Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cinta Si Gendut 1


Bab 1

“Faera!!!!”

Berputar 360 darjah kepala Faera berpaling mencari siapakah yang bersuara bagaikan halilintar ini. Mahu hujan lebat petang ini dek dengar suara yang bagaikan kasi gegar ini. Melolong matanya mencari kelibat orangnya.

Sudahnya orang agak ramai di sini, manalah insan yang mempopularkan namanya seketika tadi? perutnya pula makin kuat meragam meminta diisi. Dikerling sekilas akan waktu yang berdetik di tangannya. Sudah jam 11.00 pagi ni, patutlah, aku belum makan pagi lagi rupanya.

“Lantaklah. Pandai-pandailah dia mencari aku nanti. Yang penting melantak dulu!” laju sahaja kaki Faera berpusing kembali menuju ke cafe universitinya. Orang yang lalu-lalang langsung tidak dihiraukannya. Hanya bayangan mee goreng dan hot dog kencang bermain di ingatannya.

Faera segera melintasi jalan yang memisahkannya dengan cafe. Tanpa melihat ke kiri dan kanan, laju kakinya melintasi jalan ini. Bunyi hon kedengaran dipicit dengan kuat sekali.

“Piiiiinnnnn!!!!” Faera kaku di tengah jalan tempat dia berdiri. Digam sudah tapak kakinya dan hanya menantikan dirinya dilanggari oleh kereta itu. Orang di sekeliling pula sibuk melihat tanpa bertindak apa-apa.

Berdecit bunyi tayar kereta menahan dek brek kecemasan. Faera pula masih lagi kaku tidak berdarah wajahnya dengan insiden ini. Terasa badannya melayang ke rumput dan berada dalam pelukan seseorang. Aku dah matikah ini?

“Hoiii...nak mati ker? Lau nak mati pun pilihlah port lain!!!” teriak seseorang saat keretanya berhenti mengejut. Orang mulai mengerumuni kami. Ada yang berbisik sesama sendiri.

“Awak tak apa-apa?” sapa satu suara yang dekat sekali denganku. Berpinar-pinar anak mataku melihat wajahnya dek terbias dengan cahaya mentari yang terik.

“Saudari?” soalnya apabila aku mendiamkan diri.

“Saya ok!” balasku lemah. Mataku mahu sahaja terpejam kembali dengan semua insiden ini. Akukah yang bernasib malang ataupun salah pemandu yang tidak berhemah itukah?

“Hoiii..aku cakap dengan kau ni. Apalah punya bengap ya kau ni. Dah pekak ker?”

“Aduh, sapa pulak ni yang kacau line aku ni? Apa dia ingat ayat dia ajer yang kasi power? Aku punya lagilah power rangers tau!” gerutuku perlahan setelah aku berusaha bangun dari terus terjelempuk di tanah ini.

Faera cuba memfokuskan pandangannya kepada insan yang baik hati menyelamatkannya sebentar tadi daripada insiden ini. Ya ampun, ketua kolej aku rupanya. Aeril Adam. Jejaka hot di kolejku. Untungnya aku hari ni dipeluk olehnya. Cemburulah semua gadis di kolejku saat mengetahuinya..aku sudah jatuh cinta ini.

“Awak tak apa-apa ker?” soalnya kali kedua setelah aku sibuk sekali berangan melihat wajah tampannya. Aku terkesima dan tersenyum malu.

“Saya ok.” Copy dan paste ajer jawapan yang aku berikan kepadanya. Boleh lemah kembali urat saraf aku ini semula.

“Nak ke klinik ker?” ujarnya prihatin akan kelukaan yang mungkin aku alami. Aduhai...boleh jadi cair aku dengan layanannya ini. Cairlah bak kutub utara aku hari ini.

“Tak payah nak berlagak sakitlah, aku tengok kau ok jer. Tak der cedera pun. Sekarang ni kasi fokus pada perdebatan agung kita dulu sebelum kau cair kat sini. Meluat aku tengok sikap miang kau ni!” sampuk satu suara kasar apabila aku sedang berangankan my prince charming ini.

Ishh..mulut bau cam longkang betullah. Suka sangat menyampuk perbualan oranglah. Ada yang nak isytiharkan perang dunia ke -4 dengan aku gamaknya ini.
Faera menatap tajam wajah menyeringa lelaki yang macam serigala jadian ini. Ya Allah, dia rupanya. Zayrel Afizam, jejaka popular dan maskulin di universiti ini. malangnya nasib aku bertemu dengannya dan jua ada masalah besar dengannya.

“Saya bukannya pekak dan belum lagi bisu. Saya celik orangnya dan sihat tubuh badan. Encik bencana alam ini apa masalahnya dengan saya? Setahu saya, kereta bencana alam ni taklah ada kerosakan apa-apa pun, calar pun tak der kan?” gelariku akan nama spontan ini.

“What you call my name? Bencana alam? Apa ingat saya ni tsunami ker? Nonsense!”

“Dah yang kau tu panggil saya pekak tak per pulak? Adillah saya panggil kau gitu. 1-1 ok!” bertekak aku mempertahankan kenyataan diriku ini. Aku bukannya mudah diperkotak katikkan tau.

“Tsunami? Betul..betul..betul. Sesuai jugak nama tu ngan kau kan? Bagus sekali..” sindirku sesinis mungkin kepadanya. Aeril kelihatan tersenyum sumbing mendengar perdebatan agung.

“Kau ni..dasar gendut.com. Perasan bagus betullah. Apa kau layak ker nak gelarkan aku dengan nama entah apa kejadah tu? Balik cermin dululah diri kau tu dulu!!” sebagaimana hotnya suasana ini sebegitu hot jugaklah Zayrel dengan Faera.

“Apa ingat saya ni gendut, saya akan membiarkan bencana alam ni membuli saya sebegitu. Awak silap besar. Rasakan pembalasan dari fan club gendut.com ni! Moga akan ingat selamanya!” terus aku menunduk dan mencapai bata yang sedia ada.

Sengaja aku mengacah mahu memukulnya dan Zayrel mengelak laju. Faera terkekeh ketawa melihat reaksi ketakutan di wajahnya ini. dengan sekali balingannya sahaja, berkecai bunyi kaca pecah. Terbentang luas akan kaca itu bertaburan di jalanan. Sejarah hari ini di mana Faera membaling bata ke kereta milik Zayrel dan cermin depannya hancur berkecai.

Aeril dan orang sekeliling terkejut dengan sikap spontan Faera. Beraninya gadis ini mencari bala penyakit dengan Zayrel. Kereta ini adalah nyawa kesayangan Zayrel.
Memang tabik springlah si Faera ini.

“Kereta aku!!!!” menjerit lantang Zayrel akan tindakan drastik si gendut.com ini. menyeringai mahu dia membelasah gadis montel ini. kecil-kecil sahaja figura dia depan mataku ini.

“Kau memang nak cari nahas dengan aku kan!!!! Kau ganti balik cermin kereta aku sekarang!!!”

“Ada aku kisah? Pigiii dahhh!!!” sengaja dilayangkan lambain Miss World kepadanya dan ini mendatangkan suhu kemarahannya memuncak 365 darjah celcius muka bumi sfera ini. Faera segera meninggalkan tapak kejadian ini dengan satu kepuasan hati yang kemuncak.

“Baru lega hati aku. Apa ingat aku takut sangat dengan kau. Salah orang tau!!!!”

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan