Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 6


Part 6


Mereka berdua pun tiba di tempat selalunya mereka berdua menjamu selera. Reya masih lagi mematukan dirinya dan hanya menemani Zaerel makan sahaja. Seleranya bagaikan mati sahaja pada malam ini mengenangkan akan perbualan tadi.
“Sebenarnya, malam ni Aerel ajak Reya keluar ada sebabnya. Yang sebenarnya dah lama Aerel ingin beritahukannya pada Reya. Aerel menantikan masa yang sesuai dulu dan kini masanya dah tiba. Aerel…. Aerel… sebenarnya sukakan..pada ..
“Cili marang..?” celah Reya dengan spontan lalu tergelak sakan. Zaerel sudah tidak keruan dengan ayat yang terkeluar dari bibirnya Reya. Cili marang? Cili padi ker? Ya Allah, si Reya ni dah salah anggap ni.
“Reya, sebenarnya bukan Aerel sukakan cili padi or cili marang. Aerel sebenarnya sukakan pada seseorang. Dia ni dah lama Aerel suka. Dan malam ni Aerel mahu luahkannya!”
Reya terhenti tergelak buat seketika apabila Zaerel menuturkan ayat itu. Zaerel sukakan seseorang? Siapa? Mahu sahaja ditanyanya, namun hatinya menahannya. Ditayangkannya muka poyo nya di depan Zaerel yang tampak serius sahaja dari tadi.
“Dengar ya apa yang Aerel cuba katakan ni. Aerel sebenarnya dalam lama menyayangi dia selama ni. Dialah yang selalu Aerel impikan menjadi suri hati Aerel dan jua ingin Aerel suntingnya menjadi isteri Aerel yang sah dan menjadi mama kepada zuriat Aerel pada masa akan datang. Aerel tak sanggup lagi nak menahan semua perasaan ni seorang diri. Aerel dah buat keputusan mahu memberitahu padanya sebelum dia dilamar oleh lelaki lain.” Zaerel pun terus turun dan duduk bersimpuh depan Reya yang tergamam dengan semua ucapan romantisnya tadi.
“Reya, Aerel menyayangi..kasihkan…dambakan…impikan..dan cintakan pada…! Terputus-putus ayat yang keluar dari bibirnya. Reya sudah mulai mengelabah dengan semua kelakuannya ini. Hatinya sudah berdegup dengan kencang sekali dan tak dapat difikirkan langsung, blank semua otaknya tika ini. Anggota badannya jua kaku di kerusi ini yang bagaikan ditaruhkan gam.
“Aerel…!!” sapa satu suara dari belakang dan tanpa disedari Zaerel berpaling lalu terkeluar ayat yang sepatutnya diucapkannya bagaikan angin lalu sahaja..
“Aerel cintakan Ieyda..” bagaikan angin tsunami, lidahnya menuturkan nama ini.
Bukan nama itu yang sepatutnya terkeluar, ianya adalah nama Reya yang sepatutnya dikatakan pada lidahnya. Dek kerana terkejut dengan sapaan Ieyda dan kelibatnya yang tiba-tibe menjelma dalam anak matanya, lidahnya terus menuturkan nama Ieyda. Tu pun depan Reya lidahnya terkeluar suara nama Ieyda. Yang paling tak percayanya, lidahnya boleh pula terkata yang dia cintakan Ieyda. Can me believe it?
Bagaikan mahu tergugur sudah jantungnya saat mendengar secara langsung akan ucapan cinta ini terkeluar dari mulut Zaerel. Reya terkedu apabila Zaerel mengucapkan cintanya pada gadis yang menyapanya ini. Rupanya Zaerel mencintai gadis yang bernama Ieyda. ‘Dia’ yang dimaksudkan adalah Ieyda. Bukannya Reya. Bukan Reya yang dicintainya. Sedarlah yang kau memang tak layak memiliki cinta buat selamanya.
Zaerel sendiri pun terkejut dengan apa yang baru dituturkannya tadi. Kenapa pula nama orang lain terkeluar dari bibirnya saat Zaerel mahu melamar Reya tadi? Ieyda pun sama terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Zaerel masih lagi menyintainya selama ini rupanya. Fikirnya Zaerel sudah melupaikannya. Rupanya dia silap besar.
Reya segera bangun dan terus berlalu pergi meninggalkan Zaerel dengan gadis yang dicintainya. Ya ALLAH, mengapakah hatiku sakit sangat. Aku tak pernah merasai sakit sebegini. Sakit seolah merantai hatiku apabila Aerel menuturkan cinta dia pada gadis lain padaku. Sakitnya! Mengapa kau seksa aku sebegini, Aerel? Aku ni tak cukup sempurnakah bagi kau lagi sehingga tegar kau robekkan hati sebegini dalam dengan ucapan berani mati kau tu?
Reya menangis jua tika ini kerana merasakan beban yang terlampau berat yang ditanggunginya. Dek kerana Reya berjalan dengan laju, kasut yang dipakainya telah tercabut dan tertinggal di tangga. Reya mengabaikannya sahaja. Zaerel mengejarinya dari belakang dan segera menyaingi langkah Reya yang semakin panjang menuju ke arah perhentian teksi. Reya masih lagi tidak menghiraukan laungan Zaerel yang kuat dari belakangnya.
“Reya, tunggu. Dengar dulu penjelasan Aerel. Semua ni salah faham. Reya salah dengar sebenarnya. Aerel bukannya cintakan dia. Aerel cintakan…!”
“Enough! Jangan nak katakannya lagi. Reya tak nak dengar lagi cinta daripada Aerel. Aerel berhak bersama dengan gadis yang Aerel cintakan tu. Reya rela kerana selama ni antara kita mana ada hubungan yang serius. Kita sekadar kawan biasa saje.” Reya memotong kata-kata Zaerel. Tangisannya masih lagi bersisa pada pipinya.
“Please, Aerel akan perbetulkannya semua ni. Aerel sayangkan pada orang lain sebenarnya. Bukan pada nama yang Reya dengar tadi. Lidah Aerel yang silap tersebut nama tu. Aerel masih lagi terkejut dengan kehadirannya di antara kita tadi. Aerel terkejut!” yakinnya padaku akan hal sebenarnya.
“Cukuplah, dah puaskah hati Aerel lukakan hati Reya kan selama ni. Aerel buatkan Reya fikir yang Aerel memang sayangkan…ah, abaikan saja!”
“Sebenarnya Reya pun sayangkan Aerel kan. Reya tu yang ego nak akuinya selama ni, please sayang, ucapkanlah sebelum terlambat!” cepat sahaja Zaerel fikirkannya ke arah situ.
“Sapa yang sayangkan Aerel? Reya hanyalah anggap Aerel sebagai bos saje selama ni yang kesunyian ditinggalkan bekas kekasih saje. Reya hanya fikirkan tu saje!” katanya dengan menafikan apa yang dianggapinya selama ini. Malulah dirinya sekiranya Zaerel jua tahu akan perasaannya yang sebenar buat dirinya.
Zaerel takkan dapat tahu akan apakah perasaannya ini walaupun macam mana sekalipun Zaerel mendesaknya. Sukar sekali dia akan mengakui cintanya kali ini kerana sejarah lama yang banyak mengajarkannya erti cinta yang sebenarnya.
“Jom kita bincangkan semua ni dalam kereta. Sini tak sesuai nak bertengkar pun. Jom!” ajaknya dengan cuba memegang tangan Reya. Reya menepis akan tangan Zaerel yang cuba bersatu dengan tangannya.
“Tolonglah! Sapa yang nak ikut dengan awak tu?” Reya masih lagi berdegil dengan Zaerel. Orang yang ada di sini, acap kali melihat akan adegan tidak rasmi ini yang dipertontonkan secara free. Reya mulai tidak selesa dengan situasi yang sedang terjadi dan menjadi malu sendiri. Akhirnya Reya membuat keputusannya tersendiri.
“Reya nak balik sekarang jugak. Pleaselah!” pintanya. Zaerel segera menuju ke keretanya dan membawanya ke kereta seperti biasa. Reya mendiamkan diri sahaja sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya dan tidak seperti kebiasaannya sibuk sekali berceloteh macam bertih jagung. Reya kini kehilangan suara untuk berbicara dengan Zaerel setelah apa yang terjadi.
“Aerel harap Reya fikirkan apa yang Aerel katakan pada Reya tadi. Malam ni adalah malam yang spesel buat kita berdua dan tak sangka yang ianya akan jadi seperti ini. Reya janganlah nak menghindarkan diri daripada Aerel selepas ini ya. Aerel nak Reya tahu yang Aerel sayangkan Reya dengan sepenuh hati dan tiada wanita lain selain nama Reya dalam hati ni.
“Jangan ganggu saya lagi. Pergilah pada wanita yang awak cintakan sangat tu. Lepaskan saya!”
“No, selamanya Reya milik saya. Milik saya sorang saje. Takkan ada lelaki lain akan milik Reya selain saya!” Zaerel berteriak menyatakan rasa hatinya dengan sikap degil Reya ni. Reya hanyalah mencebikkan mulutnya mendengar semua kata-kata Zaerel ini.

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan