Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Isnin, Februari 15, 2010

ABC..Ariana, Berikanlah Cintamu


BAB 1


“Ni yang buatkan aku malas nak menunggu ni. Mentanglah dia tu anak bos kat sini, sesuka hati dia ajer nak datang tak tentu masa ni. Ni yang buatkan aku tak suka dengan manusia jenis ni!” rungut Ariana dengan mulut yang penuh terkumat-kamit. Kami semua terpaksa berdiri selama 2jam setengah semata-mata ingin menunggu kedatangan anak bos.

“Apa yang kau merepek ni dari tadi aku tengok muka cam sambal tempoyak ajer!” soal temannya yang baru dikenalinya usai dia mendapat tawaran bekerja di sini.

“Pasal nilah, tak pasal-pasal kita semua kena berdiri cam patung hiasan ajer menantikan buah yang tak gugur pun!” ujarnya dengan penuh amarahnya.Mukanya sengaja dimasamkan menunjukkan akan ketidakpuasan hatinya dengan semua ini.

“Mana buahnya? Aku tak nampak pun!” soal kawannya dengan dungu sekali. Ariana tersenyum nipis tatkala mendengarnya, apalah punya lurus bendul betul kawan aku rupanya. Ariana menatap lama wajah Suraya dengan harapan sikapnya itu janganlah keterlaluan sangat, kan ada jer yang kena wakenabeb dengannya.

“Kau ni jangan nak dungu sangatlah. Buah yang aku maksudkan tu adalah anak bos yang nak datanglah. Dari tadi kita nunggunya, lubang hidung pun tak nampak tau. Dahlah kaki aku ni jenis yang tak senang berdiri lama. Ni yang buatkan aku feduup tau!” luahnya jua akan kemarahan yang bersarang dalam hatinya.

“Ohhhh!!! Bos rupanya. Aku ingatkan apa tadi! Aku pun sama dah lenguh tau, dahlah kita tak dibenarkan duduk walaupun sekejap pun. Apa punya zalimlah tempat kerja sini ya! Kita belum masuk kerja dah didera sebegini, kalu dah masuk kerja, agaknya lagi teruklah kita dibuatnya!”

Ariana jua bersetuju dengan kata-kata Suraya itu dan mengakui 100%. Mereka berdua memang sekepala, jadi tak hairanlah kalu mereka cepat mesra dalam jangka masa yang dekat. Ariana pun mengangkatkan tangannya dan meminta izin untuk ke tandas. Ariana tersenyum bangga apabila kemahuannya dipenuhi.

Ariana berjalan dengan langkah panjang menuju ke tandas kerana sudah tidak tahan lagi. Usai sahaja Ariana berlalu, bayangan anak bos muncul dengan berpakaian kot. Mereka semua bagaikan terpana dengan rupa paras majikan mereka ni, jadi tak berbaloilah masa mereka semua menantikannya. Suraya bagaikan terlopong melihat akan kejadian Tuhan ini kepada kaum Adam, memang sempurna sekali.

“Maafkan saya kerana terlambat, tahu sajalah jam di Kuala Lumpur ni!” ujarnya dengan senyuman terlekang di bibirnya. Bagaikan mahu runtuh semua kepala lutut pekerjanya melihat akan senyumannya itu. Memang senyuman the killer ni.

“Baiklah, untuk permulaan ini saya akan meninjau prestasi kamu semua dengan harapan kamu semua akan bekerja dengan baik. Saya jua akan sentiasa menantikan hasil kerja yang terbaik daripada kamu semua, jadi buat yang terbaik!” ucapnya dengan penuh lantang sekali dan melilau akan wajah-wajah pekerja baru di sini.

Sesudah sahaja ucapannya itu, majikannya terus pergi. Mereka semua segera berlalu pergi dan Suraya sibuk sekali mencari akan bayangan Ariana yang masih belum jua muncul. Memang rugi sekali Ariana kerana ketinggalan melihat akan wajah anak majikannya ini. Suraya segera menuju ke tandas mencari Ariana. Suraya mengelengkan kepalanya apabila matanya menatap Ariana sedang terlena dalam mangkuk sinki di dalam tandas. Ya Allah, boleh lagi dia terlena di dalam sini, memang cari penyakit betullah kawan aku sorang ni, brutal betullah.

“Oiii!!!” jeritnya tepat di telinga Ariana. Apa lagi mengelebah beruklah si Ariana itu terjaga dari lenanya. Ariana terpisat-pisat bangun dan mengosokkan matanya yang agak kemerahan kerana kurang tidur.

“Apa ni! Nasib baiklah jantung aku ni kuat lagi bergayut dalam ni, kalu tak dah lama masuk gol tau dengar suara kau tu!” amarahnya lagi. Suraya tersenyum macam kucing sahaja mendengarnya kerana memang salahnya itu.

“Boleh pula kau tidur kat sini ya. Terlena pulak tu, ni yang aku heran dengan sikap kau ni. Kalu akulah memang takkan tidur kat sini, apa class!!!”

“Dah, cukup! Jangan nak menunjukkan perangai miang kau tu. Apa hal kau cari aku ni? Ada hutang ker?” soalnya akan muncul di tandas ini. Suraya segera memutarkan ingatannya akan tujuan sebenar mencari Ariana.

“Oh... kau dah miss tau tengok wajah anak bos kita tadi. Hensemnya!!!! Boleh jatuh cinta cintun kami semua tadi tengok dia tau. Yang paling perfect sekali suaranya merdu sekali, macam nak lemah kepala lutut perempuan yang berdiri depannya tau! Kau memang terlepas tadi tau, rugi tau!!” katanya dengan muka yang penuh kemiangannya.

“Dah! Cukup, nak loya tekak aku mendengarnya. Macamlah perfect sangat dia tu. Apa kau ingat dia tu hensem sangat ker? Hensem lagi atok aku yang ada kat kampung tu, berganda-ganda hensemnya tau!” jawabnya dengan penuh berjiwa waja. Suraya hanyalah mencebik sahaja mendengarnya. Apa minah ni buta ker? Dahlah tak tengok lagi wajahnya dan boleh dia sedap kata ajer yang atoknya lagi hensem daripada bosnya itu? Memang nak cari penyakit ni!

Ariana pun segera turun daripada sinki itu dan membetulkan wajahnya di cermin. Dicalitkan sedikit liplice di bibirnya agar sentiasa basah. Suraya pun sama turut touch-up wajahnya dengan harapan dirinya akan menjadi perhatian bosnya yang kacak itu.

“Jomlah, kan ada jer yang buat pengumuman akan kehilangan pekerja perempuan kat sini. Tak pasal-pasal leh terkenal kita berdua ni!” seloroh Ariana lagi dan saling keluar dengan berpimpin tangan.

“Kamu berdua ke mana ni sejak dari tadi tak nampak pun. Cepat, Puan Asmira sedang check nama tu, sebelum kena dengar ceramah free, baik kita cepat sampai!” bisik Farah yang jua berada di situ. Apa lagi semuanya segera berjalan laju menuju ke bilik latihan.

Suhaila Aleesya Mamat!” panggil Puan Asmira dengan lantang akan senarai nama pekerja baru. Suhaila mengangkatkan tangannya.

Farah Akma Ahamad!”

“Saya!” ujarnya yang baru tiba. Farah hampir-hampir tertangkap sahaja sekiranya supervisornya tahu akan ketiadaan di sini tadi.

NorSuraya Mamat!”

“Saya!”

Qya Ayein Ariana Zafrel!”

“Saya kat sini, in dah house!” usai sahaja katanya itu, seluruh bilik ini bergema dengan hilaian tawa dengan kata bersahaja daripada Ariana ini. Wajahnya hanyalah bersahaja tatkala semua matanya menatap tajam kepadanya. Puan Asmira pula hanyalah mampu mengelengkan kepala sahaja melihat telatah nakalnya itu. Memang kepala gila-gila betulalh dia ni sorang, naik pening melayannya.

“Baiklah semua, untuk sesi seterusnya hari ni kamu semua akan membuat lawatan akan semua kawasan dan jua diberikan sedikit info mengenai tempat sini. Oleh itu, saya akan pecahkan kamu semua kepada kumpulan kecil. Senarai nama saya sudah tampalkan dan kita semua akan bergerak selepas makan tengah hari. So, ada apa-apa soalan?” ucapnya selepas semuanya berhenti ketawa.

Ariana mengangkatkan tangannya, “Yes?”

“Kami akan makan apa waktu lunch nanti?” soalnya spontan akan menu makanan. Sekali lagi ada jua ketawa daripada pekerja lainnya akan soalannya.

“Ish kamu ni, ada pula tu soalannya mahu ditanya. Kamu ni badan ajer kecil tapi makannya mengalahkan gajah tau. Kamu akan tahu sendirilah bila pergi ke kantin nanti. Jelas?” Puan Asmira mengelengkan kepalanya mengenangkan sikap nakal Ariana ini.


Ariana mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali dan Suraya jua hanyalah mengambil kuih muih sahaja untuk lunch ini. Hampir nak jatuh anak matanya melihat akan makanan yang ada dalam pinggan milik Ariana itu,. Mak oii, orangnya kecil sahaja tetapi makannya bagaikan untuk 3 orang sahaja, kawan aku ni sihat tak?
Pantas sahaja tangannya melekat di dahi Ariana. Ariana kepelikkan dengan Suraya ni. Kenapa pulak ni? “Kau ni kenapa? Kena sampuk ker?”

“Kau tu yang kena sampuk tau, ni kau kenapa ambil banyak sangat? Kita ni makan tuk dua orang sahaja bukannya tuk satu kampung tau! Boleh meletup perut kau tu nanti, aku tak nak tolong angkat kau pergi klinik tau kalu kau sakit perut!”

“Oii cik kak, aku memang makan banyaklah tau, ni dikira sikit sajer tau. Kalu kat rumah, memang lagi banyak dari ni tau! Dah jangan nak kacau aku, aku nak makan ni. Lapor tau!”

Mereka berdua segera menuju ke meja yang disediakan dan menjamu seleranya. Selesai sahaja membaca doa makan, terus dilahapnya makanan itu tanpa memandang ke kiri dan kanan. Betullah kata semua orang yang si Ariana ini memang kaki makan orangnya. Suraya memang mampu memandang sahaja lagak kawannya ini.

Sedang mereka berdua menjamu selera, bayangan bosnya melintasi di depan dan segera Suraya menepuk bahu Ariana. Tersedak Ariana dibuatnya dan membuatkan air minumannya sedikit terkeluar dari mulutnya. “Kenapa dengan kau ni? Kan dah tersedak aku tau!”

“Bos kita lalu tadi tau!”

“Apa kaitannya dengan aku, tak kuasanya aku dengan bos tu tau. Tengok, kan dah basah baju aku ni! Kau ni memang suka mendajjalkan aku tau! Hilang selera aku!” terus Ariana bangun menuju ke sinki bagi mencuci bajunya itu. Suraya pula hanyalah
menengok sahaja langkah Ariana itu.

Tanpa Ariana sedari, seseorang sedang berdiri di belakangnya dan belum sempat untuknya berpaling, kakinya bagaikan terpicak lantai licin dan hampir sahaja terjatuh. Ariana menjerit kecil dan merasakan badannya sudah terjatuh di lantai. Jeritannya mendapat perhatian semua yang ada lalu ramai-ramai mengerumuninya.

Matanya dibuka dengan perlahan dan hampir mahu jatuh badannya kerana dirinya bukannya sedang berada di lantai tetapi dalam pegangan seseorang. Alamak, hero mana pulak ni? Macam familiar sahaja mukanya, siapa pulak dia ni?

Mereka berdua saling bertentangan mata buat seketika sebelum menyedari akan situasi sebenarnya. Ariana bagaikan terpaku dengan renungan matanya yang menusuk kalbu ini, hanya seorang sahaja yang menatapnya sebegitu. Dia ni adalah dia ker?

BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan