Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 8


Part 8

Reya termenung sendirian mengenangkan apa yang telah terjadi siang tadi. Masih lagi tergambar pelbagai reaksi wajah terkejut di wajah Zaerel dengan kemunculan gadis yang lama luput dalam ingatannya. Zaerel segera menyapanya mesra lalu melupakan akan kewujudannya di sisinya. Senyumannya yang lebar itu itu membuatkan anak matanya makin membesar. Dasar lelaki buaya darat. Dasar Kg.dot com betullah. Sumpah seranahnya dalam hatinya.
Senyuman dan wajahnya yang terpamer dengan girang sekali membuatkan darahnya menaik ke tahap 110% tika ini. Lelaki ini mengakui menyukaiku dan menyintaiku tapi dengan sekelip mata sahaja beralih pandangan. Memang pantang Nampak perempuan dahi licin sikit, mulalah naik miangnya itu. Ulat bul-bul katakan.
Yang paling memanaskan hatinya ini adalah, Zaerel sesedap rasanya mengarahkannya untuk membuatkan air minuman kepada wanita itu. Ah, malaslah. Reya langsung tidak melayani akan arahannya itu dan segera berlalu makan lunch. Rasanya mahu sahaja dipatah-patahkan sahaja ayam goreng yang dibelinya ini dengan sekecil-kecilnya ini. Bagaikan terbayangkan ajer wajah Zaerel pada pinggan ini. Memang cari penyakit betullah mamat ni sorang. Sengaja nak cari pasal dengannya.
“Kau ni kenapa? Asyik moody ajer aku tengok sejak kita keluar makan ni. Aku rasalah, macam nak kau patahkan sahaja ayam tu. Kau ni tengah marahkan kat sapa yang sampaikan angin seluruh badan ni?” soal Asmira yang tidak tahan dengan semua kelakuannya ini.
“Hantu tu lah! Geramnya!” berapi-api nada suaranya ini.
“Sabarlah, kan kau ni dapat free ajer sakit jantungnya sedangkan hantu yang kau marah sangat tu syok sajenya bergelak ketawa dengan orang lain!”
“Kau jangan nak tambahkan kemarahan aku lagi. Kan tak pasal gunung berapi aku ni meletup kat kau pulak.nanti wajah kau bertukar jadi merah jambu kat sini!”
“Oklah mak singa laut. Aku diam!” tutup mulutnya dengan rapi sekali.
“Reya? Kamu dah makan? Nape tak tunggu saya? Kan saya dah maklumkan yang kita kan lunch bersama hari ni macam biasa!” sapa suara dari depannya. Reya mengangkat wajahnya dan melihat senyuman lebar milik Zaerel disertai dengan kemunculan seseorang wanita yang membuatkan darahnya makin mendidih tahap cipan kuatnya.
“Reel, kita nak makan apa kat sini? U cadangkan, I dah lapar sangat ni!” ujarnya dengan sengaja dilunakkan suaranya dengan Zaerel. Tangannya kian giat menarik tangannya pergi daripadanya.
“Pergilah, saya dah makan pun ni. Kenyang pun ada, pergilah makan dengan buah hati tersayang tu. Kan pengsan pulak kat sini. Tak der pulak orang nak menolong mengangkatnya nanti.” Ujarnya dengan seribu nada suara yang terjelas di pendengaran Zaerel.
Zaerel tersenyum mendengarnya lalu menundukkan kepalanya lalu membisikkan sesuatu di telinganya. “Are U jealous? I can smell it. Good for you honey!”
Reya geram dengan andaiannya itu dan jua merasakan dirinya begitu bodoh kerana kalah dengan perasaannya sendiri. Betapa mudah sekali Reya memaparkan akan perasaannya dengan semua ini. Jadi bermakna tak sia-sialah semua usaha yang Zaerel lakukan selama ini untuk menerbitkan rasa cemburu ini dalam dirinya. Masih terbayang akan kelakuan Zaerel selepas perang dingin mereka sejak malam yang malang itu.
Zaerel giat sekali memujuknya agar memaafkan dirinya. Malahan Zaerel jua bertindak gila dengan berdiri depan rumahnya itu semalam. Reya langsung tidak keluar langsung untuk bertemu dengannya. Yang paling malangnya, malam itu jua hujan turun dengan lebat sekali. Zaerel langsung tidak berganjak dan membiarkan dirinya dibasahi dengan air hujan. Reya pula seronok sekali tidur beralaskan selimut yang tebal sekali.
Keesokkan harinya, Reya terkejut melihat susuk badan Zaerel yang terlentok lemah di depan rumahnya. Matanya terpejam dan saat Reya ingin mengejutkannya, Zaerel tidak bertindak balas. Hanyalah bunyi ngeraman sahaja kedengaran. Reya segera memegang kepalanya dan tampak panas sekali badannya ini. Ya Allah, demam rupanya. Terus Reya membawanya ke klinik yang terdekat dan Zaerel dimasukkan ke dalam wad di hospital kerana demam panas dan disyaki terkena demam denggi.
Zaerel mulai meracau dalam tidurnya meskipun mata terpejam. Doctor mengatakan yang itu adalah perkara normal bagi pesakit yang dijankiti virus ini. Antibodinya mulai lemah dan virus ini sedang menular dalam badannya. Kadang kala boleh membuatkan pesakit lupa ingatan sekejap dan tak tahu kala dengan apa yang telah terjadi pada dirinya.
Reya berasa bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi pada Zaerel ini. Kalaulah dirinya tidak mengikut sangat akan rasa hatinya ini tentunya semua ini takkan terjadi. Ini semuanya sikapnya yang terlalu degil dan keras hati dalam mendengar semua penjelasan daripada Zaerel. Reya langsung tidak berganjak daripada katil Zaerel. Wajahnya kian pucat kerana semalam berendam basah dengan air hujan dan kedinginan pula itu.

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan