Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 5

Bab 5

“Ok, shall we?” satu suara menyapanya dan semua khayalannya menghilang bak angin lalu.
“Sorry!” kembalinya di alam realiti. Senyuman sumbing dihadiahkan spontan menutupi sikap berangan-angannya ini. Encik ter-putus-urat-saraf sekadar mengelengkan kepala. Perangai itu masih lagi tidak berubah-ubah. Nakal dan comel.

Satu langkah seiringan antara Azizan dan Ariana kian mengisi lorong-lorong kilang ini. Jelingan mata-mata nakal dan siulan dari manusia yang ada hanyalah dibiarkan sepi. Pertama kali Azizan berasa luar biasa dengan situasi tercipta ini.
Mungkinkah Ariana sudah terbiasa ataupun masih kekok dengan semua takdir hidupnya.Segalanya bakal berubah saat Ariana nekad menghitung kembali hutang-hutang emas dan budi dengan seseorang.
Semestinya orang tu, dari kisah lalu.. Satu nama sahaja kian terpahat lama dalam hatinya.. Sepotong nama yang never say never akan dilupakan dalam kamus takdir hidup Ariana.
Fazrel.. Kita akan bertemu kembali. Watch your life!!! I'will back..the new of Emelda..tersilap tu..The New Of Ariana..



“Wait for me!!!” laung seseorang dari belakang lantang. Pantas keduanya berpaling. Senyuman manis dilemparkan dengan langkah kaki panjang menuju kami yang jauh ke hadapan.
Ariana tayangkan wajah kebosanan. Masih hidup lagi mamat ini rupanya. Cepat pulak siap urusan cuti sakit aku diselesaikannya. Ingatkan dah tersangkut lama dengan Puan Asymira.
“Nak ke mana pulak ni?” soalnya pendek dalam lelahan yang bernafas semput-semput.
“Cafe!” jawap temannya pendek. Ariana sekadar membisu. Malas bersoal jawab dengan manusia terlebih hormon. Menyakitkan dunia batinku sajaa.
“Eh.. tadi cakap puasa? Puasa nazar, right Adrea?” soalnya dengan dahi berkerut seribu. Aku sedang kena tipu ker? Monolog Hafizul sendirian.
“Errr...memang..memang saya puasa. Saya hanya temankan Encik Azizan ke sana. Maklumlah, kan dia ni penakut tahap badak katakan akan jalan ke cafe! Takut kena kidnap dengan minah kilang kat sini!” selorohnya selamba dan mengundang jengilan bulat mata oleh pemilik mata Azizan.
“Saya akui tu!” bersetuju Hafizul denganku. Azizan hanya mampu tersenyum kecil dengan pakatan tidak rasmi kedua insan ini mengenakannya.
“Dah selesai ker urusan cuti sakit Ariana?” soal Azizan akan persoalan utama kedatangan Ariana semula di sini.
Jelas anggukan di wajah Hafizul dan menatap tajam wajah ayu milik Ariana. Rasanya tidak puas matanya menatap wajah ini. Siapa sangka yang si gendut ini boleh bertukar menjadi cantik sebegini. Ariana kerimasan dengan pandangan miang ini.
“Segalanya dah settel. Cuma tunggu pihak HR luluskan dan Adrea boleh masuk keja seperti biasa. Mybe, tengah hari nanti mereka akan maklumkan kepada kita.”
“Kalu macam tu, welcome back again to this factory!” ucap Azizan mesra kepada pekerjanya. Ariana tersenyum panjang. Ada-ada sahaja ragam pelik manusia berdua ini.
“Shall we?”

Mereka bertiga segera menuju ke kantin cafe kilang ini untuk menjamu selera sebelum ke bahagian production. Malahan, Ariana jua turut diberikan kembali pakaian kilang yang dahulunya pernah tersarung di badannya.
Cuma saiznya yang berbeza dengan pakaian lamanya. Daripada saiz XXL kini bertukar ke saiz S. Memang tidak terjangkau dek akal kan bagaimana semua lemak itu tertukar kan?
Langkah bersepadu milik mereka bertiga mengundang tarikan orang sekeliling. Apatah lagi Ariana dikepit oleh dua jejaka hot jugaklah di kilang ini. Siapa yang tidak kenal dengan Encik Azizan, Mr. Cute dan jua playboy , Encik Hafizul Adam.
Banggakah Ariana dengan apa yang terjadi tika ini. Jawapannya, langsung TIDAK! NEVER! Maaflah yaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan