Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Selasa, Ogos 06, 2024

Novel Cinta Si Gendut (Versi 2024)

 Cinta  Si  Gendut

 

BAB 1 

 

“Ma, Zayrel  pergi  main  bola  sepak  dulu.  Zayrel  dah  lewat  sangat  ni.  Apa-apa  hal,  Ma  jangan  tunggu  Zayrel  balik.  Mungkin  Zayrel  akan  pulang  lambat,  lepak  dengan  kawan  kejap!”  bagaikan  angin  ditiup  sahaja  ragam  Zayrel,  anak  teruna  Puan  Rosnani  yang  kini  meningkat  dewasa  dan  akan  berusia  26  tahun.  Zayrel  terlalu  sangat  suka  akan  permainan  bola  sepak.  Hampir  setiap  petang,  Zayrel  akan  meluangkan  masa  bermain  walaupun  hanya  untuk  setengah  jam.

“Ya  Allah,  budak  ni.  Tak  sempat  mama  nak  bercakap,  terus  sahaja  ke  padang bola! Tengoklah  anak  abang  tu,  kalau  pasal  bola,  laju  je.  Cuba  ajak  borak  mengenai  bakal  isteri,  ada  sahaja  alasannya.  Apalah  hendak  jadi  dengan  budak  itu  agaknya.  Mahu  kata  tak  hensem,  tak  juga.  Agaknya  tak  laku  kot?”  Puan  Rosnani  meneka  sendiri.

“Apa  lagilah yang  dileteri  tu?  Biarlah  budak  tu,  nanti  dah  tahu  nak  berkahwin  itu,  tahulah  dia  mencari.” Ujar  suami  kepada  Puan  Rosnani.  Encik  Mamat  segera  bangkit  dan  duduk  di  sofa.  Karipap  yang  dibuat,  diambil  dan  disuakan  ke  mulut.  Sedap  sekali  karipap  buatan  isteri  tercintanya.  Siapa pun  takkan  dapat  menandinginya.

“Abang  begitulah  jawabnya!  Saya  ni  dah  lama  nak  menantu  tau!  Entah  bilalah  si  Zayrel  itu  akan  kahwin  ya!”  masih  belum  habis  lagi  rupanya  leteran  itu.  Agaknya  inilah  penyebab  kenapa  Zayrel  rela  menghabiskan  masanya  di  luar.  Agaknya  panas  telinga  mahu  mendengari  leteran  ibu  tersayang  mengenai  bakal  isteri.

“Alaa..  kalau  awak  tu  nak  sangat  menantu,  boleh  aje.  Abang  boleh  tolong!”

“Hah?  Abang  boleh  tolong?”

“A’ah.  Apa  kata  awak  tolong  abang  sain  je  surat  kahwin  satu  lagi,  konfem  awak  akan  dapat  madu!”  serentak  itu  tangan  Puan  Rosnani  laju  sahaja  mencubit  pinggang  suaminya  kerana  mempermainkannya.

“Abang  ni!  Kita  serius,  dia  main-main  pula!”

“Ala,  sayang  abang  ni.  Abang  bergurau  sajalah.  Takkan  ada  wanita  lain  yang  dapat  menggantikan  kedudukan  sayang  di  hati  abang.  Sayanglah  segalanya!”

 

***

“Matilah  aku  kali  ni.  Sudah  terlambat,  mesti  game  sudah  bermula!”  Zayrel  mengerutu  sendirian  sambil  kakinya  leka  menekan  minyak  kereta  agar  meluncur  lagi  laju.  Lampu  isyarat  merah  entah  berapa  kali  dilanggarinya  ekoran  kelewatan  ke  permainan  separuh  akhir  yang  disertainya.

Kali  ini  Zayrel  nekad  akan  melanggari  lampu  isyarat  yang  akan  bertukar  kepada  warna  merah  itu.  Walaupun  ada  tanda  bahawa  akan  ada  orang  melintas,  namun  diabaikan  olehnya. Kemudian,  deringan  telefon  bimbit  berdering   lagu, ‘This  Love’.

Zayrel  menatap  sekilas dan  dia  mengeluh  lemah.  Masa  sebeginilah  Ida  mahu  menghubunginya.  Apa  lagi  yang  dia  mahu  daripadanya?   Tangannya  lemah  mengangkat  panggilan  itu.

“Ermm…  nak  apa?”

Ida  menjawab, “  You  jangan  nak  buat-buat  lupa.  Semalam  you  dah  janji  nak  bawa  I  pergi  shooping.  Hari  ni  first  sale  kat  SOGO. Cepat  datang  jemput  I.”

“Alaa..  sorry  sangat.  I  cancel  dululah.  I  ada  game  ni.  Tak  dapat  nak  excuse!”  Zayrel  menolak  ajakan  itu.  Baginya,  apalah  penting  sangat  teman  si  Ida  Azira  itu  membeli  belah,  hanya  menghabiskan  wang  dan  sia-sia  sahaja.

No  a  big  No! You  tahu  kan  prinsip  I,  apabila  berjanji  perlu  ditepati!” Ida  cuba  berlagak  diktator.  Dia  tahu  bahawa  bagi  kekasih  hatinya  bola  sepak  adalah  segalanya.  Apa  sahaja  yang  menghalang,  takkan  ada  sebab  dia  akan  membatalkan  permainan  bola  sepaknya  itu.  Takkan!

Belum  sempat  Zayrel  membalas,  ada sesuatu  sedang  melintas  di  hadapan  kereta  secara  spontan.  Laju  sahaja  Zayrel  menekan  brek  kereta  myvi nya  dan  berdesing  bunyi  tayar  kereta.  Bedebuk!  Ada  sesuatu  sudah  dia  langgar  ke?  Apa  yang  sedang  terjadi  ni?

“Alamak!” handphone  Sony  Ericssonnya  sudah  terjatuh  di  bawah  tempat  pemandu.  Apa  pula  yang  Zayrel  sudah  langgar.  Bunyi  macam  teruk  sahaja.  Kemudian,  ada  bunyi  ketukkan  di  tingkap  keretanya.  Zayrel  berpaling  sekilas.  Aik?  Adakah  benda  itu  yang  sudah  dia  langgar?

Tok! Tok! Tok!

Zayrel  bagaikan  kaku  dan  kemudiannya  tingkap  keretanya  bagaikan  dibam-bam  dengan  kuat.  Amboi,  ganasnya  perempuan  itu.  Serigala  jadian  ke?  Rosak  pula  kang  tingkap  kereta  kesayangannya  itu  sekiranya  dibiarkan  sahaja.

“Kau kenapa?  Apa  masalahnya  ni?”  Zayrel  laju  sahaja  memarahi  wanita  itu.  Dia  sempatlah  melihat  wanita  itu.  Ermmm…  boleh  tahan  juga  orangnya.  Berisi  dan  ternyata  GEMUK  itu  adalah  terserlah  di  kaca  matanya.  Ish,  patutlah  jatuh,  badan  rupanya  penuh  dengan  lemak.  Agaknya  lemah  sangat  kot.

“Ni,  tak  reti  nak  mintak  maaf  ke  setelah  langgar  orang?  Apa  nak  buat  tak  tahu  ke?  Tak ada  erti  bertanggungjawab  ke?  Luka  saya  ni  siapa  nak  ganti?”

“Eh,  siapa  yang  langgar  kau?”

“Amboi,  cakap  tu  macam  tak  ada  prinsip  je.  Ada    je  yang  makan  kasut  kan!”  amarah  gadis  itu  lagi.  Sudahlah  langgar  dia,  tetapi  boleh  lagi  tak  mahu  mengaku  salah.  Apalah  malangnya  nasibnya  bertemu  dengan  jejaka  sombong  tahap petuala  itu.

“Kau  tu  yang   sengaja  kan  nak  tapau  duit  aku,  kan.  Apakah  kau  tak  tahu  ker  makna  warna  lampu  isyarat  itu.  Merah  kan  tanda  berhenti.  Hijau  tandanya.. jalan!”  tunjuk  laju  Zayrel  akan  warna  lampu  isyarat.

“Amboi,  pandai  ya  nak  larikan  diri. Apa  kau  tak  nampak  ke  ni  kan  lampu  isyarat  bagi  pejalan  kaki.  Kan,  dia  sudah  bagi  isyarat  bahawa  berikan  keutamaan  kepada  pejalan  kaki  dahulu.  Ini  mesti  dahulu  tak  ambil  sekolah  undang-undang.  Kau  mesti  amik  undang-undang  atas  angin,  kan?”

“Sedapnya  bahasa  mulut kau,  ya.” Eh budak gemuk ini dah melebih-lebih pulak. Zayrel dah lah terlambat nak ke game main bola ini. Boleh pulak dia ajak bergaduh mulut kat tepi jalan ini.

“Ishh.., Aku nak kau bertanggungjawab!”

"Apa pulak aku kena. Tu salah kau kot, jalan tak lihat kiri kanan. Aku tak kira aku nak chow ni, aku dah terlambat ni. Tepi kau!" Zayrel menghalau si gadis chubby itu. 

"Tak. aku takkan lepaskan kau sewenangnya. Ke kau nak aku rekod kau? Bukti kau langgar aku masih valid kat badan aku!" si gadis itu acah-acah nak keluarkan handphonenya.

"Argghhh... apa masalah kau ni perempuan? Kau nak rekod? Rekodlah, aku tak kisah. Tepilahh,aku dah lambat ni. Blah la kau!" Zayrel langsung tak hairan dengan ugutan si gadis itu. macam inilah zaman sekarang 2024,semua benda nak rekod. Masing-masing nak tunjuk power kat media sosial.

"Heyy.. kau jangan nak kelentong. kau buat alasan sahajakan untuk lari. Aku call polis sekarang."

"Kol la!"

"Hello, saya nak buat aduan..," belum sempat si gadis chubby itu meneruskan ayatnya, handphone diamik secara kasar. Melantung -lantung ke udara Handphone Vivo dan terhumban ke jalan raya. Pecah dan retak jadinya.

"KAU!!!" Amuknya.

"Aku dah lah nak cepat, kau pulak buat drama kat sini. Tu makan dia!"

"AKU TAK KIRA, KAU GANTI BALIK HANDPHONE AKU!"

"You think i care?"

Kolar baju Zayrel digenggam oleh si gadis yang tak bernama itu. Zayrel tak berminat nak beramah mesra dengan gadis kuat drama itu. Cukuplah seorang Ida yang berdrama selalu dengannya. Tak kuasa dia mahu layan seketul gadis lain.

Gadis itu layangkan penumbuk ke muka Zayrel. Zayrel tunjuk wajah angkuh. Kita tengok sejauh mana gadis itu nak tunjuk samseng. Bukan sifat Zayrel pukul perempuan. Dayus namanya kalau Zayrel mengkasari perempuan. Lagipula memang silap dia yang bertindak terburu-buru sehinggakan handphone milik gadis itu berkecai.

"Mintak maaf sekarang! Aku nak kau ganti balik handphone aku."

"Ala, setakat handphone andriod je pun kau pakai. Lainlah kalau kau pakai handphone berjenama Apple ke, barulah berbaloi aku nak ganti pun."

"Andriod pun handphone jugaklah. Kau jangan nak acah acah kaya pulak kat sini. Itu handphone aku beli dengan titik peluh aku sendiri. Aku tak kira,kau ganti sekarang sebelum lembam biji mata kau aku tumbuk!"

"Kau tak rasa ke kau akan viral nanti?"

"Apa maksud kau?"

"Tengoklah sekeliling kau!" Zayrel tunjuk senyum angkuh. Apa dia ingat dia hebat sangat? Ingat aku akan takut ke dengan ugutan penumbuk dia itu? Zayrel tersenyum sinis. Mana taknya, sejak dari tadi semua orang sedang sibuk merekod pertengkaran mereka berdua.