Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 2


part 2


Bab 2.. permulaannya sebuah pertengkaran yang tiada penghujungnya..


Dan.. memang pantang keturunannya sekiranya ada sahaja mana-mana staffnya melawani cakapnya. Mulailah nak menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang ketua di salah sebuah syarikat cawangannya.Memang nak mencari penyakit agaknya pekerja barunya ini.
Belum sempat Zaerel memulakan bicara, Reya terlebih dahulu memotong line nya. Dengan wajah yang ter slambernya, Reya menuturkan kata-kata yang dirasakan agak berbisalah jua
“Ada apa-apa lagi ker yang dapat saya bantu ENCIK??” soal Reya dengan nada tersendiri. Apa ketuanya dah nak rabun mata ker asyik menatap ajer wajahnya? Ada sesuatu ker pada hidungnya ataupun bulu hidungku terkeluar dari landasannya ker?
Zaerel terdiam seketika dengan soalan yang tidak dijangkakannya itu. Ada riak terkejut pada wajahnya akan soalan spontan itu. Dipandangnya lama wajah pekerjanya yang agak sukar menuruti arahannya ini dengan seribu pandangan.
“Oiii. Mr.Kotak.. ada bulu hidung saya tercabut ker?” kata Reya dengan selambanya lalu memegang hidungnya dan dengan selambanya jua memasukkan tangannya ke dalam lubang hidung yang dikatakan agak berbahaya itu. Beraninya dia, monolog Zaerel dalam hati.
Kemudian, Zaerel tersenyum sendiri yang hanya Zaerel mengetahuinya akan makna senyuman itu. Minah Senget ni boleh tahan sikapnya. Lucu dan humble. Ada ker patut, lubang hidungnya boleh lagi dikorek depannya! Memang satu langkah berani ni.. tak malu betul tau! Ni ker sikapnya seorang pekerja di syarikatnya. Baiklah, sekarang ni, akan bertukarlah kuasa ultraman Gia kepada Clark Kent.
“Ni ker etika kerja yang Cik Reya kita ni selalu katakan dengan bangga semasa ditemuduga oleh saya sebelum ni? Etika seperti ini kah??” ujarnya dengan mimik muka yang sombongnya.
Reya tersentak dan terhenti perbuatannya. Mak oi..dahsyat giler ayatnya pagi ini. Apa nak dijawab ni. Reya merasakan geram dengan sikapnya ini. Sebenarnya, siapakah yang salah? Reya ker Zaerel? Ahh!!! Merunsingkan kepala Reya sahaja memikirkan akan kesalahan yang tidak pernah pun nak ada jawapannya. Kalaulah bukan kerana sikap tanggungjawabnya kepada seseorang yang sangat penting dalam hidupnya ini, masakan Reya akan berani bersabar tahap sebegini dalam awal pekerjaannya.
Kenapalah nasibnya selalu sahaja ingin menduga hatinya dan kesabarannya. Dan mengapa jua ada sahaja yang ingin menindas di sebalik sikapnya. Dan mengapa jua ada sahaja yang ingin menyakiti hatinya oleh kaum Adam. Adakah memang kaum Adam ni diciptakan untuk menyakiti hatinya, tapi bukankah dahulunya, gurunya memberitahu yang kaum Adam itu diciptakan untuk Hawa nya? Mengapakah ianya terjadi terbalik bagi dirinya. Berapa lama lagikah masanya untuk bergelumung dalam dunia yang penuh dengan liku-liku kesedihan?
Pantas sahaja air mata Reya jatuh dengan perlahan dari kelopak matanya itu. Zaerel tersentak. Tangan Reya yang lancar menaip kerja yang diberikan itu terhenti dengan sendirinya. Zaerel jua dapat melihat akan tangan Reya terketar sendiri. Apakah yang sedang terjadi pada Minah Senget ni? Dah nak mula sentimental pulak ker? Perempuan katakan, mulalah nak keluarkan air mata sekiranya dimarahi atau ditegur. Ah, memang perempuan ni sukar difahami langsung!!!
Reya segera bangkit dan melarikan diri dari mejanya. Zaerel tergamam. Adakah aku sudah melakukan sesuatu di luar kawalan ku? Mengapakah dia berlagak sedemikian. Bukankah selama ni hatinya keras seperti batu dan takkan tercalar dengan kata-kata daripadaku? Mengapakah??? Hanya itu sahaja yang mampu terluah dari hatinya dengan melalui pandangan matanya sahaja…
Reya mulai berlari keluar dan mengikut sahaja ayunan kakinya ini. Air matanya mulai mencurah-curah keluar dari tirai matanya seakan tak mahu sahaja terhenti. Adakah aku sudah mulai merasai apa yang penah dulu aku rasai. Mengapakah perasaan ini muncul kembali setelah aku menguncinya kemas di sudut hatiku ini. Duhai hati, keraskanlah hati ini agar aku takkan dilukainya sekali lagi. Persetankanlah semua ini. Reya segera melangkag laju masuk ke klinik bagi mendapatkan sijil cuti sakit untuk hari ini. Moodnya tiada langsung untuk bekerja dan apatah lagi menghadap muka bapak jin jadian itu di pejabat.
Reya menghantarkan mesej kepada teman sepejabatnya memaklumkan akan dirinya yang bercuti sakit pada hari ini. Reya segera menuju ke rumahnya untuk merehatkan dirinya. Bas yang dinantikannya masih belum lagi tiba. Reya terkenangkan akan apa yang telah terjadi kepadanya tadi, mengapalah Allah wujudkan kaum Adam sebegini untuk menyusahkan harinya sebegini. Tengoklah, kerananya aku menjadi sensitife sebegini. Aku tak sukalah jiwang-jiwang ini. Geramnya!!! Bilalah mamat perasan nak mampus tu hentikan perangainya menyusahkan hidupku selamanya. Ada sahaja ragamnya mahu membuatku naik angin dengannya. Ada sahaja aku akan dapat penyakit darah tinggi free of charge ini kan.
Bayangan wajah Zaerel muncul di tirai matanya saat ini, Reya menrenguskan nafasnya kerana tak suka dengan bayangan ini. Dihapuskan bayangan ini dengan menutup kemas kelopak matanya agar hilang. Dibukakan semula namun masih lagi bayangannya muncul. Ya Allah, sebegini kau mahu mengangguku. Biarkanku tenang, boleh tak???
“Reya!” panggil satu suara. Reya pelik, aik bayangan pun ada suara ker? Memang pelik binti ajaib ini. Reya mengabaikan sahaja panggilan itu dan masih lagi menutup kelopak matanya. Kemudian Reya merasai tangannya dipegang oleh seseorang. Alamak? Mamak sebelah aku nak mengatai dengan aku ker? Ada yang nak kena kerat 20 ini. Reya segera membukakan matanya dan terperanjat melihat akan orang yang sedang berada depannya ini.
“Apa yang aw..E N C I K buat kat sini? Lepaskan tangan saya!” tersasul Reya menggelarkannya di sini.
Zaerel segera melepaskan tangan Reya dan berdiri di sebelahnya. Reya membelakangkannya kerana merasa meluat nak tatap wajahnya. Bilalah masa pulak bapak jin jadian ini muncul kat sini. Dia ini ekori aku ker? Memang nak cari penyakit betullah. Pantang keturunan aku tau diekori sebegini. Apalah haknya nak cari aku sampai sini? Dia hanyalah bos aku sahaja. Bos sahaja!!!
“Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak tadi. Saya tak sengaja.. lidah saya ni memang tajam sikit kalu bertengkar dengan orang, apatah lagi dengan perempuan ego macam awak ni. Tercabar kit ego saya ni!” luahnya akan kesilapannya tadi.
Reya sekadar mendengar sahaja dan tidak memberikan apa-apa reaksi pun. Zaerel naik bengang dengan sikapnya itu. Minah ini memang mencabar keegoan aku tau. Boleh dia buat selamba badak sahaja dengan aku ini, macamlah aku tak wujud sahaja depannya. Macam manalah aku boleh tergerak hati nak buat penjelasan sebegini dengannya. Satu kemajuan ini buat diriku nampaknya.
“Reya? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”
Reya mematukan diri sahaja tanda tidak mengendahkan dirinya. Zaerel naik berang lalu menarik tangannya menuju ke kereta. Minah senget ini memang mencabar kesabaran yang ada dalam dirinya. Reya memprotes apabila ditarik sebegini di khalyak umum. Macam dia ini perempuan murahan sahaja dilayan sebegini.
“Apa ni? Ingat saya tak reti nak jalan ker?”
“Better U shut up before saya dukung awak! Nak ker? Saya onn ajer!” usiknya kepada Reya yang wajahnya sudah dikelatkan.
“No, how dare U do it to me. Leave me alone!” jeritnya lagi. Orang yang lalu lalang di situ melihat kepada mereka berdua dan Reya merasakan malu yang teramat sangat. Wajahnya sudah bertukar warna kemerahan menahan malu. Yang si mamat ini tak reti nak lepaskan tangan aku ini. Berdosa tau bukan muhrim bersentuhan.
“Maafkan isteri saya ni, biasalah bergaduh sikit kami berdua ni. Dia ni marah dengan saya. Maafkan isteri saya ya!” ujarnya kepada orang yang melihat kepada kami berdua. Reya sudah mulai bertukar rupa.
“Eh, kami bukannya pasangan suami isteri pun. Dia ni…!” belum sempat Reya menghabiskan katanya, Zaerel terlebih dahulu menyampuk, “Ayang janganlah macam ni. Alah abang tak kan marah ayang lagi selepas ni kalu ayang tak nak buat sambal belacan lagi ya. Abang janji!”
“What? Dengan sambal belacan pun boleh bergaduh macam ni ker? Adik, janganlah merajuk lagi. Kesian kat suami adik tu yang bersusah payah nak pujuk tau!” nasihati salah seorang yang ada. Reya sudah mulai bengang dengan kata-kata itu. Sesedap ajinamoto sahaja dia kelentong orang kat sini. Baik aku diam sebelum dia ini merapu yang lebih teruk lagi.
“Pandai pun nak diam. Kan senang kalu dari tadi diam macam ni! Senang kit!” ujarnya perlahan di tirai telinga Reya. Reya menolak wajahnya yang kian menghampirinya. Mamat ni memang sengaja nak cari penyakit betullah. Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta milik Zaerel dan meluru laju ke jalan raya yang penuh dengan kenderaan lalu lalang.
“Kita nak ke mana ni?”
“Nikah lah!”
“Eh, betul-betullah. Saya tak suka ENCIK cakap macam ni!”
“Betullah.” Katanya dengan penuh yakin sekali. Reya sudah mulai ketakutan lalu cuba keluar dari kereta ini. Zaerel yang sedar segera memegang tangannya. “Saya gurau sajerlah. Awak ni memang sensitif orangnya. Tampak sahaja keras dari luar tapi lembut sangat dalamnya. Luar biasa sekali ya! Kenapa awak dingin sangat dengan saya selama ni? Saya selalu buat awak marah ker?”
“Memang selalu sangat. Yang awak tu suka sangat panggil saya Minah Senget tu napa?”
Zaerel tersenyum sahaja mendengar omelannya itu. Boleh tahan wajahnya tika ini. Comel sangat, nak sahaja aku cuitnya tapi mengenangkan halal dan haram, ditahankan sahaja kehendaknya itu.
“Sajer jer. Lagipun awak ini lain daripada mana-mana wanita yang pernah saya kenali. Luarbiasa dan dingin orangnya!”
“Terpulanglah apa anggapan orang pada saya. Saya selesa dengan saya sebegini. Awak siapa nak hakimi saya ni? Awak bukannya sapa-sapa pun pada saya ni! So, better awak uruskan diri awak sendiri saje!” ujarnya keras sekali nadanya dan memalingkan wajahnya ke luar.
Zaerel memberhentikan keretanya di kawasan yang agak lapang dan keluar. Reya masih lagi teragak-agak mahu keluar kerana takut diapa-apakan olehnya. Lagipula Zaerel masih belum dikenalinya. Zaerel segera menuju ke arahnya dan membukakan pintu keretanya. “Keluarlah, ada yang perlu kita bincangkan!”
“Jangan bimbang, saya takkan apa-apakan awak. U are not my type!” ujarnya seakan mengetahui akan apa yang membelenggu dalam kepala Reya.
“Kurang asam betul cakap depan-depan sebegini dengan aku tau. Ingat aku kemaruk sangat nak kat dia. Pleaselah! Ni Reyalah. Aku bukannya mahukan sangat kau pun dan takkan biarkan diri terjebak dengan cinta tau!!!” katanya direct kepada Zaerel agar sedar sikit apabila bercakap.
Zaerel terkejut mendengar semua kata-katanya ini. Minah ini ada masalah rupanya, patutlah dingin semacam dengan kaum Adam sepertinya. Macam ada pengalaman dikecewakan sahaja lagaknya. Memang benar apa yang selalu dijangkakannya selama ini. Ada seseorang dari zaman lampau mengecewakannya dan memberikannya luka sebegini dalam kepadanya.
“Tepilah, aku nak lalu! Tak payah nak jadi ‘jaga’ tak rasmi pulak kat sini!”
Zaerel mengalihkan sedikit badannya dan membiarkan sahaja Reya melangkah menuju ke sana. Zaerel memang sengaja membangkitkan kemarahan wanita ini agar segala ketidakpuasan hatinya dapat diluahkan. “So apa yang mustahak sangat perkara tu yang perlu dibincangkan kat sini sehinggakan tak boleh nak dibincangkan kat esok saje kat pejabat?” soal Reya saat Zaerel ada di sebelahnya. Tangannya disingsingkan tanda ingin mendengar balasan kata-kata Zaerel ini.
“Kot ya pun nak mendengarnya, janganlah buat muka seserius itu. Nak tergelak sayan dibuatnya. Kan ada saje yang kena diketawakan di sini nanti. Bukan salah saya kalu saya tersengaja ketawakan awak tau!”



Reya masih lagi tergolek-golek lagi di atas katilnya. Sesekali anak patungnya dipeluk dengan kemas sekali dan direnunginya. Terbayang di wajahnya akan wajah Zaerel seolah sedang berada di depannya ini. Ya Allah, kenapa pulak aku ingatinya ini? Dia ni dah sihirkan aku ker? Pleaselah, aku ni takkan main jiwang-jiwang ini. Bukan jenis aku tau.
Reya cuba melupuskan imej wajahnya dari fikirannya ini namun masih galak pulak ianya menari di tirai matanya. Zaerel ini agaknya sengajalah tu suka membuatkan aku menjadi sasau sebeginilah tu. Agaknya dia memang dah terlena kat sana tu. Geramnya aku tau, nantilah kau esok kat pejabat. Tahulah aku kerjakan kau secukupnya.
Manakala, dalam bilik Zaerel pun sama mengelamun seperti Reya. Apakah ini gadis yang akan menjadi suri hatinya nanti. Seorang perempuan yang kasar dan keras hati orangnya? Bukankah aku mendambakan seorang gadis yang lemah lembut dan manis orang, mengikuti cakapku dan bukannya melawani kataku? Mengapa dengan Reya ini agak sukar nak mendalami hatinya? Macam ada tembok sahaja dalam hatinya itu.
Masih Zaerel ingati akan sepanjang perkenalan mereka berdua, Reya sering kali dingin dengannya dan jua bertengkar dengannya. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya akan kelakuan Zaerel baginya. Malahan nama Minah Senget sering kali meniti pada bibirnya ini. Bagaikan sesuai sekali nama itu dengannya. Zaerel tersenyum seorang diri dalam bilik ini mengenangkan semua kejadian yang pernah terjadi antara mereka berdua di pejabat ini. Sampaikan rakan pejabatnya yang lain mengelarkan mereka berdua seperti anjing dan tikus sahaja. Pantang sahaja berjumpa, ada saja bertemu akan ada pertengkaran bagi mereka berdua.
Zaerel merasakan bosan lalu teringat nak menghubungi Reya. Elok jugak kalu kacau minah ni malam-malam sebegini. Terus handphonenya dicapai dan melilau matanya mencari nama Reya dalam senarai nombor panggilannya. Dapat jua ditemuinya dan terus ditekannya butang hijau. Reya tersentak apabila hansetnya berdering. Siapa pulak yang kolnya malam-malam ini. Hantu manalah ini yang tersesat ini.
Bagaikan nak terkeluar biji matanya menatap nombor yang tertera pada senarai nama panggilannya. Apa pulak hantu ni nak dari aku malam ini. Tak puas lagi ker siang lagi menyusahkannya?? Malam pun nak jua menyusahkannya ker? Nak angkat ke tak ni? Belum sempat nak diangkat, panggilan itu terhenti. Aik, dah senyap pulak?
Kemudian panggilan itu berdering pula sekali lagi. Memang tak mengalahkan si lelaki ini rupanya. Reya pun mengangkat jua panggilan itu. “Hello!”
“Hello, Reya! Dah tidur ker? Saya menganggu Reya ker?”
“Ha ah. Baru jer nak masuk tidur ni. Ada apa yang ENCIK kol saya malam-malam ni? Tak puas lagi ker siang tadi?” soalnya dengan sengaja dibuatnya ketika ini.
“Er…saya..saya ada hal nak cakap dengan Reya. Boleh tak?” soalnya dengan rasa yang tergugup-gagap. Zaerel cuba mengawal nada suaranya ini agar tidak disedari oleh Reya akan ketidakselesaannya tika ini. Reya jua mengawal nada gelombang degupan jantungnya.
“Kita bual esok sajerlah. Kan tomorrow never dies!”
Zaerel tergelak mendengar kata-kata spontan ini. Boleh tahan lawaknya kali ini. Reya terpana mendengarnya buat kali pertama kerana sebelum ini Zaerel amat jarang sekali ketawa di depan sesiapa pun. Suaranya lunak sekali dari pendengaran telinga Reya ini. Boleh buat sesiapa sahaja jatuh cinta ini kalu Zaerel berterusan ketawa sebegini. Agaknya ini sebabnya Zaerel seringkali bersuara lantang dengannya kerana ingin menyembunyikan keistimewaaan ini daripada sesiapa pun.
Bagaikan angin lalu, Reya memberitahunya akan apa yang difikirkannya dalam hati, “Kalu ENCIK ketawa macam ni selalu, saya boleh jatuh cinta tau dengan ENCIK selalu lagaknya. Alamak? Apa yang aku katakan ni?” terus Reya tersedar akan kata-katanya itu dan menampar bibirnya. Agaknya Zaerel terdengar tak akan kata-katanya tadi?
Zaerel terdiam dengan kata-kata beraninya tadi. Adakah benar apa yang dikatakannya itu ataupun aku sudah salah dengar ni? Mahu ker dia ulang semula kata-katanya tadi? Masakan Reya sanggup buat seperti yang dipintanya ini. Bukannya sehari dua dia baru dia mengenali Reya, sudah nak masuk 5 bulan pun Reya bekerja di pejabatnya. Semua perangainya sudah dihafal pun.
“Apa yang awak katakan tadi tu? Saya macam tak berapa nak clear ajer!”
“Errr…saya tersalah cakap tadi. Ada apa yang penting sangat ENCIK hubungi saya malam ni?” soalnya cuba memesongkan pertanyaan Zaerel ini. Zaerel masih lagi memikirkan alasan yang logik mahu diberikan kepada Reya akan alasan terbaik agar Reya tidak memutuskan talian Zaerel ini.
“Saya mahu beritahu yang esok kita semua akan ada mesyuarat penting pada awal pagi!” agaknya si Reya ini boleh terima tak alasan yang diberikan oleh Zaerel.
“Ni ajer nak kasitahu ker? Kan esok boleh diberitahu kerana Reya selalu datang awal ke pejabat! Baiklah, Reya dan mengantuk sangat ni. Jumpa esok kat pejabat ya!”
Zaerel tergumam kerana alasannya tidak menjadi langsung dalam menyakinkan Reya kali ini. “Nanti dulu! Wait for a minute!”
Reya tidak jadi meletakkan taliannya kerana suaranya itu. Apa lagilah dia ni nak agaknya? “Apa lagi?”
“Errr…saya bosan sebenarnya. Jadi nak borak dengan awak jap sebelum terlena. Boleh tak?” Reya terus menekan butang merah handphonenya sebelum sempat dia menjawab. Alamak, agaknya dia marah tak dengan tindakan aku ini. Zaerel terpana dengan tindakan spontan Reya ini. Agaknya Reya tidak menyukai akan panggilannya malam ini agaknya.
Reya pun segera berbaring di atas katilnya dan membuka nada muzik dalam handphonenya. Memang itulah kegemarannya sebelum tidur. Mendengar muzik sehinggalah terlena.

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan