Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cerpen Cinta Si Gendut part 2

Cinta Si Gendut
part 2


Kelas pun tamat dengan kami diberikan assignment baru. Semua sudah beredar termasuklah Zayrel. Di luar pintu, Eizda telah menunggunya dan mereka berdua pulang bersama-sama.
Yang terleka memerhatikan kelibat Zayrel menghilang bersama dengan Eizda, “Amboi terleka perhatikan dia tu. Terpikat ker?” usik Farah Akma.
“Dia tu? Tak kuasa aku tau!”
“Ohh.. baguslah macam tu. Buat pengetahuan kau pula yang si Zayrel tu adalah salah seorang lelaki yang tidak boleh didekati oleh perempuan macam kita ni. Dia tu hanya akan pandang wanita yang cantik, seksi dan ramping saje. Orang yang hodoh dan berisi macam kita ni, sebelah mata pun takkan pandang pun!” ujar Farah Akma dengan panjang lebarnya dan diangguk oleh Asmira dari tepi.
“Aku memang dah nasihat diriku sendiri agar jangan ada apa-apa ikatan pun dengan lelaki sebegitu. Aku dah janji dengan diriku ni. Kamu berdua jangan bimbang, ok!”
“Janji!!”
“Janji!! Kami bertiga saling memegang tangan dengan erat sekali menandakan perjanjian ini telah dibuat.
“Meluatnya aku tengok. Mentang-mentanglah mereka tu couple, sengajalah tu nak menunjuk yang dia dah dapat jejaka pujaan ramai! Gedik tau!” rungut Asmira pula secara tiba-tiba yang kebetulannya berada di sebelah Yang.
“Kau mengata kat sapa ni?”
“Sapa lagi kalu bukan si minah perasan Eizda. Mentanglah yang dia tu awek kepada Zayrel, mahu menunjuk ke kerjanya. Berkepit 25 jam tau. Nak bernanah mata ni!”
“Eizda?”
“Ye, minah perasan lawa tu. Budak batch Hospitaliti tu!”
“Kenapa dengan dia? Dia ada hutang dengan Mira ker?” soalku bingung dengan Eizda. Dia ada hutang ker dengan Asmira ini?
“Memang hutang pun. Hutang sakit hati. Taulah yang dia tu awek kepada Zayrel, janganlah selalu nak berkepit jer. Ingat dia sorang ker ada pakwe?”
“Awek Zayrel? Zayrel mana pulak ni?” tanyaku lagi dan menaikkan kemarahannya ini.
“Kau ni nak kata bodoh kan, tak pula. Kau ni memang lembap sikit tau dalam hal sebegini. Tu, si Zayrel, rakan sekelas kita yang duduk sebelah Farah Akma tadi! Pakwe Eizda lah dia tu!”
“Apa?? Dia tu bercinta dengan Zayrel? Dan Zayrel pula sekarang ni dengan minah perasan cun tu?”
“Ye.. kan kau baru terkejut beruk nampak tau akan hal ni. Dah lama mereka tu couple. Kau je yang tak nak ambil tahu. Sejak mereka couple tu, minah tu makin menjadi-jadi perangainya. Gatal semacam je! Geli tau. Asyik nak bergesel dan berkepit jer dengan Zayrel tu! Berbulu mata kami tengoknya!” ujar Asmira dengan yakin akan sikap Eizda yang terkenal perangai gediknya.
“Dahlah, jom kita balik. Aku ada janji dengan mak aku ni!” ajak Asmira dan kami berdua berlalu pergi.


********** ********

Zayrel bermain bola sepak dengan bersemangat sekali dalam perlawanan dengan temannya kerana dia mahu menjadi juara dalam perlawanan kali ini. Dia takkan beri mereka peluang mengalahkannya kerana kali ini dia dan juga teman yang lain telah membuat taruhan.
“Sesiapa yang kalah dalam perlawanan ni, dia akan perlu keluar dengan mana-mana gadis yang melalui kawasan ni selepas je perlawanan ni tamat selama seminggu. Setuju?”
“Setuju! Yang paling penting jua akan dapat wang sebanyak RM 200 sekiranya dia berjaya bawa wanita itu keluar!”
Dek kerana pertaruhan ni, Zayrel berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kawannya takkan memberinya peluangnya menang kali ini kerana mereka mahu Zayrel pula terkena dalam pertaruhan ni. Kali ni Zayrel takkan terlepas.
Entah di mana silapnya, Zayrel kalah dalam perlawanan ini. Kawannya bersorak dengan kuat sekali kerana hajat mereka yang Zayrel terkena menjadi. Akhirnya, Zayrel sudah kalah dan perlu tunaikan pertaruhan ini.
Zayrel mengaku kalah dan saling melihat akan bakal pasangannya selama seminggu. Mereka semua menanti dengan penuh sabar. Pada mulanya seorang nenek tua yang melalui kawasan ini. “Takkan aku nak keluar dating dengan nenek kot?”
Nenek ni diabaikan dan kami pula menantikan wanita seterusnya. Dan kali ini pula wanita yang ada anak pula melalui kawasan ini, “ Takkan yang ni pula aku kena ajak dia keluar dating dengan aku. Korang tak nampak ker anak dia tu? Dia tu dah bernikah tau. Mampus aku kena kejar dengan suaminya nanti! Kan, lembam pula biji mata aku nanti!”
Kawannya bersetuju mengabaikan jua perempuan ini. Kali ini, si budak kecil pula yang melintasi kawasan ini. “Budak kecil ker nak aku keluar bersama? Mana ada kelas!!”
“Ok, kali ni yang last kami bagi peluang kat kau. Tak kira sapa pun, kau kena terimanya. No excuse!” kata Syam dengan muktamad.
“Ok, bro!” Kami semua menanti dengan penuh debarnya akan gerangan perempuan yang akan melalui kawasan ini. Semua mata memandang ke arah jalan itu dan masih belum ada bayangan akan ada orang melalui kawasan ini. Kami masih belum mengalah lagi kerana tak mahu Zayrel terlepas dengan mudah sekali.
Penantian berakhir jua dan kini kelihatan seorang gadis sedang melalui kawasan ini dengan berjalan kaki. “Tu dia, bakal pasangan kau dah sampai. Kau akan keluar bersama dengan dia tu selama seminggu. Dan kami mahukan gambar sebagai bukti. Good luck!”
Zayrel menganggukkan kepalanya dan berjanji kepada semua kawannya yang dia akan menunaikan pertaruhannya ini.
Zayrel pun melihat akan bakal pasangannya ini. Terkejut dia melihat akan wanita ini? Benar ke apa yang dia lihat ini? Ni ker gadis tu? Macam dah tak der gadis lain ker nak lalu sini hari ni? Apalah malangnya dia. Takdirnya sedang menguji dia ker? Makin dia membenci makin dekat dia dengan gadis yang membencikannya ini.
“Err…!”
“No, sapa yang mengaku kalah akan digelar jantan dayus!” kata Zaikal pula bagi mencabarnya.
“Tak, aku nak kata yang korang semua kena bersiap sedia dengan wang RM 200 tu kerana aku akan dapatkannya nanti! We will see!!” Zayrel berkata megah dengan menyembunyikan perasaannya.
“Kurusnya bakal date kau ni.!” Ejek Faiqal pula kepada Zayrel dalam nada menyindir.
“Memang pun tersangat kurus pun. Mengapa? Dah jeles ker?”
“Kami semua taklah jeles sangat. Ok, good luck!” sahut Faiqal lagi dengan tertawa. Muka Zayrel sudah merubah menjadi masam.
“Ok, kami pulang dulu. Kau fikirlah yang macam mana nak ajak di keluar. Kami nantikan keputusan dan gambar sebagai bukti!” katanya lalu meninggalkan Zayrel sendirian.
Zayrel hanya melihat langkah wanita itu berjalan dan tak sangka yang aku kena ajak keluar dia bersama denganku. “Apa? Aku kena keluar dengan perempuan gendut ni? Perempuan gendut ni!!!” Aku bagaikan tak percaya yang dia ni adalah wanita yang aku kena keluar bersama selama seminggu.
Memang akan jatuh standard aku nanti kalu satu kawan di kolej tau akan hal ini. Bayangan saiz badannya yang gendut ini sedang berdiri di sisinya bermain di ingatannya. Gelinya akan bayangan ini.
Masih terbayang akan langkah kaki gadis gendut itu melintasi kawasan ini tadi. Nampaknya kita berdua akan keluar bersama dalam masa 7 hari selepas ini. Nampaknya aku kena rendahkan maruah aku demi pertaruhan ini. Zayrel bangkit dengan malas sekali kerana hari ini adalah hari permulaan dia perlu menggoda perempuan gendut ini agar bersetuju keluar bersama dengannya nanti. Zayrel berfikir akan idea untuk rapat dengan gendut itu. Macam mana caranya, kan kami berdua saling membenci dan bermusuhan sesama sendiri.



“Kau jampi apa kat Zayrel tu sampai dalam masa beberapa hari ni dia asyik ekori kau jer?” soal Asmira ketika kami menunggu bas untuk pulang.
“Jampi apa pulak tu? Mana aku tahu? Aku manalah rapat dengan dia tu!” jawabku selamba.
“Yang paling bestnya lagi, korang berdua ni tengah hot diperkatakan oleh semua orang. Mereka sibuk katakan yang kau tu dah ‘guna-guna’kan si Zayrel tu. Si Eizda pun tengah bengang giler kat kau tau!” beritahu Asmira akan situasi yang melanda di kolej ini.
“Patutlah dia tu menjeling semacam je kat Yang tadi. Rupanya dia mareh dengan Yang!”
Kemudian, kereta seseorang berhenti di depan mereka berdua. Pemandunya menurunkan cermin dan rupanya adalah Zayrel. Panjang betul umur Zayrel ini. Baru tadi kami berdua sibuk bercakap tentangnya dan kini orangnya sudah berada depan kami berdua. Apa lagi yang dia mahukannya dari aku kali ini?
“Jomlah, saya hantarkan awak berdua balik dulu!” pelawanya dengan ikhlas.
“Takpelah, saya menolak!”
“Saya ikhlas mengajak ni!”
“Saya juga ikhlas menolak. Bukan ker selama ni yang kau selalu cakap yang kau malu akan berjalan dengan aku, si gendut! Takkan terlupa pula?” sindirku halus kepadanya.
Merah padam wajah Zayrel saat disindir terangan olehnya ini. Memang boleh tahan mulutnya kali ini. Tipisnya peluang aku nak ajak dia keluar bersama denganku kali ini.
“Oh.. yang tu dulu. Sekarang ni saya dah berubah. Kan manusia ni selalu berubah!”
“Takpelah, bas kami pun dah sampai. Kami minta diri dulu!” kataku dengan pantas dan terus naik bas yang baru sampai. Asmira hanya mengikuti dari belakang kelibat Yang dan melambaikan tangan kepada Zayrel. Zayrel termanggu sendirian di keretanya dan melihat bas itu berlalu pergi.
Dia gagal kali ini. Yang dengan terangan menolaknya depan semua orang. Dah nak masuk hari ke-5 dia berusaha mendekatkan diri dengan Diayana. Asyik gagal sahaja, keras juga hatinya ini. Kalu bukan kerana janji pertaruhan itu, dia takkan sebegini susah mengekori Diayana si gendut selama ini.

“Ok, kamu semua akan dapat assignment dan kamu juga akan buat secara berkumpulan. Ahlinya saya yang pilih. Kamu leh tengok partner kamu di dalam portal!” itu yang diarahkan oleh pensyarahnya.
Amani pun membuka portal dan kami semua melihat akan nama kumpulan dalam assignment kedua ini. Ahli kali ini adalah sebanyak 2 orang sahaja yang akan buat projek kedua ini.
“Kita akan buat bersama!” teriak Asmira dengan temannya.
“Kau pula dengan sapa?”
“Aku? Entahlah, tak tengok lagi! Kau tengok jap! Malas nak bangun pula!”
Asmira pun bangun dan melihat. Terbeliak mata dia saat membaca nama ini. Yang Diayana dan Izz Zayrel Fakimi. What?? Yang akan buat assignment dengan Zayrel? Mati aku kali ini, aku nak beritahu macam mana pada dia tu.
“So, sapa partner aku?”
Asmira terdiam. Bagaimana nak beritahu ni? Susahnya nak beritahu ni. Bukannya dia tak tahu yang kepala angin si Yang ni tak tentu masa.
“Sapa?”
“Saya!” sahut satu suara dari belakang. Kami berdua berpaling dan terpacul wajah tersenyum Zayrel. Mamak ni memang nak cari bala. Dahlah Mira tak tahu nak beritahu gi mana, dia pula datang menyibuk.
“Diayana partner dengan saya!”
“Apa? Jangan nak merepek lah!”
“Taklah merepek, ni buktinya!” berinya akan kertas yang diprint olehnya sebelum masuk kuliah tadi. Ini semua rancangannya yang meminta pensyarah menempatkan dia dengan Diayana atas alasan mahu meningkatkan prestasi. Pensyarah makan umpannya dan kini dia berjaya. Hanya tunggu nak main jarum sahaja.
“Kau tau ker ni semua, Mira?”
Asmira mengangguk perlahan, “Mira cuma tak tahu nak beritahu macam mana! Sorry!”
“Yang tak kira, Yang nak juga bantah akan ahli ni. Jom, teman Yang pergi jumpa lectrurer sekarang!” ajaknya dengan menarik tangan Asmira. Zayrel hanyalah tersenyum sahaja melihat kelibat mereka berdua mencari pensyarah untuk menukar ahli kumpulan. Sia-sia sahaja.


Wajah Yang sugul selepas keluar dari bilik pensyarah. Asmira menantikan jawapannya dan Yang hanya terdiam sahaja.
“So, gi mana?”
“Saya takkan terima sebarang perubahan lagi. Saya dah tetapkan ahlinya ni if U all like or not! I hope U terima ahli ini!” kata pensyarah yang masih terngiang di telinganya. Memang pensyarah ini terkenal dengan sikapnya yang takkan mengubah semua keputusannya walaupun apa jua alasannya.
Yang melangkah longlai menuju ke café dan minum air. Asmira masih menantikannya namun tak juga dia bersuara. Agaknya tidak bolehlah tu. Bukannya Yang tak tahu akan sikap pensyarah ini.


Hubungannya dengan Zayrel semakin rapat dan kini mereka berdua umpama belangkas semenjak assignment pensyarahnya itu. Zayrel sentiasa dekat dengannya. Ini membuatkan Eizda naik bengang dengan kerapatan mereka berdua ini.
Eizda pun menyerang Zayrel semasa mereka berdua sedang mengulangkaji di library. “Zayrel!” teriak Eizda dengan kuat dan membuatkan semua berpaling kepadanya. Zayrel pun segera mendapatkan Eizda dan menarik dia agar jauh dari semua orang.
“U nak apa? U nak I jadi malu ker?”
“U tu. U dah tak sayangkan I lagi ker? U buat apa dengan budak gendut tu? Dulu, U tu anti gile dengan dia, tapi sekarang ni tak nampak macam dah anti pun! Apa ni semua?” soal Eizda meminta penjelasan.
“Honey! Yang sebenarnya ni semua adalah lakonan semata-mata. I ada buat pertaruhan dengan kawan-kawan I yang I telah kalah dalam perlawanan bola sepak. So, I dipaksa keluar dengan dia selama 7 hari. Tapi, jika I berjaya, I akan dapat wang sebanyak RM 200.”
“U tak tipu I ker?”
“Tak! I swear! Hanya U yang I love. Gendut tu hanya untuk pertaruhan saje. I tak de feeling pun kat dia!”
“Kalu gitu, lega sikit hati ni. Nape U tak beritahu kat I selama ni? U buatkan I salah faham jer. Sia-sia jer I cemburukan U tau! U ni suka nak mendera I tau!”
“Well, sekali sekala apa salahnya!”. Zayrel pun saling memeluk erat badan Eizda dan melepaskan kerinduan yang terpendam. Eizda pun menggoda Zayrel dan mereka berdua pun kini terhanyut dalam lautan asmara yang dibisikkan oleh syaitan. Anak adam sudah terkulai layu dan kini sedang buat maksiat.


Zayrel telah mempelawa Yang keluar berdua. Kiranya ini adalah date kami berdua. Yang bagaikan tak percaya yang dia kini sedang keluar bersama-sama dengan jejaka yang pernah dibencinya dahulu.
Yang akui yang dia sememangnya rapat dengan Zayrel. Kini, mereka berdua sudah boleh bergurau senda. Zayrel telah membawa Yang date di restoran yang termahal sekali. Yang berpenampilan dengan menarik sekali sempena malam bersejarah ini.
Mereka berdua makan malam bersama dengan bergurau senda. Tanpa Yang sedari, semuanya aksi mereka ditangkap oleh kawan Zayrel sebagai bukti yang dia melakukan pertaruhan ini.
Yang menikmati akan suasana ini dengan penuh gembira sekali. Layanan Zayrel malam ini berlainan sekali. Yang paling berdebar saat Zayrel memegang tangannya semasa mereka berdua sedang menjamu selera.
Yang tersentak dan dia tidak menarik tangannya kerana berasa bahagia dengan ramasan tangan ini. Zayrel tergelak dalam hatinya kerana melihat Diayana telah terjebak dalam perangkapnya. Mudahnya mahu buatnya cair, hanya dengan beri layanan lebih sahaja dan pegang tangannya. Simple je!
Diayana ini taklah keras sangat. Cumalah perlu cara sahaja untuk memujinya dan kini Diayana sudah masuk dalam jeratku. Yes!! Terbayang wang tunai RM 200 akan masuk dalam poketnya dengan mudah sekali.
“Apa yang Zayrel menungkan ni?” soal Yang dengan suara yang lembut. Zayrel tersedar dan melemparkan senyuman paling manis yang penuh dengan kepura-puraan.
“Tak de apa-apa. Jomlah, kita ke tempat lain pula!”
“Ke mana?”
“Pantai!”
Yang suka kerana memang ini adalah tempat kesukaannya. Sekiranya Yang dilanda sedih, dia akan menuju ke pantai. Di pantai dia akan meluahkan semua masalahnya di pantai dengan termenung di sini. Kali ini kedatangannya dengan penuh istimewa kerana dia datang dengan Zayrel.
Zayrel pun mengajak Yang ke pantai dan memegang tangannya. Mereka seolah kini seperti pasangan kekasih yang sedang memadu kasih di sini. Di pantai pulak tu, memang satu tempat romantik buat pasangan yang sedang berkasih.
Zayrel pun membawa Yang ke pantai dan mereka berdua saling bermain dengan air pantai. Saling menyimbahi antara satu sama lain. Tika itu, pasir telah masuk ke dalam mata Zayrel. Yang memohon maaf kepada Zayrel kerana kesilapannya ini.
Yang pun terus meniup matanya yang masuk pasir tadi. Wajah Yang yang hampir dengan wajahnya membuatkan hati Zayrel berdetak. Apakah ilusi perasaan ini. Mengapa dia berasa berdebar sebegini dan debarannya kuat pulak tu.
Belum pernah Zayrel alaminya dengan mana-mana perempuan lain termasuklah Eizda. Apakah perasaan ini?
Yang masih lagi meniup matanya dan Zayrel pun memintanya menghentikannya. Mereka berdua pun duduk di pasir pantai dan merenung ke langit melihat bintang-bintang di langit.
“Indah kan bintang di langit tu!”
“Memang indah pun!”
Zayrel tak sedar yang di tangannya ada satu kaca yang akan membahayakannya. Tika itu tangannya tersentuh kaca dan Zayrel menjerit kecil, “Ouch!!”
“Nape ni?”
“Tangan Zayrel luka. Kena apa tah?” tunjuknya akan tangannya yang sedang berdarah. Yang terus menarik tangannya dan menghisap darahnya. Zayrel kaget dengan tindakannya ini.
Zayrel cuba menarik tangannya tapi Yang menghalangnya. Yang memang prihatin akan segala kesakitannya ini. Dia tak mahu Zayrel ditimpa kesakitan, biarlah dia menanggung semuanya.
“Yang tak suka bila tau yang Zayrel sedang sakit. Biar Yang tanggung semua ni!” ucap Yang dengan membahasakan dirinya Yang kepada Zayrel. Zayrel tak menyangka yang dia akan ucapkannya sebegini.
Zayrel teringat akan perbualannya dengan Eizda. Saat itu Zayrel telah terluka kerana terkena sesuatu di tangannya. Eizda hanyalah memandangnya dan berkata, “U ni tak reti nak berhati-hati ker? Kan dah luka tu. Jangan nak jadi budak kecil pulak. U tu dah besar panjang, takkan nak I kena jaga U kerana luka sekecil ni je! Nah, pakai sendiri plaster ni. I takkan pakaikan tuk U. I ni alergi dengan darah!”
Khayalannya hilang apabila terdengar bunyi koyak. Rupanya Yang telah mengoyakkan bajunya sendiri dan membalut luka di tangan Zayrel tadi. Hati Yang memang mulia sekali, tak wajar aku mempermainkannya. Tapi, aku memang tak sayangkannya selama ni. Ni semua kerana pertaruhan. Pertaruhan!!!
Jangan nak terkulai layu dengan semua layanannya ini. Ingat yang awak tu anti dengan orang gendut. Diulangi, anti dengan orang gendut. Dia akan aku lukakan dan semua sandiwara ni akan berakhir tak lama lagi.
Yang membalut luka ni dengan berhati-hati agar Zayrel takkan berasa sakit. Zayrel pun segera meminta untuk pulang dan Yang mengikutinya. Zayrel tak mahu berada lama lagi di sini kerana khuatiri hatinya akan menjadi lemah.


Yang tersenyum panjang sahaja di kolej. Asmira naik hairan dengan perubahan kawannya ini. Hepi semacam je! “Muka Yang ni dah macam manis je ni, ada apa-apa ker?”
“Takde pun. Macam bese jer!”
“Alah, bukannya selalu Yang muka manis sebegini. Yang dah jatuh cinta dengan Zayrel ye!!” serkap jarangnya pula.
“Taklah, kami kawan je!”
“Well, ni alasan lapuk. Kami kawan je, memang dari berkawan dan terus bercinta! Jangan nak sorok ni dari kita tau!”
“Ok, kami memang kini dah lebih dari kawan! Kira nak ke arah yang istimewa!” mengaku jua Yang di depan Asmira.
“Tahniah!!!!” Asmira pun terus memeluknya dengan erat. Kawannya sudah jatuh cinta. Tentunya dia akan berbahagia dengannya. Kami akan tumpang bahagia dengan pilihannya kali ini.
Si Zayrel ini pula tak masuk hari ini. Entah ke manalah dia ini pergi. Yang juga menghubunginya tapi tak diangkat panggilan itu. Dia masih sakit lagi ker kerana luka itu? Yang bimbang dengan dirinya ini. Dia pun menghantarkan mesej dan Zayrel membalasnya,

‘I chat, I lmbt bgun. X msuk klas ari nie. Oh ya, mlm esok besday I, I nk ajk U dtg ke mjlis besdy I. I ada benda nk U tau. Dtg tau. I mghrapkannya!!’

“Mira!!!! Zayrel ajak Yang ke majlis besday dia malam esok! Dia beritahu yang malam tu nanti dia nak beritahu Yang sesuatu, apa ya? Jangan lupa, nanti Mira teman Yang belikan hadiah kepada dia!”
“Ok!! Selamat berjaya ya! Tentu malam esok dia nak luahkan perasaannya pada Yang, kan? Yang!! dia akan ucap yang I Love U!”
“Not, I Hate U!!”
“Nakalnya Yang ni tau! Mira tumpang gembira dengan kebahagiaan Yang miliki sekarang ni!!!”
Eizda yang mendengar semua perbualan ini mulai naik angin. Takpe, aku akan musnahkan semua kebahagiaan kau nanti. Tunggulah, esok kau akan menderita….


Yang terpaku di dinding selepas pertemuannya dengan Eizda tadi. Bagaikan tidak percaya dengan semua yang didengarinya tadi. Dia tak mahu mempercayai semua omongan Eizda ini. Tapi, mengapa dia merasakan yang Eizda telah mengatakan benar semua. Ini kerana Zayrel telah mengelakkan diri daripadanya selepas malam kami berdua keluar bersama-sama. Sikapnya sudah berubah 100%.
Yang berjalan dengan lemah longlai di jalanan. Kini, dia bagaikan tiada tujuan mahu melangkah lagi. Masih terdengar jelas di telinganya akan butiran kata-kata Eizda tadi.
“Kau cermin dulu diri kau tu! Jangan nak cepat sangat nak perasan yang Zayrel tu syok kat kau. Kau tu gendut. Mana layak dengan dengan dia. Dia tu hensem, bergaya, macho dan kaya! Kau pulak, habuk pun takde! Kau jangan nak sesekali perasan yang semua layanannya ni benar. Semua ni pura-pura je, plastic. Dia buat semua ni demi wang RM 200 dan juga pertaruhan. Dia hanya main-mainkan kau aje!!”
“Tipu!!!”
“Aku tak tipu kau, gendut! Kalu kau tak percaya, kau boleh tanya sendiri pada semua kawannya. Mereka akan beritahu pada kau yang sebenarnya. Dan yang paling jelas lagi, kini Zayrel menjauhkan diri daripada kau, kan? Dah terang lagi bersuluh yang dia mahu mempermainkan kau je!! Kau tu yang butakan mata kau. Kenyataannya Zayrel tak sukakan kau. Dia selalu mengadu dengan aku yang dia tak tahan berada di samping kau yang jelek, hodoh dan gemuk! Dia malu tau tak!! Malu!! Kerana tu, dia selalu maniskan wajah depan kau, tapi depan aku dia akan mengadu tak tahan dengan semua karenah kau!! Sedarlah. Nah! Ni cermin. Aku kasi free je kat kau. Kau cermin lah diri kau tu elok-elok! Lihat semua sudut akan saiz fizikal badan kau tu! Kau dengan Zayrel bak langit dan bumi, takkan sama. Pilihan gadis idaman Zayrel adalah seperti aku ni, bukannya kau, gendut!!” Eizda ketawa kerana dapat membuatkan Yang terdiam dan menundukkan kepalanya.
“Awak tau dari mana semua ni?” soalku tiba-tiba ingin tahu.
“Dari Zayrel sendiri. Dia yang luahkannya kepada aku. So, aku dengan rasa baik hatinya memaklumkan kepada kau agar jangan terus nak berangan di awan biru, takut tak sempat nak sampai, dah terjatuh. Zayrel yang memberitahu semua rancangannya ni termasuklah makan malam kamu berdua. Dan makan malam tu adalah tanda yang dia sudah berjaya dalam mendapatkan perhatian kau dan juga wang sebanyak RM200. banyak tu, tunai pulak tu. Tak sangka yang nilai kau ni hanya RM 200 saje. Kesiannya kat kau!” sindirnya dalam wajah yang bersimpati. Hipokritnya Eizda tika ini saat berdepan dengan Yang.
“Jadi malam tu hanyalah sandiwara saje?”
“Ye, kerana aku pun ada sama lihatnya. Semuanya adalah rancangan Zayrel saje. Plan dia je. Dia mahu tambat hati kau dan kemudiannya patahkan hati kau. Simple je!! Kau ni memang mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki rupanya! Murah juga kau ni ya!”
“Cukup! Dah puas kau hina saya? Dah tak nak dengar lagi!” jawabku dengan menutup kedua belah telingaku ini.
Eizda tergelak besar dengan keadaan emosi aku yang tidak terkawal ini lalu berkata, “Ok, aku harap dengan semua ni, kau akan menjauhkan diri daripada Zayrel. Berambus dari hidup kami dan lenyap sekarang juga. Kau tu penganggu kebahagiaan kami je!” ucapnya dengan nada yang kuat.
“Terima kasih kerana menyedarkan saya akan diri saya yang sebenarnya. Saya mengaku yang saya ni gemuk, tapi saya juga ada hati dan perasaan. Saya akan mengundurkan diri daripada kalian semua. Kalian takkan lagi sakit hati dan mata selepas ni. Saya akan pergi jauh daripada semua. Selamat berbahagia dengan Zayrel!”
“Sempat lagi ucapkannya. Aku harap kau berkata betul!” Eizda pun segera berlalu dan menuding jari ke wajah Yang. Dia berlalu dengan hilaian tawa yang kuat sekali.
Yang juga telah pergi bertemu dengan semua kawan Zayrel dan apa yang dikatakan Eizda benar sekali. Zayrel mendekatinya kerana wang pertaruhan RM 200 itu. Semuanya demi wang. Harga dirinya sudah jatuh kerana dipermainkan lelaki ini selama ini. Zayrel adalah lelaki yang kejam sekali. Aku takkan maafkan kau selamanya.
Yang menjerit sekuat hatinya. Hansetnya pun berdering dan Yang mengangkatnya, “Bonda, anakanda tak nak lagi belajar di sini. Anakanda nak duduk sekali dengan bonda dan ayahanda. Jemputkanlah anakanda pulang!! Tolong anakanda, bonda!!” tangisnya kuat.
Kemudian ada mesej yang masuk:

‘Jgn lupa mlm ni, I tgu U tau. Jgn x dtg pula. I tgu U!’

‘Ah!! Persetan semua ni! Kau memang dah lama rancang nak malukan aku depan semua orang. Mengapalah aku ni buta sangat kerana percaya yang kau sudah berubah. Kau memang pelakon yang baik sekali.
Yang pun berazam akan bertemu dengannya malam ini juga meminta penjelasannya. Malam ni adalah malam penentuannya dan penghitungan. Zayrel akan menjelaskan segala-galanya malam ni. Aku akan desak dia berterus terang denganku. Akan!!!

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan