan Qil.

Qil mengagah anaknya yang baru lepas pantang. Anak lelakinya diberikan nama Eqku Krissh. Nama ini Qil dengan Arash telah sama-sama putuskannya sama-sama. Krissh sudah pandai tersenyum dan ketawa apabila diagah oleh kami semua. Laila pun sama selalu menghabiskan masa dengan Krissh. Loceng ditekan dari luar dan Laila menjenguk keluar. Siapa pulak yang datang masa ini? Laila terkejut saat menerima kedatangan tetamu ini.
“Sapa Laila?” soal Qil dari dalam.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam. Err…!” kali ini wajah Qil pula sudah berubah warna seperti warna wajah Laila tadi. Qil tak sangka akan melihat tetamu ini di sini pada hari ini.
“Qil, maafkan semua kesalahan yang mama pernah buat pada Qil dulu. Maafkan mama!” ujar mama atau bekas mak mentuanya dengan melutut di kakinya. Qil segera membangunkannya. Maknya segera memeluknya erat. Qil merasa rimas dan meregangkan pelukan itu. “Ada apa Datin datang sini?”
“Mama, Qil. Bukannya datin lagi. Mama datang ni ada hajat. Zaqel, Qil. Zaqel kini seperti bangkai bernyawa. Semenjak Qel pulang dari melawat Qil di hospital, Qel telah mengurungkan dirinya. Qel langsung tak mahu makan. Qel asyik berkurung dalam bilik aje. Dah puas mama pujuk Qel keluar, tapi Qel tak mahu. Qel ugut nak makan ubat tidur berlebihan jika mama buka pintu biliknya dengan kunci pendua. Mama dah buntu. Tolonglah mama selamatkan anak mama. Hanya Qil yang Qel akan dengar kata!”
Qil terkejut mendengarnya akan keadaan Zaqel. Tidak Qil sangka yang Zaqel akan bertindak sebegini. Di manakah akalannya. Adakah Zaqel sengaja menempah maut dengan perbuatannya sendiri. Krissh pun menangis dan Qil memberikannya minum air susu botol. Datin memandang akan wajah cucunya ini dan memegangnya. “Ada juga rupa Zaqel masa kecil dulu. Apa namanya?”
“Eqku Krissh!”
“Sedap nama tu! Maafkan mama kerana dulu telah pisahkan Qil dengan Qel kerana harta benda. Maafkan mama, kalu tak kerana ketamakkan mama, tentunya anak ini akan bahagia di samping ayah dan ibunya dan Qel takkan menderita sebegitu!” ada nada kekesalan dalam suara bekas mak mentuanya ini.
“Takpelah, dah lama Qil lupakannya. Memang dah takdir Qil. Qil terima seadanya.”
Hanset berdering dan Datin Erlida mengangkatnya. Ada nada terkejut dalam wajahnya. “Apa? Sekejap nanti saya akan pulang. Kamu jaga dulu Qel!”
“Mama kena pulang, Qel telah pengsan kerana mengalami perdarahan di tangannya. Qil nak ikut sekali? Pujuk Qel!” mamanya mengharap sekali. Qil memandang wajah Laila dan Laila mengizinkannya keluar. Krissh akan dijaga oleh Laila. Qil mengikuti langkah Datin Erlida dan menuju ke rumah lamanya.
“Masuklah. Qel ada di biliknya.” Datin Erlida menuju masuk ke biliknya dan membiarkan diriku masuk sendirian ke bilik Zaqel. Qil melihat akan susuk badan Qel sedang terlantar di katilnya. Ada balutan di tangannya. Qel masih sedang terlena. Qil pun duduk di sisinya. Qil juga ternampak akan bingkai gambar pernikahan mereka berdua berkecai di lantai. Gambarnya sedang dipegang erat oleh Zaqel. Ah, lelaki ini memang sengaja mendera dirinya sendiri. Apalah pendk sangat akalnya dengan berbuat sebegini rupa.
“Qil, jangan tinggalkan abang sorang. Abang masih sayangkan Qil! Qil!! Qil!!!” jeritnya kuat dan terjaga. Qil sedikit tersentak mendengar jeritannya. Qel pun memandangnya dengan pandangan keanehan. “Qil?”
“Ya, apa yang Zaqel buat ni? Zaqel nak bunuh diri ker?” soal Qil lagi.

“Biarlah Qel bunuh diri pun. Qil apa peduli. Kan Qil dah ada orang baru dalam hidup Qil. Buat apa Qel hidup lagi tanpa Qil di sisi.” Katanya seolah anak kecil sahaja. Ini ker orang yang berpelajaran Master berfikiran dalam menempuhi dugaan hidup? Singkat sekali fikirannya kali ni.
“Macam budak kecil. Malu tau kalu Krissh dengar apa yang Qel katakannya. Tak pun kena jer dengan dipukul oleh Krissh aje!”
“Krissh?”
“Nama anak Qil! Eqku Krissh!”
“Krissh namanya. Anak Qil macam mana? Dah boleh meniarap? Mahu saje Qel lihatnya, tentunya comel dia kan?”
“Ermm… Krissh masih mahu belajar meniarap lagi. Krissh ah boleh ketawa dan senyum. Tapi, kalu Krissh lihat muka Qel sepertinya, bolehnya dia tu asyik nangis jer!” seloroh Qil kepadanya. Qel mulai ketawa dan bangun. Qil membantunya. Kami berdua saling ketawa dan ini diperhatikan oleh Datin Erlida dari pintu luar. Harap semua ini akan berkekalan selamanya. Qil juga harap mahu lagi kembali kepada Qel.
“Qil nak pulang dulu. Krissh tentunya rindukan Qil. Qel janga ulangi lagi perbuatan sebegini, kalu tak jangan harap Qil akan datang lawat Qel lagi. Sekali lagi Qel buat, Qil takkan datang dah!”
“Janganlah pulang lagi, temankan Qel. Qel masih belum puas bersama dengan Qil. Please!” pujuknya lagi dengan muka yang penuh dengan berharap. Qil memandang sayu wajah itu. Qil memang ada keinginan ingin menemaninya lama, tapi dek kerana teringat akan Krissh yang ditinggalkan dengan Laila, membuatkannya ingin pulang cepat. Takut anaknya menangis sahaja.
“Krissh tadi Qil tinggalkan dengan Laila. Please, fahamilah yang kita bukannya seperti dulu lagi! Please!”


“Takpe, bukannya Qel nak guna Qil selamanya. Sekejap saje. Temankan Qel malam ni! Qel mohon sangat!” Qil bagaikan kehilangan alasan lagi mahu menolaknya. Qel memang pandai dalam pujuk memujuk ini. Kalah Qil dibuatnya. Qel memang raja memujuk, sesiapa pun boleh kalah dengan pujukannya ini. “Baiklah, malam ni aje!” Qil segera menelefon Laila memberitahu akan Qil takkan pulang malam ni dan mahukannya menjaga Krissh dengan baik.
Sepanjang malam mereka berdua berbual dan mengimbau kembali kenangan lama. Qel juga bagaikan sengaja mengimbau kembali nostalgia lama mereka berdua ini. Sesekali Qil tergelak kerana nampaknya Qel masih lagi seperti yang dahulu. Seorang yang periang dan penuh dengan jenakanya tersendiri. Siapa sangka yang mereka berdua akan mempunyai kesudahan sebegini.
Qil tersenyum melihat ragam Qel sedang bermain dengan anaknya di butiknya. Semenjak malam itu, Qel selalu menjenguk kami berdua di rumah dan di butik. Arash pun sama sesekali menjenguk kmai berdua. Arash jugak tahu akan kedatangan Qel ini,Arash tidak pernah menghalangnya kerana Zaqel adalah ayah kandung kepada Krissh, jadi Zaqel mempunyai hak kepada anaknya. Arash dan Qil masih lagi membincangkan akan tarikh pernikahan mereka berdua.
Zaqel terhempas gelas di tangannya saat mendengar perbualan ini. Kami berdua saling memandang ke wajah Zaqel ini. Apa kena dengannya? Laila pun membantu mengutip kaca yang bertaburan di lantai. Zaqel pula buat selamba sahaja dan duduk bermain semula dengan Krissh. Qil dan Arash pun menyambung kembali akan perbincangannya.
“Papa!” panggil Krissh pula. Qil segera berpaling. Zaqel tersenyum mendengar nama panggilan itu. “Apa yang sayang mama ni sebut tadi? Papa? Arash dengar tak tu?” Arash tersenyum dan memegang Krissh. Zaqel pun sama gembira dengan panggilan itu.
“Nampaknya Krissh memang nak papanya kahwin dengan mamanya secepat mungkin! Qil dah lama bersedia. Tunggu rombongan daripada Arash aje!” ujarnya lagi dengan mencuim lembut anaknya ini. Zaqel pula bagaikan mahu pengsan mendengarnya. Mereka berdua memang benar-benar nekad mahu bernikah. Terlepaslah peluang untuk bersama kembali dengan Qil dan Krissh selamanya.

Rombongan pengantin lelaki sudah sampai di rumah penganti perempuan. Sanak saudara telah lama memeriahkan rumah ini. Qil telah lama didandan cantik oleh juru solek yang diupah. Laila letih sekali mendukung Krissh yang banyak sekali ragamnya di hari bahagia mamanya. Qil tersenyum melihat ragam anaknya ini. “Mari sini kat mama. Nape asyik meragam jer ni? Sayang mama ni lapar ker?”
Krissh mulai diam apabila berada dalam pegangan mamanya. Qil pun bergambar dengan anaknya ini. Laila pula sibuk melayani tetamu yang lain di luar. Tinggal Qil dengan Krissh. Kemudian, seorang jejaka masuk ke dalam biliknya. “Selamat pengantin baru!”
“Qel? Baru sampai?” ujar Qil dengan ramah.
“Baru jer sampai. Qil tampak anggun hari ni. Sama seperti di pernikahan kita dulu! Qel tak sanggup nak lihat Qil bersanding dengannya!” ucapnya dengan suara yang sayu sekali. Qil sama-sama menundukkan pandangannya. Krissh pula meronta minta dipegang oleh Qel.
“Mungkin ni adalah kali terakhir Qel akan dukung Krissh. Selepas ni Krissh dan Qil akan menjadi milik orang lain. Qel redha dan terima takdir ni. Qel terima semua kesilapan Qel dulu. Selamat berbahagia, sayang!” Qel mencium lembut wajah anaknya ini buat kali terakhir.
“Maafkan Qil, Qel.”
“Tak usah mintak maaf. Qil ada hak memilih lelaki terbaik untuk Qil hidup bersama. Antara kita telah berlalu. Abang terima seadanya. Izinkan abang kucup Qil buat kali terakhir sebelum dahi Qil dikucup oleh suami Qil!” Qil mengangguk dan Qel mengucupnya seperti mana Qel pernah mengucupku satu masa yang lalu.
Krissh menangis saat Qel menyerahkannya kepada Qil dan Qel terus melangkah tanpa berpaling lagi. Qil menangis sama seperti Krissh. Hancur sudah mekap di wajahnya terkena air matanya. Kemudian, ada satu suara menegurnya, “Qil, dah sedia?”
Qil berjalan keluar dan duduk di tempatnya. Bakal suaminya telah lama sampai dan kini mahu diijab kabulkan. Qil hanya menundukkan kepalanya kerana malu dilihat orang ramai dek matanya yang telah membengkak. Semuanya kerana Qil telah menangis dengan perpisahan ini. Qel sudah pergi jauh daripadanya selamanya.

“Aku terima nikahnya Isiya Qilxira binti Abdul Jamir dengan mas kahwinnya sebanyak RM100 tunai…” sambut suara suaminya akan akad nikah ini. Tapi, kejap, kenapa suara Arash ini lain macam jer dengarnya. Arash sakit tekak ker? Qil pun mengangkatkan mukanya dan terkejut melihat wajah suaminya ini. Adakah aku sedang bermimpi?
“Sayang! Sayang menungkan apa tu?” soal suaminya di sebelahnya. Qil berpaling kepadanya. “Tak ada apa-apa.”
“Tengok tu, dengan abang pun nak sembunyikannya lagi? Beritahulah, apa yang sayang menungkan tadi?” desaknya lagi.
“Tentang Arash!”
“Kenapa dengan Arash?” soal Qel pula. Memang Qel terkejut apabila Arash memintanya bernikah dengan Qil sedangkan ini adalah majlisnya. Arash telah berundurkan dirinya di saat akhir kerana Arash merasakan Arash tidak sanggup memisahkan Krissh daripada Qel sendiri. Arash sedar yang Arash sangat menyayangi Qil, tapi Arash juga tahu yang Qil hanya ingin membalas budi sahaja dengannya. Arash tak mahu memusnahkan masa depan Qil apabila menikahnya kelak. Qil masih sayangkan Qel lagi. Cinta Qil hanya untuk Qel selamanya. Bukannya dia.
“Qil rasa bersalah dengannya. Qil tak patut buatnya begitu. Tentunya Arash masih marahkan Qil apabila Arash tahu aka nisi hati Qil sebenarnya pada dia. Qil rasa bersalah sangat!”
“Jangan macam tu, sayang. Arash tak pernah menyimpan dendam kepada sayang pun. Arash sendiri rela lepaskan sayang pada abang. Abang sendiri terkejut semasa Arash datang jumpa dengan abang tadi. Arash telah menceritakan segalanya pada abang. Arash menjelaskan segalanya. Mulai hari ni, abang berjanji akan menjaga sayang dan anak kita dengan sebaiknya. Kesilapan abang yang lama akan menjadikan pengajaran buat abang. Kita mulakan hidup baru!” Qel berjanji lembut kepadanya. Qil tersenyum bangga.
“Adakah Krissh akan ada peluang mendapat adik pulak kali ni ker?” usik suaminya lagi di telinganya. Qil menampar lembut badan suaminya ini dan sama-sama berbaring. “Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” sahut Qil malu malu kucing dengan suaminya. Perlahan wajah suaminya membenam di rambutnya kemudian terhenti apabila ada ketukan dari luar. Terpacul wajah Laila dari luar. “Maaf, Krissh meragam. Aku tak tahu nak buat apa!”
“Takpe, malam ni biarkan Krissh tidur dengan kami jer!” Krissh pun didukung oleh Qil dan kami berdua meletakkan di tengah-tengah. Qel tersenyum dan berkata, “Nampaknya projek nak dapatkan adik Krissh tergendala seketika.”
Qil menampar lembut lengan suaminya ini dan mendodoikan Krissh. “Mama, papa!” Krissh memanggil lembut dan kami berdua mencium lembut pipi anak kami ini. Kriss adalah hasil hubungan cinta kami berdua. Terima kasih kepada Ilahi yang memberikan Qel peluang kedua merasai kebahagiaan ini sekali lagi, takkan dia mempersiakannya sekali lagi… semoga cinta ini akan berkekalan selamanya….


end story..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan