Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni?


part 1


Bab 1 –Imbas kembali…



“ENCIK jangan nak naikkan kemarahan saya lagi. Kan saya bertukar menjadi raksasa pulak kali ni mengalahkan Hulk Hijau nanti kat pejabat ni!!!!” jerkahnya dengan lantang sekali dalam bilik pejabat kepunyaan Encik Zaerel. Wajah Reya yang sudah berubah merah padam ini ditatapnya lama.
“Eloklah tu, nanti saya jadi ultraman pulak ye kalahkan awak pulak kat sini. Ada jer boleh glamour free kan!” katanya dengan nada sindirannya tersendiri.
“ENCIK, pleaselah. Jangan nak perasan bagus sangat. Setahu saya yang semua kertas proposal saya sediakan adalah terbaik sekali dan ayah ENCIK pun puji tau hasil kerja saya selama saya bekerja di sini. Malahan client kitaorang pun berpuas hati dengan semua hasil kerja saya selama ini!”
“Well. Tu semuanya zaman ayah saya punya. Sekarang ni era penjajahan saya pulak. So, awak kenalah ikut semua cara yang saya katakan selama ini. Ni kompromi!!!” ujarnya mempertahankan akan cara pentadbirannya di pejabat ini.
“Apa pulaknya zaman penjajahan ni. Ingat ni zaman jepun ker? Apalah punya bengap sangat bos aku ni. Nak kata tak cerdik, dah belajar kat luar negara tu dan dah konvo pun kat sana! Macam manalah nak fahamkan dia ni agaknya?” bisiknya perlahan. Zaerel pula masih lagi terleka meneliti semua butiran kertas kerja yang disediakan oleh Reya ini. Ianya amat memuaskan namun mengenangkan sikap tidak hormat Reya kepadanya membuatkannya seringkali mencari pasal dengan Reya ini.
“Well, buat balik semua kertas kerja ni! Saya mahu yang lain daripada yang lain dan mesti ikut apa yang saya arahkan tadi. Hantar di meja saya pada petang ni! Now! Go!!!”
Reya tersentak dengan kelantangan suaranya ini yang bagaikan halilintar nak membelah bumi. Reya segera mengambil balik kertas itu dengan kasar sekali sehinggakan hampir nak terbalik meja kepunyaan Zaerel ini. Mak oii, garangnya bapak singa ini rupanya. Baru tahu sebegini perangainya ya.
Reya menghempas pintu bilik ini dengan kuat sekali dan bilalah nyawa pintu ini akan melayang sampai bila-bila masa. Wajahnya bagaikan limau jeruk ini sudah kalis sekali di mata pekerja yang lain. Inilah wajah yang seringkali dipamerkan oleh Reya apabila keluar daripada bilik pejabat Encik Zaerel. Belum pernah mereka melihat wajah Reya berubah menjadi ceria di pejabat ini.
Dan yang lagi hebatnya mereka berdua ini bertengkar suara tekak ini adalah saat satu peristiwa di mana mereka berdua saling menggelarkan diri dengan gelaran nama Mr.Kotak dan Minah senget. Satu nama panggilan baru ini telah membuatkan perbalahan ini makin berpanjangan.


Pertengkaran yang terjadi di antara Reya dengan Zaerel memang membimbangkan semua orang yang berada di pejabat apabila saat ianya tercetus. Sepanjang masa 5 bulan ini, suasana dalam pejabat ini langsung tidak sunyi kerana akan ada sahaja bunyi bising daripada pertengkaran anjing dan tikus ini saban hari. Agaknya hari mereka berdua takkan sempurna sekiranya bunga-bunga pertengkaran tidak berlaku.
Mana taknya, ada ke patut perbalahan itu bagaikan aje pertempuran berani mati musuh dengan musuh. Sedangkan mereka sebenarnya adalah orang yang baru dikenali sahaja hanya setelah 2 minit diperkenalkan oleh majikan yang baru bertugas di sana pada bulan ke-2 Encik Zaerel dilantik oleh ayahnya di syarikat ini. Encik Zaerel yang baru selesai menamatkan pengajiannya di luar Negara itu, terus mengambil jawatan ayahnya ini sebagai CEO di Syarikat terkemuka di Malaysia ini. Masih segar dalam ingatan semua pekerja di sini akan permulaannya al kisah sebuah pertengkaran yang tiada kesudahannya sehingga kini di mana semuanya terjadi kerana sebuah kotak yang tidak seberapa berat sangat sering kali diperkatakan oleh Zaerel yang dikenali dengan title ‘Mr.Kotak’. Tu pun dengan nama panggilan sinis oleh Reya. Sesedap rasa aje si Reya tu mengutuk bosnya sendiri secara berdepan, berani sangat. Seperti aje nak letakkan lehernya di tali gantung di mahkamah persendirian. Entah ada ker tidak mahkamah itu?
Yang paling peliknya, Zaerel pun sama memanggilnya dengan nama panggilan ‘Minah Senget’ kerana isu kotak itu. Mana taknya, Si Zaerel itu selalu aje mengejeknya dengan nama panggilan itu memandangkan Reya selalu aje cari alasan mengingkari arahannya. Minah ni degil rupanya. Nampak aje muka baik dan lembut, tapi hati….keras sekerasnya, dan juga degil.
“Minah senget…” panggil Zaerel dengan sengaja ingin menduga angin minah degil ini. Sebenarnya Zaerel itu teramat bosan hari ini kerana semua kerjanya telah selesai. Mahu makan, perutnya masih lagi kenyang dengan tibai mee goring buatan maknya pagi tadi. Oleh itu, baik Zaerel mengacau minah ini pagi ini. Zaerel tersenyum sendiri saat teringat akan mimik wajah mencuka Reya saat Zaerel memberikan timbunan fail di mejanya. Ayu jugak wajahnya ini kalu masam cuka sebegitu. Duganya sendirian dalam hati.
Mengapalah Reya tu kasar sangat orangnya? Asyik ajer mahu jadi diktator tak bertauliah. Bukankah hanya lelaki yang layak dipanggil ketua, mengapa pulak Reya asyik mahu berlagak jadi ketua? Adakah sesuatu pernah terjadi padanya dahulu yang membuatkan sikapnya jadi sebegini? Zaerel bermonolog sendirian sambil memikirkan apakah jawapannya....
“Ada apa Mr.Kotak?” balas Reya dengan selambanya. Wajahnya masih lagi tekun melihat skrin computer. Apa lagilah bosnya yang baik hati ini mahu menganggunya? Dah lah tadi, Dia tu syok aje bagi kat aku kerja yang bukan bidang aku pun. Entah apalah angin yang merasuk dalam badannya ini hari ni. Tetiba jer baik dengannya. Tolonglah!!!
“Tolong buatkan saya air kopi!”
“Malas!”
“Apa?” terkejut jua Zaerel mendengar akan kata-kata spontannya itu. Boleh tahan pedas jua kata-katanya ini.
“Cuba ulang balik apa yang anda katakan tadi?” pinta Zaerel dengan berada di depan matanya.
“M A L A S!!! Nak saya tolong tuliskan pada Encik ker ejaan ayat tu?? Tak nampak ker yang saya sedang buat kerja? Kan Encik juga yang beritahu tadi mahukan semuanya siap dengan kadar yang cepat! Cepat!!” balasnya dengan sinis sekali sambil menatap lama anak mata bosnya ini.
Entah apalah angin yang buatkan bosnya ini nak mengacaunya hari ini. Lain macam ajer lagak mukanya ini pagi-pagi hari ini, ada sesuatu agenda sedang di fikirkan dalam otaknya itu. Lagipun otaknya ini bukannya boleh pakai sangat pun. Reya masih lagi meneruskan akan kerjanya menaipnya itu walaupun sudah nampak akan mimik wajah marah bosnya ini.
Bagaikan naik merah padam wajah Zaerel saat mendengar kata-kata perlian daripada pekerja barunya ini. Ada sahaja akalannya ingin mematahkan kata-katanya, walaupun sekadar untuk meminta pertolongan dalam kerja. Susah betul nak faham akan apa yang perempuan ini fikirkan. Ada sahaja yang berubahnya. Tetapi Zaerel tetap jua suka mengusiknya jua….
Zaerel masih lagi ingin menduga kedegilannya ini.. dan..

Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan