Cinta Si Gendut
BAB 1
“Ma, Zayrel pergi main bola sepak dulu. Zayrel dah lewat sangat ni. Apa-apa hal, Ma jangan tunggu Zayrel balik. Mungkin Zayrel akan pulang lambat, lepak dengan kawan kejap!” bagaikan angin ditiup sahaja ragam Zayrel, anak teruna Puan Rosnani yang kini meningkat dewasa dan akan berusia 26 tahun. Zayrel terlalu sangat suka akan permainan bola sepak. Hampir setiap petang, Zayrel akan meluangkan masa bermain walaupun hanya untuk setengah jam.
“Ya Allah, budak ni. Tak sempat mama nak bercakap, terus sahaja ke padang bola! Tengoklah anak abang tu, kalau pasal bola, laju je. Cuba ajak borak mengenai bakal isteri, ada sahaja alasannya. Apalah hendak jadi dengan budak itu agaknya. Mahu kata tak hensem, tak juga. Agaknya tak laku kot?” Puan Rosnani meneka sendiri.
“Apa lagilah yang dileteri tu? Biarlah budak tu, nanti dah tahu nak berkahwin itu, tahulah dia mencari.” Ujar suami kepada Puan Rosnani. Encik Mamat segera bangkit dan duduk di sofa. Karipap yang dibuat, diambil dan disuakan ke mulut. Sedap sekali karipap buatan isteri tercintanya. Siapa pun takkan dapat menandinginya.
“Abang begitulah jawabnya! Saya ni dah lama nak menantu tau! Entah bilalah si Zayrel itu akan kahwin ya!” masih belum habis lagi rupanya leteran itu. Agaknya inilah penyebab kenapa Zayrel rela menghabiskan masanya di luar. Agaknya panas telinga mahu mendengari leteran ibu tersayang mengenai bakal isteri.
“Alaa.. kalau awak tu nak sangat menantu, boleh aje. Abang boleh tolong!”
“Hah? Abang boleh tolong?”
“A’ah. Apa kata awak tolong abang sain je surat kahwin satu lagi, konfem awak akan dapat madu!” serentak itu tangan Puan Rosnani laju sahaja mencubit pinggang suaminya kerana mempermainkannya.
“Abang ni! Kita serius, dia main-main pula!”
“Ala, sayang abang ni. Abang bergurau sajalah. Takkan ada wanita lain yang dapat menggantikan kedudukan sayang di hati abang. Sayanglah segalanya!”
***
“Matilah aku kali ni. Sudah terlambat, mesti game sudah bermula!” Zayrel mengerutu sendirian sambil kakinya leka menekan minyak kereta agar meluncur lagi laju. Lampu isyarat merah entah berapa kali dilanggarinya ekoran kelewatan ke permainan separuh akhir yang disertainya.
Kali ini Zayrel nekad akan melanggari lampu isyarat yang akan bertukar kepada warna merah itu. Walaupun ada tanda bahawa akan ada orang melintas, namun diabaikan olehnya. Kemudian, deringan telefon bimbit berdering lagu, ‘This Love’.
Zayrel menatap sekilas dan dia mengeluh lemah. Masa sebeginilah Ida mahu menghubunginya. Apa lagi yang dia mahu daripadanya? Tangannya lemah mengangkat panggilan itu.
“Ermm… nak apa?”
Ida menjawab, “ You jangan nak buat-buat lupa. Semalam you dah janji nak bawa I pergi shooping. Hari ni first sale kat SOGO. Cepat datang jemput I.”
“Alaa.. sorry sangat. I cancel dululah. I ada game ni. Tak dapat nak excuse!” Zayrel menolak ajakan itu. Baginya, apalah penting sangat teman si Ida Azira itu membeli belah, hanya menghabiskan wang dan sia-sia sahaja.
“No a big No! You tahu kan prinsip I, apabila berjanji perlu ditepati!” Ida cuba berlagak diktator. Dia tahu bahawa bagi kekasih hatinya bola sepak adalah segalanya. Apa sahaja yang menghalang, takkan ada sebab dia akan membatalkan permainan bola sepaknya itu. Takkan!
Belum sempat Zayrel membalas, ada sesuatu sedang melintas di hadapan kereta secara spontan. Laju sahaja Zayrel menekan brek kereta myvi nya dan berdesing bunyi tayar kereta. Bedebuk! Ada sesuatu sudah dia langgar ke? Apa yang sedang terjadi ni?
“Alamak!” handphone Sony Ericssonnya sudah terjatuh di bawah tempat pemandu. Apa pula yang Zayrel sudah langgar. Bunyi macam teruk sahaja. Kemudian, ada bunyi ketukkan di tingkap keretanya. Zayrel berpaling sekilas. Aik? Adakah benda itu yang sudah dia langgar?
Tok! Tok! Tok!
Zayrel bagaikan kaku dan kemudiannya tingkap keretanya bagaikan dibam-bam dengan kuat. Amboi, ganasnya perempuan itu. Serigala jadian ke? Rosak pula kang tingkap kereta kesayangannya itu sekiranya dibiarkan sahaja.
“Kau kenapa? Apa masalahnya ni?” Zayrel laju sahaja memarahi wanita itu. Dia sempatlah melihat wanita itu. Ermmm… boleh tahan juga orangnya. Berisi dan ternyata GEMUK itu adalah terserlah di kaca matanya. Ish, patutlah jatuh, badan rupanya penuh dengan lemak. Agaknya lemah sangat kot.
“Ni, tak reti nak mintak maaf ke setelah langgar orang? Apa nak buat tak tahu ke? Tak ada erti bertanggungjawab ke? Luka saya ni siapa nak ganti?”
“Eh, siapa yang langgar kau?”
“Amboi, cakap tu macam tak ada prinsip je. Ada je yang makan kasut kan!” amarah gadis itu lagi. Sudahlah langgar dia, tetapi boleh lagi tak mahu mengaku salah. Apalah malangnya nasibnya bertemu dengan jejaka sombong tahap petuala itu.
“Kau tu yang sengaja kan nak tapau duit aku, kan. Apakah kau tak tahu ker makna warna lampu isyarat itu. Merah kan tanda berhenti. Hijau tandanya.. jalan!” tunjuk laju Zayrel akan warna lampu isyarat.
“Amboi, pandai ya nak larikan diri. Apa kau tak nampak ke ni kan lampu isyarat bagi pejalan kaki. Kan, dia sudah bagi isyarat bahawa berikan keutamaan kepada pejalan kaki dahulu. Ini mesti dahulu tak ambil sekolah undang-undang. Kau mesti amik undang-undang atas angin, kan?”
“Sedapnya bahasa mulut kau, ya.” Eh budak gemuk ini dah melebih-lebih pulak. Zayrel dah lah terlambat nak ke game main bola ini. Boleh pulak dia ajak bergaduh mulut kat tepi jalan ini.
“Ishh.., Aku nak kau bertanggungjawab!”
"Apa pulak aku kena. Tu salah kau kot, jalan tak lihat kiri kanan. Aku tak kira aku nak chow ni, aku dah terlambat ni. Tepi kau!" Zayrel menghalau si gadis chubby itu.
"Tak. aku takkan lepaskan kau sewenangnya. Ke kau nak aku rekod kau? Bukti kau langgar aku masih valid kat badan aku!" si gadis itu acah-acah nak keluarkan handphonenya.
"Argghhh... apa masalah kau ni perempuan? Kau nak rekod? Rekodlah, aku tak kisah. Tepilahh,aku dah lambat ni. Blah la kau!" Zayrel langsung tak hairan dengan ugutan si gadis itu. macam inilah zaman sekarang 2024,semua benda nak rekod. Masing-masing nak tunjuk power kat media sosial.
"Heyy.. kau jangan nak kelentong. kau buat alasan sahajakan untuk lari. Aku call polis sekarang."
"Kol la!"
"Hello, saya nak buat aduan..," belum sempat si gadis chubby itu meneruskan ayatnya, handphone diamik secara kasar. Melantung -lantung ke udara Handphone Vivo dan terhumban ke jalan raya. Pecah dan retak jadinya.
"KAU!!!" Amuknya.
"Aku dah lah nak cepat, kau pulak buat drama kat sini. Tu makan dia!"
"AKU TAK KIRA, KAU GANTI BALIK HANDPHONE AKU!"
"You think i care?"
Kolar baju Zayrel digenggam oleh si gadis yang tak bernama itu. Zayrel tak berminat nak beramah mesra dengan gadis kuat drama itu. Cukuplah seorang Ida yang berdrama selalu dengannya. Tak kuasa dia mahu layan seketul gadis lain.
Gadis itu layangkan penumbuk ke muka Zayrel. Zayrel tunjuk wajah angkuh. Kita tengok sejauh mana gadis itu nak tunjuk samseng. Bukan sifat Zayrel pukul perempuan. Dayus namanya kalau Zayrel mengkasari perempuan. Lagipula memang silap dia yang bertindak terburu-buru sehinggakan handphone milik gadis itu berkecai.
"Mintak maaf sekarang! Aku nak kau ganti balik handphone aku."
"Ala, setakat handphone andriod je pun kau pakai. Lainlah kalau kau pakai handphone berjenama Apple ke, barulah berbaloi aku nak ganti pun."
"Andriod pun handphone jugaklah. Kau jangan nak acah acah kaya pulak kat sini. Itu handphone aku beli dengan titik peluh aku sendiri. Aku tak kira,kau ganti sekarang sebelum lembam biji mata kau aku tumbuk!"
"Kau tak rasa ke kau akan viral nanti?"
"Apa maksud kau?"
"Tengoklah sekeliling kau!" Zayrel tunjuk senyum angkuh. Apa dia ingat dia hebat sangat? Ingat aku akan takut ke dengan ugutan penumbuk dia itu? Zayrel tersenyum sinis. Mana taknya, sejak dari tadi semua orang sedang sibuk merekod pertengkaran mereka berdua.