Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 5


Part 5

Sudah 6 bulan berlalu dan segalanya telah banyak berlaku antara mereka semua terutamanya Reya dan Zaerel. Reya kini sudah belajar sedikit demi sedikit menerima Zaerel dalam hidup dan dirinya ini. Reya jua mulai berlembut sedikit dengan Zaerel dan melayaninya dengan mesra. Tiada lagi kedinginan dalam hubungan mereka berdua. Percakapan mereka berdua juga sudah mulai mesra dan lembut.
Deringan handphone milik Reya berdering membunyikan nada lagu’Ku Tlah Jatuh Cinta’ dendangan Agnes Monica. Reya tersenyum saat menatap nama pemanggil yang muncul di skrinnya. Nama Zaerel berkelip-kelip menantikan panggilan ini diangkat. Reya yang baru selesai membaca Al-Quran pada malam Jumaat ini segera mengangkat panggilan ini.
“Assalamualaikum. Reya sedang buat apa? Lama sangat nak angkat tadinya? Pergi mana?” soal Zaerel bertalu-talu. Reya tersenyum dengan kerisauannya ini. Ada sahaja yang mahu dibimbangkannya.
“Waalaikumussalam. Reya baru sahaja lepas baca surah Yassin tadi. Kan malam ni malam Jumaat. Tak ingat ker? Ataupun buat-buat lupa?”
“Laa..itu rupanya. Aerel ingatkan Reya tengah tidur tadi. Rajinnya anak dara ni rupanya baca Yassin. Ada hajat apa-apa ker?” soalnya berminat ingin tahu.
“Ada, Reya berdoa agar cepat dapat jodoh dan dapat senangkan keluarga!”
“Jodoh? Dengan Aerel ker?” tekanya dengan tidak malu.
“Perasan. Sapalah yang nak kat awak tu. Tolong cerminkan muka tu tebal-tebal kat cermin tau. Sapa yang suka kat awak?” balasku dengan menyindirnya.
Zaerel tergelak mendengar kata-katanya ini kerana itulah modal yang selalu Reya jawab sekiranya diperbahaskan isu ini. Zaerel masih tak berputus asa dalam menantikan jawapan Reya mengatakan Reya jua menyukainya. Zaerel tahu yang Reya jua menyukainya namun kerana keegoanya mengatasi segalanya. Hanyalah dengan naluri sahaja yang dapat Zaerel rasai apabila mereka saling bertatapan mata.
Reya seolah takut dengan sesuatu untuk menyatakan cinta. Ada sesuatu yang menghalangnya untuk menyatakannya. Akan Zaerel koreknya jua nanti sehinggalah Zaerel ketahui akan punca sebenarnya semuanya yang telah menjadikan Reya sebegini. Seorang yang degil, keras kepala ,dingin dan berhati batu. Tentunya ada seseorang yang bertanggungjawab dengan semua ini.
“Hello, awak berangan ker?” soal Reya apabila Zaerel mendiamkan diri.
“Ataupun awak merajuk kot mendengar saya cakap gitu. Eh, tolonglah, buruk tau orang tua macam awak ni merajuk tau!” ucapnya lagi bagi membangkitkan suara Zaerel.
“Eh, Aerel taklah tua sangat pun. Kalu kita kahwin, cepat ajer tau kita dapat baby. Nak baby kembar pun boleh.” Usiknya pula dan membuatkan Reya termalu sendiri.
“Apa-apa ajerlah awak ni. Dah mulalah tu nak merapu ajer kerjanya. Dahlah, ni ada apa kol saya? Tak puas ker kita keluar petang tadi? Saya letih ni, nak rehat jap!” soalnya akan tujuan sebenarnya Zaerel menghubunginya.
“Laa.. yang tu tadi punya, malam pula lain pulak. Ni, nak ajak Reya temankan saya makan. Jomlah, saya dah ada depan rumah Reya ni. Dari tadi tau Aerel tunggu Reya, tapi Reya tak jua tahu tau. Nampaknya sixth sende kita belum kuatlah lagi. Ingatkan nak panggil Reya pakai sense ajer. Tapi, habuk tak menjadilah!” kedengaran suaranya ketawa di corong telefon ini.
“Apa? Biar betul. Awak ni main-main ajer kan?”
“Kalu tak percaya, jenguklah kat tingkap. Aerel duk bertenggek kat luar pintu kereta ni. Jenguklah!”
Reya segera bangun dan menjenguk ke luar. Memang benar apa yang diperkatakannya. Reya mengelengkan kepalanya ini. “Gilalah awak sekarang ni. Makin menjadi perangai gatal tu. Mengalahkan anak muda ajer lagaknya!”
“Alah, hanya dengan Reya saje, Aerel menggatainya. So, cepatlah bersiaplah cepat. Perut ni dah lapar tau, asyik nyanyi lagu karaoke ajer!”
“Tulah, suka sangat menyusahkan diri sendirilah. Mulalah nak menyalahkan kita pulak. Yelah, tunggu jap ya! 5 minit ya!” Reya segera bersiap dengan ala kadar sahaja dan menuruni tangganya. Dimaklumkan kepada Asmira akan kepemergiannya ini kerana khuatiri Asmira bimbang pula dengan ketiadaannya ini. Kawan aku ini bukan boleh diagak sangat perangainya ini. Mengelabah tak kena tempat langsung.
“Tu tentunya nak keluar dating dengan bos lah tu. Tu lah , kan betul apa yang aku katakan yang bos tu memang ada hati dengan kau selama ni. So, bila lagi aku nak merasa makan nasi minyak ni?” ujarnya saat Reya sedang memakai kasutnya.
“Ok, sebelum kau makan nasi minyak, aku bagi kau makan penumbuk aku ni dululah ya. Nak tak?” genggamku tanda mengusiknya.
Terkekeh Asmira ketawa mengenangkan sikap brutal Reya ini. Ada pula nak bagi kita makan penumbuk. “Aku on ajer, jangan nanti kau tu terkelu pulak bila malam ni bos kita tu luahkan perasaannya pula kat kau. Kan ada jer yang terkejut cicak nanti.”
“Eh, mulut kau tu janganlah masin sangat. Kan aku cilikan baru tahu, kan tak pasal-pasal bibir kau tu selama sebulan tak payah pakai gincu. Dah dapat gincu original dan tebal asli pulak tu. Nak ker?”
“Tak nak. Oklah, malas lagi aku nak usik kau. Jangan balik lewat sangat. Kunci bawa tak?”
Reya sekadar menganggukkan kepala sahaja. Terus kakinya melangkah keluar menuju ke arah Zaerel yang lama menantikannya. Penampilannya malam ini amatlah mempersonakan. Kekacakkannya terserlah dengan baju t-shirt Polo yang dipakainya dengan potongan rambut gaya terkini. Ya Allah, tahanlah hatiku agar tidak terpedaya dengannya. Aku perlu kuatkan hatiku agar tidak terjatuh cintun dengannya. Bukannya sehari dua mereka ni selalu keluar bersama. Sudah banyak kali.
“Apa yang diborakkan dengan Mira tu sampaikan tergelak besar dia dibuatnya?” soalnya apabila keduanya saling berada dalam keretanya. Zaerel memandu dengan penuh cermat sekali di jalan raya ini.
“Oh, pasal si mulut Mira tu yang celupar sangat. Ada ker logik dia kata yang jangan nak terkejut cicak pula kalu malam ni bos nak melamar saya dan luahkan feeling kat saya. Tak betul kan budak tu malam ni ya!” ujarnya dengan jujur sekali.
“Terkejut cicak? Apa makna tu? Dan kalulah betul apa yang dikatakannya tu? Apa reaksi Reya?” pantas sahaja soalan itu terkeluar dari bibirnya. Inilah peluangnya.
“Bibir Mira akan jadi seksi semulajadilah nampaknya selepas ni!”
“Maksudnya?” kerutan tercetus di dahinya mendengar akan kata-kata spontan ini daripada Reya.
“Saya beritahunya yang kalu mulutnya tu masin sangat, balik nanti saya akan cilikan bibirnya dengan lada marang tu 50 biji kat bibirnya. Jadi, bibirnya akan mengembang dan bertukar menjadi tebal. Tak perlu lagilah pakai gincu kerana dah kemerahan yang semulajadi terbentuk pada bibirnya tu kan?” katanya dengan nada suara ketawa yang terbahak-bahak sambil mengenangkan sekiranya ianya terjadi. Tentunya sebulan Asmira takkan keluar rumah dan bertemu dengan orang lain. Jahat jugak ya aku ini.
Zaerel pun sama tergelak. Boleh tahan jua kepala si Reya ini dalam mengenakan kawannya. Kalaulah ianya terjadi, memang malanglah si Asmira dibuatnya.
“Kamu ni, masakan nak buat gitu kot pada Mira. Kesian tau kat dia!”
“Eh, saya taklah jahat sangat tu. Saya saje nak kenakan dia ajer, tu ajer caranya nak buatkannya diam daripada asyik padankan saya dengan awak jer tau. Telinga saya dah naik cair ajer dengan kata-katanya tu. Ada ker patut, dia kata yang awak ni dah lama suka kat saya. Rasanya sejak awak mula-mula masuk jadi bos kitorang agi, alah masa kita tengah bertengkar hebat tu. Masa tu lah agaknya yang dia kata pada saya. Saya ni manalah nak percaya. Dia tu kuat berangan. Mana taknya, buku novel cinta berlonggok kat dalam biliknya. Otak kuning cintan cintulah tu!” ujarnya dengan panjang lebar sekali.
“Laa..kalu betullah apa yang si Mira tu katakan, bagaimana?”
“Rasanya dengan awak sekalinya kita akan cilikan bibir awak tu. Nak rasa ker miliki bibir yang ‘menawan’ tanpa bantuan Maybelline?”
“Ohh, jadi dengan Aerel pun Reya nak cili kan ya. Tapi, daripada Reya cilikan bibir Aerel ni dengan cili, ada baiknya Reya tut… dengan your lips, ada bagusnya kan…tak gitu?” jawabnya dengan muka terpamernya kegatallannya tersendiri.
Lalu pantas sahaja jari Reya mencubit lengannya. Zaerel mengaduh kesakitan dengan cubitan sesat ni. “Cubalah kalu awak nak merasa penangan penumbuk sulung kita ni kat muka awak tu. Seminggu awak akan kena berbalut tau kalu terkena!” ugutnya dengan wajah yang serius.
“Alah, setakat tenaga perempuan kejantinaan awak tu, Aerel leh tanggungnya. Sebagai balasannya, selama seminggu tu jugaklah, Reya yang kena jaga Aerel 24 jam. Bestnya kalu difikirkan tau. So, apa lagi, Aerel tengah tunggu ni!” ugutnya pula dengan bermodalkan yang sama. Wajahnya sengaja didekatkan dengan Reya sebagai tanda bersedia dengan ugutannya ini.
Laa..kita nak kenakan dia, dia pulak kenakan kita balik. Baik aku diam, sebelum si tua ini merepek yang lebih teruk lagi. Tak dapatku bayangankan kalulah aku kena menjaganya 24 jam, memang menempah kubur sendirilah ini. Boleh mati kering aku dibuatnya.
“Aik, diam pulak. Takutlah tu. Ha, mainkan Aerel lagi. Kan dah senyap macam patung ukiran saje!” ujarnya setelah suasana sepi menyapa pada Reya. Reya terdiam saje tanpa ada balasan. Takutlah tu. Zaerel acah sahaja dan sebegini sudah penangannya. Reya..Reya..

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan