Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 3


part 3


Reya tiba di pejabat seperti biasa dan suasananya menjadi lengang sekali dengan ketiadaan orang yang belum tiba lagi. Manakala bayangan bosnya jua belum muncul lagi. Reya pun menuju ke bahagian buat air untuk membuat Nescafe panas bagi menyegarkan matanya dan badannya agar segar di pagi ini sebelum mesyuarat dimulakan.
Bau aroma Nescafe menyapa hidung Zaerel yang baru tiba di pejabatnya ini. Lampu yang terang di hujung sana dilaluinya. Kelihatan Reya sedang khusyuk sekali meminum air yang dibuatnya. Reya masih lagi belum menyedari akan kehadirannya ini di belakangnya ini. Zaerel pantas menghampirinya dan saat Reya berpaling, air Nescafe itu tertumpah di atas baju milik Zaerel.
“Ya Allah!”
“Adoii, panasnya!!! Awak ni nak bunuh saya ker pagi-pagi ni?” soalnya dengan mengibas akan bajunya yang sudah basah dengan air Nescafe yang panas ini. Reya terketar-ketar dengan kejadian ini dan lagilah terketar apabila mereka berdua berada begitu dekat sekali saat ini.
“Maafkan saya. Saya tak tahu yang ENCIK ada kat belakang saya tadi. Lagipun ENCIK yang salah kerana senyap-senyap ajer berdiri belakang saya ni! So, saya tak adalah salah sangat. Sendiri mahu ingatlah!!!” sempat lagi Reya menyindirnya.
“Oh, jadi ni semuanya salah sayalah ya. Banyak cantik muka awak. So, saya akan kenakan hukuman pada awak. Ikut saya sekarang jugak!”
Reya teragak-agak mahu mengikutinya dan Zaerel berpaling ke belakang lalu berkata, “Awak nak saya dukungkan awak ker?”
Reya pantas mengelengkan kepalanya dan terus mengekorinya menuju ke parking lot kereta. Pintu keretanya dibuka dan Reya duduk di sebelah Zaerel. “Kita nak ke mana ni sebenarnya. Kan nanti aka nada mesyuarat seperti yang ENCIK katakan semalam?”
Zaerel masih lagi membisukan dirinya apabila Reya sibuk sekali bertanyakan itu ini akan tujuan destinasi mereka sebenarnya. Akhirnya Reya mendiamkan diri sahaja memandangkan semua kata-katanya itu tidak mendapat perhatian daripada tuan empunya diri pun. Ini adalah kali kedua mereka berdua keluar bersama-sama dengan keretanya ini.
Tapi kali ini ke manakah hala tujunya mereka berdua. Zaerel sengaja tak mahu memberitahu akan lokasi mereka kerana ini semua bukannya salah satu rancangannya pada hari ini. Nampaknya inilah peluangnya yang terbaik untuknya membawa Reya berkenalan dengan keluarganya. Inilah peluangnya dan terus dibawanya menuju ke rumah keluarganya. Tentu ayah dan mamanya masih lagi belum pergi ke mana-mana pagi ini. Hari pun masih lagi awal.
Reya hanyalah melihat sahaja arah tuju keretanya ini menuju masuk ke dalam sebuah rumah yang tersergam indah persis rumah banglo kediaman orang kaya sahaja. Agaknya ini rumah siapalah ya yang Encik Zaerel tuju ni? Rumah dia kot?
Keretanya diberhentikan di parkir rumah milik keluarganya. Kelihatan kereta ayahnya masih lagi tersadai di parkirnya. Eloklah tu kerana nampaknya Reya takkan ada alasan lagi mahu mengelakkan diri daripadanya. Zaerel pun menutup enjin keretanya dan segera turun. Dibiarkan sahaja Reya yang terkebil-kebil dalam keretanya.
Reya pantas keluar dari keretanya dan mengekori langkah Zaerel yang semakin hilang dalam rumah yang besar ini. Reya terhenti langkahnya di depan muka pintu besar. Kaku kakinya mahu melangkah apabila melihat akan perhiasan yang ada dalam rumah besar ini. Mak oii, macam istana sahaja, mahligai pun ada tau!
“Ye, Non. Mahu cari siapa?”
“Saya ni ikut Encik Zaerel tadi. Dia yang bawa saya ke sini. Sini kat mana ya?” soalnya bagaikan orang bodoh sahaja di depan muka pintu ini. Bibik itu kelihatan faham dengan apa yang dibicarakan oleh Reya ini dalam bahasanya.
“Non, silakan masuk. Tuan tadi bagitahu supaya Non tunggu dia nanti jap kat ruang tamu. Silakan!” pelawanya dengan penuh sopan sekali. Reya mengekorinya menuju ke ruang tamu. Kemudian ada kedengaran suara orang sedang berbual di ruang atas.
Reya berpaling apabila suara itu kedengarannya makin dekat. Zaerel sedang berbual dengan seorang lelaki yang agak berumur dan juga wanita yang anggu sekali dari kaca mata Reya. Siapakah pulak mereka berdua ni? Reya pun bangun dan bersalam dengan wanita ini sebagai tanda member hormat kepada orang tua.
“Rasanya ayah kenal ni. Reya kan? Bukan begitu, Zaerel?” soal ayahnya akan kemunculan gadis ini di kalangan mereka di sini. Zaerel sekadar menganggukkan kepalanya sahaja dan duduk di sebelah Reya yang tampak sekali kebingungan dengan situasi sekarang ini.
“Ya, saya ni Reya, apa khabar Datuk?”
“Tak payahlah formal sangat. Panggil saja nama saya ajer! Macam mana dengan kerja Reya sekarang di bawah Zaerel? Ok tak?”
Reya terkedu dengan pertanyaannya dan sempat lagi mengerling pada wajah Zaerel ini yang tampak selamba badak sahaja. Nak ker aku beritahu secara langsung akan perangai anaknya di pejabat selama ini. Kalaulah aku ni perangai jahat, dah lama aku merepot sahaja dengan ayahnya secara langsung. Lagipun Reya dengan ayah Zaerel memang baik selama ini.
“Err.. saya dengannya ok ajer. Kami saling bekerjasama dengan baik!”
Ayahnya tersenyum. “Jomlah sertai kami sarapan dahulu ya. Ni auntie yang masak khas untuk Reya hari ni! Jomlah!” mamanya menjemput Reya menjamu selera. Reya segan sekali nak menjamu selera dengan mereka semua kerana merasakan mereka semuanya ada taraf hidup yang tinggi sedangkannya pula hanyalah anak orang biasa sahaja.
“Takpelah auntie, saya dah sarapan kat rumah tadi!”
“Eh , mana boleh macam tu. Ni kat rumah auntie. Jomlah, lagipula Si Zaerel ni yang beria-ria sangat nak auntie masakkan untuk sarapan pagi ni. Katanya nak kenalkan seseorang dengan kami semua!”
“Kenalkan seseorang? Siapa?” soalnya dungunya.
“Ye, katanya seseorang yang istimewa baginya. Katanya, dia sendiri yang akan bawakannya kepada kami semua untuk diperkenalkan. So, kami akan tahunya sendiri.”
“Ohh, macam tu. So, kita perlulah tunggu dahulu orang yang istimewa tu dululah. Agaknya belum sampai lah tu ya!” ujarnya dengan melihat ke arah pintu besar banglo ini. Zaerel sudah mulai hairan dengan kedunguan Reya ini. Ya Allah, dungunya minah ini. Boleh pulak dia ni salah anggap akan apa yang dikatakan oleh mamanya tadi.
“Oklah, kita makan dululah!” ajak Zaerel pula setelah lama dia mendiamkan diri. “Laa..masih boleh berkata-kata lagi. Ingatkan dah bisu tadi!” katanya dengan perlahan. Zaerel pun bangun dan menuju ke ruang meja makan dan meninggalkan Reya sendirian dengan keluarganya.
Dengan keadaan terpaksa, Reya mengikuti langkah mama Zaerel dan duduk berdepan dengan Zaerel. Zaerel langsung tidak menghiraukannya dan buatnya seperti orang asing sahaja di rumahnya. Reya memang bengang sekali dengan sikap Zaerel ini. Auntienya telah memasak nasi lemak dan meletakkannya dengan banyak sekali.
Layanan yang mereka berikan amat mesra sekali dengannya walaupun ini adalah kali pertama Reya berkunjung ke rumah keluarga milik Zaerel ini. Zaerel ini pulak masih lagi dengan sikap selamba badaknya ini, langsung tidak memperbetulkan salah faham mama dan ayahnya ini kepadanya. Janganlah mereka ni menganggap diriku pulak sebagai teman istimewa anaknya pulak. Memang nak cari pasallah kalu ianya terjadi.
Lagipula kami manalah pernah berbaik, asyik ajer bertengkar. Cumalah beberapa hari ni Zaerel tidak lagi cari pasal dengannya semenjak peristiwa Reya tidak sengaja menitiskan air mata di depannya kerana tak tahan dengan kekejamannya. Selepas itu, Zaerel sentiasa berlembut dengannya dan beramah mesra jua dengannya. Malahan baik hati juga membawanya bertemu dengan keluarganya. Macam ada udang di sebalik mee goreng sahaja ni.
Reya bagaikan dapat menghidu akan sesuatu yang tidak kena dengan semua ini. Zaerel bagaikan sedang merancang sesuatu sahaja dengan semua ini. “Encik Zaerel, bila kita nak ke pejabat ni? Rasanya dah lewat kan?”
“Errr…. Nantilah. Saya ada hal jap dengan my parent jap. Awak boleh tunggu kan?”
“Boleh kan, Reya? Sekejap sahaja. Takpe, nanti auntie akan temankan Reya ya sementara mereka berdua ni berbincang. Auntie dah bese sangat dengan kesibukkan mereka ni!” celah mamanya lagi bagi menenangkan sikap ketidakselesaan Reya di kalangan mereka ini. Reya sekadar menganggukkan sahaja kepalanya ini. Janganlah lidahnya terkelu sudah apabila berbicara dengan mamanya sudahlah.
Saat perbincangan Zaerel dengan ayahnya kelihatan serius sekali di pemerhatian bebola mata Reya. Mamanya pula sedang sibuk sekali menunjukkan foto album keluarga mereka terutamanya Zaerel. Banyak sekali gambar Zaerel semasa kecil ditunjukkan kepadanya. Reya tergelak dengan melihat semua ini. Ya Allah, kiutnya jugak Mr.Kotak ni zaman kecilnya. Langsung berbeza sekali dengan dirinya pada zaman sekarang ini. Reya jua melihat akan gambarnya sedang berkhatan pada usianya 12 tahun.
Kelakarnya. “Ni pulak gambarnya masa nak kena berkhatan. Masa tu memang susah sekali nak jumpa dengan tok mudin tau. Yang paling auntie ingatnya, masa nak Zaerel nak bersunat tu, boleh pulak si Zaerel ni laungkan azan takbir raya tau. Dah tu siap baca doa makan lah, entah apa-apa lagi doa yang terkeluar dari bibirnya!” cerita mamanya dengan panjang lebar sekali akan zaman silam Zaerel.
“Ye ke auntie? Kelakarnya. Ada pulak laungkan takbir raya ya! Tentunya gamat masa tu kan?”
“Memang tau Reya, hampir semuanya ketawakan Zaerel. Zaerel pula selepas tu pengsan dan tidur mati ajer sampai ke pagi esoknya!”
“Kesiannya kat dia tu. Tapi sekarang ni kenapa ya Auntie yang Zaerel susah sekali nak senyum dan ketawa di khalyak ramai? Asyik nak masamkan muka ajer?” soalnya ingin tahu akan sikapnya yang kepelikkan ini.
“Sebenarnya Zaerel dulu pernah putus cinta dengan anak kawan kami. Kerana itulah, Zaerel terus berubah sikap dan menjadi serius sebegini. Baginya dunianya sudah hancur!”
“Ohh, patutlah. Rupanya ada kisah silam yang menyedihkan dalam hidupnya. Dah tu bagaimana dengan anak kawan auntie tu? Dia dah kawin ker?”
“Rasanya belum lagi kerana desas desus kami dengar yang dia ni sedang belajar kat luar Negara. Dulu, mereka berdua hamper-hampir nak ditunangkan namun kerana kecurangannya, pertunangan ni tak sempat diteruskan. Dek kerana ni, Zaerel frust sangat.”
“Dan ni kali pertama Zaerel bawa perempuan datang ke rumah kami ni selepas bekas kekasihnya ni. Reya ni perempuan pertama yang dia bawa balik dan jumpa dengan kami semua. Reya dengan Zaerel ada apa-apa hubungan ker dengannya?”
Memang terkelu sekali lidahnya kali ini nak menjawabnya. Apa yang patut aku berikan jawapan ni ya? Mamanya macam berharap sahaja jawapannya daripadanya. “Yang sebenarnya kami hanyalah sekadar bos dan pekerja sahaja. Tiada apa-apa hubungan lain selain hubungan pejabat saje!”
“Tapi menurut kata Zaerel berbeza sekali dengan kata-kata Reya ni. Semalam Zaerel katakan sesuatu dengan kami mengenai seseorang yang baru muncul istimewa dalam hidupnya!”
“Apa maksud auntie? Zaerel ada katakan sesuatu mengenai Reya ker pada auntie dan ayahnya? Mengenai apa tu?” soalnya ingin tahu.
“Zaerel katakan yang Zaerel akan bawa Reya datang ke rumah kami untuk diperkenalkan sebagai….
“Mama!!!” laung Zaerel dan mematikan percakapan mamanya kepada Reya. Reya pula masih lagi ternantikan akan penghabisan kata-kata ini. Mamanya segera bangun dan menuju pada Zaerel yang setia menantikannya di luar sana. Kemudian mereka saling berbisik sesama sendiri. Reya sekadar memerhatikannya sahaja akan lagak keduanya ini. Macam ada rahsia besar sahajalah ini. Ini yang buatkannya tak senang duduk tau. Macam ada kena mengena dengan diriku sahaja kerana acap kali wajahnya menjadi tatapan yang ada.
“Maafkan auntie kerana buatkan Reya tertunggu lama tadi. Entah apalah yang si Zaerel tu nakkan tadi. Ada sahaja, anak manja mama katakan!”
Reya tersenyum sahaja, “Auntie suka sangat tengok Reya ni ketawa dan senyum. Auntie haraplah yang Reya dapat terima Zaerel seadanya ya. Kenali dulu hati budinya dan auntie harap sekali lagi Zaerel dapat bawak balik Reya kepada kami sebagai calon isteri ya! Auntie berharap ni dan berharap agar kalian berdua akan ada jodoh”
“Eh, auntie, janganlah cakap macam ni. Kami hanyalah kawan biasa saje. Saya ni hanyalah orang biasa saje, masakan enggang nak terbang bersama dengan pipit kot?”
“Kami memang tak pandang pun taraf ni dalam memilih pasangan hidup ni. Cukuplah sekali kami buat silap selama ni. Kali ni kami akan akur dengan pasangan yang anak kami pilihkan sesama sendiri. Yelah demi kebahagiaan mereka bersama, kami hanya akan tunggu cucu saje.”
Reya sudah mulai merona kemerahan mendengarnya. Siapa yang tak suka dengan semua ni, cumalah Reya merasakan yang jodohnya masih belum sampai lagi dan Reya pun hanya akan memilih pasangannya hanya daripada kalangannya sahaja. Dengan orang kaya pulak, rasanya takkan dia terjebak kerana Reya ada kisahnya tersendiri dengan orang kaya ini.

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan