Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

My Girl..


My Girl


“Memang kena balunlah aku dengannya nanti. Haraplah dia tidak mengamuk denganku lagi.” Ujar Faizul sambil melihat VCD My Girl yang dipegangnya rapat pada pergelangan tangannya. Filem Korea ini yang mendapat sambutan itu memang menjadi kegilaan mana-mana gadis remaja di Malaysia. Entah apalah yang best sangat tu cerita korea ini sehingga auranya menyerang jua jiwa insan kesayanganku ini.
“Kalau bukan kerana sayang, masakan aku sanggup menghabiskan wang membeli VCD ini deminya!” gerutunya perlahan sambil melangkah laju menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu.
Suasana yang riuh rendah dengan orang sekeliling,Faizul abaikan sahaja. Yang penting, dirinya cepat sampai di tempat yang dijanjikan. Anak matanya sudah dapat melihat akan susuk badan insan yang dirinduinya setengah mati. Langkahnya diperlajukan lagi dan mulut Faizul terkumat-kamit membaca ayat, agar si pengarang hati tidaklah mengamuk dengannya.
Nafas dihembuskan perlahan. Dadanya semakin berdegup kencang. Mahu menyapa ker ataupun memberi salam? Mana satu ini mahu aku lakukan? Alamak!!! Time ini lah mahu datang gabra nya!!! Rilekk sudah..
“Sayang! Soo...rrrryyy sangat....datang lambat ni...jalan jam...!” Faizul membuka bicara dengan suara terketar-ketar.
Wanita itu masih lagi tidak memberi apa-apa tindak balas kepadanya. Kaku dan setia pada bangku yang sedia ada.
Faizul kaget. Aik?? Tiada reaksi? Memang sah, dia memang tengah marah tahap cipan dengannya. Apa yang mahu aku lakukan ini? Dicubanya sekali akan kepadanya. Masih tiada respon pun dengan pertanyaannya ini. Aduhai....
“Fai? Is that really you?” sapa seseorang dari belakang. Kepala Faizul berpusing sepantas kilat 360 darjah kepada suara yang sedang menyapanya.
Bulat biji mata Faizul melihat insan yang sedang tersenyum kepadanya. Faizul membetulkan kaca mata hitam yang sedikit jatuh dari wajahnya. Alamak??? Apa yang sedang terjadi ini? Aku kan sedang memujuknya dia ini? habis tu siapa pula yang aku sedang berbicara tadi?
“Fai...oh...Fai..” panggilnya lagi apabila melihat jejaka ini sedang mengelamun seketika. Tidak gembirakah dia berjumpa denganku? Hati kecilnya berbicara.
“Sayang????” panggilnya lagi sambil mencuit lengan jejaka pilihan hatinya ini.
“Opppss..Soorrry.!” terluncur jua ayat-ayat bicara dari bibir Faizul. Wajahnya masih lagi ingin tahu akan siapakah insan ini. Terus Faizul menghampiri dan berdepan dengan insan misteri ini. Ya Allah, nasib baiklah, aku tidak buat drama sebabak tadi. kalau tidak, confirm dapat malu free of charge ini.
“Jom!” pinta Faizul sambil memegang erat tangan kekasih hatinya. Rindunya Faizul dengannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Perhubungan jarak jauh ini menuntutkannya seribu kesabaran paling tinggi sekali.
Si gadis itu melentok dengan manjanya sekali di bahu Faizul sebagai tanda yang si dia jua teramat merindui kekasih hatinya ini.
“Sayang masih marahkan Fai ker?”
“Marah? Pasal apa?” wajahnya mulai berubah menjadi comel. Cantik nya si gadis ini apabila kami bertentang mata. Selama ini, hanyalah medan Facebook dijadikan medan perantaraan dalam hubungan kami berdua.
Kini, kami sudah bertemu 4 mata. Faizul mesti merebut peluang ini untuk meluahkan isi hatinya. Tidak boleh ditahan akan semua rahsia hatinya ini. Hanya ini peluangnya untuk menyatakan isi hatinya. Yakin boleh!!!!
Faizul merenung manis wajah yang sekian lama menghuni tangga carta hierarki pintu hatinya. Usapan jari-jemarinya kian diperkemaskan lagi. Cuitan lembut hinggap pada hidung miliknya.
“Ooooo...dah terlupa ker? Tu lah, leka sangat tengok kartun Hagemaru dan Kiteretsu, sampai boleh terlupa ya dengan Fai. Siapalah Fai ni ya...!” ujarnya sedikit ala-ala merajuk dengannya. Wajahnya mempamerkan wajah muka ‘Faizul 20 Sen’.
Terkekeh-kekeh si dia ketawa. Lucu jua rupanya kekasih hatiku ini. Manja pun ada. Selama ini, hanyalah jari-jemarinya yang membicarakan isi hatinya. Kini, tuan punya pula yang berbicara, terasa lain sekali menjengah dalam hatinya.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam restoran fast food Secret Recipe. Faizul dengan gentle menarik kerusi kepadanya. Ucapan terima kasih terngiang di telinganya. Faizul tersenyum panjang.
“Nak makan apa?”
“Apa-apa ajer. Yang penting sesuai dengan selera U!”. Mata Faizul melilau mencari pelayan.
Wajah staff Secret Recipe itu tersenyum dan bersedia mengambil order. “Yes, can i take your order, sir?” Menu makanan dihulurkan kepada kami berdua. Kami berdua saling meneliti senarai menu yang tersedia ada di dalam ini.
“Spaghetti bolognaise dan grilled chicken with Black Pepper sauce! Dan juga iced mocha!”
“That all?”
“Yes, thank you!” senyuman manis diberikan kepadanya. Pelayan itu segera ke dapur dan menyerahkan ordernya. Faizul kembali menatapi wajah di depannya ini.
“Banyak Fai order? Larat tak nak habiskan ni?” ujarnya sambil melihat sekeliling tempat ini.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Selalu Lorrita akan menjamu selera di Sushi King. Makanan yang diperbuat daripada Sushi memang menjadi kegemarannya.
Gyuu Don, Salmon Hana Sushi, Sugomori Kani Mayo, Crepe Kani Salad, Takohachi Sushi adalah menu terbaru di Sushi King. Lorrita berhajat sekali mahu merasai kelazatannya. Rakan-rakannya sering kali memperkatakan yang menu terkini ini memang lazat sekali. Hati kecilnya begitu teruja mahu mencubainya sendiri.
“Sayang? Where are you ‘lost’ now?” sapanya mesra dan khayalan Lorrita terhenti. Kantoi!!! Malunya!!! Hari ini sahaja entah berapa kali, dia asyik terkena dengan kekasih hatinya ini!
Faizul tergelak. Lorrita ini memanglah seorang yang suka sangat berkhayal serta menyakatnya. Ada sahaja akalannya ingin membuatkan hatinya bahagia saat berdampingan dengannya. Beruntung sekali Faizul kerana mendapatkannya sebagai teman istimewanya. Takkan sesekali diriku menduakannya!! Ikrarnya dalam hati.
“Well, kalu tak habis pun. Sayanglah yang kena habiskan!!!”
“What? Gemuk lah nanti tau!!” manja sekali inotasi suaranya berbicara. Pandangannya jua redup terus menusuk kalbu hatiku. Ahhh!!!indahnya alam percintaan ini. Mahu sahaja aku terus terlena dengan redupan sinar matamu. Duhai cinta pujaan hatiku..
Suasana mulai menjadi romantis. Alunan muzik yang berkumandang menyemarakkan lagi gelora cinta dalam hati kedua-dua insan yang sedang bercinta.
Lorrita mulai malu dan menundukkan wajahnya ke bawah meja. Boleh cair hatiku ini dengan renungannya. Tabahkanlah hatiku. Apa yang perlu aku buat ini? akalnya mulai mencari topik perbualan yang sesuai agar dirinya tampak selesa.
Wajah Lorrita yang kemerahan itu membuatkan Faizul tersenyum nipis. Hampir-hampir sahaja Faizul terlupa akan tujuan sebenarnya bertemujanji dengan kekasih hatinya hari ini. Perlahan-lahan tangannya menggapai bungkusan hadiah yang telah lama dipersiapkan sejak semalam.
Belum sempat Faizul menghulurkan hadiah itu, Lorrita mencelah.
“Alahai...ni kenapa lewat?” ujarnya akan punca kelewatan Faizul pada saat janji temujanji mereka yang pertama. Soalan yang ditanyakan lagi, dibiarkan tanpa jawapan. Wajahnya sengaja di seriuskan.
Faizul menjadi tidak keruan. Otaknya mulai memutarkan memikirkan alasan yang sesuai mahu diberitahu. Keningnya mulai bertaut. Senyuman aku-tak-tahu mulai kelihatan kecil dari tirai bibirnya.
“Err...!”
“Yang sebenarnya..” tergagap-gagap pulak bicaranya ini kali ini. Terasa lidahnya kelu bak diam gam gajah ajer. Luahkanlah! Don’t be afraid!
“Oooohhh.. Fai mintak maaf. Jangan nak marahkan Fai. Sayang kena marahkan pada jalan raya tu yang asyik busssyyyy memanjang ajer tau!!! Fai ni dah terasa macam dalam Litar Sepang ajer. Tengah berlawan Formula One ngan Polis Trafik tau!!!”
“Formula One dengan Polis Trafik?” ujarnya kehairanan sambil melilau anak matanya melihat pengunjung dalam restoran Secret Recipe. Sejak bila pulak kekasih hatiku ini pandai bawak kereta Formula One? Detus hati kecilnya.
“Nonsense!” terluncur laju ayat itu dari bibir munggilnya. Kemudian, ketawa mulai kedengaran kecil. Faizul sudah gelisah di tempat duduknya. Ada sahaja tidak kena dengan dirinya. Mahu sekarang ker diberikan ataupun nanti?
“Bukan tu sebenarnya. Yang sebenarnya Fai ada something to give to you.” Ujarnya perlahan-lahan dan menarik keluar sesuatu yang sedang dibicarakannya. Makanan yang sedia tersedia diabaikan dahulu. Ini yang perlu dilakukannya terlebih dahulu.
Wajah kekasih hatinya mulai kehairanan. Namun, ada jua riak wajah teruja dari tirai matanya. Apalah yang mahu diberikannya? Mahu sahaja diteriak satu dunia menggambarkan kegembiraan hatinya ini...Cepatlah kasi tahu...
“Ini!” hulurnya satu kotak berbalut indah dengan kertas pembalut hadiah bercorakkan coklat yang digemari oleh Lorrita. Wajah Lorrita mulai ceria saat menatap hadiah itu. Coklat kegemaranku!!! Pada kertas pembalut hadiah!! Gembiranya hari ini, aku rasakan.
Faizul tersenyum panjang dengan mimik wajah Lorrita yang gembira dengan pemberiannya. Tidak sia-sialah 3 malam dia berjaga semata-mata ingin mendapatkannya. Kegembiraan Lorrita adalah cukup bermakna buatnya. Kebahagiaannya, keceriaannya sudah cukup membuatkan hatinya tenang. Setenang air di lautan.
Kaulah pujaan hatiku selamanya. Dengan hadiah ini, diharapkan akan mengeratkan lagi perhubungan antara kita berdua. Semoga ianya berkekalan selamanya. Ikrarnya dalam hati sambil menatap manja wajah penuh ceria Lorrita membelek hadiah itu.
“Apa yang ada dalam ni?”
“Open it!”
Perlahan-lahan jari jemari halusnya membuka pembalut itu. Faizul pun sama merasai ‘keterujaan’ melihat isi kandungan hadiah ini. Anak mata Lorrita mulai membulat. Can me believe it?
“Thank you, my dear!” ujarnya dengan girangnya. Kotak yang berisi hadiah itu digenggamnya erat. Inilah hadiah yang diinginkannya selama ini. Faizul tersenyum panjang melihat reaksi spontan kekasihnya ini. inilah kebahagiaan yang daku ingin berikan kepadamu, pujaannku.
VCD My Girl ditatapnya lama. Faizul dan Lorrita saling berpandangan. Isyarat mata hanya memberikan klunya dan dunia terasa indahnya. Ohh...ingin sahaja hatiku berlagu riang, menyanyikan lagu romantis kegemaran kami berdua.
“Ehh...apa ni? Who is the hell?” habis basah kuyup baju Faizul. Terjerit nyaring Faizul dengan insiden sebabak ini. Dari mana pulak datangnya air hujan free ini? Potong stim betullah!!!!
Bayangan wajah Lorrita mulai menghilang daripada pandangannya. Sayup-sayup lambaian Lorrita mulai pudar, senyumannya, tawanya sudah tidak kedengaran lagi. ‘Am i dreaming, right now’
Apa yang sedang terjadi ni? Aku di mana? Faizul tersentak! Matanya terbuka luas menatapi di manakah dia sebenarnya?
Sayup-sayup bebola matanya memproses kelibat seseorang sedang berdiri tegak depannya. Matanya mengecil. Alamak????? Macam mana aku boleh terlupa di manakah aku sekarang ini! Faizul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ampun!!! Lain kali tidak buat lagi.
“Bertuah betullah punya Fai. Mak mintak tolong jagakan lemang tuk raya nanti. Tengoklah. Kan dah hangus tu!!! Nak makan apa nanti pagi raya ni? Makan lemang hangus buatan Faizul ya!!!” leter maknya cukup nyaring sekali di telinganya.
“Soorrryyy laaaa mak!!! Fai tak sengaja nak kasi lemang ni hangus!!!”
“Fai janji Fai akan buatkan lemang baru tuk raya ni, ya!” pujuknya seolah dialah anak mak.
“Ermmm..., dah! Cepat bersihkan diri kamu tu. Tu, dah azan! Pergi solat dulu!” arah maknya dan Faizul sekadar tersenyum sumbing. Memang aku ini anak mak ker? Kan betul!!! Tengoklah. Apa dah terjadi pada lemang rayaku tahun ini. he..he..heh..
Aduhai..Lorrita..kerana terlalu merinduikanmu, aku menjadi angau sebegini. Kesudahannya, lemang mak ku hangus. Akanku kirimkan lagu sahaja menyatakan kerinduanku kepadamu. Terimalah laguku. ‘Merindukanmu’ dari insan yang selalu memuja mu...

--tammat sudah—
p/s: rekaan semata-mata..selamat hari raya buat teman ku berada di peratauan.
Amin.Dari Ayu Slamber selalu.(Peace No War)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan