Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cerpen Cinta Si Gendut part 1


Cinta Si Gendut

Nukilan ..


“Ma, Zayrel pergi main bola sepak dulu ya! Dah terlambat ni!” teriak Zayrel dengan berlari tergesa-gesa menuruni tangga rumah agamnya dan segera mendapatkan keretanya. Zayrel segera memecut keretanya dengan laju sekali meninggalkan perkarangan rumah agamnya ini. Mamanya hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah anak terunanya yang bongsu ini. Memang tiap-tiap petang, akan menghilang sahaja dia ini, katanya pergi bermain bola sepak dengan kawan-kawan di taman. Entahlah, asalkan si Zayrel ini tidak terjebak dengan perkara yang tak berfaedah lah. Apabila nak masuk Maghrib barulah kelibatnya muncul di rumah agam ini.

Zayrel memandu keretanya dengan laju sekali dan asyik menilik jam di tangannya. Sudah lambat aku ni, tentunya mereka sudah mulakan permainan tanpa tunggu aku datang! Sudah 2 kali dia melanggari lampu merah isyarat jalan kerana mengejar masa. Kemudian, hansetnya berdering lagu , ‘Jangan Nakal’ nyanyian Alif. Sapalah pulak yang kol aku masa genting ni? Dilihatnya sekilas akan nama pemanggil ini dan rupanya adalah aweknya sendiri. Apa yang dia mahu pula kali ni? Eizda masih menghubunginya dan kali ini Zayrel mengaku kalah dan mengangkat panggilan ini.

“Ada ape?” kasar sekali nada suaranya.

“Nak ajak U teman I shooping!”

“Honey, U kan tahu ni masa I main football with my friend. Dah banyak kali I beritahu kat U, masakan U terlupa?”

“I tak kira, I nak U temankan I shooping juga! I tunggu U datang ambil I!” talian dimatikan tanpa sempat Zayrel berkata selanjutnya.

Zayrel menghubunginya berkali-kali tapi tak aktif. Merajuklah pulak minah ini. Peningnya kepala aku ini. Minah ini memang sengaja mengoffkan hansetnya. Mahu protes dengannya lah tu! Boleh jalan!!!

Kemudian, Zayrel bagaikan merasakan ada seseorang melintasi di depan dan saat itu jugalah dia telah melanggar sesuatu tanpa sedarinya. Brek ditekan secara kecemasan. Ini semua terjadi kerana dia tidak berikan perhatian kepada pemanduannya kerana sibuk menaip mesej.

Orang yang dilanggarinya terduduk di bahu jalan. Bunyi hon kedengaran dari belakang. Zayrel kaku di dalam keretanya. Orang itu pun berusaha bangun dan memegang lengannya yang sedikit tercedera dan kakinya terseliuh pula. Apalah nak jadi dengan pemandu sekarang ni! Ingat jalan ni mak bapak dia punya ker? Ni mesti sah tak de lessen memandu!!! Tak pun lesen pokai aje kerjanya.

Zayrel dapat melihat dengan jelas bayangan orang yang dilanggarinya, seorang gadis
yang ehmm.. boleh tahan susuk badannya dan jua montelnya dia ni! Zayrel menelan air liurnya. Gadis itu kelihatan sedang menahan marahnya lalu dengan secara sengaja dia menendang pintu kereta Zayrel. Zayrel yang kaku lantas marah dan terus keluar.

“Apa kau buat ni? Kalu kemek kereta aku ni, kau kena bayar ganti ruginya!” jawabnya angkuh sekali.

Gadis itu tersenyum, “Tahu pula nak keluarnya. Sayang sangatlah kau dengan kereta ni. Yang aku dilanggari kau tadi, boleh pulak buat tak endah je!!” sinisku membalas katanya.

Merah padam mukanya ini. Apa dia ingat dia seorang jer tau mulut laser? Aku pun pandai jugalah!!!

“Yang tu..!”

“Yang tu apanya? Kau takkan tak nak bertanggungjawab pulak? Tengok, dah lengan aku cedera dan kaki pula dah terseliuh ni. Macam mana aku nak berjalan nanti? Dan yang paling penting, kau ni buta ker? Apa kau ni tak nampak ker batang lampu isyarat ni yang terpacak ni?” unjukku akan kecederaan fizikal yang aku dapat dalam kemalangan kecil ini dan juga memegang batang lampu isyarat ini.

Zayrel mendongak ke atas dan ternampak akan batang lampu isyarat ini. Dia juga sempat melihat kecederaan ini.

“Sorry, aku nak cepat tadi. Ada janji dengan kawan! Aku tak sedar yang lampu ni dah bertukar warna hijau tadi! Abis tu awak ni reti sangat ker melintas jalannya?” balasnya pula memarahiku.

Aik? Aku pula ker dipersalahkan kali ini, lelaki ini memang pandai nak melarikan diri jua. Takpe, aku ada akan mempertahankan diriku ini. “ Ada aku kisah dengan hal kau tu? Apa pula aku tak reti melintas jalannya? Kan di sini ada butang tekan tuk melintas. Tekan saje dan terus lintas. Simple jer! Tak ni pun tak tahu kot?”

“Oh, dah jadi pegawai lampu isyarat pulak. Sesuai sekali dengan orangnya!” jawabnya sinis sekali dan memandangku atas bawah atas bawah. Apa pula yang tak kena denganku ini? Hidung aku jatuh ker?

Gadis itu pun meraba wajahnya dan merasakan tak ada yang pelik pun dengannya. Lelaki ini memang sengaja nak menaikkan kemarahan aku saje. Geramnya!! Apalah malang nasibku ini bertemu dengan mamat sewel, tiga suku ini hari ini.

“Aku mahu kau bayar ganti rugi!” kataku dengan lantang dan memandangnya tajam.

“Excuse me! Memang dasar perempuan mata duitan. Pandai betul cari peluang nak mendapat wang dengan cara yang mudah sekali. Kau tu tolonglah cerminkan diri kau sikit! Kalu dah gendut dan montel tu, buatlah reti bahasa sikit dengan orang lain. Apa dengan kegendutan dan kemontelan kau ni akan buatkan orang simpati ker? Please!!! Wrong person!! Dan yang paling penting, ingat ni jalan mak bapak kau punya ker?” jawabnya dengan sombongnya dan memandangku dengan pandangan menghinakan.

Memang kurang ajar sekali kata-katanya ini. Mengapa pula saiz fizikalku menjadi sebab dia berkata sebegini. Salah ker dia dilahirkan dengan saiz sebegini? Apa dia ni bukannya manusia yang lain ker dan apakah kerana saiz ini, dia perlu mendapat layanan sesinis ini? Mengapa masih wujud diskriminasi begini kepada wanita sesaiz XXXL sepertinya? Di manakah nilai keperimanusiaan mereka semua ni?

“Kau memang kurang ajar sekali. Memang tak sayang mulut betul!”

“Ada aku kisah?” balasnya selamba dan menjeling matanya. Meluatnya aku lihat ini. Mahu sahaja ditampar wajah sombongnya ini.

“Oh ya, lain kali kalu nak melintas jalan tu, lihat sikit kiri dan kanan. Maklumlah aku mungkin tak nampak akan lampu isyarat tadi kerana terlindung dengan badan kau agaknya! Sorry ya!!! Tak ternampak tadi!! Dan sebelum tu, aku ni jenis yang akan bertanggungjawab dengan semua kesalahan aku.

Nah!!” tangannya mulai menyeluk sakunya dan mulai mengeluarkan dompetnya. Dia menghulurkan beberapa not wang kepada gadis montel ini. Sambungnya lagi, “Untuk semua ganti rugi yang saya tak sengaja melanggari awak tadi,”

Gadis montel ini pun mengambil wang ini lalu memandangnya tajam. Lalu, dia pun melemparkan wang ini ke wajah Zayrel. “Apa kau ingat aku ni kemaruk sangat nak wang kau ni? Selepas kau dah hina aku ni, ingat aku akan maafkan kau macam ni jer ker? Boo jalanlah… aku bukannya perempuan yang boleh kau beli dengan sekelip mata jer! Silap orang tau!!” jawablu lantang dengan tenang.

Wajahnya sudah berubah rona kerana dipermalukan sedemikian rupa. Perempuan ini memang nak cari pasal denganku.. Jagalah!! Belum sempat Zayrel berkata-kata, ada suara seseorang menyapa dengan kuat dari belakang.

“Yang!” teriak seseorang dari belakang dan gadis itu berpaling. Seorang jejaka sedang menuju ke arah kami berdua dan merapati gadis montel ini.

“Yang buat apa kat sini? Dah lama abang tunggu dari tadi tau!! Ni sapa?” soalnya akan diri Zayrel ini.

“Ni… mamat sewel. Tak cukup otak. Kami bergaduh tadi!”

Zayrel memandang tajam wajah gadis yang dipanggil nama ‘Yang’ ini. Sesedap rasa sahaja dia gelarkanku mamat sewel. Aku ada nama tau!

“Kenapa pula bergaduh?”

“Yang kemalangan tadi dan kaki seliuh ni.Naklah dia ni bertanggungjawab tapi tak pun dia buat. Ni yang kami bertengkak dari tadi!”

“Apa? Cedera kat mana? Jomlah cepat kita pergi klinik! Kamu, saudara. Kita akan berbincang lain kali!” katanya dan lalu memimpin gadis ini pergi.

“Kejap, saya dah berikannya wang tadi, tapi dia telah buangnya. Bukannya salah saya lagi. Dan satu lagi, saya nasihatkan kepada saudara agar jaga bebaik makwe saudara ni. Jangan terlepas lagi dan menyusahkan orang lain pula. Dan paling penting, ajar dia cara panduan melintas jalan dengan betul! Serta cara berbudi bahasa dengan sesama manusia selepas ni! Kita ni orang Melayu yang kaya dengan adat budi bahasa. Hope U can teach her! Saya juga bukannya diberi nama mamat sewel, jangan nak sesedap rasa saje mengata pada saya! Suruh dia basuh lelama sikit otak tu! Assalamualaikum!” panjang lebar sekali jejaka sombong ini berkata kepada kami berdua dengan memberikan nasihat percuma yang sinis sekali.

Bayangannya yang meninggalkan kami berdua diperhatikan bersahaja. Kemudian, ketawa kecil terletus.

“Memang dah tak betul otaknya. Ada ker kata kita ni pasangan kekasih? Ada rupa kekasih ker kita berdua ni?”

“Entahlah, abang pun tak pasti. Jomlah ke klinik! Rawat cedera Yang ni, kan berlarutan pula!”


***** *******


Zayrel tiba jua di padang bola sepak meskipun terlambat. Dia telah ketinggalan dalam perlawanan kali ini dan kini hanya menjadi pemerhati saja. Kawannya pun menghampirinya.

“Nape lewat hari ni, bro? Kau dah miss one game tau!” soal Asrul kepada Zayrel yang mempunyai wajah seperti pelakon Malaysia, persis Ako Mustapha. Zayrel leka termenung jauh.

“Aku dah hal tadi. Aku kemalangan tadi!!” ucapnya bersahaja.

“Apa? Kemalangan? Kau ada cedera tak kat mana-mana?” tanyanya gelisah dan memeriksa badan Zayrel.

“Aku baik-baik aje. Cuma hatiku je tak tenang ni!”

“Hati? Apa kena mengena hati dengan kemalangan kau pulak?” soalnya pelik dengan bicara Zayrel ini.

“Aku bertengkak dengan seorang tadi. Perempuan. Gendut pulak tu! Yang geramnya, dia tu lidahnya tajam tau. Siap perli aku lagi. Mana tak geramnya!!! Tak padan dengan gendut tau dia tu!” ujarnya memberitahu akan makna katanya tadi.

“Ya Allah, kau ni! Dengan perempuan pun nak cari gaduh ker? Akal letak mana? Tak malu ker kalu orang tengok kau bertengkak di jalanan dengan perempuan?”

“Ada aku kisah ker? Dia tu yang buat naik angin dulu! Aku pun apa lagi, melawan lah! Ingat dia tu perempuan aku akan simpati ker? Please laaa!!!”

“Kau ni.. nasib..nasib tau, bertengkak dengan orang gendut!! Nak ketawa aku dengarnya!!” gelaknya pula dengan kuatnya.

“Dah, cukup!! Jangan nak perli aku pula. Bengang aku tak hilang lagi ni!”

“Ok, bro! gendut!” Asrul mengejeknya dan terus meninggalkannya sendirian. Zayrel pun termenung jauh dan sudah mati minatnya untuk bermain bola sepak dengan kawannya. Semuanya kerana si gendut yang tak sedar diri tu!

Hansetnya berdering banyak kali. Sapa pula yang menganggu ketenangannya pulak ini? Dicapainya dan menjawabnya, “Where are U now!! Apa ni??? U ni sengaja kan nak buatkan I naik marah. U ada kat mana? Kan tadi janji nak jemput I??” teriaknya dengan kuat dan membuatkan Zayrel menjarakkan hansetnya dari telinganya. Perit tau telinga dia mendengar teriakan nyaring aweknya ini.

“Mana ada I janji nak ambil U tadi! U tu yang memandai je buat janji tau!” katanya pula dari jauh.

“U jangan nak mengada pulak! Cepat datang ambil I ni. I tunggu kat rumah I sekarang! Sekarang jugak!” kali ini talian ini dimatikan dengan kuatnya. Marah benar Eizda kali ini. Pantang dia kalu Zayrel lambat menjemput dia yang mahu ke mana-mana apatah lagi pergi shooping.

Zayrel mengeluh dan berteriak kepada temannya, “Sorry semua! Hari ni mood aku nak main bola tak delah! Aku nak chow dulu. Aku ada hal jap. Kita main sama-sama esok, bye!!”

“Ok!!” sahut mereka serentak dan menyambung kembali permainan mereka. Zayrel segera mendapatkan kereta dan meluncur laju ke rumah Eizda. Dari jauh dia sudah ternampak akan wajah masam Eizda dengan muncung panjangnya. Eizda segera masuk dan menutup kuat pintu keretanya.

Zayrel tak terkata apa-apa dan membiarkan Eizda dengan rajuknya. Perempuan dengan merajuk langsung tidak boleh dipisahkan. Dia pula memang malas dalam bab pujuk memujuk ini.

“U memang sengaja buat I tertunggu U tau!.” Katanya memulakan bicara setelah lama mendiamkan diri.Zayrel diam seribu bahasa.

Eizda naik bengang dengan sikap sambil lewa dia ini. “Hey! I talk to U!”

“I’m listening, dear!”

“So, what the reason U late?”

“U bukannya tak tahu? Kan ni masa I main football dengan kawan I. U really know what it time now! So, don’t pretend that U didn’t know!” jawabnya pula dengan dikuatkan volume suaranya.

“U lie! I dah kol kawan U tadi. Mereka kata yang U tak datang pun main football. U sebenarnya pergi mana ni?” soalnya pula dengan membulatkan matanya.

“Whatever!”

“Don’t U use that phrase. I don’t like it. It really means that U are lie to me! So,
tell me the truth now! Or U pergi jemput awek U yang lain ker?” syaknya pula kepadaku.

“Enough!! Eizda! U ni nak ajak I teman U shooping ker ataupun ajak bertengkak?”

“Ajak shooping! U tu yang buatkan I ni sakit hati tau!” katanya dengan memuncungkan lagi mulutnya.

Zayrel tergelak melihat muncungan ini. Eizda kepelikkan dengan pakwenya ini. Tadi bukan main marah dan sekarang ni dah tergelak? Betul tak pakwenya ini?

“Muncung U tu boleh I pinjam nak sangkut baju I. Tak tahan tau I tengok dari tadi!” luahnya akan punca dia tergelak besar.

“U ni suka tau nak mainkan I!” tamparnya perlahan di lengan Zayrel. Zayrel mengaduh kesakitan dan nampaknya mereka berdua sudah berbaik semula. Senang sahaja mahu pujuk dan leraikan pergaduhan tadi.

“Oklah, U jangan nak naikkan angin I macam tadi. Dah lah mood I tak berapa elok hari ni. Kan tak pasal-pasal U kena tengking dengan I tadi, nak ker?”

“Tak nak!” pantas dia menjawabnya.

“Good girl! So, kita nak pergi shooping kat mane nie?”

“Suria KLCC!” jawabnya dengan riak wajah yang ceria sekali.


***** *****

Yang berjalan dengan memeluk erat lengan Fikrie, abang kandungnya dengan manja sekali. Hari ini dia akan dipertemukan dengan awek abangnya ini. Sudah berjenuh dia memujuk abangnya yang dia sudah sihat selepas kemalangan tadi. Abangnya akur dengan kedegilannya dan kini kami sudah berada di Suria KLCC untuk bertemu dengan gadis kesayangan abang kandungnya ini. Macam mana agaknya wajahnya itu?

“Nanti dah berjumpa, jangan nak usik awek abang tu! Dia tu pemalu kit!”

“Oit. Awalnya dah bagi amarannya. Orang tu sayang awek lah tu!!”
Abangnya hanya tersenyum manis dan kami menuju ke KFC. Abang sudah berjanji mahu bertemu di sana. Yang tidak sabar nak bertemu dan kami berdua dapat melihat seseorang sedang duduk membelakangkan kami. Abang pun menyapanya. Dia berpaling.

Yang terpegun. Memang cantik sekali awek abangnya ini. Namanya juga cukup manis, Nur Suraya Izzati. Panggil Izzati sahaja.

Kami saling berkenalan dan berbual. Banyak juga rahsia yang aku korek dari awek abang ini. Abang pula jangan nak diharap agar menceritakan semuanya ini. Perahsia betul.

Inilah peluangku mengorek semua kisah peribadinya. Maklumlah, abang ni kan doctor, jadi kurang sikit bergaul dengan orang.Kak Izzati juga memberitahu yang dia juga ada seorang adik lelaki yang lebih kurang sebaya denganku. Katanya, dia menuntut di kolej terkenal di sini. Nama kolej tu cam familiar je! Abaikan je lah!

Selepas menjamu selera, kami berjalan masuk ke Suria KLCC untuk mencuci mata sahaja sambil meluangkan masa dengan awek abang Fikrie ini. Taklah pemalu sangat seperti yang abang Fikrie beritahu tadi. Akak Izzati ni sangat ramah sekali dan kami berdua sudah menjadi rapat dalam jangka masa yang singkat dalam pertemuan pertama ini.
Pengunjung juga ramai dalam Suria KLCC ni dan akak Izzati telah membelanjakan aku beli beberapa pakaian. Ini hanya sebagai hadiah kepadaku.

Tanpa kami sedari, kelakuan kami ini diperhatikan oleh seseorang dari seberang sana. Seseorang jejaka leka memerhatikan kami tanpa berkelip. Zayrel pun mengekori kami dan saat itu dia telah mengekori abang dengan akak Izzati. Aku pula entah ke mana menghilangkan diri. Yang paling seronoknya, abang telah memegang erat tangan akak Izzati dan ini membuatkan Zayrel bagaikan naik angin. Dasar lelaki buaya darat. Tak cukup dengan seorang perempuan. Tapi, memang padan muka dengan si gendut itu kerana pakwe dia telah main kayu tiga di belakangnya.

“Zayrel, U ke mana ni?” soal Eizda yang memanggilnya dari belakang. Alamak, kacau betul minah ni. Aku baru je nak lihat wajah muka awek baru tu.
Eizda pun menarik tangannya dan mengajaknya pergi. “Apa U tarik I ni?”

“Dah U tu tak reti nak duduk diam. U ni memang nak malukan I tau. Syok je tadi I cakap dengan U, tup-tup bila paling tengok U dah tak de. Malu tau, orang tengok I cakap sorang-sorang je tadi!” luahnya kesal dengan sikapku meninggalkannya dengan senyap.

“Lepaslah dulu tangan I ni. Rimas tau. I ni bukannya hamba suruhan U tau nak heret ke mana pun!” kata Zayrel kasar dan tangannya dilepaskan.

“Ok, kali ni kalu U lari pula, I takkan lepaskan lengan U ni. Tak kira U nak rayu pun. Sekarang ni, jom ke sana. I nak tengok hanset baru!” Dalam terpaksa, Zayrel mengikuti kerana kalu ditolak, perempuan ni akan mengamuk pula dan kesudahannya dia pula akan ditimpa malu.

Sedang Eizda mengheret lengan Zayrel agar mengikutinya, terjadi perlanggaran. Keduanya saling terjatuh dan terduduk di lantai.

“Sorry, saya tak sengaja!” terpacul kata itu di bibir Yang. Mereka berdua pun saling berpandangan dan terbeliak mata keduanya.

“Awak!!”

“Kau!!”

“Apa yang kau buat kat sini? Apa dalam dunia ni dah tak de orang lain ker nak aku bertemu ker selain kau?” luah Yang dengan perasaan amarah dan cuba bangun dari lantai. Malu jika dilihat lama oleh orang sekeliling.
Eizda pula membantu Zayrel bangun. Zayrel berdiri setentang dengannya dan merenung tajam.
“Apa kau ingat aku ni kepingin sangat nak berjumpa dengan kau ni, gendut?”

“Sapa gendut?”

“Kau lah, takkan tak tahu saiz badan sendiri kot?” sindirnya perlahan dan mereka berdua saling ketawa dengan kealpaanku tadi.

“Dah, jangan nak panggil aku gendut lagi. Buat pengetahuan kau, aku ni 1001 kali tak hingin nak lihat wajah kau yang menyebalkan dan bongkak ni! Bolehh jalan!!”

“Aku pun lagi tak hingin! Gendut!”

“Cukup! Hina sangat ker saya ni gemuk? Ada saya ganggu hidup kau?”

“Memang tak der pun, tapi orang saiz macam kau ni menyusahkan hidup dan mencacatkan pemandangan saje! Malahan mencacatkan kecantikan seorang wanita tau dengan saiz XXXL kau ni!”

Yang menutup telinganya mendengar hinaan ini kepadanya. dia juga sempat menahan air matanya dari tumpah depan lelaki bongkak ini. Jika jatuh, tanda dia sudah kalah dengannya.

“Baik, kau ni memang suka cari pasal denganku. Tak puas lagi ker selepas kau hina aku tadi? Apa tak de makna nilai kemanusiaan dalam diri kau ker? Atau kau ni jenis yang suka nak lihat lidah sapa yang lagi tajam dalam menuturkan kata-kata hina?”

Eizda pelik dengan kata-katanya ini. Mereka berdua ni saling mengenali ker? Kalu tak mengapa dalam pertemuan tak sengaja ni sudah dalam sekali kebencian dalam hati mereka berdua sekarang ini. Apa pun, dia akan bertanya kemudian.

“Memang aku tak puas lagi menghina orang seperti kau. Aku memang tak suka dengan orang gemuk macam kau. Menyakitkan hati aku je! Aku akan buatkan kau menangis jua depan aku sekali.!”

“Busuknya hati kau ni. Harap je wajah hensem, tapi hati tu busuk sekali. Tapi, ingat yang satu hari nanti kau yang akan menangis depan aku dan melutut meminta maaf denganku. Ni janjiku! Aku janji!” kataku dengan penuh azam sekali.
Dia tersenyum. “Whatever! Nyah kau! Benci aku tengok kau ni!”

“Ok, sebelum aku pergi, ni ada hadiah untuk kau! Hadiah istimewa!” kataku dan lalu menghampirinya dan mengangkat tanga dan..Pang!!

Dia tak sangka dengan tamparan ini dan aku pun sekali lagi memijak kuat kasutnya. Berdecit-decit dia melompat kesakitan. Aku pula pantas melarikan diri dan terasa puas hati sekali kerana dapat memberikan pengajaran kepadanya.



Di Kolej…

“Oii… Yang! Kau mengelamun apa ni? Kau berkhayal ke mana pulak kali ni?” sapa Farah Akma dan duduk di sebelahku. Lamunanku terhenti.

“Ke Bulan dengan Dato’ Sheikh Muszafphar!” selamba aku menjawabnya.

“Mak oii, kuatnya angannya. Dengan angkasawan kacak pulak tu. Jelesnya aku tau!”

“Well.. aku ni memang raja berangan. Kau tak kan tak tahu lagi kot. Ko ni jadi kawan aku dah berapa tahun?”

“Baru 2 tahun 8 bulan 31 hari.”

“Mak oi, yang si kecik tu kira jugak? Memang pandainya kawan aku ni! Kau ni sergah aku pagi-pagi ni, nak apa? Nak kena tumbuk ker?”

“Opss.. mareh nampak!”

“Cikit je mare tu! Apa halnya?” soalku sedikit membetulkan kedudukanku ini.
Belum sempat Farah Akma mejawabnya, pensyarah sudah masuk. Perbualan kami terhenti dan kembali bersedia belajar pula. Dalam 10 minit kemudian, ada seorang pelajar yang sampai lewat dan masuk.

Kami semua melihat pelajar lelaki itu dan dia duduk di tepi Farah Akma. Aku memang terkejut melihat kelibatnya dalam kelas ini. Dia ni memang mengekori aku ker?
Mamat sewel ni memang sah ekori aku. Agaknya dia nak balas dendam akanku kerana telah memijak kakinya dan juga menamparnya. Kalu ya, memang jejaka bongkak ni nak cari nahas betul. Sabar Yang Diayana.

Yang pun mencuit lengan Farah Akma dan Farah Akma berpaling kepadanya. “Cuba kau tengok sapa yang duk sebelah kau tu. Kau kenal tak dengan dia tu?”

Farah Akma berpaling dan tersenyum. Dia ni ker yang duduk sebelahku? Mengapa aku tak perasan akannya? “Kenal, dia ni kan pelajar kat kolej ni. Memang selama ni dia ni sekelas dengan kita. Ko ni takkan tak kenal dia pulak?”

“Sapa dia tu? Mengapa aku tak pernah nampak dia pun selama ni?” soalku sedikit bingung. Dia ni rakan sekelas ni? Masakan betul kot?

“Memang kau tu mana nak kenal orang. Yang ko selalu kenal adalah buku-buku kat library tu. Tu lah, aku ajak kau sosial kit, kau tak nak! Kan rakan sekelas pun leh tak kenalnya. Kau memang ketinggalan zaman tau. Satu kolej kenal dengan dia !”

“Kau ni aku tanya sapa dia je, yang kau rajin sangat elobrate banyak sangat ni, nape? Apa nama dia?” katanya sedikit marah dengan kata-kata Farah Akma.

“Alah, sesekali sekala nak bagi kau tu tau kit orang sekeliling. Nama dia Izz Zayrel Fakimi. Dia tu pemain bola sepak yang terkenal di kolej kita ni! Kira pelajar popular dan pujaan wanita sini!” luahnya dengan penuh bangganya. Terujalah tu jejaka pujaan duduk sebelahnya.

Asmira yang duduk sebelahku mencuitku dan bertanya mengapa dengan Farah Akma tersengih seorang diri itu. “Orang angau!”

Asmira tersenyum pendek dan kembali menumpukan perhatian ke pengajaran pensyarah. Jadi nama dia Izz Zayrel Fakimi, mak oii, panjangnya nama dia tu. Tapi aku tetap akan panggil dia nama mamat sewel.

Sedang kami saling berbual, pensyarah tiba-tiba sahaja memanggil namaku.

“Diayana, can you came here and answer this question!” laungnya dari bawah. Terkejut beruk aku dibuatnya dan semua memandangku. Aku segera berdiri dan diminta menjawab soalannya. Aku pun bangun dengan selamba dan menuju ke bawah. Aku berjalan dengan perlahan dan menyelesaikannya dengan mudah. Nasib baiklah aku dah buat latihannya di rumah akan soalan ini, kalu tak malu aku diberi ceramah free olehnya depan semua rakan sekelasku ini.

“Well done! Sekarang Diayana boleh duduk! Ingat, jangan nak bercakap masa saya tengah mengajar!”

Yang tersenyum dan kembali ke tempat duduknya. Zayrel pula memerhatikannya lama. Yang buat tak tahu sahaja akan pandangannya ini kepadanya. Dia ni pun ada dalam kelas ni? Minah gendut ni ker? Benar ker ni? Aku tak salah lihat agaknya!!

Tapi dia juga dapat tahu yang minah gendut ni bukan calang-calang orang. Dia ni antara pelajar yang paling cemerlang sekali antara kami semua. Ulat buku katakan. Dunianya hanyalah buku dan library. Ah! Pedulilah dengan kebijaksanaan dia tu. Ada aku peduli ker? Yang penting gendut tetap gendut di mata aku ini.

bersambung

1 ulasan: