Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 9

Bab 9


Ketegangan mulai terasa di jiwa Ariana. Mengapakah lagi hatiku diseksa bak sembilu. Ditoreh-toreh dengan pisau antik filem Prince Of Persia bentuknya. Huraikanlah segala ketenangan dan kebelengguan bertamu ini dengan satu jawapan yang pasti.
“Jawablah!!!” jeritku dalam hati sahaja. Itu sahaja yang termampu dijeritkannya. Mahu sahaja dipegang wajah yang dimusuhinya dalam diam. Meskipun beribu tebal dendam dalam dirinya akan Fazrel, tapi bila berdepan, luntur sebegitu sahaja dendamnya. Aura apa yang Fazrel pakai sehingga sebegini mudah dia mengaku kalah?
“Wanginya bau ni.” Jawapan pertama Fazrel. Ariana setia lagi menantikan jawapan seterusnya.
“Awak suka ker bau ni?”. Tiada lagi respons daripada tuan punya badan di sebelahnya. Kaku bak patung cendana lagaknya. Mahu jadi America’s Next Top Model ker? Jelingan sekilas ditujukan, tapi kaku sahaja.
Fazrel masih lagi berbicara dengan ramah-seramah yang mungkin.
“U know this perfume same alike with my friend! Tapi kan bau minyak wangi ni mirip sekali dengan seseorang yang saya kenali dulu! Tapi,awak dengan dia berbeza kerana dia... abaikanlah!” bicaranya bagi mematikan suasana kebisuan ini.
‘Itu ajer ker? Herm..buat sakit hati-jiwa-dan-raga betullah!’ cebiknya dengan muncung Dolphinnya sekali. Ariana hanyalah terdiam. Mulutnya terkatup rapi seperti diikat dengan tali.
Fazrel kelihatan agak resah dengan penerimaannya ini. Dia ini jenis sombong agaknya dan kelihatan macam tidak suka sahaja denganku semenjak pertemuan yang pertama ini.
Berat mulut ajer nampaknya sejak dari tadi. Lantaklah.

“Ada saya kisah ker? So, lambat lagi ker?” jawabnya selamba cicak kobing. Mata Ariana melilau melihat keadaan sekeliling. Banyak perubahan sudah berlaku di sini. Semuanya serba baru. Warna cat pun sudah berubah, tampak klasik tetapi elegen rona warnanya.



Langkah kaki Fazrel diperlahan saat kami berdua tiba di selekoh yang amat Ariana kenali. Dikerlingnya sekilas wajah tersenyum Fazrel yang tersendiri. Mula dah!!!! Entah apalah yang bermain-main dalam otaknya. Bukannya boleh pakai sangat kepala udang Fazrel ini.

“Dah nak sampai pun. Tapi awak tunggu sekejap, saya nak ke tandas kejap! Ada hajat yang perlu ditunaikan dengan ‘segera’ ” ujarnya dengan mimik muka ‘nakal’ lalu segera masuk ke tandas berwarna biru itu.
“Hurmmm.. ni yang malas nak menunggu!!!!” rungutku lagi dengan sesekali wajah dicemikkan. Bosan tahap cipan kalau menunggu orang! Apalah malangnya nasibku ini. Sentiasa bertemu dengan seseorang dari masa silamku sahaja.
Sejurus kemudian, Fazrel keluar kembali dengan menyerahkan handphone dan dompetnya kepadaku. Dahiku berkerut seribu kedutan.
“Tolong pegangkan kejap, please!”
Wajahnya sengaja dimaniskan sebelum tenggelam oleh pintu tandas dari dalam. Ariana terkesima kerana semua ini sudah kalis sebelum ini. Ya Allah, apa yang Fazrel cuba buktikan kepada aku ini?
Bukankah dia amat membenciku, tetapi kenapa masih sama layanannya ini kepadaku dahulu. Seolah tiada apa-apa pernah terjadi antara aku dengan dia. Peliknya insan bernama Krezz Fazrel ini.
Anak mata Ariana terpandang seketika akan barangan peribadi Fazrel ini? Apa yang aku buat ini? Dompet Fazrel ditatapnya lama. Usang sudah warnanya ini. Naluri hatinya mendesak agar membuka dompet ini. Patut ker?

Ariana bagaikan tergerak hati ingin membuka dompetnya dan terkejut apabila melihat akan sekeping gambar terkandung dalam dompet Fazrel.
Sekeping gambar berukuran pasport mulai menarik minatku lebih mendalam. Gambar siapa pulak ini? Naluri hati Ariana semakin mendesaknya menyelongkari isi dompet ini. Jom kita Terjah!
Melopong mulutnya saat anak matanya menatap lama siapakah sebenarnya gambar itu. Ditenung lama gambar itu dan matanya terbeliak luas.

Bagaimana?

Mengapa?

Kenapa?

Bagaimana semua ini terjadi?

Mengapa pulak gambar dirinya berada dalam dompet Fazrel?
Gambar Ariana ditenungnya lama. Sudah lama Ariana tidak menatap wajah ini. Rindu pada dirinya lama kian berteman dalam jiwanya. Wajah lamanya yang masih lagi tembam itu. Bila masa pulak Fazrel ada gambar ini, setahunya Ariana belum pernah berikan sebarang gambar kepadanya. Fazrel dapatkan gambarnya ini daripada mana?
Persoalan demi persoalan muncul dari benak fikirannya. Aduh..sulitnya sekali semua persoalan ini. macam hendak menjawab soalan Peperiksaan Sijil Tinggi Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan