Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Mei 23, 2011

EgOis sangat ker aku ni? 9


Part 9


Zaerel pun meracau-racau dan ada jua menyebut namanya dalam racauannya ini. Reya segera memegang erat tangannya bagi memberikan semangat padanya agar Zaerel menyedari akan kehadirannya ini.
“Reya, macam mana dengan Aerel?” soal mamanya yang baru tiba setelah Reya memaklumkan akan keadaan Zaerel yang ditahan di wad. Reya tersedar lalu melepaskan tangannya kerana berasa tak patut dia berbuat sebegitu dengan lelaki bukan muhrimnya.
“Macam nilah auntie, asyik meracau ajer. Doktor kata mungkin kena tahan lama sikit sehinggalah dipastikannya pulih macam biasalah!”
“Macam mana Aerel boleh jadi sebegini?”
“Semua ni salah Reya yang terlalu keras hati dengannya. Reya tak nak dengar langsung cakapnya semalam. Reya jua tak angkat semua panggilannya dan tu yang membuatkannya datang ke rumah Reya malam tadi! Reya pula syok saje tidur sedangkan Zaerel pula berdiri dalam hujan semalam. Reya langsung tidak sedar yang hujan turun semalam. Reya sedar pun masa mula nak pergi kerja tadi. Masa tu Zaerel dah lemah sangat dan wajahnya dah pucat sangat. Tu yang Reya segera bawanya ke klinik!” panjang lebar sekali penerangannya seringkas yang apa terjadi.
Mamanya mengangguk perlahan dan mengerti akan kedegilan sikap anaknya ini. Memang sengaja cari penyakit betullah, kan menyusahkan dirinya.
“Auntie marahkan Reya ker? Reya mintak maaf kalu Reya telah buatkan Zaerel jadi sakit dan Reya pun tak pinta ni semua terjadi. Maafkan Reya!” tangan mama Zaerel segera diambilnya dan diciumnya lembut.
“Takpe, auntie tak marah pun. Auntie memang tahu akan perangai Aerel tu, suka buat semuanya sesuka hatinya saje. Kan dah menyusahkan dirinya tu. Reya janganlah nak serba salah sangat. Ni semua memang perangai Aerel yang sebenarnya sejak dari kecil lagi. Anak nakal memang sebegitu perangainya. Ikut kepalanya saje.”
“Tapi, Reya tetap berasa bersalah dan Reya akan menjaganya sepanjangnya sakit. Harap auntie akan benarkan Reya menjaganya dengan sebaik mungkin, Reya berjanji!”
“Baiklah kalu Reya dah kata macam tu. Tentunya Aerel akan gembira sekiranya dia dapat tahu. Entah-entah dia langsung tak mahu sembuh agaknya nanti.”
“Eh, jangan pulak jadi macam tu. Memang botaklah kepala Reya kalu menjaganya sepanjang masa saje!” berselorohnya lagi.
Mereka berdua saling berbual sementara Zaerel pula sedang terlena berehat. Jururawat jua sesekali melilau akan keadaan semasa pesakit yang ada di wad ini. Reya dan mamanya saling berbual panjang dan mamanya jua cuba mencungkil akan rahsia dalam hubungan mereka berdua ini. Reya sebolehnya mencuba merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga Zaerel ini.
Zaerel pun tersedar dari lenanya dan melihat akan wajah yang sedang memandangnya. Siapa pulak wanita ini? Adakah aku mengenalinya? Mamanya tersenyum melihat akan Zaerel yang sudah terjaga, air mukanya jua tampak segar sikit dan bayangan pucat sudah mulai pudar.
“Ma, sapa ni?” soalnya sedikit tertanya-tanya akan siapakah wanita ini disebelah mamanya.
“Laa..Aerel tak ingat ker? Ni kan Reya. Aerel tak ingat ker?”
“Reya? Sapa Reya, ma?”
“Zaerel, ni Reya. Aerel terkena demam denggi, tu yang jadi pelupa kit. Aerel jangan nak bergerak sangat. Aerel tu tak sihat lagi. Malam ni Aerel akan bermalam kat wad ni. Saya akan temankan Aerel ya!” tersasuk dia menyebut nama manja Aerel ini.
“Ma, Aerel tak naklah. Aerel nak mama yang jaga Aerel!” rengeknya dengan wajah manjanya. Kiutnya wajahnya ini, langsung tidak sepertinya wajah biasanya yang dilihatnya di pejabat.
“Dah, jangan nak jadi anak mama pulak. Ni Reya akan jaga, mama ada kerja malam ni. So, Reya akan jaga Aerel ya. Jangan nak nakal-nakal tau. Oklah, mama nak pergi ni. Esok pagi, mama akan datang semula ya. Cepat sembuh tau!” mamanya meminta izin untuk pergi.
Zaerel segera mengerutkan wajahnya dan langsung tidak memandang wajah Reya ini. Baginya Reya ini hanyalah akan menyusahkannya di sini. Mamanya pun segera beredar dan meninggalkan mereka berdua di wad ini.
“Awak dah sihat?” bicaranya apabila Zaerel asyik sekali mendiamkan diri. “Nape awak kisah ker?” soalnya sinis sekali. Tersentak jua Reya mendengarnya ini. Memang Zaerel ini tidak mengenalinya langsung, tengoklah cara layanannya ini. Dingin dan sinis sekali lagaknya.
“Memanglah, dah jadi tanggungjawab saya untuk ambil kisah dengan semua urusan awak tau. So, jangan nak berlagak pula kat sini. Kalau dah sakit tu, buatlah macam sakit.”
Zaerel sekadar membuat muka selamba sahaja dengan semua kata-kata Reya ini. Baginya ianya hanyalah sekadar omongan kosong sahaja baginya, tak penting pun baginya.
Reya pun mengupas epal yang telah dibelikannya tadi untuk diberikan Zaerel. Hirisan epal itu dipotongnya halus dan dihulurkan kepada Zaerel. Zaerel enggan mengambilnya dan Reya sekadar meletakkan di tepinya sahaja. Terpulanglah padanya nak makan ke tak. Degil.
Reya pun bangun dan menuju ke tandas untuk mencuci tangan. Zaerel hanyalah melilaukan anak matanya sahaja melihat akan kelibatnya yang menghilangkan diri. Potongan buah epal itu dilihatnya dan berasa macam sedap sahaja. Terus diambilnya sepotong dan dimakannya. Enak jugak buah ini.
Zaerel memakan buah epal dengan banyak sekali. Reya yang baru tiba tersenyum melihatnya yang sedang makan. Boleh tahan gelojoh jugaklah dia ni. Zaerel tersedar akan kehadiran Reya tersedak dibuatnya. Reya segera menghulurkannya segelas air sejuk bagi meredakan sedakkannya ini.
“Tahu pulak nak makan ya. Lapar sangat lah tu. Tu lah jangan nak ego sangat dengan rezeki tau.” Sinis aku memerlinya.
Zaerel mencebikkan mukanya ini. Reya pula tersenyum sinis kepadanya. Reya pun segera membasuh pinggan dan menyarankan agar Zaerel berehat. Reya menuju ke bilik solat untuk solat zohor dan memberitahu kepada jururawat agar melihat Zaerel di katilnya.
Saat Reya kembali, Zaerel sudah terlena. Kesempatan ini Reya mengambil peluang untuk berehat dan terlena seketika. Zaerel tersedar lalu meneliti akan seraut wajah yang sedang terlena ini. Ayu jugak wanita ini ya walaupun sedang terlena.
Zaerel pun cuba menyentuh pipinya ini dan kulitnya jua terasa mulus sekali. Apa agaknya krim yang dipakainya ini. Reya tersedar dan memerhatikan wajah Zaerel dengan keadaan yang mamai lagi. Tidurnya masih lagi belum cukup. Reya pun pejamkan matanya semula dan Zaerel mengeluhkan nafas lega kerana perbuatannya tadi tidak disedari olehnya. Kalau tak tentunya dia kena marah dengannya.
Zaerel cuba mengingati akan wajah ini dengan memorinya namun kepalanya masih lagi sakit. Adakah dia dan wanita ini saling mengenali kerana wajahnya amat kabur sekali dalam ingatannya ini. Reya yang sedang terlena ini dilihatnya dengan penuh bersahaja. Bagaikan ada satu perasaan baru muncul dalam hatinya tika ini. Hati Zaerel sangat bergetar hebat saat ini apabila tangannya menyentuh wajah mulus ini.

Bersambung..

1 ulasan: