Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Ariana..Berikanlah Cintamu [ABC] 2


BAB 2

½ TAHUN FEEDBACK...

Ariana berjalan dengan pantas menuju ke pejabat bagi melaporkan diri untuk masuk semula bekerja setelah lama mendapatkan sijil cuti sakit di hospital. Ariana turut membetulkan bajunya yang sedikit terlodeh kerana terkena angin di luar. Ariana tersenyum apabila ada mata-mata nakal sedang memandangnya segala gerak langkahnya. Baginya semua ini masih lagi terlalu asing lagi buat diri Ariana apabila dirinya mendapat perhatian sebegini daripada jejaka yang ada.
“Awek cun tu..feewwittt!”
Langkah Ariana makin diperlajukan apabila usikan nakal itu berkumandang dalam ruangan lorong yang sempit ini. Bergema suara-suara nakal ini. Dari jauh, bilik yang menempatkan supervisornya menampakkan sinar.

Ariana mengetuk pintu bilik itu dengan perlahan. Tangannya ditadahkan ke langit, memohon berkat. ‘Puh..mintaklah jadi kali ni!’ Kepalanya berputar 360 darjah melihat sekeliling.
“Masuk!” suara garau berbunyi dari dalam bilik itu.
“Boleh saya masuk?” pinta ku dengan penuh bertatasusila. Bukankah kini Malaysia terkenal dengan slogan 1Malaysia? He..he..he...
“Kepala awak dah masuk pun.!” Selorohnya bersahaja. Ariana tersipu-sipu malu, lalu segera duduk ke dalam bilik pejabat berhawa dingin.Nyamannya bilik ini!!!
Diam. Sepi merantai suasana dalam bilik ini. Ariana setia menantikan butir bicara seterusnya daripada insan yang sedang leka sekali meneliti dokumen di hadapannya ini.
Ariana tertunggu-tunggu akan tindak balas seterusnya. Kesabarannya kian teruji lagi. Aduhai... lama lagi ker nak tunggu ni?
‘Apasal pulak dengan Encik Skema ni? Tak penah-penah pun duk serajin sebegini macam ni!’ hatinya mulai bersyak wasangka.
“Encik Hafizul Adam, saya datang ni nak melaporkan diri dan menyerahkan surat Mc -cuti sakit saya ni. Saya harap saya diterima memulakan kerja semula dengan secepat mungkin.” Usai sahaja Ariana berbicara setelah puas menantikan emas jatuh ke riba, orang itu mengangkatkan wajahnya.
Finally!! Encik Skema ini menunjukkan wajahnya jua.
“What?????”
Nasib baiklah jeritan batinku ini terjerit dalam hati. Kalau terkeluar, alamaknya ada jer yang keluar pitching salah key note!. Silap hari bulan, sudah kena reject sebagai calon peserta Akademi Fantasia musim seterusnya.
Ariana terkejut kerana disangkanya adalah Encik Hafizul Adam tetapi bukan.
‘Who is he?’
Aduhai..makinlah berputarlah otak Adriana memikirkan gerangan orang berlagak Encik Skema ini.
Satu nama terlintas sepintas lalu dalam benak fikirannya. Azizan?
Encik Azizan rupanya!. Hampir mahu terjatuh jua Ariana dari bangku yang didudukinya. Nampaknya Encik Azizan tidak mengenalinya kerana sejak dari tadi dia leka sekali memandang Ariana. Apalah yang ada dengan wajahku ini? Bulu hidungku terjatuh ker?
“Yes! datang temuduga kan? Ada bawak sijil-sijil kelayakan? Spm? Stpm?”soalnya bertubi-tubi pula kepadaku.Ariana tersenyum sumbing.
Encik Ter-putus-urat-saraf ini terlebih makan ubat dos ker? Sebegitu banyak sekali soalannya? Mana satulah mahu dijawab Ariana terlebih dahulu? Cikgu tadika pun ada kasi A B C D sebagai hint.

“Encik tak kenal ker saya ni? Lupa ingatan ya!” akhirnya bersuara jua Ariana dengan senyum tidak lekang dari bibirnya. Senyuman itu kan penyeri kehidupan seharian.

Dia mengelengkan kepalanya. Memang sah, ada urat-saraf sudah terkeluar dari landasan otaknya. Confirm!!
“Saya, Ariana.”

Berkerut-kerut dahi berlapik pada wajah. Wajahnya tergambarkan-memang-tidak-percaya. Believe Or Not? Encik Ter-putus-urat-saraf ini memikirkan nama yang baru diperdengarkannya ketika ini.
Ariana? Who is Ariana? Girl? Or.. she..?

“Ariana mana pulak ni? Sini ramai yang bernama Ariana!”

“Ariana Mok (Gemuk). Dulu orang selalu panggil saya dengan nama tu.” Ringkas dan padat penjelasanku. Malas rasanya mahu bersoal jawab dengan dirinya ini.

Dia kelihatan sedang memikirkan sesuatu, kemudiannya ada kerutan sekali lagi tidak percaya di wajahnya, “Ariana Mok yang bahagian production tu ker? Awak ker ni? Kenapa dah berubah sebegini? Diet ker selama sebulan ni?” bak bom atom baru dilepaskan sahaja soalannya.

“Tak pastilah diet tu. Tapi agaknya Allah SWT memang nak saya kurus kot!. Oh ya, Encik Hafizul kat mana ya? Tadi saya ada call dan memaklumkan yang saya akan datang melaporkan diri, tapi apabila sampai saja, Encik pulak yang ada!” soalku akan ketiadaan Encik Hafizul. Mataku melilau sekeliling.

“Betul ker awak ni?” soalnya lagi. Ishhh!!!! Susahnya nak menyakinkan orang ter-putus-urat-saraf ini. Ariana mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Mahu sahaja, diulangkan kembali zaman kanak-kanak ribena kot.

“Ya Allah, betul lah. Ni I/C saya sebagai bukti.” Ariana segera membuka dompetnya dan menyerahkan kad pengenalan birunya. Memang Ariana tidak menyalahkan sesiapa pun akan kekeliruan ini kerana dirinya pun masih lagi tidak mempercayai akan penampilan dirinya sendiri kini. Memang jauh berbeza sekali daripada dirinya yang dahulu.

Encik Azizan kelihatan banyak kali mengangkat muka dan tunduk membaca kad pengenalannya. Malahan, cermin matanya jua turut dipakai bagi membuktikan yang penglihatannya benar-benar jelas. Rabun ker tak main..
Memang sah, ter-putus-urat-saraf!!! Aduhai.. memang malang betullah hari Ariana hari ini. Bagaimana lagilah cara untuknya menyakinkan insan ini?
Wajahnya tersenyum sahaja sepanjang masa, apa kena pula dengan Encik ter-putus-urat-saraf ini? Tersampuk hantu senyum pulak ker? Teringat akan pesanan kawan kamcengnya itu sebelum ketibaan si cantik @ gendut ini.

**********************
Wajah Hafizul yang mengelabah itu masih belum dilupakan dalam ingatannya. Kalaulah Hafizul tahu situasi sebenarnya, confirm dia takkan pergi macam itu sahaja!!!!

“Nanti kalu si gendut tu datang, kau tolong bagitahu yang aku sakit perut tau. Jadi aku nak kau layan dia tau. Jangan nak beritahu pulak yang aku sengaja bagi alasan ni!” bagaikan terngiang semula akan arahan tidak rasmi daripada Encik Hafizul kepadanya.

“Err, Encik Hafizul sakit perut. Cirit birit. Jadi dia tak dapat nak tunggu dan melayan Ariana. So, saya diarahkan menggantikannya dulu.”
Matanya masih lagi setia menatap wajah Ariana yang tampak bersih dan cantik itu. Rasanya dahulu wajahnya berparut dengan jerawat. Memang tidak lalu hendak pandang pun wajahnya dahulu, kini bagaikan tidak mahu lepas anak matanya merakam semua wajah manis Ariana.

Kemudian anak mata Azizan bagaikan dapat menangkap akan kelibat Hafizul di luar sana yang sedang menjenguk ke dalam. Agaknya mahu melihat akan ‘Ariana gendut’ yang selalu tidak disukainya itu.
Azizan buat don’tno (tidak tahu) sahaja akan sebarang isyarat mata, bahasa isyarat bisu Hafizul berikan kepadanya. Azizan masih lagi setia melayani Ariana berceloteh. Sengaja mahu mendera Hafizul yang terpacak di luar bak patung cendana.
Dari luar, Hafizul kehairanan kerana bentuk badan budak yang datang ini bukannya saiz Ariana tapi saiz budak perempuan yang lain. Solid habis body. Siapa pulak ini? Tidak boleh jadi ini, nampaknya aku kena masuk sendiri dan ambil tahu. Harapkan kawan, dari tadi asyik buat don’tno (tak tahu) sahaja. Memang bertuah betul lah!!

Kedengaran pintu dibuka dari luar dan sepantas kilat Ariana berpaling. Hafizul bagaikan terpukau dengan insan yang ada dalam biliknya ini. Siapa pulak ini? Datang nak temuduga ker? Hafizul segera mengambil menarik kerusi di tempatnya dan duduk setentang dengan wanita cantik manis ini.
Tersipu-sipu malu Ariana dengan renungan tajam ke dua insan yang telah lama Ariana tidak bertemu. Pelik sangat ker diriku sekarang ini? Ada tidak rupa macam Alien yang baru turun dari planet luar dari bumi?
‘Ehem...” batuk kecil Azizan dan Hafizul serentak. Mahu mengcheck peti suara agaknya. Ariana sekadar berwajah poyo.
Dipandangnya sekilas wajah poyo Azizan. Tajam anak matanya menyampaikan isyarat ‘Jaga-kau-lepas-ni!’. Kerdipan mata Azizan sekadar memberi serangan balas.

“Ya, adik nak datang mintak kerja ker?” berbalik semula kepada situasi asal tujuan kedatangan Ariana ke sini. Back to basic point!. Focus penting ma!!

“Ha ah, saya nak datang melaporkan diri dan mintak kerja semula setelah sebulan bercuti. Ni datang nak serahkan sijil cuti sakit (MC).” Recall kembali jawapan yang diberikan kepada Encik ter-putus-urat-saraf@ Encik Azizan. Ha ya..berapa kali mahu diulang??

Terasa seperti Aci-aci buka pintu ajer!
Dipamerkan wajah kebosanan-seribu-bahasa. Ariana mulai mengerutu dalam hati tatkala memandang kedua-dua wajah. Sempat lagi mereka berdua ini saling bertukar bahasa isyarat. Agaknya, ini saluran komunikasi terkini di alaf moden.
Lelaki ini bak getah-riben. Ada jer soalannya mahu ditanyakan. Musykil betullah dengan keramahan spontan daripada kedua-dua pemuda hari ini.

“Laa, adik ni rupanya pekerja kita. Siapa nama sekali lagi?” wajah Hafizul dimaniskan dengan senyuman yang meleret.

“Qya Ayein Ariana.” pendek jawapannya. Keluhan nafas dilepaskan kasar. Ariana jua merasakan tempat duduknya kini kian hangat-sehangatnya. Kedinginan air-cond keluaran Samsung ini sudah lagi tidak mampu mendinginkan suhu badannya.

“Macam pernah dengar nama tu, tapi di mana ya?” ayat ke ‘miang’ terserlah jua dalam tubir mungil Encik Skema ini. Saling berpadu mata dengan Encik ter-putus-urat-saraf.

Azizan pun membisikkan sesuatu di telinganya dan terbeliak anak matanya saat mengetahuinya. Kemudian Hafizul sibuk sekali membelek akan segala penampilan Ariana ini. Bulat matanya menilik Ariana yang tak ubah seperti patung kristal. Lut sinar jua renungan matanya.
Bagaikan tidak percaya baginya yang si gendut boleh berubah menjadi sekurus ini dalam jangka masa yang singkat sekali. Malahan wajahnya jua berubah 101% (peratus) sehinggakan mereka hampir tidak mengenalinya. Apakah yang menimpa budak ini sehinggakan sebegini perubahannya?
“Ariana? Maksudnya....” terbiar sebegitu kata-kata terluncur dari bibir Hafizul sambil menatap tepat wajah Ariana dan Azizan.
Bilalah mahu habis ini? Ariana mulai kebosanan dengan sketsa ini. Macamlah dia ini alien yang perlu disoal siasat Edisi NTV7.

“Rasanya Encik Hafizul sakit perut tadi kan? Macam mana? Dah sihat?” tanya Ariana akan kesihatannya. Sedikit geram dengan main-main-tarik-tali-kerbau.
Hafizul sedikit tersedak dan hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja . Azizan pula sekadar wajah ha-ha-tak tahu. Memang sah Jahatnya KAMU!!
“Errr....Baiklah, rasanya ada masalah tak kalau saya pinta Ariana mula kerja hari ni? Surat ni akan kami proses secepat mungkin dan selepas tu Ariana dapat memulakan kerja seperti biasa. Dan dalam jangka masa tu, bolehlah kita minum kat kantin dulu ker?” pintanya bagaikan mencucuk jarum, mengubah arus topik pertanyaan Ariana seketika tadi.
Amboi, pantang nampak budak dahi licin sikit, mulalah ajak minum. Sebelum ini bukan main tak cukup tanah nak menghindarkan diri lagi, kini dah terkena sampuk pulak? Memang sah! Tidak perlu ada wakil tok kadi lagi. Mengeleng kepala Azizan.

“Kalau mula kerja hari ni, memang tiada masalah kerana saya memang nak mintak mula bekerja dengan cepat kerana bosan duk lama-lama kat rumah. Baiklah, saya terima dan pasal ajak minum tu, maaflah. Ariana terpaksa menolak kerana Ariana puasa hari ni. Puasa nazar! Maafkan saya ya!” tergesa-gesa Ariana menolak ajak-ajak-ayam-serama ini.

“Takpelah, dah tiada rezeki! Baiklah, tunggu dahulu sementara saya proseskan MC ni! Nanti Ariana akan boleh masuk kerja seperti biasa!” Encik Hafizul segera bangun dan bergegas keluar menghilang daripada pejabatnya. Pantas sekali seperti Cicak-Man.

“Pandainya Ariana kelentongkan Hafizul ya? Tadi tu siap minum air mineral water tu apanya?” soal Azizan setelah yakin-pasti akan ketiadaan kawannya itu. Ariana tergelak besar mendengarnya.
“Ariana memang sengaja tak nak minum pagi dengannya kerana Ariana masih ingat lagi semua layanannya dahulu kepada Ariana. Takkan sesenang itu Ariana akan mengalah dengan semua permintaannya. Ni Ariana tau. The New of Ariana!” bongkak sekali nada suara.

“Bagus! Kekalkan sebegitu. Habis tu kalu saya pulak ajaknya minum, Ariana akan terima tak?” tanyanya soalan ini dengan mata yang terbuka rapi menatap wajahnya.
Ariana sengaja melengahkan jawapannya.
“Rasanya ttak....ya kot. Ariana masih ingat lagi akan layanan baik encik pada Ariana dulu.” Panjang senyuman yang dihadiahkan kepada Encik ter-putus-urat-saraf.

Encik Azizan tersenyum sampai ke cuping telinga mendengar jawapan ini. Ariana pulak tersenyum sama. Ariana takkan melupakan semua layanan semua yang ada di kilang ini cumalah seorang sahaja yang Ariana memang takkan lupakan semua perbuatannya kepadanya dahulu.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan