Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 10

BAb 10


Terngiang-ngiang di telinganya keseluruhan lirik lagu kumpulan M2M yang di minatinya sejak diperdengarkan lagu itu di zaman kesedihannya. Nyanyian kumpulan M2M berkumandang mendendangkan nada dering panggilan masuk.
Adriana mengelamun seketika menghayati alunan lirik lagu ini.
M2M

The Day You Went Away

Well I could it be, When I was dreamin 'bout you baby
You dreaming of me, Call me crazy, Call me blind
To still be suffering is stupid after all this time

( pre-chorus 1 )
Did I lose my love to someone better
and does she love you like I do
I do, You know I really really do

( chorus )
Well hey, so much I need to say
been lonely since the day
the day you went away
So sad, but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away

I remember date and time
September 22nd
Sunday twenty five after nine
in your door with your case
no longer shouting at each other
There were tears on your faces

( pre-chorus 2 )
And we were letting go to something special
Something we'll never have again
I know, I guess I really really know

( repeat chorus )

The day you went away
The day you went away

( repeat pre-chorus 1 )

( repeat chorus )

( bridge )
We do we never know that we got 'til its gone
How could I carry on, The day you went away
Couse I've been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away, The day you went away

Terpesona aku dibuai dengan deringan lagu ini. Sudah lama lagu ini tidak diperdengarkan di telinga aku ini. Ishh..sempat lagi aku berangan dengan keadaan berdiri tegak menantikan Fazrel!
Deringan itu semakin membingitkan halwa telinganya. Aduhai....
‘Opocot! Mak kau jatuh!’ Latah Ariana spontan dan hampir sahaja handphone Sony Ericsson ini terlepas dari tangannya. Terbang sudah angan-angannya tadi.
Siapalah makhluk Tuhan yang menganggu kontrasesinya ini. Memang jenis cemburu betullah dengan kesenangan orang lain itu. Handphone Sony Ericsson KG800i tidak mengalah dalam menguji nada dering siapa yang paling bingit. Ariana membiarkannya berdering dengan lama. Terpacul nama Ieda.
Alamak!!
Bala sudah datang!!!
Apa yang aku perlu buat ini. Jadi memang betul lah syak wasangka Ariana yang Fazrel masih lagi menyabung berkasih dengan minah senget ini. Gelaranku kepada Ieda.
Aku sahaja yang masih lagi bodoh kerana masih mendambakannya. Ariana mengabaikan sahaja panggilan itu dan setia menantikanya di luar. Si Fazrel ini berak batu ker yang lama sangat?


*****************************


“Excuse me! Rasanya ni adalah hanset (Handphone) pakwe saya kan? Apa yang awak buat dengan hanset dia ni?” Satu suara menyoalku dengan pandangan matanya yang bulat. Wajahnya pula penuh dengan pandangan geram, bengang, marah dan sewaktu dengannya.
Tersentak seketika Ariana dibuatnya. Ariana memusingkan badannya dan sempat bibir nipisku tidak habis-habis hendak melemparkan senyum jahat yang menakutkan. Lain macam sahaja corak senyuman Ariana ini .
Bersiap-sedialah...
“Who are you.?Am i know you?” balasku selamba badak. Serentak, ketawaku mulai kedengaran berderai-derai, mengejek dirinya. Kau memang sudah silap orang mahu memperkotak-katikkan aku lagi.
Berubah terus wajahnya dengan kelancangan lidahku. Matanya di turun-naik memandang tepat mukaku yang tersenyum panjang.
Pipinya sudah mulai kemerahan bak ditampal blussher untuk opera china sahaja. Ketat sahaja wajahnya itu. Macam harimau mahu mengancam mangsanya.
Alamak, memang cari bala ni. Tu lah, mulut aku ini laser sangat sekarang ini, Sebelum minah ini mengamuk, baik aku blah. Ah, Lantaklah dengan kau punya perasaan kecil hati ker, sakit hati ker. Bukan lagi jadi urusan tidak rasmi aku pun. Baik aku pergi buat kerja aku sendiri, ada jugak faedahnya.

“Nah, ambil semula handphone kesayangan pakwe kau ni. Beritahunya, saya boleh pergi sendiri dan bye!” terus sahaja Ariana membuka langkah kakinya mahu melarikan diri selepas meletakkan handphonenya itu ke tangan Ieda. Malas dia bertekak suara dengan Ieda. Minah perasan bagus.
“Sorry, saya terlambat.”
Kami berdua serentak berpaling pada suara yang sedang menyapa mesra. Mahu sahaja terjatuh lutut kaki Ariana saat melihat wajah semanis kurma insan yang memang aku tidak mahu lagi menatap wajahnya.
Tergugat lagi naluri kewanitaan aku. Mahu sahaja luruh semua kebencian yang telah lama bersarang di dalam hati, jiwa, jantung dan semua organ dalamanku ini kepada insan berwajah senyum manis gula ini. Kuasa apalah yang ada padanya? Kuasa Harry Potter kot?
Saat Ariana sudah mulai jauhkan diri, semakin galak Fazrel merebut perhatiannya. Tengoklah! Eiii...geramnya!!!
Ieda dengan segaja memegang perlahan lengan Fazrel dan melentok dengan manja kepalanya di bahu Fazrel. Wajahnya jua dimanjakan bagi men’jelous’kan aku. Sorry..ok!!! i’m not jelous.
Pose ala-ala manja mulai dilakonkan live depan mataku ini. Aku cuba berlagak tenang sahaja apabila anak mataku menatap akan aksi manja-manja ini. Sempat jua aku menjeling kepada Fazrel. Menyampah pun ada makin bertunas dalam hatiku dengan dirinya.
Eh, buat apalah aku mahu menyampah dengan pasangan berbahagia ini?. Dia kan sudah tiada apa-apa kaitan lagi dengan diriku baik luar ataupun dalam. Baik aku buat wajah The Rock Is Cooking. Wajah slamber.
Dengusan nafas halus menyapa telingaku. Aku menjegilkan mataku menatapi wajah kurang-manis- Ieda.

“Maaf, saya cirit birit tadi. Dah lama tunggu?” ujarnya setelah lama kebisuan bertamu di antara kami bertiga. Tegang sekali suhu angin dalam ruang ini. tajam sekali panahan matanya menatapi wajahku yang menunduk.

“Memang lama sekali. Apa yang abang Fazrel buat dengan minah tu? Dan apa istimewanya dia sehinggakan dia boleh pegang handpone abang? Dengan saya bukan main eksyen tak bagi tau! Abang ada skandal dengan dia ker?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya.
Tetiba sahaja menjadi seramah ini. Seolah bom atom baru dilepaskan sahaja. Mulut itu tidak berhenti seperti burung murai berkicauan. Naik pening aku dibuatnya. Kalaulah suara itu macam burung pungguk rindukan bulan, tidak apa jugak. Ini...kuat nya boleh mencairkan tahi telinga yang ada.

Fazrel terkejut dengan sikap minah kepoh Ieda. Ariana pula mulai mengorak langkah pergi. Fazrel tersentak lalu menepis pegangan Ieda.
Mana pulak perginya dia ini tadi dan bila masa pulak si Ieda ini terpacak dekat sini? Terus handponenya diambil dari tangan Ieda dan wajah Ieda sedikit masam dengan kelakuannya ini.
“Abang!!!!!” jeritnya tidak berpuas hati dengan sikap kurang ajar Fazrel. Mati sudah mood nya mahu mengajak lelaki ini menemaninya makan tengah hari bersama-sama. Muncungnya panjang sedepa.
Fazrel berhenti mengejut. Dipalingnya ke belakang dan nampaknya Ieda kian menghampirinya dengan wajah cemerut. Ahhh!! Peningnya aku mahu melayani karenahnya yang semakin mengada-ngada.

“Dah berapa kali abang Fazrel cakap yang abang tiada apa-apa perasaan pada Ieda kerana abang anggap Ieda sebagai adik abang sahaja. Kan kita ni sepupu. So, Ieda jangan nak feeling lebih-lebih tau. Ingat tu, Ieda ni hanyalah adik abang saja, bukannya kekasih abang pun!”

“Tapi, Ieda sayangkan abang sejak kita kecil lagi. Abanglah yang Ieda harapkan dapat membimbing Ieda mengenali hati budi masing-masing. Ieda takkan dapat menerima abang rapat dengan wanita lain. Abang,please!”

“No, sekarang ni masa kerja. So, please abang nak ke tempat kerja abang!”

“Ok. Nanti lunch kita makan sama-sama. Bye!” muktamad kata-kata itu. Fazrel sekadar membiarkannya bak angin lalu menyapa dedaun.

Fazrel segera berlalu tanpa sedikit pun berpaling ke belakang.Harapannya hanyalah satu agar dapat bertemu semula dengan gadis tadi. Adakah dia sudah sampai ataupun masih lagi sesat. Setibanya ke sana, kelihatan gadis itu sedang sibuk meneliti mesin yang bergerak.

Fazrel lega dan dia meneruskan kerjanya membaiki mesin. Sepanjang masa kerja sahaja, Ariana lebih banyak berdiri di tempat mesinnya dan Fazrel acap kali jua melintasi di belakangnya. Ariana hanyalah memandang kelibatnya di sebalik biasan cermin mesinnya.

Tidak lama kemudian, mesin Ariana rosak. Ariana mulai kalut. Apa hendak dibuat ini? Menjerit mintak tolong ker? Ataupun jalan penyelesaiannya, abaikan sahaja. Buntu.
Kepada siapa, mahuku meminta bantuan ini. semuanya kelihatan sedang sibuk dengan urusan sendiri! Melilau Ariana mencari kelibat seseorang yang boleh menyelamatkannya daripada dimarahi oleh supervisornya.
“Adoi gi mana ni?” rungutnya lagi dengan tangannya tergaru-garu anak tudung yang tidak gatal.

Ariana ternampak akan Eymal sedang melintasi dan segera memanggilnya. Tangannya digapai sama.
“Eymal!”
Eymal berpusing 360 darjah ke arah suara yang memanggilnya itu. Tersenyum panjang nampaknya Eymal. Derapan kakinya panjang menghampiri Ariana.

“Ada apa masalahnya ni?” gerutu satu suara dengan serak-serak basah.

“Mesinnya berhenti tiba-tiba dan susah nak bergerak. Kau boleh tolong tak? Aku dari tadi buatnya namun tak dapat jua bergeraknya!” maklum Ariana dengan menunjukkan akan kerosakkannya.

Wajah kebimbangan jelas terpancar dari riak wajahnya. Eymal segera melilau dan Fazrel mencelah.
“Mohon ke tepi sikit, boleh?”
Ariana menurut perintah. Dianjakkan sedikit ke tepi badannya dan membiarkan sahaja kedua-duanya membetulkan kerosakan mesin ini yang tiba-tiba berhenti berfungsi.

Fazrel cuba melihatnya dengan teliti akan punca kerosakkannya ini dan Ariana pula sekadar menjadi patung hiasan sahaja ketika ini. Ariana segera berlalu kerana baginya tiada gunanya dia berada di mesin ini. Fazrel sempat jua melihatnya berlalu pergi dan sedang bergelak ketawa dengan rakannya yang lain. Yang kelakarnya Ariana jua sibuk mengusik dan mengacau rakannya itu. Nakal jua Ariana ini rupanya!.
Mengapa pula denganku, dia menjadi sedingin ais salju di kutub utara? Dinginnya begitu menghangatkan hatiku sekali. Mahu bertanya, khuatiri akan merenggangkan lagi jarak kami berdua.
Keluhan nafas dilepaskan panjang.

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan