Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 11

Bab 11


“Kau ni duk usha sapa sejak dari tadi. Dan setahu aku, kau ni bukannya suka sangat repair mesin kat area ni. Kau lebih senang berikannya kepada aku tau. Ada apa-apa yang aku boleh tahu?” soal Eymal dengan senyuman nakal. Matanya dilirikan pada tempat anak mata Fazrel melihat.

“Apa yang kau merepek ni? Kan ni semua kerja aku. Dah, buat kerja tu dan jangan buat silap lagi!” Fazrel segera menumpukan perhatiannya pada mesin ini namun gelak ketawa Ariana masih lagi menari di ruang matanya. Tetapi semua gelak ketawanya ini amat mirip sekali dengan seseorang yang lama berada dalam ingatannya. Takkanlah mereka berdua ni kembar kot?

Keluhan nafas dilepaskan perlahan. Terasa ringan sedikit bebanan yang ditanggungnya. Eymal sekadar mengangkat bahu sahaja melihat ragam kawannya ini. Air wajah Fazrel menggambarkan dirinya sedang berdepan sejuta masalah sahaja.

Ariana kembali semula ke mesinnya namun masih belum baik lagi nampaknya. Perutnya sudah mulai meragam sekali dan tampaknya waktu rehatnya masih lambat lagi. Apa nak dimakan ya waktu ini?

“Kenapa? Lapar ker?” Fazrel bertanya prihatin.

Ariana mengelengkan kepalanya sebagai menutup malu kerana terkantoi di depannya. Macam manalah bolehlah didengari oleh dia ini, malunya tapi Ariana hanyalah buat muka selamba badak sahaja.

“Lambat lagi ker?”

“Rasanya lambat lagilah! Sebelum tu bolehlah kita borak-borak dulu!” cadangnya lagi. Ariana memasamkan mukanya kerana kurang menyetujui akan cadangan ini. Daripada melayaninya berbual, baiklah dia mengacau temannya itu, ada baiknya.

“Tak naklah, saya menolak!”

“Eh, nantilah dulu! Saya....” belum sempat Fazrel sambung kata-katanya itu, Ariana segera meninggalkannya begitu sahaja. Fazrel bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ini. Ini kali pertama ada perempuan tidak melayaninya sebagaimana si Ariana ini lakukan.

Memang bertuah punya perempuan ini kerana tidak menghiraukannya.
Sebenarnya mesin ini sudah pun boleh dipakai namun Fazrel sengaja melengahkannya kerana sebabnya hanya dia yang tak tahu. Sejak kedinginan Ariana kepadanya ini membuatkan Fazrel semakin ingin mendekati lagi. Bagaikan ada magnet yang melekat dalam dirinya kepada Ariana.

Setengah jam kemudiannya Ariana menghampirinya dan Fazrel terpaksalah memberikannya menjalankan mesin ini kerana Ariana kelihatan agak bosan kerana tiada kerja. “Mesin ni dah siap!”

Ariana hanyalah membisukan sahaja mulutnya dan Ariana bagaikan tiada mood nak melayaninya. “Kenapa ni?”

“Sakit tekak!” jawabnya dengan nada yang sengaja diperlahankan.

“Ya ker? Jap saya pergi amik ubat ya! Tunggu tau!” dengan pantas Fazrel beredar tanpa sempat Ariana berkata apa. Ariana nampaknya mati kutu dengannya. Sudahlah kita sengaja melayaninya dengan acuh-tak acuh tapi dia buat tak faham sahaja.

Kemudian, Fazrel tiba dengan ubat di tangannya dan juga sebotol air masak. “Nah, makan cepat sebelum melarat pulak sakit tekak awak tu!” hulurnya pula dan Ariana teragak-agak nak menyambutnya. Ariana merasa serba salah kerana menipunya tadi. Apa nak buat ini???

‘Mamak ni serius pulak, kita hanyalah main-mainkannya, dia boleh anggap betul pulak!’ getusnya dalam hati.

“Cepat makan atau awak nak saya suapkan. Saya ni bab suap meyuap orang ni memang terrer dan suka tau!” ugutnya pula kepadaku. Ariana terpedaya dan terus mengambilnya dari tangannya.

“Amboi, daringnya jejaka kita ni. Jaga makwe ker abang?” soal satu suara dari belakang dan kami berdua berpaling. Rupanya Eymal yang meyoal kami berdua. Fazrel hanyalah tersenyum sahaja dan Ariana pula memasamkan wajahnya dengan apa yang terjadi ini.

“Ariana, macam mana dengan kerja? Ok tak?” soal Encik Hafizul dengan tiba-tiba yang muncul depan kami berdua. Ariana hanyalah menganggukkan kepalanya sahaja depan Encik Hafizul ini. Encik Hafizul kelihatan sibuk sekali bertanyakan itu ini mengenai dirinya sampaikan Ariana merasa rimas.

Fazrel pun sama naik hairan dengan sikap Encik Hafizul ini yang terlebih peramah pula. Ariana pun sama asyik melayan sahaja, dengannya tiada pula nak melayan pun. Agaknya dia ini suka dengan lelaki dah berusia kot.


BERSAMBUNG....

1 ulasan: