Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

SElipar Ella (Sin Dar Ella)


’Selipar’ELLA, High Heel, dan Kasut Pejabat


Hujan turun dengan renyai-renyai semenjak kebelakangan ini. Cuaca kini semakin tidak menentu sahaja dan ini menyukarkan manusia untuk melakukan urusan seharian. Termasuklah dengan diriku ini. Tapi, meskipun hari hujan, kerja tetap kena dilakukan. Payung kan ada. Ella berjalan dengan laju selaju membelah hujan yang makin lebat ini. Kereta banyak sekali lalu lalang, dan sesekali terpecik jua akan air di bajunya. Tak guna punya kereta ini, tak prihatin langsung dengan pejalan kaki. Ella menyapu akan air kotoran di baju kurungnya ini.
Sedang dia membersihkan kotoran ini, dia terdengar satu suara kecil. Mencari-cari Ella akan suara ini. Rupanya ianya adalah suara anak kucing yang kesejukan dalam hujan yang lebat ni. Kesiannya kat anak kucing ini. Ella segera mendapatkannya dan membantunya dan memeluknya. Anak kucing ini kelihatan sangat lemah sekali. Dia memeluk anak kucing ini dan segera melintasinya tapi kakinya termasuk dalam lopak air pula di jalan raya. Terkia-kia mencabutkannya dan tanpa disedarinya, dirinya dilanggari oleh sesuatu.
“Argh!!!” terjerit Ella. Anak kucing itu tercampak sama. Ella terduduk dan payungnya sudah berterbangan entah ke mana. Badannya kini kebasahan. Tuan punya kereta ini segera keluar dan membantu Ella bangun.
“Meow, meow!”
“Anak kucing!” Ella segera bangun dan mendapatkan anak kucing tadi. Pemuda itu terkesima di sisinya. Dia sudah tidak kisah akan badannya yang kebasahan ini. Ella memeluk dan memberikan anak kucing ini perlindungan. “Miss, maafkan saya. Saya tak nampak akan Miss tadi.” Katanya dengan menghampiriku.
Ella berpaling kepadanya dan terus bangun. “Apa awak ni tak reti memandu ker? Tak nampak ker saya kat tepi jalan? Tak der lesen memandu ker?” kataku sedikit kasar dengan memeluk kemas anak kucing ini.
“Maafkan saya sekali lagi. Mailah saya tolong hantarkan Miss ke tempat Miss nak pergi!” pelawanya bantuannya dengan ikhlas.
“Takpe, saya dah basah kuyup ni! Thank. Kan kotor pulak kereta mewah awak tu!” sindirku halus.
Dia terasa dengan sindiranku ini. Ella segera berlalu dengan tidak menyedari yang dia hanya memakai selipar jepunnya sebelah sahaja. Sebelah lagi terjatuh dalam lopak kerana terlekat di dalam lopak itu. Lagipun, Ella tengah bengang dengan jejaka ini. Di hari hujan ini, Ella memang lebih selesa memakai selipar jepunnya sahaja untuk berjalan kerana masa hujan ini jalannya agak licin sekali.
Jejaka ini kepelikkan dengan sikap wanita ini yang menolak pelawaannya. Bayangan wanita ini diperhatikannya sahaja dan terus ke keretanya. Tapi, dia ternampak sesuatu di bawah keretanya. Selipar jepun? Milik siapakah ini? Wanita tadikah? Jejaka itu terus mengambilnya dan membawanya masuk ke dalam keretanya dan meluncur laju ke pejabatnya. Bajunya sudah hampir mahu nasah kuyup dibuatnya.
“Mira, Ella tak masuk pejabat ari ni. Baju dah basah kuyup ni. Nanti akan masuk kerja pada waktu petang!”
Hanya itu pesanan mesej yang Ella memberitahu kepada kawannya, Asmira. Dia terus meluru balik semula ke rumah sewanya dan memeluk anak kucing ini. Nampaknya hari ini dia takkan berpeluang melihat akan wajah majikan barunya yang baru masuk hari ini. Melepaslah peluangnya untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut majikan barunya ini. Sudah sebulan yang lepas kami semua saling berbicara akan majikan baru ini. Majikannya ini adalah anak kepada bos besar. Yang baru pulang dari England. Tentunya kacak orangnya kerana abangnya dulu pun kacak juga. Persis wajah Zack X-factor orangnya. Adiknya lagi lagilah hensem kot. Tulah yang membuatkan kami makin teruja ingin melihatnya.
Tapi, kini lain pulak yang jadinya. Dah takdir aku agaknya akan jadi sebegini hari ini. Terima ajalah. Sebelum pulang, Ella singgah sebentar di kedai haiwan dan merawat anak kucing ini. Gembiranya kerana dapat kawan baru, anak kucing ini pun kiut banget. Anak kucing itu ditinggalkan sementara di kedai haiwan ini bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Nanti Ella akan datang mengambilnya semula.


Fakrie sibuk sekali membeli barangan di kedai 7E kerana terlupa pulak mahu membelinya tadi. Dia pun segera keluar kerana sudah terlambat mahu ke pejabat. Dia membuka pintu dengan kuat sekali dan ianya mengenai kepala seseorang. Naik benjol di dahi orang tersebut. Kemerahan.
“Sorry!” ujarnya dengan perasaan bersalah. Dia pun segera membantu orang itu dan melihat wajahnya. “Awak?”
“Kamu?”
Mereka berdua saling terkejut dengan pertemuan ini. Takkan dalam sehari akan terjadi kebetulan sebegini, dan takkan mungkin dalam alam realiti. Ianya hanya akan terjadi dalam dunia khayalan sahaja. Ini mesti salah. Salah sekali. Aku mesti tengah bermimpi sekarang ini!!! Mesti!!
“Awak ni memang suka langgar orang ker? Kali ini kepala saya pulak jadi mangsa awak. Nanti selepas ni apa pula ya?”
“Sorry, saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Tak sangka akan buka pintu dengan kuat. Tadi takde pun orang. Awak ni halimunan ker sampaikan asyik jer saya tak perasan akan kewujudan awak jer!” dia pula berkata sebegini kepadaku.
Aku halimunan dia kata? Bertuah punya orang! Tak sayang mulut agaknya. Ada jer yang akan makan free je lempangnya nanti. “Mulut tu jaga sikit. Saya ni original manusia tau!”
“Sorry, mulut saya ni kadang kala lancang sikit. Sorry! Dahi awak tu tak der apa-apa ker?”
“Benjol kit ni!” kataku dengan merasainya dengan tangan. Dia pun sama merasainya di dahiku. Aku melihatnya tajam. Dia tersipu-sipu malu dan menjatuhkan tangannya. Ada hati nak pegang dahi aku, dah lah ni salahnya. Nak kena je mamat sewel ini.
“Saya minta diri dulu!” terburu-buru Ella ingin beredar dari sini.
“Nanti dulu. Izinkan saya balas semua kesalahan saya ni. Dah sebanyak 2 kali saya bersalah dengan awak! Saya ikhlas ni ingin tolong awak!” halangnya diriku daripada beredar. Ella menghentikan langkah dan memandangnya lama. Apa lagi yang dia mahukannya daripadaku. Aku pun tak kempunan sangat dengan pertolongannya ini.
“Takpe, saya ikhlas menolak. Saya jarang menerima pertolongan dengan orang yang tidak dikenali ini.”
“Kita dah bertemu dua kali. Takkan ada istilah orang tidak dikenali. Cumalah nama je tak diketahuinya lagi!”
“Ooo..dah nak jadi ulat bulu ker?” sindirku perlahan dan mampu didengarinya. Dia tersenyum. Boleh tahan pedas jua mulutnya ini. Ada keleserannya tersendiri. Susah jugak nak menyakinkan dia dengan pertolonganku ini. Ada lagi ker wanita sebegini di zaman moden sekarang ini. Orangnya boleh tahan jugaklah. Tapi, hatinya keras giler.
“So, gi mana? Boleh tak saya hantarkan awak ke klinik tuk ubati benjolan itu?”
Ella terdiam seketika. Malas nak menjawabnya kerana bukannya jenisnya yang suka ke klinik kalu ditimpa kesakitan. Dia lebih suka biarkannya sahaja. Takut ubat katakan. Fakrie masih menantikan jawapan dari gadis manis ini. Manis jugak dia ni kalu dipandang lama. Tapi, kenapalah dia ni susah sangat nak buka mulut berbual dengannya. Fakrie bukannya mahu memikatnya pun. Sekadar mahu menghilangkan perasaan bersalahnya sahaja.
“Ella!” panggil seseorang dari belakang dan gadis ini berpaling. ‘Ayrel? Apa yang dia buat kat 7E ni?’
“Rel? Apa buat kat sini?”
“Beli Maggie! Ella buat apa kat sini?” soalnya pula dengan berdiri di sebelah Ella. Fakrie memandang sahaja jejaka yang menyapa gadis ini. Siapakah dia ni pula? Kekasihnya kah? “Ya Allah, asyik makan megi je. Nak tambah kurus lagi ker?”
“Ni lah makanan orang bujang katakan! Bukan ke waktu ni waktu sepatutnya Ella kerja? Apa yang basah kuyup ni?” soalnya prihatin akan keadaan Ella.
“Owh, tadi kemalangan kit dan payung entah ke mana terbangnya. Tu yang dapat mandi hujan free ni. Kan selama ni Ella dah lama nak mandi hujan, so hari ni dapatlah! Ella tak jadi masuk kerja pagi, akan masuk petang nanti!” jelasinya akan hal sebenarnya dia basah kuyup sebegini.
“Macam tu. Ni sapa pulak?” soalnya yang ingin tahu siapakah gerangan jejaka ini yang ada dengan Ella.
“Dia.. entah?” jawabku selamba.
“Fakrie!” katanya memperkenalkan namanya. Huluran tangan dihulurkan kepada Ayrel dan mereka berdua saling berjabat tangan. “Ayrel Firz”
“Sebenarnya saya yang telah langgari saudari ni tadi. Dan juga saya nak hantarkannya ke klinik, tapi dia enggan. Takutlah benjolannya makin melarat. “ ujarnya perkara sebenar. Ayrel melihat di dahi Ella dan ada satu benjolan. Ella segera menutupnya.
“Dia ni memang penakut sikit dengan klinik. Tak padan dengan orangnya, takut dengan suntikan dan ubat. Fobia katakan. Jadi jangan heran kalu dia tak menjawab kalu diajak pergi ke klinik. Hospital takpe!” sahut Ayrel dengan sinis sekali.
“I see!” pendek jawapannya. Dia menatap lama wajah yang bertukar kemerahan ini. Tak langsung dia melepaskan semua peluang dalam menatapi wajah ayu ini. Kenapalah dia asyik mahu sahaja melihat wajahnya. Ella masih mahu mencubit Ayrel yang sengaja mengusiknya depan jejaka asing ini. Ella juga dapat rasa akan satu perasaan baru sedang menular dalam badannya saat matanya bertembung dengan mata jejaka ini. Kenapakah dengan dia ini?
“Eh, mana selipar lagi satu ni?” soal Ayrel saat menatap dirinya dan juga ke bawah kakinya.
Ella melihat ke bawah dan baru sedar yang dia hanya memakai satu sahaja selipar. Melilau dia mencarinya. “Entahlah jatuh di mana ni?” Ella merasa sedih kerana selipar kesayangannya ini sudah hilang sebelah. Sudah lama selipar ini berjasa dengannya dan kini sudah hilang sebelah. Ke manalah pula perginya.
Fakrie juga melihat akan wajah sugul milik Ella ini. Kesiannya kat dia pulak Fakrie rasai. Sayang sangat dia dengan selipar jepunnya itu. Istimewakah selipar itu kepadanya? Fakrie terlupa yang selipar jepun itu tadi ada dengannya. Selipar jepun yang sedang dicari oleh gadis ini. Ayrel pun sama mencarinya tapi manalah nak jumpa dalam hujan yang makin lebat ini.
“Nanti kita belikan yang baru!” pujuk Ayrel kepadanya.
“Manalah sama dengan yang tu!”
“Oklah, kita cari ya, sayang!” Ayrel mengusiknya lagi. Ella sudah mencerut wajahnya. Ella merasakan ada mata nakal sedang memandangnya ini. Datang satu akalan yang akan membuatkannya terhenti selepas ini menatapku. Dia mesti akan rasa bersalahnya kerana merenungku tadi, Ella akan mengeluarkan ayat azimatnya ni.
“Kenalkan. Ni tunang saya!” Ella berkata sebegitu bagi mengelakkan lagi mata nakal Fakrie merenungnya lagi. Fakrie tersentak dengan kenyataannya ini. Dia sudah berpunya rupanya. Alamak, aku sudah bersalah dengannya lagi.
“Saya tak tahu!”
“Kami dah lama bertunang. Maafkan kami ya!” Ella segera menarik tangan Ayrel agar segera pergi. Ayrel terpinga-pinga dengan sikap Ella ini dan dia hanya mengikuti sahaja langkah Ella meninggalkan jejaka tadi. Fakrie terkesima dengannya. Dia sudah dimiliki. Terlepas sudah bunga di tangan orang lain. Takpe, dia pun hanya ingin main-main sahaja.

Keesokannya, Ella masuk ke pejabat dengan seperti biasa. Rakan sepejabatnya jua sama baru sampai sepertinya. Hari ini ramai pula yang sedang menunggu di lift. Malaslah pulak nak naik tangga. Masakan nak tangga sedangkan pejabatnya di tingkat 10. Boleh keletihan bangat tu. Ella menyapa kawannya sementara tunggu lift tiba.
Ada satu rombongan sedang menghampiri mereka semua dan semuanya berikan laluan. “Tu, bos dah sampai dengan anaknya. Dia baru masuk hari ni!” bisik Akma di telingaku.
“Bukan ke dah masuk kelmarin?” aku pula bertanya.
“Tak, semalam dia tak masuk ke pejabat. Ada hal katanya, jadi hari ni baru rasminya masuk!” kami semua melihat sahaja sekumpulan orang ini masuk ke lift dan Ella hanya sempat lihat kotnya sahaja. Wajahnya tak dapat lihat kerana orangnya tinggi jua.
Ella pun tiba di pejabat jua setelah beresak-esak dalam lift. “Bos dah masuk?”
“Belum lagi!”
Ella membuka komputernya dan melakukan kerjanya seperti biasa. Dia pun segera ke bilik kopi dan membuat kopi. Terasa dahaga pulak. Dia mengacaunya dan membawanya keluar. Diminumnya dengan perlahan bagi menikmati akan aromanya dan entah di mana salahnya, langkahnya tersadung dan kopinya tercampak ke baju seseorang. Alamak!
“Maafkan saya!”
Dia pun segera memandang wajah yang terkena air kopinya ini. Siapakah gerangan orang yang malang ini agaknya. Wajahnya pucat dan tak sangka akan bertemu lagi dia di sini? Apa yang dia buat kat sini? Dia mengekoriku ker?
“Awak?”
“Awak jugak? So, ni apa?” soalnya sedikit sinis dan memegang bajunya ini yang sudah kebasahan dengan air kopi. Dah macam menjadi Mr.Coffee pulak ragamnya. Dahlah bajunya berwarna putih hari ini. “Maafkan saya, saya tersadung tadi!” ujarku menjelaskan hal sebenarnya.
“Awak, masuk ke pejabat saya sekarang jugak!” arahnya dan segera berlalu. Mr.Coffee ini memandai jer arahkan aku masuk ke pejabat itu. Sapa dia ini?
Ella terpinga menerima arahan ini. Siapakah dia ni pulak yang nak aku masuk ke pejabat? Dia pula memandai je masuk ke bilik bos aku pulak tu. Dia pun berpaling ke wajah Asmira dan Asmira berkata, “Bos baru kita!”
“Apa? Bos baru? Alamak! Aku memang dah cari bala ni! Tolonglah aku!” Ella berjalan dengan malas masuk ke pejabat bosnya ini. Rupanya orang yang dia jumpai semalam adalah majikannya sendiri. Apa yang aku dah buat ini.

BERSAMBUNG....
Ketukan berbunyi dan ada suara menyuruhnya masuk. Ella segera berdiri depannya. “Duduk. Awak tahu kenapa saya panggil awak masuk ke pejabat saya?” soal Mr.Coffeesedikit tegas dan menatapku tajam. Aku menggelarkannya Mr.Coffee kerana aku memang tak tahu nama asli, tapi nama Mr. Coffee ni macam sepadan jer dengan orangnya. Mana taknya, badannya kini memang ada bau aroma coffee yang dibuat oleh Ella tadi.
“Tak tahu.”
“Oleh kerana awak dah buat kesalahan dengan saya pagi ni, jadi awak akan dikenakan denda. Denda kena makan lunch dengan saya nanti!” Mr.Coffee itu berkata dengan bangga sekali.
Ella terbeliak, takkan tak der denda lain kot selain makan lunch? “Boleh tak kalu saya nak postpond lunch ni?”
“Nape?”
“Saya ada date dengan tunang saya!” kataku mengelakkan dari makan lunch dengannya. Inilah alasan yang aku selalu utarakan apabila diminta makan lunch dengan lelaki. Aku ni bukannya suka makan semeja dengan budak lelaki. So, nasiblah.
“Erm. Tak boleh! Sapa lagi penting? Bos ker tunang?” dia masih tak mahu berkompromi denganku.
“Bagi saya tunang lagi penting dari segalanya. Bos boleh ganti tapi tunang takkan berganti!” Ella juga takkan mengalah dengannya jua. Fakrie tersenyum mendengar ketegasannya ini. Dia ini memang pandai menjawab jua orangnya. Fakrie memang sengaja mengujinya tadi.
“Baiklah. Saya lepaskan awak hari ini. Tapi denda tetap dikenakan. Awak kerja lebih masa hari ni! Ganti dengan lunch tadi. Sekarang awak boleh keluar dan bawakan saya fail terkini tentang syarikat!” katanya dan Ella bangun. Dia mengeluh nafas lega kerana Fakrie bersetuju dengannya.

Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Suasana sudah semakin sepi, hanya kedengaran dia sahaja yang sedang menaip dokumen yang diberikan oleh Encik Fakrie alias Mr.Coffee tadi kepadaya. Mentanglah ianya dikenakan denda, janganlah sampai melampau sebegini. Mana taknya sampai nak sama paras dengan wajahnya timbunan fail yang perlu ditaipnya hari ini. Melampau ini.
Satu persatu fail yang sudah ditaipkannya diletakkan ke tepi. Ella melihat sekilas bilik Encik Fakrie, masih terang lagi. Aik, dia pun kerja lebih masa ker hari ini? Jangan nak mengada kacau aku dah lah. Ella menyambung kembali kerjanya ini dan mulai menyiapkan kesemuanya mala mini jugak. Malas pula rasanya nak bawa balik ke rumah. Lagipula, Encik Fakrie dah awal-awal bagi warning, “Saya mahukan kesemuanya siap malam ni jugak!” naik pekak telinga aku ni apabila dia berkata dengan kuat sekali. Menang-mentanglah aku ada buat salah dengannya, syok jer dia membuli aku tau…
Akhirnya, siap jugak semuanya. Aku pun menyimpannya dalam satu dokumen dan mengemaskan mejaku ini. Baranganku diletakkan setempat dan kerusi dimasukkan ke dalam. Computer di offkan. Ella menuju ke bilik bosnya dan mengetukkan pintu bilik. Ella dipersilakan masuk. Encik Fakrie mengangkatkan kepalanya dan melihat akan wajahku ini.
“Yes?”
“Saya dah nak balik ni. Dah lewat sangat ni! Saya dah siapkan semuanya dan akan serahkan pada Encik Fakrie untuk dilihat esok. Saya pergi dulu!” ujarku kepaanya dan berpaling ke belakang.
“Nanti dulu!” panggilnya pula.
Ella menghentikan pegangannya di tombol pintu dan berpaling semula. Dia memandang tepat wajah Encik Fakrie. “Erm.. awak ni nak balik dengan apa?”
‘Logik ker soalan ni?’ Ella terdiam seketika dan menjawabnya, “Naik bas lah!”
“Ada ker lagi bas jam sebegini. Dah lewat ni. Awak tunggu kejap, saya akan hantarkan awak pulang!” katanya memberikanku kejutan sedikit di hati ini. Apa? Aku dengan dia akan balik sekali? No way!!!
“Takpelah, saya akan panggil teksi kalu bas tak de. Menyusahkan tuan jer!” Ella masih ingin menolak pelawaannya ini. Bukan apa, dia memang tak mahu berada dekat dengan bosnya ini. Takut!!! Adalah takut apa tu.. kamu ni semuanya nak tahu tau. Takkan tak leh nak berahsia langsung.
“No, saya kata, saya akan hantar awak pulang. Jangan nak berikan seribu alasan. Keselamatan awak tanggungjawab saya. Awak nak kena rape dengan pemandu teksi malam-malam begini. Saya tak mahulah nanti tunang awak tu menangis tau. So, dengar cakap saya ni!” tegas sekali Mr.Coffee berkata bagi pihaknya dan mengemaskan mejanya.
Ella terdiam seketika dan kaku di tempatnya. Fakrie melintasinya dan mengajaknya pulang. Ella mengekorinya tanpa banyak soal. Kereta mewahnya dinaiki olehnya dan meluncur laju di atas jalan raya. Fakrie tersenyum sendiri melihat akan kebisuan pekerjanya ini. Tahu pun takut, ingat dia sorang jer ada keras kepalanya. Aku pun ada tau, cumalah caranya lembut sikit jer.

“Kenapa kau dengan bos tu tampaknya angin semacam jer. Kau ada buat salah ker dengannya selama ni? Dia tu tampak tak sebulu jer dengan kau semenjak dua menjak ni!” soal Asmira semasa dia datang ke mejaku. Ella sedang sibuk membuat laporan mesyuarat. Ini pun atas perintah Mr.Coffee itu sebentar tadi.
“Entahlah. Aku pun pelik. Selama ni elok jer dia layan aku. Skru kepala dia tercabut sebelah kot.” Kataku selamba dengan mata diperhatikan di skrin komputer. Tanganku ligat menaip semua maklumat ini.
Kemudian satu suara yang lantang kedengaran, “Ella, mana laporan yang saya mintak awak buat tadi? Belum siap lagi ker?” jerit Mr.Coffee ini dari biliknya dan ianya kuat sekali. Dia dah mula dah episod puting beliungnya hari ini. Ada sahaja yang mahu diteriaknya saban hari. “Oklah, bos aku dah panggil nama aku tu. Aku ni boleh jadi glamour tau kalu tiap-tiap hari seperti ni!”
“Ok. Jangan kau tu memikat dia dah lah!” gurau Asmira segera kembali ke mejanya dan menyambungkan kembali kerjanya. Ella bersedia masuk dengan laporan tepat di tangannya akan mesyuarat tadi. “Kenapa awak ni lambat sangat? Ni ker hasil terbaik yang awak ada selama ni?”
Ella segera memberikan laporan itu kepadanya dan Fakrie memeriksanya. Bagus jugak kerjanya kali ini. Dia memang tak pernah menghampakannya selama ni. Tapi, Fakrie memang selalu ingin membulinya dengan memberikannya kerja yang banyak. Kadang kala kerja yang diberikannya bukannya yang dia perlu buat pun. Ini sebagai balas dendam akan penipuannya selama ni.
“Awak boleh keluar sekarang. Dan nanti tolong photostat semua dokumen perjanjian sebanyak 50 helai satu dan juga susun semua fail-fail di bilik fail. Siapkan semuanya sebelum lunch!” katanya memberikanku kerja baru pula.
Ella mengeluh mendengar arahan terbaru ini. Masakan dalam masa 2 jam ni dia akan dapat menyudahkan semua kerja ini. Mana cukup masa itu. Nampak aku kena berdietlah kali ini. Makin kuruslah badanku ini kalau sentiasa kerja sebegini sepanjang masa. Fakrie tahu akan wajahnya yang suram ini. Memang elok dia kena sebegini.

Masih terbayang di ingatannya akan pertemuan dia dengan Ella, Asmira dan juga Ayrel di hotel yang agak terkemuka jua. Wajah bersalah Ella juga mampu diingatinya dengan jelas sekali semasa Asmira memberitahukan yang kami bertiga adalah teman sepermainan semasa kecil.
“Tak sangka akan jumpa Encik Fakrie di sini. Encik Fakrie buat apa kat sini?” soal Asmira mesra dan melihat seorang yang sangat jelita sekali di sisinya sedang memaut mesra lengannya.
“Dinner. Kamu semua ni dinner jugak ker kat sini?”
“Yes. Sempena meraikan ulang tahun kelahiran Ella. Kami buat dinner kecil jer!”
“Ohh… besday Ella. Happy besday!” ujarnya kepadaku dan Ella tersenyum.“Terima kasih!“. Ayrel pun sama tersenyum kepadanya. “Oklah, tak nak ganggu kamu semua. Enjoy the dinner!”
Kami semua pun menikmati semula makan malam ini dan sesekali mata Fakrie melirik kepada kami semua. Rupanya malam ini adalah hari jadi gadis itu. Kalaulah aku tahu, dah lama aku akan memberikan hadiah kepadanya. Tapi, sapalah aku di sisinya. Tunangnya yang lagi berhak dengannya. Fakrie pun bangun lalu menghampirinya. “Ni hadiah daripada saya kepada Ella sebagai hadiah hari jadi.” Berikannya satu set makanan yang dipesannya tadi.
“Takpelah, makanan yang kami ada ni dah cukup!” ujar Ella pula basi-basi.
“Saya ikhlas member dan saya akan belanja kamu semua malam ni!” katanya dengan ikhlas ingin memberikan hadiah. “Kalu macam tu, apakan daya kami mahu menolaknya. Rezeki jangan ditolak. Encik Fakrie datanglah sekali makan di meja kami. Meriah sikit!”
“Ok!” bagaikan ulam dicita, dia segera bersetuju. Fakrie memanggil temannya itu dan kami semua duduk semeja. Banyak juga perkara dibualkan bersama-sama. Fakrie juga mengenalkan temannya ini kepada kami semua. Rupanya kekasihnya, namanya Mazren. Jelita orangnya dan pakai high heel lagi. Sepadan sekali dengan Fakrie. Rupanya selama ni Fakrie sudah berpunya dan mempunyai awek secantik ini. Jauh kecantikkannnya dengan diriku ini.
“Kami bertiga ni memang selalu bersama. Ke mana kami pergi akan bertiga!” ujar Mira dengan lucunya.
“Yeke? Jadi Cik Ella ni akan selalu ditemani olehnya tunangnya lah sekiranya kamu semua keluar bersama-sama?” soal Fakrie lagi.
“Tunang? Sapa yang bertunang?” Mira kepelikkan dengan soalannya ini.
“Laa..kamu ni kawan kamu sendiri bertunang pun takkan tak tahu pula?” katanya dengan menatap tepat wajah Ella. Ella sudah tersedak. Mukanya berubah warna. Rahsiaku akan terbongkar malam ini.
“Si Ella ker? Taklah. Mestilah Encik Fakrie salah dengar ni. Mana pernah si Ella ni ada tunang. Nak berkawan dengan budak laki pun dia anti. Apatah lagi mahu bertunang!” jawab Mira spontan dan ni membuatkan Ella tersedak sekali lagi dan terbatuk-batuk.
“Takkanlah, tapi Ella sendiri yang bilang pada saya yang dia sudah bertunang!” jawabnya dengan memandangku tajam sekali lagi. Kali ini pandangannya amat tajam sekali dan menusuk dalam jiwaku yang lemah ini. Ella menundukkan kepalanya ke lantai. Takut nak lihat matanya itu.
“Owh.. Ella memang begitu kata apabila bertemu dengan lelaki lain selain saya. Dia tak mahu gangguan lagi daripada lelaki iain. Kadang kala dia akan bilang yang dia ni adalah isteri orang, ibu orang dan macam-macam lagilah!” sahut Ayrel pula dengan ketawa.
“Jadi selama ni, pertunangan itu adalah tak benar? Palsu?” dia meneka sendiri.
“Ya. Betul. Tepat sekali. Nampaknya Encik Fakrie dah terkena dengan Ella selama ini!” Ayrel berkata benar.
Fakrie mulai berubah rona mukanya. Jadi merah padam kerana ditipu bulat-bulat selama ini. Dan yang paling utamanya, dia telah mempercayai semua pembohongan Ella di pejabat dan semua ajakannya ditolak dengan mudah sekali apabila dia mengatakan mahu lunch dengan ‘tunang’nya. Aku ditipu hidup-hidup olehnya.
“Si Fakrie ni memang pantang sekali kalu dapat tahu ada orang menipunya selama ni. Dia akan buat mogok dengan orang tertentu dalam jangka masa yang lama jua. Ren dulu pernah kena jugak. Kat 2 minggu barulah dia kembali ok!” ujar Mazren lagi akan sikapnya. Ella sudah menelan air dengan perlahan sekali mendengar semua omongan Mazren ini. Maknanya, aku akan terkena mogokkannya ini jugaklah nanti.

Lamunannya terhenti apabila hansetnya berdering. Mazren yang menghubunginya. Dia pun segera keluar dan makan lunch dengan Mazren. Sempat dia melilau Ella yang sedang mengemas fail di bilik fail. Dia pun segera menuju ke Mazren dan menantikannya di restoran Tom Yam masakan Thai. Agak lama jua dia menantikannya, tapi bayangan Mazren tak kunjung tiba. Akhirnya, dia menjamu selera sendirian.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, ada kesesakan lalu lintas kerana satu kemalangan telah berlaku. Fakrie langsung tidak ambil peduli akan kemalangan itu dan meluncur laju ke syarikatnya. Dia juga menghantarkan sms kepada Mazren. Hansetnya berdering, “Hello, ya mama. Fak dalam kereta ni. Tengah memandu. Ada apa mama?”
“Mazren, Fak!”
“Nape dengan Mazren?”
“Dia dah tak de!” sedih sekali nada suara mamanya ini di corong hansetnya.
“Tak de? Dia ke mana pulak perginya, mama?” soal Fakrie bingung.
“Mazren kemalangan tengah hari tadi. Keretanya bertembung dengan lori kayu balak. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan!”
“Apa?” hanya itu mampu Fakrie katakan. Keretanya terhenti mengejut di jalan mendengar berita ini. Masih terngiang di telinganya akan kata-kata terakhir Mazren tadi semasa mengajaknya makan lunch sama-sama. Ya Allah, cepatnya Kau menjemputnya pergi. Al-Fatihah kepada arwah Mazren.

2 bulan kemudiannya....

“Fakrienya ada?” soal seseorang yang selalu datang ke pejabat ni. Sapa lagi kalu bukannya Mazlin, adik kembar arwah Mazren. Dia berlagak sombong sekali dengan kami semua. Mentanglah anak orang kaya. Dia ni salah seorang wanita high heel yang sombong dan bongkak.
“Dengar tak apa yang saya tanya ni? Dah pekak ker?” sinis dia berkata-kata kepadaku.
“Ada. Masuk jer kalu tak malu!” aku berkata selamba. Buat apa nak berbudi bahasa dengan wanita high heel ini. Menghabiskan air liur sahaja adalah! Lagaknya memang mengada sekali. Ada ker dia pernah memberi amaran kepada kami semua yang dia tu bakal tunang kepada Encik Fakrie. Ingat kami semua ni kempunan sangat ker nak kat Encik Fakrie tu? Boleh jalanlah.
“Jaga sikit mulut tu, ada jer nak kena cili ni!” katanya dengan mata yang bulat kepadaku. Aku hanya tayangkan wajah selamba. Dia segera beredar dan menuju ke bilik Fakrie. “Sayang!!!” katanya dengan manja sekali dan membuka pintu. Mengadanya!!!! Asmira mencebik wajah mendengar inotasi suaranya ini. Tak padan betul dengan kakaknya dulu. Kakaknya dulu lagi elok budi pekertinya. Dia ni terlebih over pulak.
“Aku dah feedup hidup seperti ni. Aku tak kira, aku nak letak jawatan 24 jam mulai sekarang!” kata Ella dengan yakin sekali selepas dia merasakan tak tahan lagi kerja di bawah seliaan Mr.Coffee itu. Memang wajar dia mendapat nama Mr. Coffee ini kerana kini hatinya seperti air kopi yang hitam sekali dan bagaikan tak der perasaaan langsung.
Masakan tak naik bengang dibuatnya, dah lah dia kena melayan dua orang kerenah dalam satu masa. Mr.Coffee dengan ragamnya dan juga Cik Mazlin dengan kegedikkannya ini. Dia memang boleh dapat tempat free je di hospital tanjung rambutan ni. Tak payah nak daftar, terus jer dapat masuk! Bukannya sehari dia melayani dua karenah ini, tapi dah berbulan-bulan lamanya. Nasib baiklah imannya masih kuat lagi bertahan sampai sekarang ini. Kalu tak dah lama meletup jadinya.
Semenjak kekasihnya meninggal dunia 3 bulan yang lepas , dia kini menjadi orang lain. Malahan Mazlin juga muncul sebagai pengganti arwah kakaknya dalam mendapatkan cinta Fakrie sebulannya kemudian. Saban hari, dia akan mengunjungi Fakrie. Fakrie pula boo layan akan dirinya. Kami akan menjadi mangsa amarahnya pulak sekiranya Fakrie tidak mahu melayaninya. Apalah nasib badan kami ni sebagai pekerja bawahan.
Fakrie kini menjadi orang yang gila bekerja sekali. Ada ker patut, jam pejabat habis pukul 5 petang, dia ni habis jam 12 tengah malam. Badannya jua semakin susut sekali dan penampilan tak terurus. Macam bukan mbos jer kalu dilihat oleh orang lain. Aku pun terkena tempias gila kerjanya ini. Ada sahaja kerja yang dia suruhnya aku buat tau. Boleh gila aku kalu gini.
“Sabarlah!” Asmira memberikan galakan kepadanya.
“Kau bolehlah nak kata sabar. Cuba kau pulak duduk di tempat aku. Kau akan tahu apa tu maknanya sabar tau!”
“Kita tak leh nak lawan kata bos. Kita ni hanyalah makan gaji saje. Ikut je!”
“Ah, tak kira. Aku nak berhenti jua. Aku dah nekad!” Ella pantas menaip surat perletakan jawatannya ini. Jarinya pantas menaip dan segera bangun lalu menuju ke bilik bosnya. “Yes, awak dah siapkan kertas yang saya suruh taip tadi?” katanya dengan menilik skrin laptopnya.
“Dah. Saya mahu berikan sesuatu kepada tuan!” hulurku akan surat ini. Dia mengambilnya dan membacanya.
“Apa ni?” terhenti tangannya menaip keyboard di laptopnya saat membaca isi kandungan surat ini. Dia segera bersandar di kerusinya dan menatapku lama. Ella menjadi serba salah dengan pandangannya ini. Ah, pandangannya masih sama seperti dulu, lembut dan mengetarkan jiwaku.
“Surat perletakan jawatan saya! Berkuat kuasa dari sekarang!”
“Alasannya?” soalnya sedikit angkuh. Matanya tajam menatapku. Inginkan penjelasan.
“Saya dah tak tahan dengan bebanan kerja yang tuan berikan kepada saya selama ni. Saya mahu berhenti dan balik kampung. Keluarga saya perlukan saya. Dan orang tua saya dah tua, mereka perlukan saya di kampung!” jujurku berkata kepadanya.
“Kamu dah nekad nak berhenti kerja?”
“Ya, saya nekad. Terima kasih kerana memberikan saya peluang bekerja di sini selama saya ada di syarikat ini. Maafkan kalu saya ada tersilap dengan tuan. Assalamualaikum!” ucapku dan segera keluar. Fakrie tak mampu nak menghalang lagi akan diriku kali ini.
“Selamat tinggal semua. Ada masa kita akan bertemu kembali.” Ella mengucapkan selamat tinggal kepada semua kawan pejabatnya dan segera pulang ke rumah sewanya. Terlalu banyak kenangan yang ada di pejabat dan syarikat ini. Takkan dia lupakannya sepanjang hayatnya. Kenangannya bersama dengan Fakrie atau nama manjanya Mr.Coffee. akanku ingatiku sepanjang hayatku. Selamat tinggal Kuala Lumpur.

6 bulan selanjutnya….

Ella mengekori setiap langkah Fakrie. Entah ke mana si Mr.Coffee ini mahu membawanya. Dari tadi Mr.Coffee ini mendiamkan diri sahaja. Aku pula malas nak bertanya kerana Fakrie memang tak suka orang yang kerap sangat bertanya. Jadi, penyudahnya ikut sahaja ragamnya. Keretanya dibelokkan di satu simpang dan terhenti. Masakan tak terkejut beruk aku dibuatnya semasa melihat Fakrie muncul di rumahnya di kampungnya. Yang paling aku geramnya, dia boleh gelakkan aku yang terjatuh dari pokok kerana terpijak ranting kering. Bukannya nak bantu aku pun. Geram tau!!!
Apa yang dia buat di kampungku? Dia tahu di mana alamatku ini? Alah, mahu ditanyakan lagi ker? Memang aku terkejut dengan kedatangannya ini. Kira-kira dah 6 bulan aku berada di kampung. Sepanjang 6 bulan ini, Asmira tempatku berhubung. Dia juga banyak menceritakan akan perkara yang terjadi di pejabat. Perihal Fakrie, Mazlin dan ramai lagi. Kiranya aku masih tahu perkembangan mereka semua ini walaupun aku dah lama berhenti di sana.
Dia kata, dia ada alasan tersendiri datang ke kampungku ini. Buat pertama kalinya, dia bertemu dengan semua ahli keluargaku ini. Keluargaku ramah menerima kedatangannya dan Fakrie dengan beraninya meminta izin membawaku keluar. Beraninya dia. Ayahku membenarkannya. Kini, kami berdua dalam keretanya dan menuju ke satu tempat yang aku sendiri tak ketahuinya. Dia nak bawa aku ke Thailand ker? Nak kahwin lari? Tak mungkinlah nak kahwin lari kerana dia ni telah minta izin tadi…
Kami pun sampai di tempat yang ingin ditujuinya. “Keluarlah, takkan nak kena dibukakan pintu macam tua puteri pulak?” tempelaknya kepadaku. Amboi, sedapnya kata itu. Aku memaki hamun dia di dalam hati. Fakrie mulai membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah ini. Ella mengikutinya sama. 6 bulan memang tak mengubah pun keperibadiannya ini. Tetap menjengkelkan hatiku.
“Apa yang kita buat kat rumah ni?”
Fakrie diamkan diri sahaja dan duduk di sofa. Ella pula masih lagi berdiri. “Ada tujuannya. Rumah ni amat istimewa sekali buat saya. Dan saya hanya mahu datang ke rumah ni dengan orang yang saya sayang saje.” Ujarnya dengan menatapku lama.
‘Apa makna katanya ni? Orang dia sayang? Sapa? Cik Mazlin ker?’
“Fak harap Ella tahu apa maksud kata Fak tadi!”
“Maksud apa?” soalku sedikit dungu.
“Takpe, mungkin Ella masih belum faham. Dan ni akan mungkin bagi Ella faham.” Fakrie pun bangun dan mengambil satu kotak lalu membukanya. Satu selipar jepun dikeluarkan. “Saya, Engku Fakrie Qeiy ingin melamar Ellazyana Idey sebagai isteri saya mulai dari hari ini dan ni adalah pengganti sementara bagi cincin. Harap Ella sudi terimanya.” Dia mengeluarkan sesuatu dan meletakkannya di kakiku. Kasutku dibuangkan perlahan dan disarungkan dengan selipar jepunku ini yang telah lama menghilangkan diri.
”Masamnya bau kaki Ella sekarang ni tau. Nasib lah kerana cinta Fak, Fak terima jer bau masam ni!” selorohnya selepas memakaikan selipar jepun di kakiku ini. Ella sudah mencebik wajahnya dengan gurauannya ini. Ada ker patut, kakiku dikatanya bau masa. Hari-hari kakinya dicuci dengan berus sabut tau. Kurang asam betul.
”Kurang asam tau. Sempat lagi nak mengutuk Ella tau. Tapi.. Tapi, Cik Mazlin?” Aku menjadi sebak tiba-tiba saat menuturkan nama Cik Mazllin. Mengapa pulak mahu dimusnah kegembiraan ini dengan bertanyakan soal perempuan high heel bongkak itu?
“Dia cumalah kembar kepada arwah Mazren. Dia bukannya pengganti kekasih saya! Awak yang saya idamkan sebagai isteri saya! Hanya Ella seorang sahaja! Telah lama Fak inginkan melamar Ella, tapi hari ni dirasakan hari yang sesuai sekali. Terimalah diri ini!” katanya dengan setulus hatinya. Dia melutut depanku dan selipar jepun ini sudah berada di kakiku.
Macam aku ini seliparella pula rasanya. Bukannya Cinderella tau. Ni Seliparella original hak cipta Malaysia punya. Yang orang omputih punya adalah kasut kaca dan aku punya pula selipar jepun je… ada lah juga kasut nak dipakai kan?
“Tapi…!”
“No, dear. Fak hanya mahukan jawapan Ya atau Tidak saje sekarang. Apa sahaja pertanyaan akan dilayan kemudian!” katanya sedikit lucu di pendengaranku ini.
Ella memikirkan dengan sedalam mungkin. Masakan dia mahu menolak lelaki yang jua dicintainya dengan sepenuh hatinya ini. Sudah lama dia memendamkan perasaan ni. Masakan nak dibiarkan begitu sahaja. Aku jua mencintainya.. Ya Allah, apakah yang perlu aku berikan jawapan kepadannya ini. Mukanya sangat berharap akan aku menerimanya.
“Kau jangan nak perasan akan dapat Fakrie tu. Dia tu milik aku. Aku je yang layak cinta dengannya, bukannya kau. Kau tu hanya orang kampong saje. Mana layak nak berdampingan dengannya. Aku ni jer yang layak. Kami ni sama taraf. Sedar kit diri tu. Cermin diri tu lama-lama sikit, kau ingat! Jangan nak rampas Fakrie dari tangan aku! Kalu aku tahu, awas kau! Kami akan ditunangkan nanti dalam masa terdekat ni!” ugut Mazlin kepadaku dalam 6 bulan yang lalu. Masih terngiang di telingaku semua butiran ugutannya ini.
Maafkanku sayang. Aku terpaksa menolak dirimu. “Maafkan Ella. Kita tak mampu bersama. Kita tak sama taraf! Kamu sudah menjadi tunangannya!” ujarku dengan bergelinangan air mata..
“Sapa bilang hal tu? Kami tak pernah dan takkan pernah bertunang! Tu semua tak penting. Yang penting adalah hati kita saje. Harta benda hanyalah sementara sahaja. Dan hati ni akan kekal selamanya!” katanya dengan bersungguh-sungguh menyakinkanku menerimanya sebagai suamiku. Ella pun menarik badan Fakrie agar bangun.
“Kita tak mampu bersama. Terimalah hakikat ni! Semua yang Fakrie inginkan takkan berlaku. Semuanya ini bagaikan kayangan saje. Fakrie adalah seorang putera kayangan dan Ella diibaratkan seorang dayang saje. Kita berdua tak sama taraf. Masakan putera akan bersatu dengan seorang dayang? Takkan mungkin ianya terjadi!” sahutku dengan yakin sekali menuturkan semuanya. Hatiku bagai dihiris sembilu saat kata ini terluah di mulutku. Ah! Aku pun sama merasai kesakitannya.
“Tak, Fak tak kira. Hati Fak hanya mahukan Ella sebagai isteri Fak! Persetan semua taraf ni. Fak nak kahwin dengan Ella jugak. Fak akan pergi jumpa dengan keluarga Ella dan melamar Ella depan mereka semua!” katanya dengan penuh berazam sekali dan mengenggam tanganku kemas. Ella melarikan tangannya dari pegangan Fakrie ini. Haram, bukan muhrim lagi.
“Fakrie, dengar apa yang Ella nak katakan. Walaupun apa jua yang Fakrie buat, keputusan Ella tetap sama. Takkan ada perubahannya. Mungkin tiada jodoh antara kita berdua! Terimalah takdir ini. Mana tahu mungkin kita akan ada jodoh di lain hari pula!”
“Fak tetap dengan keputusan Fak!” dia nampaknya masih berdegil dengan katanya lagi. Ella masih mahu menentang niatnya ini. Kalu diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menerima lamaran tadi, tapi apakan dayanya. Emmm… seliparella dah bertukar jadi biasa pulak. Anganku musnah dalam sekelip mata.
“Apakah alasan yang menyebabkan Ella tak boleh terima Fak? Ella bukannya tunangan orang, bukannya isteri orang pun. Ella kan single!” soalnya akan punca utama aku menolaknya secara mentah-mentah.
“Err…!” tergagap aku mahu menjawabnya.
“Jangan bilang yang ni semua ada kaitan dengan Mazlin. Kalu ya, nahas Fak kerjakan dia!” ugutnya pula kepadaku. Alamak. Dia ni dapat kesan ker akan yang semua ni adalah kaitan dengan adik arwah kembar kekasihnya ini. Apa yang aku nak beritahu ini. Masakan mahu berbohong lagi kepadanya. Dia ni pantang orang menipu dirinya. Cukuplah sekali Ella membohonginya dulu dengan pertunangan palsu itu. Memang mogok sakan Fakrie denganku saat tahu hal sebenarnya. Taubat aku tak nak kena lagi mogokkannya itu.
“Tak!!Tak! Ni tak der kena mengena dengan Cik Mazlin. Ini adalah keputusan Ella sendiri!” terpaksa jua aku membohonginya demi menyelamatkan Cik Mazlin. Maafkanku, sayang kerana membohongimu sekali lagi. Tapi ini keperluan aku melindunginya.
“Betul? Tak tipu lagi?” soalnya sekali lagi inginkan kepastian.
“Betul!” aku berkata tanpa memandang matanya dan jariku diletakkan ke belakang dan digengam kemas menandakan aku membohonginya sekali lagi. Maafkanku!
“Baiklah, kali ni Fak percaya. Fak berikan Ella masa memikirkan akan lamaran ni! Fak akan nantikan jawapannya pada besday Fak nanti!” katanya dengan girang sekali dengan memberikanku peluang kedua. Ella hanyalah tersipu sahaja tersenyum dan kami sama-sama bergembira.


Aku berfikir dengan semasak mungkin akan semua yang terjadi. “Apa yang Ella fikirkan ni? Dah tadi mak tengok asyik termenung jer?” soal makku semasa memasuki bilikku setelah Fakrie menghantarku pulang.
“Entahlah mak. Ada orang melamar Ella!” kataku dengan bersahaja. Emak hanya selamba katak depanku. Emaknya macam tak terkejut pun dengan katanya tadi.
“Budak Fakrie tu ker?” emaknya meneka.
“Mak tahu ker sapa orangnya? Pelik ni?”
“Kami semua dah lama tahu. Dia tu dah lama minta izin nak melamar kamu semasa kamu masuk salin baju tadi. Dia sendiri mintak dari ayah kamu. Mak memang terkejut tau masa dia kata nak melamar kamu. Ayah kamu tak terkata apa. Terkejut dengan katanya tadi. Tu yang kami izinkan kamu keluar dengannya tadi!”
Malunya aku. Rupanya dia dah lama minta izin. Jadi, tadi itu hanyalah omongannya sahaja ingin menyenangkanku sahaja. Pandai dia ini. Memang serius mahu menikahi. “Apa yang perlu Ella buat, mak?”
“Ella sayang dia tak?” soalnya emaknya tiba-tiba.
“Sayang sangat-sangat. Melebihi nyawa sendiri!” jawabku jujur.
“Dah tu, apa masalahnya lagi. Terima sajelah!” ujar mak dengan senang sekali.
“Tak boleh mak! Ella mesti fikirkan tentang Ayrel sekiranya mahu berikan keputusan!”
“Kenapa pulak? Apa kena mengena Ayrel dengan keputusan kamu ini?”
“Ayrel telah meluahkan cintanya kepada Ella seminggu yang lalu. Dan hari ini pula Fakrie pula meluahkan cintanya pada Ella. Ella keliru mahu pilih yang mana. Keduanya Ella sayang. Ayrel, Ella sayang hanya seorang sahabat sahaja, manakala Fakrie pula adalah orang pertama yang menghuni hati Ella selama ni. Ella cintakannya. Masalahnya antara kami berbeza taraf. Dia anak orang kaya. Kita ni miskin. Malu lah mak!”
“Dah, jangan nak difikirkan lagi. Semua tu bukannya menjadi penghalangnya lagi. Kita ni bukannya di alam dua darjat tau. Kita semua ni dah professional sekali. Jom keluar, rombongan keluarga nak berjumpa dengan kamu! Nak sarungkan cincin!”
“Apa? Nak sarungkan cincin? Bila masa pulak rombongan ini sampai?” Ella menjadi pelik dengan kata emaknya tadi. Benar ker apa yang dia dengar saat ini? Emaknya bergurau ker dengannya ini? Dia teringat akan kata-kata Ayrel yang mahu membawa rombongan meminang ke rumahnya dalam masa terdekat ini... Ayrelkah jodohku yang ditentukan oleh-Nya?

Aku berpakaian indah sekali di majlis pernikahan aku ini. Sebentar lagi aku akan menjadi miliknya. Walaupun sejauh mana aku berlari daripadanya, memang dia jodohku. Tanganku sudah merah dengan diwarnai inai. Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah kerana memanjang jodohku dengannya. Semua rakanku menghadiri majlis pernikahanku ini dan mereka juga sama-sama ingin menikmati kebahagiaanku ini dengannya. Ella dapat melihat bayangan Ayrel dalam rombongan pengantin lelaki ini. Ayrel sudah tiba.
Ayrel tersenyum manis menatapku yang indah dalam busana pengantin ini. Ella pun sama melemparkan senyuman kepadanya. Ayrel kini berada sekali dengan rombongan pihak lelaki dan duduk di antara semua yang hadir dan juga dekat dengan tok kadi. Ayrel kelihatan segak dan kacak sekali dalam majlis bersejarah hari ini. Tak pernah Ella melihatnya dalam penampilannya sebegini. Pakaiannya sama warna dengan pakaian pengantin yang Ella pakai sekarang, warna pink lembut. Selembut wajah Ella di hari bahagianya ini.
Suamiku kini berdepan dengan tok kadi dan sekali lagi Ayrel berpaling kepadaku yang bersila sopan di satu sudut. Ayrel tersenyum bangga dan berdebar dengan upacara seterusnya. Akhirnya,Ella akan menjadi milik seseorang yang dipilihnya. Selamat berbahagia, sayangku. Ujarnya dalam hatinya dan menatap wajah tok kadi ini dengan lama. Ayrel bangga dapat bersama dalam majlis ini.
Aku menanti dengan penuh debar saat bakal suamiku diakad nikah oleh tok kadi. “Aku nikahkan dikau dengan Ellazyana Idey binti Suzliman dengan mas kahwin sebanyak RM22.50!”
“Aku terima nikahnya Ellazyana Idey dengan mas kahwin itu!” lancar sekali dia menuturkan akad nikah ini dengan sekali nafas sahaja.
“Sah?”
“Sah!” sahut semua orang yang menjadi saksi dalam penyatuan adam dan hawa ini. Semuanya tersenyum kerana ianya berjalan dengan lancar sekali.
“Alhamdulillah!” bacaan doa kesyukuran dibacakan. Ella mengurut nafas lega kerana akad nikah ini berjalan dengan lancar dan dengan satu nafas, suaminya menuturkannya. Kini, aku menjadi miliknya. Suamiku pun bangun dan melakukan sujud syukur atas pernikahan ini dan segera menyarungkan cincin manis di jariku. Ayrel hanya mampu memandang sahaja semua aksiku ini dengan suamiku ini. Semua jurugambar sibuk sekali mahu menangkap gambar akan aksi pasangan pengantin baru ini. Pelbagai aksi yang diminta oleh mereka.
Pertama kali aku dibenarkan bersentuhan dengannya sebagai yang sah di sisi agama. Aku kini menjadi isterinya yang sah setelah banyak kami lalui bersama. Perpisahan dulu mengajari kami erti pengorbanan dan kesetiaan. Kesetiaannya memang terlalu setia dan sanggup menungguku. Kini, kami sudah bersama dalam satu alam yang baru. Alam rumah tangga.
Ella masih terkenang semula akan apa yang terjadi di rumahnya dahulu, saat emaknya memberitahu ada rombongan datang bawa cincin nak melamarnya. Dia mati-mati fikirkan yang itu adalah rombongan daripada Ayrel. Tapi Ella silap. Ella terkaku dalam biliknya dan hanya mampu mendengar sahaja omongan kata emaknya itu tanpa terkata. Impiannya mahu bersama dengan Fakrie sudah tiada. Dia akan menjadi milik Ayrel, sahabatnya sendiri.
“Apa? Nak sarungkan cincin? Bila masa pulak rombongan ini sampai?”
“Baru jer sampainya, semasa kamu masuk ke bilik ni dan tak keluar-keluar pun sampai sekarang. Fakrie dah hubungi keluarganya sebelum dia sampai ke rumah kita ni dan kini mereka ada di luar. Fakrie kata, dia tak sanggup nak berpisah lagi dengan kamu. 6 bulan adalah satu tempoh masa yang lama. Pergilah keluar dan pakai elok sikit!” maknya memberitahu dan segera keluar.
Fakrie ni memang selalu buat diluar jangkaannya. Memang dia serius mahu menyuntingku. Aku pun menukarkan pakaian dan segera menuju ke ruang tamu. Keluarganya tersenyum kepadaku. “Jadi nilah orangnya. Manis orangnya! Patutlah si Fak ni tak sabar nak kahwin! Tergesa-gesa pulak tu ajak kami ke sini! Kelam kabut kami dibuatnya!”
Aku tersipu malu. “Sorry la, Ella. Fak tak nak lagi tunggu lagi jawapan Ella sampai besday Fak. Fak akan lamar E’ein dengan rasmi hari ni jugak! Ella dah tak boleh nak lari lagi!” katanya dengan senyuman panjang dan merenungiku. Aku menjadi malu.
“Kami pun sampai tergesa-gesa ke sini tadi. Katanya mahu kami cepat-cepat melamar anak pihak kalian. Dah tak sabar nak dapat title suaminya katanya. Kami ikutkan saje! Pilihan sendiri katakan!” papanya memberitahu selanjutnya akan tujuannya datang ke sini tanpa diundang. Anaknya ini memang nak cepat sahaja kerjanya.
“Kot ya pun, sabarlah dulu. Jangan nak tenung anak dara orang tu lama sangat. Dia akan menjadi hak kamu nanti!” papanya berkata seloroh lagi dan membuatkan semuanya ketawa. Dia tersipu malu dan membiarkan orang tuanya membincangkan masa depan mereka bersama-sama. Akhirnya, bunganya ini akan menjadi miliknya lagi. Mereka akan bersama selamanya

Dalam kegembiraan ini, ada mata yang sedang berdukacita kerana kini bunga pujaannya milik orang lain. Ayrel jua sanggup hadir di saat aku sedang bergembira dengan suamiku tersayang ini di singahsana. Malahan Ayrel sanggup menerima pelawaan Ayrel agar menjadi pengapitnya di majlis ini nanti. Kerana itu, pakaian Ayrel sama warna dengan tema perkahwinan kami ini. Warna pink kelembutan. Aku yang bermandikan dengan kerlipan cahaya, amat cantik sekali mengenakan pakaian pengantin ini. Ayrel menitiskan air matanya melihat kebahagiaanku ini. Dia memegang erat suratku di tangannya.

‘Maafkanku,Ayrel. Aku hanyalah miliknya. Maafkanku sekali lagi, Ayrel. Aku tak mampu membalas cintamu. Cintaku hanya milik bakal suamiku, Fakrie. Dirimu umpama seorang sahabat sahaja. Hatiku hanya milik Fakrie, bakal suamiku yang sah. Aku hargai akan rasa cinta kau selama ni kepadaku. Maafkanku kerana tak terdaya nak membalas cinta kau ini. Hadirlah di majlis pernikahanku nanti. Doakan kebahagianku’

Isi kandungan pendek surat ini aku berikan sendiri kepadanya sebelum majlis perkahwinan Ella ini dengan ditemani oleh Fakrie. Aku perlu berterus terang kepada Ayrel akan isi hatiku sebenarnya. Dialah sahabatku selamanya. Takkan mungkin sahabat akan bertukar menjadi yang lagi istimewa. Fakrie jua mengetahui akan hal ini dan dia mendorongku menjelaskan hal sebenarnya.
Aku kini sudah menjadi ‘Selipar’ELLA dalam hidupku sendiri menggantikan Cinderella. Aku bahagia dengan pilihanku ini. Fakrie kini adalah putera idamanku dan juga suamiku yang sah. Dia telah mengembalikan selipar jepunku itu. Selipar jepunku telah menjodohkan kami berdua. Dek selipar jepun kami bersama selamanya….
Selipar jepun alias ‘Selipar’ELLAku…
Ella berwajah manis sepanjang majlisnya ini. Suaminya juga kerap sekali tersenyum manis kerana bernikah jua dengan pilihan hatinya ini. Kini, cintanya bersatu kembali dengan kedegilannya sendiri. Kalu tak, tentunya semua ini takkan terjadi.
Ella pun membuka perlahan pintu bilik kamar tidurnya ini. Kelihatan suaminya sudah lama masuk ke dalam bilik. Terdengar usikan nakal dari sanak saudaranya, “Takkan dah cepat sangat mengantuk kot, pasangan pengantin baru kita ni?” Ella tersenyum malu dengan usikan ini. Suaminya sudah lama memberikan isyarat kepadanya agar masuk ke bilik mereka berdua.
”Fak!”
”Takkan nak panggil nama tu lagi, sayang?” katanya dengan lembut dan menghampiriku. Dia merebahkan badannya di sebelahku dan menyentuhku lembut. Ella merelakannya. Dia memang dah sah disentuh oleh suaminya ini.
”Dah tu nak panggil nama apa?”
”Abang ker contohnya!”
”Tengoklah! Nanti dah bersedialah!” Ella ingin mengusik lagi suaminya ini. Fakrie tersenyum manja dan melentok di bahu isteri yang baru dinikahinya pagi tadi. “Sayang… jomlah kita sama-sama melayari jambatan kasih ni! Abang bahagia sekali mendapatkan sayang!” ucapnya di malam pertama kami berdua dan sayup-sayup lampu dimatikan. Kini, aku dengannya sudah bersatu dalam hubungan yang satu….pasti...

THE END…. CERPEN KEDUA SAYA, IZZA SOFEA

Cerita ini tak der kena mengena dengan Cinderella cumalah saya pinjam sahaja nama Cinderella dan menukarnya menjadi ’Selipar’ELLA ataupun seliparella saje. Harap semua pembaca dapat puas hati dengan karya terbaru saya ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan