Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cerpen Cinta Si Gendut part 5

Cinta Si Gendut
Part 5


Sebulan 17 hari kemudiannya….


Jamuan hari ulangtahun syarikat Zayrel berlangsung dengan jayanya. Ramai juga tetamu yang datang dan juga termasuk Trish dengan ditemani oleh Michel. Jejaka ni selalu sahaja berkepit dengan Trish. Bencinya!! Kalu diingatkan yang si Mamat celup tu adalah kawan baik kepada Trish, tentunya dia takkan diundang malam ini.
Trish hadir lewat dengan Michel. Majlis sudah lama bermula dan Trish mendapat perhatian semua yang datang. Setiap kerjanya berjalan lancar dan diminati orang awam. Apatah lagi dengan isu siapakah mamat celup ini di sisinya. Pelbagai andaian yang dibuat oleh paparazzi dan Trish rela mendiamkan diri saja.
Trish membiarkan mereka semua membuat spekulasi tentangnya tanpa membuat apa-apa tindak balas. Yang sakit hatinya adalah Zayrel. Dia pula yang menanggung akibatnya. Apa yang terjadi padanya ini.
Semenjak dia putus tunang dengan Eizda kerana kecurangannya itu bermain dengan lelaki lain di belakangnya, hatinya sudah tertutup rapat untuk mana-mana perempuan. Walaupun sebelum ni dia selalu berurusan dengan wanita lain, hatinya tetap tertutup kemas dan kini semenjak kemunculan Trish, hatinya terbuka semula untuknya.
Tapi kerap sangat sakit sekali hatinya ini kerana dihidangkan kemesraan mereka berdua ni. Selalu sahaja Michel melawatnya setiap kali ada photo shooting. Dan bertambah jengkel lagi, Michel selalu membawa makanan untuk mereka berdua makan bersama. Yang geramnya siap makan bersuap lagi. Apa mereka berdua ingat yang mereka berdua ni masih berada di oversea ker? Please!!! Ni Malaysia tau. Jaga sikit adat budaya Melayu itu.
“Encik Zayrel??” panggil seseorang dan Zayrel kembali kea lam nyata. Rupanya Trish yang memanggilnya dengan Michel di sisinya. Bencinya!!!
“Ada apa?”
“Tolong jaga Michel kejap. Saya nak pergi bertegur sapa dengan kawan saya kejap!”
‘Apa ingat aku ni guru tadika ker nak jaga kawan dia pulak’ gerutunya dalam hati dan mengangguk perlahan.
“Thanss, and you. Please be here with Mr. Zayrel. I go there, to met my old friends. You are don’t mind?”
“Yes! You can go there. I just ok with him!” Trish melemparkan senyuman dan melangkah menuju ke kawan lamanya. Michel tersenyum kepada Zayrel.
“Hai, you are Mr. Zayrel?” ramah dia menegur sapa Zayrel. Lesung pipitnya kelihatan jelas di pipinya.
“Yes! We always met everyday! So, how are you in Malaysia? Are you is her special friend?”
“Mybe, I always want be her special friend, but she not ready yet. I don’t know why? Ermm... I enjoy be in Malaysia. Trish treat me very well! So, I always hear about you from Trish. So, you are this person that Trish always talk to me! Em, very good looking person!” katanya dengan memandang wajah Zayrel.
“Trish always talk about me to Michel. So impress to me know it! What kind of story that she always tell to you? If you don’t mind tu tell me a little one kind of the story?” umpannya kepada Michel. Zayrel memang tak sangka yang sedingin mana Trish dengannya, dia ada juga bercerita mengenainya dengan Michel. Apakah cerita itu?
“Oh.. just the simple story.”
“Really? So, what do you think about me without her story?”
“You is good guy but not in your attitude. Too low and down!”
“Really? So, I must change it. Thanss the opinion. I perciate it! Drink?”
“Why not!” Kami berdua pun menuju ke bahagian minuman dan membasahkan mulut. Zayrel melilaukan pandangannya dan melihat Trish berbual mesra dengan tetamu yang ada. Dia juga berbual mesra dengan orang yang gemuk. Mengapa dia rapat dengan golongan itu. Perasaan bencinya ini masih ada lagi akan golongan gemuk ini.
“What are you looking? Oh.. Trish!”
“Not, just the fat person that talk with Trish!”
“Oh.. you want to some secret? But, promise you not tell Trish! Promise!” ucapnya pula. Zayrel berminat mahu tahu dan segera menganggukkan kepalanya.
“When first I met Trish in oversea, she is so fat. She also more fat than the human are being with her right there. So fat. But, in a few year, she become slim dan pretty. She tell me that she is diet because she have bad past time before she go oversea! Someone in Malaysia do the wrong thing to her and she so sad. She become want be a slim person and doing a lot exercise. I always be with her until now! Now, she is slim and become super famous model in another country. She also the Miss World! Who can now that she can be like this. From the fat person and now become a successful person in their life!” beritahunya dengan panjang lebarnya. Zayrel terkejut mendengarnya.
Trish pernah gemuk dulu? Dia juga telah berdiet dan kini jadi kurus dan memenangi Miss World. Betul ker apa yang Michel ceritakannya ini. Takkan si Michel ni nak ada-adakan cerita pula. Tapi kalu dikaji semula, memang Trish menghormati sekali golongan gemuk ini. Dia ingat bagaimana marahnya Trish kepadanya semasa dia memarahi pekerja lelaki yang bertubuh gempal.
Trish telah mempertahankannya. Dan Trish juga ada membuka butik pakaian untuk golongan yang bersaiz XXXL ini. Katanya golongan ni juga mahu berfesyen seperti orang yang kurus. Butik pakaiannya ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hampir separuh wanita di Malaysia ni menghidapi obesiti yang terlampau kerana gaya pemakanan yang tidak sihat. Mereka jarang mengikuti pola makanan yang seimbang dan hanya makan ikut selera badan sahaja. Kesudahannya sama-sama menderita kerana ditimpa obesiti yang berlebihan.
Mereka juga tidak boleh mengikut arus fesyen. Tapi dengan adanya butik Trish berjaya merealisasikan impian golongan gempal ini dalam berfesyen. Trish kini makin mengumpul hartanya kerana penjualan baju yang kian meningkat dari hari ke sehari. Pandainya dia membuka peluang pekerjaan.
“Hey, are you still here?” soal Michel dan Zayrel kembali kea lam nyata.
“Is that true what you tell me?”
“Of course! I didn’t mean to lie. I just tell the truth!”
“Oh, thanss!!”
Trish pun menghampiri kami berdua bertanya, “Apa yang rancak sangat berbual ni sampaikan leka dari tadi dan tak bertegur sapa dengan yang lainnya?”
“Nothing, just hal business. You?”
“Me also about my business. So, Michel. Are you have yet your lunch?”
“No, I wait for you.”
“Really? So, shall we! Excuse me!” Trish pun pergi menjamu selera dengan Michel dan meninggalkan Zayrel di sini sendirian. Trish memang selalu membiarkannya sendirian sahaja semenjak kedatangan Michel ini. Semua hal mesti bersama dengan Michel. Dia ni tak ada guna ker?
Zayrel leka memerhatikan gelagat makan Trish. Dan saat itu dia bagaikan teringat sesuatu akan cara gaya makan Trish, mirip sekali dengan orang yang pernah makan dengannya sebelum ini. Siapakah dia tu? Ingatan ni lemahlah pula tika ini. Siapa ya?
Kemudian dia teringat akan semua kata-kata Michel tadi. Gemuk? Belajar di sana? Seseorang buat salah dengan Trish? Gemuk? Belajar di sana? Seseorang buat salah dengan Trish? Apakah makna kata-kata Michel tadi.
Trish dulu pernah gemuk dan gemuknya melebihi daripada wanita tadi. Trish juga berdiet kerana mahu slim? Trish juga telah belajar di sana kerana mahu tenangkan fikiran? Sapakah Trish sebenarnya? Sapa?
Bayangan seseorang yang sedang makan dengannya terbayang sedikit di ingatannya. Seseorang yang gendut dari zaman lampaunya, Diayana! Yang ! Adakah Trish adalah…
Trish dan Diayana mungkin orang yang sama? Ye ker? Takkan lah? Tapi, kenapa hatiku mengatakan yang ni adalah benar sekali tekaanku. Trish adalah Yang. Yang pula adalah Trish. Dan kerana ini, Trish ada kaitan dengan abang Fikrie. Abang Fikrie hanya ada seorang adik sahaja iaitu Yang alias Trish.
Trish mungkin nama samarannya dalam dunia modeling dan Yang adalah namanya yang sebenar. Ini juga meleraikan pertanyaannya di mana kali pertama mereka bertemu dan apakah sebabnya wajah Trish pucat. Ini kerana dia bertemu denganku yang adalah dari zaman silamnya. Yang terkejut kerana bertemu denganku setelah lama kami berpisah. Aku sangat ego masa tu. Aku juga bersalah dengannya. Aku perlu meminta maaf dengannya.
Trish perasan yang Zayrel merenunginya lama. Kenapa pula dengannya ini. Adakah dia syak sesuatu denganku? Tapi, apa dia? Dan aku selama ni mana pernah rapat dengannya. Aku sengaja menjarakkan diri dengannya dan sengaja bermesra dengan Michel bagi membalas semua perbuatannya ini.
Zayrel pun menghampiri kami berdua dan menyapa. “Hai Michel dan Yang!” katanya dengan sengaja ingin melihat reaksiku. Nasib baiklah masa itu wajah Yang menunduk. Dapatlah dia menyembunyikan rasa terkejutnya ini. Dia sudah tahu ker?
“Who is Yang? I know that only me, Trish and you here? So, who is Yang?” soal Michel pantas. Nasib baiklah Michel menyelamatkan keadaan.
“Opps, sorry. My mistake. I tought Trish is my friend, Yang is name. they are so same but different their size of body. Yang is fat but Trish so slim. Mybe I miss my friend, Yang!” ucapanya bersahaja dan mengerling kepada Yang.
“Yang is your friend? Where is he now?” soalku ingin menutup rasa gugupku ini.
“Oh, Yang is female, not male, Miss Trish!”
“Oh I see, I taught your friend is male. But she is your special friend?” tanyaku ingin mengujinya.
“Rumit nak ceritakannya, but in past, she almost be my special friend, but when have a complication, we not become friend anymore. She ig gone and I didn’t know where she go!”
“So pity!”
“Yes, so pity. Jadi, awak tak cari dia ker?”
“Tak, saya malu dengannya. Saya dah banyak buat salah dengannya. Dia juga dah banyak terluka kerana saya! Saya tak berhak mencarinya. Biarlah dia di mana-mana pun. Saya tak berhak kepadanya. Silap saya yang terlalu ego dulu!” katanya dengan nada yang lemah. Yang bersimpati dengan masalahnya ini. Well, lelaki ini macam nak menangis je.
“Tapi, takpe. Saya dah kembali semangat. Hidup perlu diteruskan. Sekiranya kami bertemu semula, saya akan memohon maaf daripadanya. Harus!”
“Ok!” dia ni cepat betul dah berubah emosi. Baru sahaja aku nak tengok wajah dia yang kesedihan dan kemurungan dan kini dan kembali ceria pula. Geramnya, takpe. Masa ada banyak masa lagi. Zayrel sengaja beremosi sebegini kerana mahu mengesahkan telahannya tadi dan semuanya sudah terbukti. 100% berjaya.


Berselerak sekali keadaan bilik Zayrel dengan semua gambar-gambar yang dilemparkannya ke lantainya. Semuanya adalah gambar seseorang yang diminta olehnya dengan penyiasat persendirian. Yang mengejutkannya lagi adalah status sebenarnya orang itu. Rupanya dia bukannya golongan biasa sepertinya. Dia adalah golongan kelas mewah iaitu anak keluarga diraja. Ya Allah, Trish atau Yang memang adalah orang yang sama. Cuma beza akan saiz fizikalnya sahaja. Mengapakah aku tak sedari akan hal ini?
Wajah Yang yang gemuk dulu dilihatnya dan dibandingkan dengan wajahnya yang sekarang ini. Memang jauh panggang dari apinya. Siapa pun takkan menjangkakannya yang mereka berdua adalah orang yang sama. Dia sudah berubah. Berubah seluruhnya.
Masih tergambar di ingatan Zayrel semua kesilapannya pada masa lampaunya dahulu kepada Yang. Rakaman suara Yang berkumandang dalam biliknya memecahkan kesepian. Zayrel menyesal dengan semua tingkah lakunya selama ni. Dia banyak buat salah dengan Yang. Rakaman ni disedari olehnya semasa seminggu Yang menghilangkan diri daripada kolej tanpa sebarang berita. Saat itu, hatinya terasa satu kehilangan yang besar sekali. Dia sering termenung dan tika itu, dia terpandang akan bungkusan hadiah yang diberikan oleh Yang.
Lalu dibukanya dan jatuh satu kaset di tangannya. Diambil dan didengarinya. Ianya adalah luahan perasaan Yang kepadanya. Malunya aku kerana mempermainkan perasaannya sebegitu. Yang juga manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Dialah manusia yang bodoh sekali di dunia ini.
Zayrel juga masih ingat yang Yang selalu mengelakkan diri daripada semenjak jamuan malam itu. Dia kerap sekali berdua dengan Michel. Dek kerana itu, Zayrel juga mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat latar belakang Trish.
“Apa yang tuan minta saya siasat tu adalah benar sekali. Mereka adalah orang yang sama. Trish dan Yang adalah orang yang sama dan nama Trish adalah nama komersil Yang dalam permodelan. Dia juga telah berada di oversea selama 5 tahun dan memenangi Miss World. Trish kembali ke Malaysia setelah dia bersedia dan kini dia memang orang yang sama, cumalah saiz badan saje dah berubah. Trish dan Yang adalah orang yang sama!” kata penyiasat itu dengan lanjutnya dan memberikan beberapa bukti mengenai penyiasatannya.
“Yang!!! Maafkan Zayrel!!” teriaknya sekuat hatinya di dalam biliknya ini dan membuang semua barang-barang yang ada. Berkecai semuanya jatuh di lantai. Kakinya terluka kerana terkena percikan kaca. Darah mulai keluar.
Saat itu Zayrel teringat akan Yang telah menghisap darahnya di tangannya dulu. Kenangan itu bermain di ingatannya. Memang bodohnya diriku ini kerana mempermainkan dan mengecewakannya. Akhirnya dia terkulai layu di lantainya dengan seribu perasaan bersalah di dadanya ini.



Yang pula yang membaca novel, ‘Bicara Hati’ terhenti seketika. Mengapa hatinya terasa berdebar sekali ini? Siapakah yang dilanda kesusahan saat ini? Adakah Zayrel? Tak mungkinlah kerana dia baik-baik aje, tak de tanda macam sakit jer tadi.
Mungkin ini hanyalah satu perasaan biasa sahaja. Tapi, Yang ada perasan yang sikap Zayrel kepada berlainan sekali sejak malam itu. Zayrel seolah ingin bercakap sesuatu dengannya. Kadang kala Zayrel sengaja tersasul panggil nama Yang depannya. Tapi Yang pandai berpura-pura yang dia tidak mengenali nama itu. Adakah semua ini akan terbongkar? Zayrel juga banyak kali memohon maaf dengannya. Apabila ditanya, katanya untuk semua kesalahannya selama ini. Macam dia dah tahu aje siapakah aku sebenarnya.
Pintu biliknya dibuka oleh seseorang dan bondanya masuk. “Anakanda menungkan apa tu?”
“Oh, bonda. Tak der apa-apa. Cuma letih jer! Bonda tak tidur lagi?”
“Tak, bonda sengaja nak jenguk anakanda. Kenapa tak turun makan tadi? Takkan diet lagi?” soal bonda akan ketiadaanku di meja makan tadi.
“Anakanda tak de selera tadi. Mungkin penat sangat kerana kuat bekerja tadi.!”
“Oh, bonda ingat yang anakanda telah jadi heroin dalam percintaan anakanda sendiri tadi. Maklumlah yang kata orang, kalu bercinta tu, makan tak kenyang dan mandi tak basah, tidur pula tak lalu!” usik bonda kepadaku.
“Pandai aje bonda ni. Sapalah sudi nak ker anakanda yang tak cantik ni!”
“Tak cantik kamu kata? Abis tu takkan semua lelaki di dunia ni dah buta matanya pula? Anakanda tunggu sapa sekarang ni?”
“Tak der saper-saper pun!” dalihku kepadanya.
“Oklah, bonda nak masuk tidur pulak. Kan ayahanda kamu tu tercari-cari bonda pulak. Jangan terjaga lewat sangat dan kalu kamu ada masalah tentang lelaki, dengar kata hati kamu tu. Dan jangan segan silu bercerita dengan keluarga ni! Good night!” cium bonda di dahi Yang dan menutup kembali pintunya.
Yang kembali termenung kembali dan kali ini Yang mendongak melihat cahaya bintang di luar tingkapnya.

bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan