Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 6

Bab 6

“Feeewiiit...awek cun tu!!!” usikan nakal mulai kedengaran setiap kali kami berselisih dengan pekerja kilang lelaki. Ada yang menatap tidak berkelip-kelip mata.
“Sapa tu? Pekerja baru ker?” pertanyaan bernada ala-ala berbisik menyapa gegendang telinga Ariana dari pihak pekerja perempuan pula. Jelingan-jelingan maut sempat jua dilihat oleh anak mata Ariana.
“Macam artis pulak aku hari ni. Tak keterlaluan ker?” bisik Ariana perlahan. Dikerlingnya sekilas wajah Azizan dan Hafizul. Hampeh punya lelaki, siap lemparkan senyuman manis kepada yang berselisih jalan pulak. Mereka berdua ini sihat tak hari ni?
Di sebelah kirinya masih lagi setia Encik Azizan berjalan selangkah demi selangkah dengan Ariana. Begitu jua di bahagian kanan, tersenyum megah Encik Hafizul Adam. Ariana merasakan seperti orang kerdil ajer di dalam kilang ini.
Wajah Hafizul ditatap lama. Sayang orangnya memang good looking tetapi hati Ariana ini sudah beralih arah serta menjadi tawar semenjak Hafizul pernah menolak mentah-mentah akan kehadirannya di kilang ini.
Dahulu Ariana pernah mempunyai ‘perasaan’ suka kepada Hafizul, namun dipaksa dihapuskan kerana sedikit sekutik pun Hafizul tidak melayaninya. Setiap perlakuannya dilayan acuh tidak acuh.
Tapi kini, macam dah terbalik pulak kerana Hafizul sendiri melayaninya dengan baik. Agaknya kerana rupa parasku agaknya dia berubah sedemikian. Dasar buaya tembaga cap kaki tiga betullah!
Bukankah manusia cepat berubah kerana penampilan seseorang itu? Pelik jua hidup ini rupanya. Contohnya, sudah ada pun depan matanya tika ini.
Berbeza sekali dengan Encik Azizan, seorang yang tidak double standard. Melayani orang sama rata dan langsung tidak mendiskriminasikan kami semua. Humble orangnya.
“Adrea dah nampak lain sekarang ni ya! Makin cantik!” puji Hafizul seikhlas mungkin. Anak matanya berasa tidak puas menatap, menilik insan jelita di sebelahnya ini.
Ariana meluat dengan sikap mata keranjangnya. Dasar lelaki cap king of crocodile. Bapak sekali sekutu buaya di dunia. Layak sekali nama itu dengannya. Azizan pula tersenyum nipis dan mengangguk perlahan mengiakan pujian itu. Dia jua hampir terpesona dengan wanita ini. Luar biasa sekali dirinya kini. Banyak perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang singkat.
“Takder lah, saya macam bese ajer. Still Adrea yang dulu. Slamber dan funny! Encik Hafizul pun sama jua seperti dulu. Tak banyak yang berubah. Still suka tepi jaga tepi kain orang!” dalam merendah diri terselit jua sindiran halus buat jejaka lapuk ini.
“Saya tak main pakai kain. Saya pakai seluar jer hari ni, Adrea!” sempat jua berseloroh sambil menyindir Ariana.
“So funny...”
Deringan ‘Jahatnya Cinta’ milik Hafizul memekak dalam poket seluarnya. Mat jiwang jua rupanya spesis buaya ini rupanya. Layan jugak dia ini dengan lagu Stacy feat Akim.
Pantas diseluk keluar handphone Sony Ericsson itu. ‘Big boss’ tertera dalam senarai panggilan masuk. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.
“Yes?” jawabnya panggilan itu dan menatap tajam wajah Azizan. Anggukan kecil terbiasa di wajahnya. Ariana pula sekadar diam. Malas ambik tahu dalam urusan senior supervisornya ini.
“Kami datang sekarang!” pendek dan padat jawapannya. Talian dimatikan dan dipandang lama wajah Azizan dan Ariana. Malangnya hari ini.
“Meeting?” soal Azizan pantas. Sudah diduga oleh akalnya semenjak melihat wajah keruh Hafizul sebentar tadi. Aduh..masakan sebegini singkat pertemuannya dengan Ariana. Kacau betullah big boss ini.
“Dalam 15 minit lagi.”
“Ohhh..nampaknya tak dapat kita berborak lama. Tetiba pulak kena panggil meeting hari ni!” Azizan berkata mesra dan menutupi kekesalan yang bertamu. Ariana tersenyum kecil.
“Jomlah, time is running out!” gesa Hafizul, pantas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan