Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cerpen Cinta Si Gendut part 4

Cinta Si Gendut
Part 4


5 tahun kemudiannya…


Malaysia kini digemparkan dengan kemunculan model yang baru yang semakin meningkat naik dan popular, sangat cantik dan juga memegang gelaran sebagai Miss World iaitu Trish.. Semua orang mengagumi akan kejelitaan yang dimiliki oleh Trish ini dan kini Trish akan pulang ke Malaysia.
Trish juga banyak keluar dalam majalah dan juga dilantik menjadi model dalam iklan komersil di luar Negara. Namanya kini standing dengan nama para model yang terkenal seperti Kate Moss, Gisselle dan banyak lagi. Yang bezanya Trish ni adalah model pertama kelahiran Malaysia yang berjaya dalam pertandingan kecantikan ini. Ini amatlah membanggakannya dan juga Negara ini.
Trish menaik kapal terbang dan keluarganya sudah menunggunya. “Kanda yakin ker yang anakanda kita akan pulang setelah 5 tahun berada di luar Negara?” soal ibunya pula.
“Yakin! Janganlah bimbang. Dia akan selamat sampai! Kita tunggu je!”
Semua penumpang telah keluar dan bayangan anaknya belum kelihatan lagi. Ibu dan ayahnya sudah resah. Takkan mereka tersalah tarikh pula untuk menjemput anak kesayangan mereka ni.
“Jangan-jangan kanda tersilap tengok tarikh kot?”
“Tak, semalam dia antar mesej yang akan sampai hari ni. Mana pula perginya budak bertuah ni!” rungut ayahnya pula.
Dari jauh seseorang yang cantik jelita sedang menghampiri pasangan ini. Mereka berdua tidak menghiraukannya kerana melilau mencari kelibat anaknya. Dia tersenyum manis dan hanya memerhatikannya sahaja tanpa membuang kaca mata.
Rindunya kat ayahanda dan bonda. Mahu sahaja diterpa dan terus memeluknya, tapi. Sekejap. Mahu diusik dahulu mereka berdua ini. Bukannya selalu ada peluang sebegini!
“Memang sah yang kanda dah salah tengok tarikh. Jomlah kita balik!” ajak ibunya pula. Ibunya memandang sekilas akan wanita jelita ini dan berlalu pergi.
“Ayahanda, bonda!” teriak dia pula. Memang sah yang kedua ibu bapanya tidak cam dia. Masakan tidak, dulu semasa pergi dia dalam keadaan yang gemuk gempal dan kini balik dengan keadaan yang berbeza sekali. Sesiapa pun takkan mengenalinya.
Ayahanda dan bonda berpaling lalu melihat sekeliling. Hanya terdapat gadis yang jelita di situ. Tapi, tadi memang suara anakandanya, Yang. tapi di mana dia? Yang ada hanya seorang yang cantik jelita dan langsing. Ni bukannya anaknya.
“Ayahanda, bonda. Tak kenal ker? Ni anakanda! Yang!” kata gadis cantik ni dan membuka kaca matanya. Dia pun menghampirinya dan tersenyum.
“Yang?” soal bonda dengan melihatnya dari atas ke bawah.
“Ya, ni Yang!”
“Ya Allah! Yang! dah banyak sekali anakanda berubah! Kami memang tak kenal tadi. Dah jelita sekarang ni! Makin slim pun ada, berbeza betul dengan yang dulu! Benar ke ni anakanda Yang ataupun ni Wakenabeb?”
“Betul ni, bonda. Ohh.. ni tentunya bonda selalu tonton Wakenabeb ye!” selorohku pula lalu menolak troliku ini.
“Selalu gak lah. Apa yang mengubah anakanda sampai jadi secantik sebegini?”
“Panjang ceritanya, nanti anakanda akan ceritakannya! Jom, anakanda dah penat ni. Nak rehat. Kanda Fikrie mana?”
“Kat rumahnya dengan isterinya!” jawab ayahanda sambil memeluk erat bahu Yang.
“Apa? Kanda dah nikah? Dengan akak Izzati?” tekaku selanjutnya dan membayangkan wajah akak Izzati yang sudah lama tidak diketemuinya.
“Ye, dengan pilihannya. Dah nak masuk 2 tahun kanda kamu bernikah. Dah kini dah anak pun. Kembar pulak tu!” ujar bonda pula.
“Apa? Mengapa tak beritahu kat Yang? Yang pun nak tengok manjlis pernikahan kanda Fikrie dengan akak Izzati. Kenapa tak maklum pada Yang? Tentunya kanda marah kepada Yang?” ujarku sedikit merajuk.
“Taklah, kanda sendiri yang tak mahu ganggu Yang tengah study masa itu. Yang beritahu kat kanda Fikrie yang Yang akan pulang hari ni?”
“Tak, mahu kasi surprise!”
“Terpulanglah. Tapi sebelum tu, rehat dulu.!”
“Yes, bos!”
“Nakalnya, masih seperti dulu walaupun dah berubah sebegini. Nasib baiklah perangai nakal pun tak berubah pun!” usik ayahanda lagi. Kami saling ketawa dan menuju ke istana kecil di ibu kota.
Buat pengetahuan semua, identitiku yang sebenarnya adalah aku ialah anak keturuna diraja. Aku memang merahsiakan identitiku kerana malu dilahirkan sebegini, gendut. Mana ada puteri raja yang bersaiz XXXL sepertinya. Kerana itu Puteri Yang telah keluar dari istana dan menjalani hidup yang biasa tapi di bawah jagaan kanda Fikrie.
Puteri Yang ingat dengan menjalani hidup seperti orang biasa, dia akan menjadi kurus, tapi sebaliknya. Dia dihina, dicemuh dan dikeji semahunya oleh orang tidak berperikemanusiaannya. Oleh kerana tak tahan dihina, Puteri Yang ke luar Negara dan mulai berdiet.
Harapannya mahu membela nasib kaum wanita sejenisnya dahulu dari terus didiskriminasi oleh golongan lain. Itulah azamnya.
Akak Izzati mengetahui identitiku yang sebenarnya semasa kanda Fikrie membawanya diperkenalkan kepada ayahanda dan bonda. Terkejut dia mengetahui asal usul kami beradik. Dan kerana inilah, dia mahu mempertahanku dengan ingin memberitahu akan asal-usul diriku ini. Tapi, Yang sempat menghalangnya kerana masa itu bukan masa yang sesuai lagi. Kini, Yang sudah kembali dengan azam yang baru dan cita-cita yang baru.


Yang bermain dengan anak-anak saudaranya yang diberikan nama Aqel dan Aqish. Comelnya anak-anak saudaranya ini. Telatahnya mencuit hatinya.
“Aqel, Aqish, mai kat mak Ucu ni!” jeritku pula dan mereka berdua berlari menuju ke dapur. Kemudian senyap sepi. Kenapa pulak?
Akak Izzati dan kandanya terdiam dan mereka berdua masih dalam keadaan terperanjat melihat penampilan Yang di rumahnya ini. Masakan tidak, tiba-tiba sahaja muncul gadis jelita di depan rumahnya dan juga menyapa mereka berdua.
Yang mengejutkan lagi, dia mengaku yang dia tu adalah Yang si gendut. Takkan kami nak percaya bulat-bulat. Berjenuh juga si Yang menceritakannya dan barulah mereka mempercayainya,
Yang kini sudah jauh berubah dan kelihatan langsing sekali. Cantik jelita pun ada, “Ya Allah, kami berdua memang tak cam kamu, Yang. ni benar ke kamu? Ataupun upah orang menyamar? Muka kamu sekarang ni ada iras-iras pelakon terkenal, Nasha Aziz!”
“Tak, ni Yang! susahnya nak suruh percaya! Kan dah 5 tahun berlalu, banyak yang dah berubah! Kalian berdua pun dah berubah dan Yang juga berubah kepada cantik! Cantik kan?”
“Memang terlalu cantik!!”
“Oh ya, mana anak-anak saudara Yang? abang ni sampai hati tau tak kasi tau, dah la nikah tak beritahu, boleh anak pun tak kasi tau!” mengajuk Yang pula dengan memuncungkan mulutnya.
“Ala, bucuk ni! Sorry, abang terlupa! Tapi, kan kamu dah pulang ke Malaysia, so, pergilah jumpa anak-anak kembar abang tu. Ada kat dalam dengan pak cik mereka!”
“Ye ke?” terus laju sahaja Yang masuk ke dalam dan mencari anak-anak saudaranya. Kelihatan mereka berdua sedang bermain di atas toto. Sendirian pulak tu, tadi abang kata pak ciknya yang menemani. Tapi tak de pun. Alah, tak kisahlah, yang penting Yang mahu peluk anak-anak saudaranya yang comel ini.
“Alamak, abang! Dia masih ada di dalam. Bagaimana kalu mereka terserempak? Tentu Yang akan terluka sekali lagi!” ujar isterinya tiba-tiba teringat yang adik bongsunya masih ada di dalam. Terlupa pula mahu menegah Yang bertemu dengan anak-anaknya semasa adiknya ada bersama.
“Abang pun terlupa! Kita berserah pada takdir saje! Sama-sama berdoa agar apa yang pernah terjadi dulu takkan berulang kembali! Mesti hati Yang sudah tenang dan tabah sekarang ni! Abang dapat tahu dari matanya. 5 tahun, sudah mematangkannya!”
Mereka berdua hanya mampu berserah pada takdir. Manakala di dalam rumah pula Yang sedang mencari anak-anak saudaranya yang berlari daripadanya.
“Aqel, Aqish! Kamu di mana?” Yang pun memanggil nama mereka dan masuk ke dapur. Kelihatan Aqel sedang berada di sinki dan Aqish pula didukung oleh seseorang. Orang itu membelakanginya.
Aqel pun bertindak liar dan mahu terjatuh. Yang menjerit kecil lalu terus menerpa padanya dan memegangnya kemas. Begitu jua dengan jejaka ini. Masing-masing sedang memeluk Aqel dari terus jatuh ke lantai. “Sorry!”
“Takpe. Si Aqel ni nakal sangat dan buas pulak tu!” Yang pun bangun dan dukung Aqel. Jejaka itu pun berpaling dan melemparkan senyumannya dengan mendukung Aqish.
“Kau?” soalnya laju di bibirnya. Jejaka itu kehairanan dengan wajah pucat gadis ini di depannya.
“Apa yang terjadi ni? Mengapa menjerit tadi?” soal akak dan abangnya yang baru tiba di dapur. Hilang pertanyaan jejaka ini kepada gadis ini. Siapakah dia ini dan apakah hubungannya dia dengan keluarga ni.
“Oh, tadi si Aqel ni nak jatuh, so kite pun selamatkannya dan tak sedar yang kita terjerit tadi. Sorry, buat akak dan abang bimbang jer!” jawab Yang dengan memberikan Aqel kepada akaknya.
“Sapa tu akak?” soal adiknya pula.
“Err… dia ni adalah..!”
“Hai, saya Trish! Selamat berkenalan!” kata Yang dengan memberikan nama samarannya. Abangnya dan akaknya saling memandang wajah Yang dan keliru mengapa Yang memperkenalkan nama lain kepadanya.
Trish? Sapa tu yang nama sebegitu? Bukan ker namanya Yang? Kenapa nama Trish pula yang menjadi pilihan untuknya sebut?
Yang mengenyitkan matanya kepada mereka berdua dan ini sebagai isyarat yang dia akan menjelaskannya semuanya nanti. Pada masa yang sesuai dan semestinya bukan sekarang. Mereka faham.
Jejaka itu tersenyum dan berkata, “Saya Zayrel! Selamat berkenalan.”
“Oh.. abang, Trish minta diri dulu. Ada kerja. Assalamualaikum! Bye sayang Aqel dan Aqish, mak Ucu pergi dulu!” katanya dan sempat mencium Aqel sahaja. Aqish pula masih berada dengan jejaka ini.
Mahu sahaja Yang terbang daripada rumah abangnya ini. Mengapa dia boleh terlupa yang akaknya ini adalah akak kepada lelaki durjana ini? Dan mengapa sebegini awal pertemuan kami setelah 5 tahun terpisah. Dia nampaknya masih sama seperti dulu. Tapi, aku kini juga telah tabah. Aku tabah dan masa 5 tahun telah mengajar aku erti tabah menghadapi semua masa silamku ini.
Kelibat Trish yang tergesa-gesa menghairankan Zayrel. Mengapa pula dia tergesa-gesa meninggalkan rumah ini. Mengapa pula baru sekarang dia ni muncul setelah 2 tahun akaknya bernikah dengan Fikrie? Siapakah dia?
“Sapa Trish tu?” soalnya bagaikan berminat ingin tahu akan kewujudan gadis jelita ini.
“Oh, adik abang Fikrie!” jawab akaknya biasa.
“Oh, cantik juga!” pujinya dengan tidak disedarinya. Akak dan abangnya memandangnya bersahaja. Takkan dah berkenan pulak? Nak cari nahas si Zayrel ini agaknya dengan Trish tu?
“Memanglah, dia tu model terkenal! Mana tak cantiknya!”
“Model rupanya! Tapi kenapa baru sekarang dia muncul? Mengapa dulu masa pernikahan abang dan akak, dia tak der?” soalnya bertalu-talu.
“Err.. dulu Trish tu belajar kat oversea. Baru sekarang dia balik. 5 tahun dia berada di sana!” jawab abangnya pula dengan mendukung Aqel.
Kami semua pun duduk di ruang tamu. Aqel dan Aqish dibiarkan bermain-main. “Lamanya dia berada di sana. 5 tahun!”
“Ya, 5 tahun. Sesuatu yang buatkannya berada di sana selama tu!”
“Apa maksud abang?”
“Tak der apa-apa. Abang ni merepek pula! Dah lah, kamu bisnes sekarang bagaimana? Ok?”
“Ok jer! Maklumlah banyak sekali yang perlu cari bahannya. Syarikat penerbitan majalah katakan. Setiap hari perlu ada isu baharu saje perlu diterbitkan. Naik pusing saya mencari isu ni!”
“Biasalah tu, adat bekerja.”


Trish telah membatalkan pertemuannya dengan kliennya dari majalah penerbitan setelah dia dapat tahu yang ianya adalah syarikat terbitan Zayrel. Dia telah menolak akan permohonan mereka untuk mengambil gambarnya sebagai wajah muka depan majalah terbitan mereka.
Sengaja Trish menolaknya di saat akhir dan kini dia sedang menjamu selera di sebuah café. Zayrel naik bengang dengan sikapnya yang tidak professional ini lalu mendesak mahu bertemu dengannya. Pengurus Trish enggan memberitahu lokasi Trish berada.
“Damn it!! Tentunya pengiklan akan menyaman kita sekiranya kita tak dapat cari mana-mana gadis untuk muka depan majalah edisi kali ni.”
Zayrel memegang kepalanya dan runsing memikirkan perangai Trish ni. Tak beretika langsung. Ini semua salahnya yang mencadangkan akan mengambil Trish sebagai gadis muka depan majalahnya. Pada mulanya Trish bersetuju tapi bila saat mahu photo shoot, dia enggan bekerjasama dan menolaknya. Apa ni? Dah lah hanya tinggal beberapa hari lagi untuk diterbitkan majalah ini. Dia pula buat perangainya. Semua model memang macam ni.

Hansetnya berdering banyak kali dan dengan perasaan malasnya dia mengangkat, “Tuan, Miss Trish dah datang semula untuk sessi gambar. Dia sedang ditangkap gambar ni. Tuan datanglah cepat sebelum dia balik!” ujar setiausahanya dengan girang sekali.
“Apa? Benar ker?”
“Ye, kami pun terkejut tadi semasa dia datang. Dia kata yang tadi dia hanyalah tersilap. So, baik tuan datang cepat, sebelum dia beredar!”
Zayrel terus memecut laju keretanya menuju ke lokasi set penggambaran dan bersyukur kerana masalahnya kini selesai. Menyusahkan orang betul si Trish ni, buat orang sekeliling pening sahaja dengan caranya bekerja.
Zayrel tiba di saat Teish sedang bergaya depan kamera. Syukurlah, dia datang semula. Zayrel leka memerhatikan Trish beraksi depan kamera dan bahunya disentuh oleh seseorang.
Pengurusnya yang menyentuhnya dan mereka berdua berbincang sesuatu. Zayrel mengerti dan memahami semuanya. Rupanya ni memang budaya kerja Trish, tapi hanya dengan sesetengah orang sahaja.
Sessi ini tamat dan Trish berehat seketika. Saat itu salah seorang pekerja Zayrel telah buat kesalahan. Zayrel naik bengang dan memarahinya.
“Kau ni tak padan dengan berbadan besar dan gendut, semuanya nak dilanggarinya. Apa badan kau tu besar sangat ker sampaikan tak nampak yang ada barang depan ni? Kau tau yang semua barang ni mahal harganya. Dasar gendut!”
“Maafkan saya. Tuan!”katanya meminta simpati dari majikannya kerana bukan niatnya mahu melanggari barang-barang ini. Mukanya sudah dibasahi dengan air peluh kerana takut akan dipecat oleh majikannya ini. Trish segera bangun dan mendekati mereka berdua. Trish memandang tajam wajah Zayrel. Masih tak berubah lagi akan perangai lamanya yang masih anti dengan orang gemuk. 5 tahun pun, masih dengan perangai buruknya ini.
“Apa ni berkasar dengan pekerja sendiri? Jangan hina dia kerana saiz badannya. Saya tak suka ada orang menghina orang berbadan gemuk ni! Kalu saya dapat tahu, semua ni akan dibatalkan!” gertak Trish kepada Zayrel dan pekerja lelaki berbadan besar ini berterima kasih kepadanya.
Trish menepuk bahunya dan tersenyum. Zayrel hairan dengan sikapnya ini. Baik pula dia dengan orang gemuk, denganku ni dingin saje!
“Dan buat pengetahuan awak yang saya ni bukannya tak bekerja dengan professional tapi, kita perlu bertanggungjawab dengan semua kerja yang kita janjikan di dalam kontrak. Dan ingat yang keikhlasan penting dalam semua kerja. Jangan kotorkan hati kita dengan niat yang tak baik dan jangan selalu menghina golongan yang lemah. Jangan memandang rendah kepada kemampuan mereka tu. Remember that!” katanya dengan makna tersendiri di depan Zayrel. Terkebil-kebil Zayrel dengan kata-katanya tadi. Mendalam sekali maknanya tadi itu.
Trish pun meminta diri untuk pulang. Dia juga berpesan yang kejadian tadi takkan berulang kembali selepas ini. Zayrel mengerti dan segera menyambung kembali kerjanya. Mengapa semakin lama dia ingin mendekati Trish, semakin jauh dia mengelakkan dirinya. Apa yang ada pada dirinya ini. Kenapa aku sentiasa berasa yang aku mengenalinya sebelum ni. Anak matanya itu seperti pernah aku lihatnya sebelum ini, tapi di mana?



Trish sedang bekerja sekarang dan tiba-tiba muncul seorang jejaka mat saleh yang boleh tahan rupanya di sini. Zayrel terkejut dengan kedatangan mat saleh ini dan ternyata manager Trish mengenali.
Mereka diperkenalkan, “Zayrel!”
“Michel!”
Namanya boleh tahan dan dia juga ada lesung pipit di pipinya. Menawan sekali bila dia tersenyum. Trish masih belum sedar akan kedatangan Michel ke sini dan dia berpakat dengan manager Trish untuk merahsiaknnya dan memberikannya surprise.
Trish pun berhenti untuk rehat dan meminta tuala dari managernya, tapi yang diberinya adalah botol mineral. “What are Alessya doing? I want tuala, not my drink!”
Trish pun segera berpaling kerana Alessya belum memberikan tuala dan “Surprise!!!” Michel berkata dari belakangnya.
Trish tergelak besar dan lalu memeluk Michel. “Michel?”
Zayrel terkejut dengan situasi ini. Mereka berdua ni ada hubungan istimewa ker? Semua krew yang ada pun terkejut.
“So, this is your job, right Alessya! So, Michel! Went U come to Malaysia?”
Alessya mengangguk perlahan dan meninggalkan mereka berdua berbual-bual. Zayrel pun sama memberikan mereka berdua peluang berbual-bual.
“Ermm.. today. I come Malaysia just want to visit U. I miss U so much, dear!”
“Me to. So, how long day U stay in Malaysia?” soalku kepadanya dengan duduk setentang dengannya.
“Mybe one month or any day. But it depends the way U treat me!” usiknya lagi dan mengengam erat tangan Trish. Trish membiarkannya sahaja kerana antara mereka berdua memang dah biasa sebegini.
“Owh.. U are black mail me!! U are cliver now!!”
“So, U agree?”
“Agree what?”
“That tonight, we go dinner together and U can show me how beautifull Malaysia, like U are so beautifull to me! So, if U don’t mind!” pelawannya makan malam bersama-sama.
“I didn’t say no, right. So, many thing I want to tell you. I can’t wait this night! Orait!”
“Yes!! Love u! See U in night. U know my phone number. I’m waiting your call, dear one!”
“Ok! See u in dinner!” Michel pun bangun dan mencium lembut tangannya dan berlalu pergi. “So, can we continue!” katanya pula dan sessi ini disambung semula.
Zayrel memerhatikan langkah mat saleh ini yang bernama Michel. Malam ni mereka berdua akan makan malam bersama. Tapi, di mana? Kenapa pula aku yang berasa gelisah ini, lantaklah mereka berdua nak makan di mana pun. Kan mereka tu saling mengenali antara satu sama lain. Sapa tahu yang mungkin si Michel itu adalah kawan sama belajar Trish di oversea dulu. Siapalah dia mahu menghalang Trish untuk keluar bersama dengan Michel.

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan