Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 4


Part 4


Semenjak Reya berkunjung ke rumah banglo milik keluarga Zaerel semuanya telah berubah. Sikap dan perhatian Zaerel juga berubah terhadap Reya. Kini, tiada lagi kisah pertengkaran antara mereka berdua di pejabat ini dan ditukarkan dengan kisah mesra pula. Reya pula masih lagi setia dengan perangai dinginnya ini terhadap Zaerel. Masih lagi Zaerel ingat akan seribu pertanyaan Reya akan semua kelakuannya ini. Zaerel tidak memberitahunya langsung akan apa yang mahu diketahui dan lebih rela mendiamkan diri sahaja dan membiarkan Reya membuat tafsirannya tersendiri.
Reya jua sentiasa menciptakan jarak antara mereka berdua sekiranya ada sahaja urusan kerja yang melibatkan mereka berdua. Zaerel pula sentiasa mencari peluang agar dia dan Reya dapat menghabiskan masa bersama-sama meskipun hanyalah atas urusan kerja.
“Reya, masuk bilik saya kejap!” interkomnya di telefon di atas mejanya. Reya hanyalah mendengauskan sahaja nafasnya. Kemudian, kedengaran nada usikan daripada Asmira yang berada setentang dengannya, “Aik, nak jumpa cik abang pun muka macam ayam berak kapur ajer. Cubalah maniskan wajah tu. Nanti kan lari abang kau tu tengok muka kau cam ni!”
“Lantak koranglah! Malas aku nak layan!”
Reya mengetukkan pintu dengan perlahan dan Zaerel mempersilakannya masuk. Zaerel melemparkan senyuman manis kepadanya namun Reya tetap mempamerkan muka poyonya. Zaerel sekadar mengelengkan kepalanya.
“Ada apa ENCIK nak jumpa saya ni?”
“Ni mengenai dokumen perjanjian dengan client Syarikat Teguh Jaya. Ada sedikit percanggahan dengan apa yang kita setujui bersama dalam perjanjian kerjasama. Saya nak awak ubahkan balik semua dokumen ni hari ni jugak. Nanti saya akan hantarkan semua dokumen yang baru kepada mereka semula!” arahnya dengan menghulurkan kepadaku akan kertas yang berisi semua dokumen itu.
Reya mengambilnya dan meneliti serba sedikit mengenai isi kandungannya dan mengerti akan apa yang perlu dibuatnya. Reya pun segera bangunnamun sebelum badannya berlalu, Zaerel memanggilnya. “Tolong buatkan saya air Nescafe!”
“Bukankah tu kerja Farah Akma? Saya ni hanyalah kerani sahaja di pejabat ni kan?” soalnya akan kerja yang baru diarahkan oleh bosnya ini. Peliklah bosnya ini kebelakangan ini. Ada sahaja kerja yang mahu diarahkannya yang langsung tidak berkaitan dengan kerja sebenarnya.
“Kan Farah Akma lagi bercuti sakit, so apa salahnya awak buatkan. Takkan awak tak reti nak buat air Nescafe kot?”
“Pleaselah, saya ni bukannya tak reti tapi merasakan tak wajar ajer nak buatnya untuk ENCIK. Nanti saya akan suruh Asmira buatkan ya untuk ENCIK!” cadangnya akan nama Asnira yang muncul dalam kepalanya dengan tiba-tiba ini.
“Eh, jangan! Saya mahukan awak jua yang buatkannya. Now! You!” arahnya selaku dictator sahaja lagaknya. Bencinya kalu dia ni menyalahgunakan kuasa yang ada padanya. Dan aku pula sebagai pekerja perlulah mematuhi akan ‘arahan’ baru ini. Reya terus keluar dengan menutup pintu dengan kuat sekali menandakan marah dengan sikap mengada bosnya ini. Zaerel sedikit terkejut dengan situasi ini dan mengerti akan sikapnya ini.
“Apa pulak kali ni? Muka tu kalu dah masam macam jeruk saje mesti ada ker yang tak kena ajer!” soal Asmira yang bagaikan mengerti sangat dengan semua wajah yang terpamer pada wajah Reya ini.
“Tulah, bos kesayangan awak tu nak aku buatkannya air Nescafe pulak. Ada ker patut disuruhnya aku buatkan semua ni. Bukannya sekali, dah banyak kali pun aku buat kerja yang bukannya kerja aku pun. Dia ni ada penyakit ker?” soalnya dungu akan semua sikapnya ini.
“Aku rasa ada penyakitnya. Penyakit cinta terkena panahan cinta kau tu!”
“What? Merepeklah. Aku dengan dia manalah boleh bercinta. Takkan!!!!” ujarku dengan penuh angkuh sekali di pendengaran Asmira.
“Kita tengoklah setakat mana kau nak keraskan hati kau tu. Kau tu cubakan butakan mata dan hati kau tu tentang cinta ni. Tengoklah satu hari nanti kau akan tersungkur jua. Dan aku pasti yang kau akan temui cinta sejati. Oleh tu janganlah keraskan hati kau dan bukakan mata kau tu dan terima saje apa yang ditakdirkan!” jawabnya denagn panjang lebar sekali. Reya sekadar mencebikkan mulutnya sahaja dan terus berlalu pergi tanpa member apa-apa ulasan mengenai ini.
Reya! Reya!! Betapa kerasnya hati kau ni pada cinta ya. Apalah yang telah terjadi pada kau sebelum ini agaknya. Tentunya satu zaman silam yang mengecewakan kau sehinggakan kau berubah sikap sebegini. Aku haraplah dengan semua perhatian dan kasih saying Encik Zaerel akan mengubah kau menjadi seorang perempuan yang baik hati dan berjiwa lembut.
Reya pun membawa masuk secawan Nescafe seperti yang dipinta oleh Zaerel itu. Zaerel tersenyum dengan apa yang dilihatnya kerana si Reya ini akan lakukan kerja yang dipinta apabila didesak. Biasalah kalu dah kepala tu kepala batu. Reya meletakkan secawan Nescafe itu di atas meja Zaerel dan terus keluar. Meluat rasanya nak menatap akan senyuman sinis milik Zaerel yang akan terukir pada bibir Zaerel nanti.
Zaerel tersenyum sinis akan kepermergian Reya ini daripada bilik pejabatnya. Dihirupnya dengan perlahan akan air Nescafe yang kepanasan ini dan tampaknya sungguh sedap sekali air buatannya.

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan