Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

Cerpen Cinta Si Gendut part End

Cinta Si Gendut
End of Story


Berminggu-minggu Zayrel mengurung dirinya dan menghukum dirinya dengan cara begini. Semua urusan kerjanya diserahkan kepada kawannya ini. Yang juga hairan dengan sikap kehilangannya ini yang secara mendadak.
Yang terasa juga mahu mencari Zayrel di rumahnya tapi dek kerana egonya, Yang membiarkannya sahaja. Keadaan Zayrel menjadi tidak terurus sekali kerana dia lebih banyak termenung dan menangis. Akaknya sudah naik bingung dengan adiknya ini. Makanan dan minuman juga diabaikan.
“Yang! Yang kena tolong akak jugak. Demi akak, Yang mesti datang sini dan bercakap dengan adik akak!” kata akak iparnya semasa menghubunginya.
“Tapi, kami mana ada apa-apa ikatan!”
“Please, jangan jadi ego. Akak tak mahu adik akak berada dalam keadaan sebegini. Kalu Yang lihat, Yang akan bersimpati dengannya. Dia dah jadi tak bermaya. Please! Akak sanggup sujud dan merayu agar adik kembali normal!”
“Akak, jangan paksa Yang!” kataku lagi.
“Kalu ni demi kebaikan adik akak, akak rela buatkan kamu jadi terpaksa sebegini. Please, akak merayu ni!”
“Yang akan fikirkannya dulu. Tapi jangan berharap sangat dengan Yang. Yang akan cuba!” akhiriku pula.
Yang sedang berada dengan abangnya. Abangnya bercakap dengannya. “Zayrel sedang menghukum dirinya kerana kesilapan lalu. Dia sedang berperang dengan perasaan bersalah dalam dirinya. Kanda sendiri telah lihat keadaannya. Tidak bermaya sekali. Kami dapat rasa yang Zayrel memang menghukum dirinya. Hanya Yang boleh membuatkannya lari daripada perasaan bersalahnya ni! Yang saje!” ucap kandanya lagi.
Yang masih merasa yang Zayrel wajar menerima akan semua ini kerana perbuatan melampaunya itu. Kanda dan akaknya amat berharap sekali dengannya agar dia bertemu dengan Zayrel demi menyelamatkannya daripada kemurungan.
Apa yang perlu aku lakukannya sekarang ni? Adakah aku perlu membiarkannya sahaja ataupun melawatnya jua? Apakah pilihan yang wajar aku buat demi situasi ini.
“Baiklah!” Yang sudah membuat keputusannya. Yang pun bangun dan terus keluar dan meluncur laju ke keretanya.
Yang berkira-kira ini adalah cara terbaik dalam mereka berdua. Inilah keputusan terakhir yang akan dia putuskan kepada kami berdua. Yang meluncur laju ke rumahnya dan terdiam seketika di dalam keretanya. Adakah ni tindakan yang wajar dia berada di sini?
Yang perlu selesaikan semuanya hari ini. Yang pun berjalan masuk dan akaknya memeluk erat badannya. “Semoga dengan kedatangan Yang ni akan buatkan Zayrel kembali semula. Hanya pada Yang, akak berharap!”
Yang melangkah kaki menuju ke bilik Zayrel. Yang mengetuk perlahan biliknya. Tiada suara yang mempelawanya masuk. Yang memulas tombol pintu perlahan dan keadaan gelap sepi sekali.
“Zayrel!” panggilnya perlahan.
Tiada sahutan hanya bunyi tangisan kedengaran. Yang pun memetik lampu dan keadaannya terang bederang dalam bilik ini. Yang mencari kelibatnya dan rupanya Zayrel sedang duduk di hujung katilnya.
Yang menghampirinya dan melihat akan keadaan biliknya yang berselerak sekali. Ada beberapa gambar berterabur di atas lantai biliknya ini. Yang pun mengambil satu dan terkejut yang ianya adalah gambar dirinya. Rupanya Zayrel berada dalam keadaan sebegini kerana semua gambar ini. Dia sudah tahu akan hal sebenarnya!!!
Rahsianya sudah terbongkar. Zayrel sudah mengetahui segalanya. Dia sudah ketahui yang dia bukannya Trish dan dia adalah Yang sebenarnya. Apa yang aku mahu buat kali ini?
“Zayrel!”
Zayrel mendongakkan kepala saat namanya dipanggil. Wajah Yang ditatapnya lama, “Yang!!”
Zayrel pun cuba bangun dan memegang wajahnya. “Ni bukannya khayalan Zayrel kan? Yang benar-benar ada depan Zayrel!”
Yang terdiam sahaja dan membiarkan Zayrel memegang pipinya. “Yang, maafkan Zayrel! Zayrel bersalah dengan Yang selama ni!”
“Zayrel bersalah dengan Yang selama ni. Dah merata tempat Zayrel mencari Yang selama ni. Rupanya Yang sudah lama dekat dengan Zayrel. Zayrel buta kerana tak tahu. Yang masih marahkan Zayrel, kan?”
Yang terdiam.
“Takpe, Zayrel tahu yang Yang tak mahu bercakap dengan Zayrel selama ni! Zayrel mengaku yang Zayrel silap dan salah kerana menghina Yang selama ni! Maafkan Zayrel!”
“Dah cukup ker nak cakapnya? Mengapa dera diri sendiri sebegini? Tak sayang nyawa sendiri ker? Kenapa tak fikir akan akak kau tu yang sentiasa bimbangkan kau. Kerana ehsan akak kau, aku datang sini! Kalu ikutkan hatiku ni, aku takkan jejak kaki di sini. Biar kau mereput sini!” Yang berkata kasar dengannya. Zayrel tertunduk wajahnya di lantai dan menjatuhkan tangannya.
Yang memang masih dengannya lagi. 5 tahun tidak membuatkannya lupa akan kejadian malam itu. Tidak sesekali pun. Zayrel memandang lagi wajahnya dan kali ini membetulkan posisinya. Wajah Yang ditatap lama.
“Yang makin cantik, tapi Yang yang dulu lagi cantik Zayrel rasa. Zayrel suka lihat Yang yang dulu. Montel dan manis sekali!” ujarnya akan kenangan lama kami berdua.
“Kau hanya nak menyedapkan hatiku saje. Bukannya aku tak tahu yang kau memang bencikan diriku dulu. Memang yang sekarang ni kau suka kerana kan aku dah kurus dan taklah kau malu sangat jika berjalan denganku!” sindirku halus. Yang pun cuba bangun dan membuka langsir agar udara dalam sini tidaklah bau semacam sahaja.
Zayrel silau dengan cahaya yang masuk dalam biliknya dan menutup pandangannya. Sudah lama dia tidak melihat cahaya selain kegelapan dalam biliknya selama ini.
Zayrel cuba bangun dan terjatuh semula. Yang berpaling dan melihat akan darah kering berada di kakinya. Yang pantas mencari ubat untuk membaluti luka ini. Zayrel tak sangka yang Yang masih mengambil berat akan keadaannya seperti dulu.
Yang berhati-hati membasuh luka darah kering ini dan menyapu ubat. Kakinya juga dibalut dan Yang pun memimpinnya ke sofanya. Zayrel duduk di situ. Yang masih merawat lukannya ini.
“Zayrel masih ingat lagi akan ekspresi wajah Yang dulu masa tangan Zayrel luka dulu. Tak sangka yang Yang masih lagi ambil berat kepada Zayrel. Beginilah wajah Yang masa tu!” ucapnya perlahan dan dapat didengari oleh Yang. Yang pun menghentikan tangannya dan menjauhkan diri daripadanya.
“Saya hanya melakukan apa yang saya patut lakukan saje. Tak der niat apa-apa dan boleh tak tolong jangan ulangi semula apa yang telah terjadi dulu. Semua tu adalah kesilapan dan ianya tidak patut berlaku antara kita berdua tu masa tu!” berdatar suara Yang berkata dengannya sambil melihat di luar.
“Taka de silap apa-apa pun. Ianya terjadi kerana kita yang mahukannya!”
“Cukup!”
“Yang! dengarlah yang Zayrel benar-benar telah menyesal selepas menghina dan memalukan Yang malam tu. Hanya akak yang tahu betapa menyesalnya Zayrel selepas kehilangan Yang!”
“Don’t call me Yang! I’m now Trish! Trish!”
“Please forgive me!”
“No, saya dah katakan dulu yang saya takkan maafkan kau selamanya! Selamanya!!”
“Lupakanlah segala dendam yang ada dalam jiwa Yang tu! Zayrel dah menyesal, menyesal sangat! Kita bukak buku baru. Buang yang keruh da ambil yang jernih. Kita sama-sama pulihkan hubungan kita berdua, ya!” katanya dengan penuh harapan.
“Sia-sia saje! Aku takkan buat seperti yang kau inginkan! Rasa sakit hati ni masih lagi bersarang dalam ni. 5 tahun hanya mengubah luaranku saje tapi dalaman masih lagi sama. Penuh dengan luka dan sakit yang mendalam sekali. Aku takkan lupakan semua kata-kata hinaan dan cercaan kau pernah lemparkan untuk aku!” Yang ketawa kecil dan kemudiannya berwajah murung. Dia memegang kuat langsir untuk mendapat kekuatan di sini.
Zayrel cuba bangun dan menghampirinya. Yang sedar dan mengelak. “Don’t you dare to get close with me. Don’t!”
Tapi Zayrel tidak mengendahkan amarannya ini. Kini Yang tersepit dan terhalang oleh dinding. Zayrel pula sedang mendekatinya dan menghalangnya pergi dengan meletakkan kedua belah tangannya di dinding.
“Please turunkan tangan tu. Yang rimas tau!”
“Tak kisah, saya takkan turut apa jua arahan Yang kali ni. Yang memang mahu Zayrel bertindak sebegini, kan!”
“Are you crazy?”
“Yes! Crazy to you, dear!” ucapnya romantis dan mendekatkan wajahnya dengan diriku.
“Don’t call me dear! I don’t like it. My name is Trish not Yang anymore!” Yang menjeling kepadanya dengan melarikan wajahku daripadanya.
“But I like name Yang, same with the phrase sayang or ‘Yang’. Yang! Yang!”
“You are too much. You are…!”
“Mulut Yang ni dah jadi cam murai tau. Asyik bercakap je tak henti-henti. Nak kena cium dengan Zayrel. Lagipula dah lama Zayrel pingin nak rasa kelembutan bibir Yang tu selama ni! Nak ker Zayrel buat gitu tuk diamkan Yang?” ugutnya pula dengan merenung tajam bibirku dengan tersenyum sinis.
Pantas Yang menutup bibirnya dnegan tangannya. Takkan dia ni benar-benar nak buat kot. Tolong! Ada perogol bersiri di sini! Teriaknya dalam hati.
“Tahu pun takut! Sekarang ni dengar baik-baik apa yang Zayrel nak cakap. Zayrel dah menyesal dengan semua pernah Zayrel buat kepada Yang. Benar-benar menyesal. Buktinya, Zayrel pernah mencari Yang di semua tempat dan Yang tiada di mana-mana pun. Akak Izzati menjadi saksi semuanya! So, bila Zayrel dapat tahu yang Trish adalah Yang, Zayrel bersyukur sangat kerana dipertemukan semula dengan Yang. tapi, Zayrel telah menghukum diri Zayrel dengan cara Zayrel sendiri. Kini, Yang sendiri datang kepada Zayrel nak halang. Walaupun Zayrel tahu yang Yang datang bukan kerana Zayrel tapi kerana rayuan dan desakan akak Izzati. Zayrel tak kisah kerana dengan cara ni Yang akan sudi bertemu dengan Yang di sini.” Cakapnya dengan panjang lebar sekali.
Yang masih lagi memekup mulutnya dan terasa lenguh pula. Abaikan sahaja, lelaki ini bukannya boleh pakai sangat akan kelakuannya. Suka sangat buat yang bukan-bukan. Aku juga yang ruginya nanti.
“Tak lenguh ker cik adik kita ni pekup mulut tu?” sindirnya pula dengan melihatku tajam.
Yang tidak menjawab dan memalingkan wajah ke tempat lain. Zayrel mengikutinya wajahnya ke mana jua dia berpaling. Sengaja mahu mengusiknya. Yang makin membenci dengan kelakuannya ini. Seolah ingin mempermainkannya lagi.
Agak lama juga mereka berdua bermain ini. “Ok, Zayrel janji takkan cium Yang. Yang boleh bukak pekung mulut tu! Janji!”
Yang pun menjatuhkan tangannya. “You are dah melampau! Benci tau kena dipermainkan lagi sekali lagi. Melampau sangat!” marahnya dan menumbuk dada bidang Zayrel.
Zayrel membiarkannya sahaja kerana dia masih perlu tahu mengapakah Yang masih berdendam dengannya lagi. Perlu tahu akan sebab Yang masih membencinya.
“Dengar apa yang Zayrel mahu katakan kali ni. Zayrel hanya mahukan keampunan dari Yang. Zayrel mahu dengar sendiri akan Yang memaafkan diri Zayrel dan semua kesalahan Zayrel pernah lakukan selama ni kepada Yang.”
“Persetan dengan semua kemahuan kau tu. Kau mana layak mendapat kemaafanku ni!”
“Mana perginya dulu sifat pemaaf yang ada dalam diri Yang dulu? Yang memang dah berubah jadi orang lain, orang yang penuh dengan dendam, pemarah dan panas baran. Yang bukannya lagi seperti Yang dulu. Zayrel rindukan mahu bertemu Yang dulu tu, Yang comel dan berbadan besar!”
“Oh, dah tak berani ker nak ucapkan perkataan gendut sekarang nie ker? Aku tak pernah dengar pun lagi kau sebutnya secara depanku ni! Dah! Rindu konon! Padahal dalam otak kau tu hanya nak malukan aku jer, kan?” syakku lagi.
“Taklah, Zayrel berkata benar yang Zayrel rindukan Yang montel dulu. Benar dan sumpah Zayrel rindukannya Yang seperti dulu!” yakinkan dia kepadaku.
“Memanglah Yang dulu tu bodoh dan bengap kan. Dia tu senang diperbodohkan oleh kau. Senang dipermainkan dan dimalukan? Tak gitu? Kau memang pandai berlakon. Wajar kau akan menang anugerah pelakon terbaik ni! Aku tabik dengan lakonan kau ni!”
“Semua ni bukannya lakonan. Ianya ikhlas dari hati Zayrel. Sumpah demi Allah!”
“Jangan main dengan sumpah kerana akan memakan diri!”
“Terpulanglah dan Zayrel sanggup dimakan oleh sumpah asalkan Yang menyedari dan mempercayai ketulusan dan keikhlasan Zayrel selama ni! Zayrel dah berubah! Semuanya kerana Yang! Yang telah mengubah Zayrel begini! Semuanya Yang telah mempengaruhi diri Zayrel selama ni!” teranginya pula kepadaku. Aku terpegun mendengar katanya ini.
“Percayalah!” ucapnya romantis dan mendekatkan wajahnya denganku. Tangannya mulai merayap memegang pipiku. Aku seolah digam dan membiarkan wajahnya merapati wajahku ini. Aku membenarkan semua ini terjadi.
Perlahan-lahan Zayrel mendekati mukaku dan matanya melihat lama bibirku ini. Ada akalan muncul di kepalanya. Zayrel pun merenungku lama dan dengan pantas bibirnya kini berada di bibirku. Bibir kami berdua bersatu.
Zayrel menciumku lembut dan aku membalasnya. Kami terleka dengan lautan asmara ini dan Zayrel ghairah sekali dengan ciuman ni. Kemudian, tangannya merayap di tempat lain. Yang tersedar dari asmaradana ini dan terus menolak kuat badan Zayrel.
Zayrel terdorong ke belakang dan Yang merenungnya tajam dengan menunjukkan jari tunjuknya. “Kau memang berani cium aku. Ni ciuman pertama aku! Kau dah merampas ciuman pertama aku. Kau akan terima balasannya. Aku takkan jumpa dengan kau lagi!”
Yang segera beredar dan keluar dari bilik ni. Dia pun terus memeluk erat badan akak iparnya dan menangis di dalam pelukannya, “Akak!”
“Nape ni? Apa yang terjadi antara Yang dengan Zayrel dalam tu? Kenapa menangis teresak-esak sangat ni?”
Yang kian hangat menangis dan bunyi teriakan suara Zayrel. “Yang!! Yang!!” Dia menuruni tangga dengan pantas dan Yang pula mulai melarikan diri daripadanya.
“Apa yang Zayrel dah buat dengan adik abang tu? Cakap! Atau nak abang tumbuk Zayrel di sini jugak?” halang Fikrie sebelum Zayrel mengejarinya.
“Abang! Zayrel tak buat apa-apa yang salah. Izinkan Zayrel mendapatkannya kembali. Cinta si gendut sedang melarikan diri daripada Zayrel. Zayrel akan jelaskan semuanya nanti. Zayrel perlu kejar cinta Zayrel ni! Izinkan Zayrel pergi!” ujarnya dengan penuh berharap.
“Abang izinkan Zayrel pergi1 tapi, jangan lukai hati adik abang tu lagi selepas ni! Kalu tidak penumbuk sulung abang ni akan singgah di wajah Zayrel nanti!” Fikrie melepaskannya dan mereka semua melihat bayangan kereta Zayrel mengejari kereta Yang. Semoga semua badai pasti akan berlalu dan sinar kebahagian akan menjengah kembali dalam hidup Yang dan Zayrel semula.



Yang kaku mendengar akan rakaman suara yang sengaja dipasangkan oleh Zayrel depannya. Dia dapat dengar dengan jelas semua luahannya dahulu kepadanya. rupanya Zayrel masih menyimpan lagi akan kaset rakamannya ini.
“Percayalah yang Zayrel masih mendambakan Yang sedang meluahkan perasaannya di dalam kaset ni! Zayrel perlu katakannya depan Yang. Zayrel cintakan Yang!”
“You are lie!”
“Not, dear. I’m loving with you. I Love U!” luahnya pula akan perasaannya.
“Zayrel hanya cintakan saya yang sekarang ni je, kan? Bukannya saya yang gemuk dulu tu! Dah lah berpura-pura dengan saya. Dah letih tau!”
“Sapa kata yang Zayrel sukakan Yang yang sekarang ni. Zayrel jatuh cinta dengan Yang masa Yang masih gemuk lagi. Zayrel jatuh cinta dengan Yang semasa Yang mengubati luka di tangan Zayrel semasa kita berada di pantai. Sentuhan itu telah mendebarkan hati Zayrel dan saat itu Zayrel sedar yang Zayrel cintakan Yang!”
“Tapi…!”
“Cukuplah nak nafikannya. Ingat Zayrel tak tahu yang Yang pernah berkata depan Asmira yang Yang cintakan Zayrel jugak! Zayrel tahu semuanya.”
“Bertuah punya Asmira. Dia ni tak reti nak simpan rahsia langsung!” gerutu dalam diam.
Zayrel pun melutut depanku ini dan ini menarik perhatian orang sekeliling. Orang ramai mulai mengelilingi mereka. Yang menjadi malu, “Bangunlah, apa yang Zayrel buat ni. Orang tengah tengok ni! Malu tau Yang!”
“Tak nak!”
“Wow, ada orang nak melamarlah. Romantiknya!!” sahut beberapa suara dan Yang sudah berubah rona wajahnya. Zayrel pula tersenyum dan masih berlutut lagi.
“Please bangun. Yang dah maafkan semua kesalahan Zayrel. Jangan nak rendahkan maruah kamu sebegini sebagai lelaki dengan duduk bersujud begini depan wanita! Bangun sekarang!” gesanya dengan menarik bajunya.
“Biarlah, asalkan Yang sudi menerima cinta Zayrel yang tulus dan suci ni!”
“Terima!! Terima!” kata beberapa suara orang ramai yang ada di sini.
Zayrel tersenyum kerana sekarang ni situasi berpihak kepadanya. yang pula menjadi serba salah, memang Zayrel ni jenis yang nekad akan apa yang dia akan lakukannya. Selagi tak dapat, dia akan berlutut sepanjang hari. Macam mana ni? Dah lah dia ni tak nak bangun walaupun aku sudah banyak merayu. Boleh dia buat muka selamba jer, muka derk!!
“Baiklah, kalu Zayrel tak nak bangun jua. Yang takkan maafkan Zayrel selamanya!” ugutku pula.
“Kalu Yang tak nak maafkan, Zayrel akan sujud depan kaki Yang ni!” ugutnya kembali dan menundukkan kepalanya. Alamak, dia ugutku dengan cara begini pulak. Orang ramai makin tersenyum melihat telatah Zayrel ni.
“Ok, Yang akan terima semuanya.” Mengalah jua dia dengan kemahuan Zayrel dan ini menghalang daripada Zayrel sujud di kakinya ini.
“Termasuk cinta Zayrel?” angkat sedikit kepalanya semasa menuturkan kata ini.
“Yes, so dah boleh bangun sekarang?” perli Yang dengan membantunya bangun. Zayrel pun bangun dan terasa sedikit kakinya kerana lama berlutut. Orang ramai pula mulai meninggalkan tempat ini dan kini tinggal Yang dengan Zayrel sahaja.
“Nape awak seksa saya sebegini. Kita takkan ada peluang untuk bersama-sama. Awak dah ada Eizda!” kata Yang dengan sayunya.
“Antara Eizda dan Zayrel adalah perkara lama. Kami sudah lama putus. Dia curang. Kini, Zayrel hanya mahukan Yang seorang saje! Yang saya cintai selalu dalam 5 tahun ni!” jelasnya akan segalanya.
“Kau dah hancurkan hati Yang selama ni dengan semua hinaan dan cacian dulu. Tak mudah Yang lupakannya walaupun sudah 5 tahun berlalu. Yang dah banyak menderita dan Yang tak nak menderita lagi!”
“Kita boleh baikinya secara bersama-sama. Kita juga boleh memenuhi mana yang masih tiada dalam diri ini. Saya janji akan setia dengan Yang jer! Kita mulakan yang baru!” pintanya dengan mengengam erat tangannku dan menciumnya lembut.
“Ni tentunya pertaruhan terbaru kau pulak kali ni! Yang takkan tertipu buat kali kedua!” mataku memandangnya dengan penuh prejudis sekali.
“No, sayang. Ni bukannya pertaruhan tapi adalah permintaan hati ni! Dah lama Zayrel pendamkan semua ayat-ayat ni dan nilah masa yang sesuai Zayrel luahkannya kepada Yang! Zayrel cintakan Yang!”
Yang tersekima mendengarnya sekali lagi. Zayrel memang serius kali ini dan segala layanannya membuktikan yang dia serius denganku kali ini. “Awak tipu saya, kan?”
“Tidak, sayang! Zayrel hanya cintakan sayang seorang saje! Semenjak sayang gemuk lagi, Zayrel dah cintakan sayang!”
“Betul?”
“Betul!”
“Sumpah?”
“Sumpah!” kelima-lima jarinya diangkat. Yang tersenyum. Pantas jarinya mencuit hidungku dan cubit. Aku mengaduh kesakitan.
“Adakah senyuman ni menandakan yang perang dunia ketiga kita ni dah berakhir? Dan juga petanda yang Yang menerima Zayrel dan juga cinta Zayrel?” soalnya dengan bercahaya di matanya.
“No komen!” pendek jawapanku.
“Tak adillah kalu semua cinta dan kasih sayang Yang beralih pada Michel!” ada nada cemburu dalam ayatnya kali ini.
“Michel? Apa kena mengena dia dengan kita berdua. Ni mesti kes cemburukan Michel. Tak ade gunanya cemburu akan tunangan orang tu!”
“Tunangan orang?”
“Ye. Dia tu tunang kepada kawan Yang, si Sueraya! Dah nak nikah pun. Takkan Yang nak rampas bakal suami kawan Yang sendiri kot?” sinis sekali aku memerlinya.
“Cemburu ya?” usiknya lagi.
“Of course I’m jeles. Dan Zayrel ada sebab nak jeles dengan Michel tau! Mati-mati Zayrel ingat yang Michel tu kawan istimewa Yang selama ni! Jahatnya Yang dera perasaan Zayrel selama ni. Tahu-tahu asyik berkepit 25 jam je dengan dia. Sapa tak jeles!” jelasnya dengan panjang lebar sekali akan sebab musabab dia perlu cemburu dengan Michel.
Yang ketawa kuat dan Zayrel mencubit lengannya. “Dahlah sekarang ni Yang makin jelita dan cantik tau. Kalu Yang ni gemuk, tentunya takkan ada lelaki seperti Michel nak rapat tau. Kalu Yang gemuk macam dulu tu, taklah Zayrel jeles sangat!”
“Apa? Nak gemuk semula? Tolonglah! Ingat senang ker nak dapatkan bentuk badan sebegini? Banyak yang Yang usahakan dan pantang larangnya! Penat tau amalkan diet tu selama ni. Senang-senang je nak gemukkan balik badan ni! Tak mau lah!” marahku akan cadangannya ini. Sesedap rasa je dia ni memberi cadangan kepadaku.
“Alah, nanti apabila kita dah nikah, Zayrel akan buatkan Yang jadi gemuk semula! Tengoklah!” sahutnya akan rancangannya di masa depan.
Aku tersipu malu. Aku dengan dia akan bernikah? “Tu gemuk lain. Tu gemuk kerana terkena buatan orang! Lagipun sapa yang hendak sangat nikah dengan Zayrel? Perasan!” selorohku dengannya dan berlari-lari.
Zayrel mengejarku dari belakang dan Yang terjatuh di pasir pantai. Zayrel pun duduk di atas badannya. “Oh, ada hati tak nak nikah dengan Zayrel. Nak kena cium ni!”
Yang meronta dan dia tak mahu kena cium pula kali ini. Zayrel langsung tidak melepaskan pegangannya dan mula mendekatkan wajahnya. Dan bibir mereka bersatu. Lama juga Zayrel menciumnya dan Yang hanya membiarkannya sahaja. Dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya ni.
“Thanss kerana sudi terima kembali Zayrel yang hina ni sebagai pasangan hidup Yang!” ucapnya selepas kami asmaradana tadi.
“Bukannya senang nak Yang terima semua ni. Banyak telah Yang fikirkan dan hati Yang berkata yang Yang cintakan Zayrel. So, mengapa Yang nak larikan diri lagi daripada cinta Yang ni. Dah jodoh kita berdua! Yang terima seadanya!”
“Thanss sekali lagi sayang. Zayrel janji takkan persia-siakan Yang lagi. Kita akan berbahagia dalam cinta yang satu,”
“Bersyukurlah kepada Allah!”
“Ya, syukur kepada Allah yang memanjangkan jodoh kita berdua! Kita perlu buat solat sujud syukur dan solat hajat nanti kepada-Nya.”
“Amin!”
Zayrel pun memelukku erat. Aku bahagia sekali dengan layanannya ini. Lamalah pulak kami berpeluk kali ini. Dengan berseloroh aku berkata di tepi telinganya, “Kot ya pun bersabarlah sikit. Takkan nak malam pertama kita nanti di sini pula? Berdosa tau!”
“Sorry, Zayrel tengah gembira sangat dan tak tahu nak buat apa lagi. Zayrel janji takkan sentuh Yang lebih-lebih sebelum hubungan kita dihalalkan. Dan malam pertama kita berdua akan berjalan dengan lancar nanti!”
Zayrel menyeluk saku kocek seluarnya dan mengeluarkan sesuatu. Dibukannya dan terus menyarungkan cincin di jari manisku. Aku melihat akan kilauan bersinar permata di cincin ni. Cincin ni menandakan yang kami akan bersatu tak lama lagi.
Zayrel mencium lembut tanganku ini dan berkata romantis. “Nanti kita pergi kursus kahwin bersama-sama ya! Dan kita akan diijab kabulkan tak lama selepas tu!”
Yang mengangguk perlahan dan kini hanya kebahagiaan yang akan kami tempuhi bersama-sama dalam bahtera rumah tangga. Segala penderitaan dan keperitan sudah berlalu..
“Tak sangka yang musuh ketat Yang selama ni akan menjadi suami Yang nanti. Peliknya perjalanan takdir kita ni sebagai umat-Nya. Yang masih tak percaya yang kita akan bersama selamanya!”
Zayrel tersenyum mendengar katanya ini. Di telinganya bagaikan terdengar lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ dikumandang oleh arwah seniwati Saloma. Kami berdua akan bernikah dan segala perseketaan kami dulu akan berakhir.
Si gendut yang Zayrel selalu hina dan caci itu akan menjadi insan istimewa dalam hidupnya dan menjadi isteri yang paling dicintainya sepanjang hayatnya. Kini, Zayrel sudah berbaik dengan si gendut dan akan menjadi suaminya dalam hayat ini sehingga hari kiamat nanti. Moga diizinkan oleh Allah.
Aku kini bahagia dengan cinta si gendut ini dan sangat menyintainya sepenuh hatiku ini. Kami berdua akan menjadi pasangan suami isteri kelak dan akan melahirkan anak-anak yang comel di masa depan.. Terima kasih Ya Allah! Kau Maha Mengetahui segalanya!!
Kami berjalan berpimpin tangan dan kini menuju pulang untuk mengkhabarkan berita gembira ini kepada semua. “Selepas ni Zayrel kena berjumpa dengan keluarga Yang untuk melamar Yang menjadi permaisuri di hati Zayrel. Zayrel kena minta izin dengan mereka, kan!” ujar Zayrel.
Yang terkedu mendengarnya, Zayrel mahu bertemu dengan keluargaku. Alamak! Aku masih belum berterus terang akan identiti sebenarku.
“Err.. yang sebenarnya.. ada perkara yang Zayrel perlu tahu sebelum jumpa dengan keluarga Yang!”
“Apa?”
“Yang sebenarnya… Yang sebenarnya..” tergagap Yang berbicara dengannya. Zayrel sudah lama tersenyum mendengar kegagapannya ini.
“Yang ni sebenarnya anak kepada keluarga diraja kan? Tu yang Yang mahu beritahu pada Zayrel?” celahnya memotong kataku.
Yang terlopong, “Zayrel tahu dari mana?”
“Adalah, dah lama Zayrel tahunya. Maafkan Zayrel kerana memperlekehkan asal usul Yang dulu! Ampunkan patik, tuan puteri!”
“Yang pun salah kerana merahsiakannya. Masa tu Yang memang malu kerana mana ada puteri raja berbadan gemuk. Oleh itu, Yang keluar dari istana dan hidup sebagai orang biasa! Yang malu!”
“Takpe, Yang penting Yang sudah berjaya buktikan yang puteri raja ni dah berjaya kurus. Yang adalah puteri yang cantik sekali menawan hati Zayrel ni! Nampaknya Zayrel kena bersedia dengan perisai nanti semasa bertemu dengan keluarga diraja Yang nanti!”
“Mengapa pulak?” pelik aku dengan katanya tadi.
“Yelah, kan Zayrel pernah menghina, mencaci akan puteri raja mereka. Tentu keluarga Yang takkan lepaskan Zayrel begitu saje!”
“Laa… keluarga Yang bukannya jahat sangat. Mereka hanya akan beri nasihat je dan mungkin akan bersetuju mempercepatkan tarikh pernikahan kita nanti. Sapa tau, kan?” kataku menenangkan jiwanya ini.
“Ye ker? Tenanglah kita hati Zayrel ni! Sayang jugak Yang pada Zayrel!”
“Mana ada. Yang hanya tak mahu keluarga kami dipandang hina oleh rakyat je!” gurauku.
“Nakalnya ni! Nak kena cium lagi ni!” Yang terus berlari dan Zayrel mengejarinya dari belakang. Kini, kami sedang bahagia dan hanya menunggu restu daripada orang tua sahaja. Semoga kebahagiaan ini berkekalan…..

end..tamat..Izza Sofea

3 ulasan:

  1. Salam, cik Ayu.
    :D nak komen, boleh? ^^ tapi sebelum tu, nak minta maaf jugak sebab nak kritik sikit. :) kritik bukan untuk menjatuhkan, tapi sy ikhlas.

    1st, plot cerita memang best. x penah baca puteri y gemuk dan keluar istana sebab malu. selalunya, kalau puteri mesti perfect,kan? hehe...tahniah~
    Saya suka bab Zayrel menyesal. garapan yang sungguh baik. padan muka dia. hehe... Betul cakap Yang, mana boleh seksa diri sendiri, berdosa, kan? :D


    2nd, sy rasa scene ciuman antara Yang & Zayrel mungkin boleh diolah dengan scene lain. maklumlah, mereka belum kahwin, kan? Kalau dah kahwin, okey jugak sebenarnya. Lagipun, lepas tu ada sebut-sebut bersyukur pada Allah, kan? padahal sebelum sebut Allah tu, perbuatan mereka salah di sisi syariat Islam. Jadi, nampak macam mempermainkan syariat. Maaf ya kalau cik Ayu terasa.

    Akhirnya, jom kita sama2 menulis. menulis itu boleh jadi satu jalan dakwah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas komen cik n.Haliban.. ayu akan lebih berhati hati selepas ini

      Padam
  2. masih banyak yg perlu diperbaiki..

    BalasPadam