Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 8

Bab 8


Setitis mutiara air jernih melintasi pipi kesedihan bergenangan di tirai matanya. Argh!!! Jauhkanlah kedukaan ini daripadaku!!!! Aku dah cukup feeduup dengan semua ini...
Cukuplah sekali aku pernah menderita dahulu. Kenapa sukar benar bayangan derita pergi dari hidupku? Belum puaskah derita menderitai diriku lagi? Hayunan kaki mulai melangkah panjang sepanjang jua jeritan suara lelaki di belakangnya.
Keluhan nafas dilepaskan perlahan seiring laju dengan langkah kakinya yang panjang.
“Arianaaaaaa!!!!!” teriak Fazrel sekuat hatinya. Apa pulak yang tidak kena dengan perempuan jelita ini yang kelihatan melarikan diri daripadanya? Perlukah aku mengejarinya? Ataupun biarkan sahaja? Apakah pilihan yang perlu Fazrel lakukan sekarang?


Terpinga-pinga wajah Hafizul, Azizan serta Fazrel dengan tindakan refleks Ariana ini. Masing-masing hanya mampu memandang sesama diri dengan wajah aku-tak-percaya-kamu. Lagu Liyana Jasmin yang terkini kot.
Bayangan Ariana sudah mulai menjauh. Langsung tidak hiraukan pekerja lain yang sedang sibuk memandang. Sibuk bergosip. Makin diperlajukan lagi ayunan tapak kakinya melangkah.
“Kenapa tu..” sapa seseorang yang lalu lalang kepada teman sebelahnya.
“Bese lah...”
“Pujuk memujuk pasangan kekasih will be the next coming!!!.” Ujar mereka spekulasi yang ternyata tidak benar sama sekali. Jauh panggang dari api.
“Bla..bla..!” gosip murahan mulai kedengaran memenuhi ruangan laluan kaki ini.
“Who is she? Alien from the earth?” terpacul ayat English yang lama sudah tidak diprkatikkan di bibirnya.
“Go get her, now!!! Faster!!!” spontan Hafizul dan Roshdi bersuara selaju mungkin.
Wajah kebingungan Fazrel terserlah di wajahnya. Perlahan-lahan otak Fazrel metafsirkan arahan itu. Kakinya mulai mengorak langkah seribu. Aduh, sudahlah perutnya meragam sejak pagi, kini satu bala baru pulak muncul. Kot ya pun, tunggulah selepas Fazrel melepaskan hajat panggilan alam dulu.
“Tunjukkan jugak dia bilik melapor diri!!!!” teriak Encik Azizanvlagi. Sekadar mengingatkan buat Fazrel.
Fazrel sekadar melempar tanda ‘peace’ dan mengorak langkah seribu.
Dengan perlahan Fazrel mengejari insan yang baru dikenalinya ini. Dari belakang, Hafizul dan Azizan sekadar melemparkan pandangan bersahaja. Ermmm... putus sudah harapan.! Keduanya saling pandang bak pasangan putus cinta.
“Meeting!” ucap mereka berdua serentak dan mulai mengorak langkah menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat 2 bangunan ini.
“Kau dan Aku...” nyanyinya dengan sedu sedan tersendiri. Dikerlingnya wajah teman baiknya itu. Wajah ter-kesian-nya terserlah. Pecah jua tawa yang ditahan. Senaknya perut tahan tawa tau.
“Sekadar boleh pandang-pandang, jeling-jeling sahajalah!!!” seloroh Azizan membalas balik kepada lagu Hafizul itu.
Tepukan hinggap di bahu kanan Azizan. Sakit siot! Berbisa sungguh tangan Hafizul. Boleh kasi love bite di bahu kanannya.
“Jom pekena roti canai. Lapar ni!” ulasnya sebelum kutukan pedas terlontar pada bibir Hafizul.
“Meeting?”
Hanya keluhan mampu dilepaskan. Inilah nasib bekerja makan gaji. Arahan orang atasan lebih berkuasa daripada seruan makanan. Nasiblah terima majikan sebegini. Entah apalah yang mahu dimesyuaratkan seawal dinihari ini.
“Kau ni..memang tak boleh nak lihat aku senang. Ader ajer nak meng’kondem’ (menjatuhkan) kan aku, kan?”
“Nak tak ni? Roti canai atau meeting?”
“Jom!!”
Kedua-keduanya saling berjalan seiringan menuju ke kantin. Terlupa sudah mahu ke mesyuarat. Tergendala seketika dek perut yang meragam meminta diisi. Pandai-pandailah mereka berdua kelentong nanti sekiranya disoal oleh majikan.

***************************
Fazrel terkesima seketika saat matanya menatap wajah itu. Ini ker pekerja diuar-uarkan oleh rakan-rakannya. Rasanya heboh jua rakan-rakan di jabatannya menceritakan tentang seorang gadis. Hangat sehangat hot FM ajer cerita mereka semua tadi.
Kalu sebegini memang sure takkan tak nak lah dia meng ‘volunteer’ dirinya. Kini, terima sahajalah nasibku.. sure ini..
Sebiji nasibku seperti filem P.Ramlee, Nasib Do Re Mi.
Jangan lepaskan peluang tau. Hati Fazrel berkata nakal menyangkal apa yang akal Fazrel sedang fikirkan. Hayunan kakinya semakin diperlajukan lagi. Sure, pelari pecut Negara akan tabik spring ini sekiranya melihat akan larian Fazrel.
“Mis!!” laungnya dengan lantang sambil menyaingi ‘The Mystery Girl’ ini.
Wajah kelat dihadiahkan kepadanya yang melemparkan senyuman semput-berani-mati.
“Cop!! cop!!” terkeluar sepintas lalu ayat itu. Nafasnya masih lagi turun naik menahan lelah di dada. Boleh kurus tau kalu setiap hari berjogging sebegini.
“Apa lagilah mamat ini mahukan daripadaku???” gerutunya dalam hati dengan seribu sumpah seranah. Mahukah aku marah dengannya sekarang dan hamburkan semua kemarahan yang telah lama bersarang di jiwaku? Wajarkah tika ini?
“Sekejap!!!”
Tangan Ariana digapainya dengan kuat. Kemas sekali pegangannya. Ariana tersentak dan kakinya digam seketika. Kaku dengan tindakan refleks ini. sentuhannya masih jua seperti dahulu.
Sisa-sisa air mata yang mengalir di pipinya disapu perlahan dan cuba menahan gelodak di dada. Seboleh mungkin, Ariana mempamerkan wajah kedinginan dan serius tika berdepan dengan jejaka ini. Sudah banyak kali dia berlatih memekspresikan wajah ini jika sampai masanya.
Fazrel perasan akan kedinginan dan kesedihan yang bermain seketika di wajah ayu ini. Mengapakah berdurjana duhai gadis ini? Ada sesuatu yang menyedihkan hatinya?
“What!!! Lepaslah!!! Apa ingat saya ni tak der kaki nak berjalan ker sehinggakan perlu ditarik?” sinis sekali nada suaraku.
“Sory, my mistake. Can we talk?” pintanya dengan tangannya perlahan dilurutkan daripada tangan milik Ariana. Tajam panahan matanya menatap sebening wajah ayu ini. Cantiknya ciptaan Illahi ini. Namun, mengapa wajahnya sengaja dikelatkan.
Kelat lagi wajahnya namun penuh dengan ke ayuannya. Kalaulah wajah yang kelat itu diubah tambah dengan senyuman, tentunya manis. Mengapakah wajahnya berwajah kelat bak buah mempelam masam?
“Hey!!!!” gertak Adriana dengan suara yang kuat. Geramnya!!!
‘Sempat lagi berangan!’ kutuk Ariana perlahan, jelas sekali di cuping telinga Fazrel.
Fazrel sekadar melemparkan senyuman ‘ha-ha-aku-tak-tahu’. Macamlah hensem sangat dia melemparkan wajah sebegini. Aku tak heranlah. Ini bukannya Ariana yang dahulunya boleh kau perkotak katikkan. Sekarang ini kau akan berdepan dengan The NEW of Ariana!!!
“Sorry again. Pekerja baru ker?” soalnya soalan bodoh di pendengaran Ariana. Masakan Fazrel tidak mengenaliku? Pelik bin ajaib ini. Musykil bin hairan ini?
“Nonsense!” laju sekali ayat itu terkeluar spontan dari bibirnya. Senyuman sumbing bertamu pada bibir merahnya. Keningnya mulai bertaut menjadi satu.
“Do you really know me?” soal Ariana sepastinya.
Isyarat gelengan yang diberikan oleh Fazrel. Ariana terpana seketika dengan kelurusan bendul Fazrel ini. Boleh dipercayaikan lelaki berhidung harimau belang ini? Masakansemudah ini dia memang tidak cam akan aku?
“Perlu ker saya kenali miss?Apakah kita pernah kenali sebelum ni?” soalnya drastik.
“Errr...no!” pendek jawapanku mematikan anggapan yang mulai meracau dalam fikiran Fazrel. Namun, akal jua tetap mengatakan yang dia sebegitu mengenali wajah ini sebelumnya. Kat mana dan di manakah?
Sepi merantai antara kami berdua. Masing-masing kelu.
“Saya diarahkan membawa saudari ke bilik latihan. Lagipula, kebetulan saya baru sahaja minggu lepas di transfer department of Human Resources. So, persilakan!” terus straight the point sebab utama Fazrel berbicara denganku.

Ariana hanyalah mengangguk lemah dan berjalan mengekorinya tanpa sebarang bicara. Lidahnya terkelu sekali akan semua ini. Ajaibnya kuasa arahan milik Fazrel ini. Lenyap semua kemarahan yang bersarang dalam jiwanya sebentar tadi. Berterbangan kesemua ketidakpuas hatinya.
Mulut Ariana terkumat-kamit melemparkan geramnya bertamu di dadanya dengan sikap slamber Fazrel. Muncungnya jua mulai panjang bak Dolphin di Sunway Lagoon. Ada yang tidak berpuas hatilah itu.
Ariana..ohh..Ariana..
Fazrel pun sama turut memuncung, namun hidungnya dapat menangkap satu bau yang amat familiar padanya. Lembut tetapi asyik sekali baunya. Perfume jenama Avon ini. Perisa Vanilla. Hanya seorang sahaja yang memakai wangian ini.
Terngiang-ngiang wajah seseorang terlayar di ingatannya.
“ADRiana.!” Sepotong nama terkeluar dari bibirnya.
Ariana tersentak. Sudah lama nama itu tidak didengarinya. Masihkah dikau ingat? Ariana menatap lama wajah yang dirinduinya dalam diam. Masihkan dia ingati?
Kebisuan menyerang kami berdua. Ariana pula masih lagi ternanti-nantikan akan jawapan seterusnya.
Jawab!!! Jawablah!!!

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan