Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Sabtu, Februari 20, 2010

ABC..Ariana, Berikanlah Cintamu 2


BAB 2

SETENGAH TAHUN SEBELUM ITU...

Ariana berjalan dengan pantas menuju ke pejabat bagi melaporkan diri untuk masuk semula bekerja setelah lama mendapatkan sijil cuti sakit di hospital. Ariana turut membetulkan bajunya yang sedikit terlodeh kerana terkena angin di luar. Ariana tersenyum apabila ada mata-mata nakal sedang memandangnya segala gerak langkahnya. Baginya semua ini masih lagi terlalu asing lagi buat diri Ariana apabila dirinya mendapat perhatian sebegini daripada jejaka yang ada.

Ariana mengetuk pintu bilik Encik Saiful Hakime dengan perlahan dan ada orang mempersilakannya masuk. Ariana segera duduk ke dalam bilik pejabatnya dan kelihatan ada seseorang sedang membelakangkannya. “Encik Saiful, saya datang ni nak melaporkan diri dan menyerahkan surat cuti sakit saya ni. Saya harap saya dapat masuk kerja semula dengan secepat mungkin.” Usai sahaja Ariana berbicara, orang itu berpaling.

Ariana terkejut kerana disangkannya adalah Encik Saiful tetapi bukan. Rasanya ini adalah Encik Rosdhi. Nampaknya Encik Roshdi tidak mengenalinya kerana sejak dari tadi dia asyik sekali memandang Ariana. “Yes, nak datang temuduga ker? Ada bawak sijil?”soalnya pula kepadaku dan Ariana tersenyum sahaja.

“Encik tak kenal ker saya ni?”

Dia mengelengkan kepalanya. “Saya ni Arianalah.”

“Ariana mana pulak ni? Sini ramai yang bernama Ariana!”

“Ariana Gemuk. Dulu orang selalu panggil saya dengan nama tu.”
Dia kelihatan sedang memikirkan sesuatu, kemudiannya ada kerutan tidak percaya di wajahnya,
“Ni Ariana yang bahagian production tu ker? Awak ker ni? Kenapa dah berubah sebegini? Diet ker selama sebulan ni?”

“Tak pastilah diet tu. Tapi agaknya Allah memang nak saya kurus kot. Oh ya, Encik Saiful di mana ya? Tadi saya ada kol dan beritahunya yang saya akan datang melaporkan diri, tapi apabila sampai saje, encik pulak yang ada!” soalku akan ketiadaan Encik Saiful.

“Betul ker awak ni?”

“Ya Allah, betullah. Ni I/C saya sebagai bukti.” Ariana segera membuka dompetnya dan menyerahkan kad pengenalannya. Memang Ariana tidak menyalahkan sesiapa pun akan kekeliruan ini kerana dirinya pun masih lagi tidak mempercayai akan penampilan dirinya sendiri kini. Memang jauh berbeza sekali daripada dirinya yang dahulu.

Encik Roshdi kelihatan banyak kali mengangkat muka dan tunduk membaca kad pengenalannya. Wajahnya tersenyum sahaja sepanjang masa, apa kena pula dengan encik ini? Tersampuk hantu senyum ker? Teringat akan pesanan kawannya itu sebelum ketibaan si cantik ini. Wajahnya yang mengelabah itu masih belum dilupakan dalam ingatannya.

“Nanti kalu si gendut tu datang, kau tolong bagitahu yang aku sakit perut tau. Jadi aku nak kau layan dia tau. Jangan nak beritahu pulak yang aku sengaja bagi alasan ni!” bagaikan terngiang semula akan arahan tidak rasmi daripada Encik Saiful kepadanya.

“Err, Encik Saiful sakit perut kerana cirit birit,jadi dia tak dapat nak layan Ariana. So, saya diarahkan menggantikannya dulu.” Matanya masih lagi setia menatap wajah Ariana yang tampak bersih dan cantik itu. Rasanya dahulu wajahnya berparut dengan jerawat. Memang tak lalu nak pandang pun wajahnya dahulu, kini bagaikan tak mahu lepas anak matanya merakam semua wajahnya.

Kemudian anak mata Roshdi bagaikan dapat menangkap akan kelibat Saiful di luar sana yang sedang menjenguk ke dalam. Agaknya mahu melihat akan ‘Ariana gendut’ yang selalu tidak disukainya itu. Rosdhi buat tak tahu sahaja akan sebarang isyarat yang kawannya berikan kepadanya dan amsih lagi setia melayani Ariana. Saiful hairan kerana bentuk badan budak yang datang ini bukannya saiz Ariana tapi saiz budak perempuan yang lain. Siapa pulak ni? Tak boleh jadi ini, nampaknya aku kena masuk sendiri dan ambil tahu. Harapkan kawan, dari tadi asyik buat tak tahu saja.

Kedengaran pintu dibuka dari luar dan sepantas kilat Ariana berpaling. Saiful bagaikan terpukau dengan insan yang ada dalam biliknya ini. Siapa pulak ini? Datang nak temuduga ker? Saiful segera mengambil tempatnya dan duduk setentang dengan wanita ini.

“Ya, adik nak datang mintak kerja ker?”

“Ha ah, saya nak datang melaporkan diri dan mintak masuk kerja semula setelah sebulan bercuti. Ni datang nak serahkan sijil cuti sakit.”

“Laa, adik ni rupanya pekerja kita. Sapa nama?”

“Qya Ayein Ariana.”

“Macam pernah dengar nama tu, tapi di mana ya?”

Roshdi pun membisikkan sesuatu di telinganya dan terbeliak anak matanya saat mengetahuinya. Kemudian Saiful sibuk sekali membelek akan segala penampilan Ariana ini. Bagaikan tidak percaya baginya yang si gendut boleh berubah menjadi sekurus ini dalam jangka masa yang singkat sekali. Malahan wajahnya jua berubah 101 peratus sehinggakan mereka hampir tidak mengenalinya. Apakah yang menimpa budak ini sehinggakan sebegini perubahannya?

“Rasanya Encik Saiful sakit perut tadi kan? Macam mana? Dah sihat?” tanya Ariana akan kesihatannya. Saiful sedikit tersedak dan hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Roshdi pula sekadar buat tak tahu sahaja.

“Baiklah, rasanya ada masalah tak kalu saya pinta Ariana masuk kerja hari ni? Surat ni akan kami proses dan selepas tu Ariana dapat masuk kerja seperti biasa. Dan dalam jangka masa tu, bolehlah kita minum kat kantin dulu ker?” pintanya bagaikan mencucuk jarum. Amboi, pantang nampak budak dahi licin sikit, mulalah ajak minum. Sebelum ini bukan main tak cukup tanah nak menghindarkan diri lagi, kini dah terkena sampuk pulak?

“Untuk masuk kerja hari ni, memang tiada masalah kerana saya memang nak pintak masuk cepat kerana bosan duk lama-lama kat rumah. Baiklah, saya terima dan pasal minum tu, maaflah. Ariana terpaksa menolak kerana Ariana puasa hari ni. Puasa nazar! Maafkan saya ya!”

“Takpelah, dah tiada rezeki! Baiklah, tunggu dahulu sementara saya proseskan cuti sakit ni! Nanti Ariana akan boleh masuk kerja seperti biasa!” Encik Saiful segera bangun dan hilang daripada pejabatnya.

“Pandainya Ariana kelentongkan Saiful ya? Tadi tu siap minum air water tu apanya?” soal Roshdi setelah yakin akan ketiadaan kawannya itu. Ariana tergelak besar mendengarnya. “Ariana memang sengaja tak nak minum pagi dengannya kerana Ariana masih ingat lagi semua layanannya dahulu kepada Ariana. Takkan sesenang itu Ariana akan mengalah dengan semua permintaannya. Ni Ariana tau.”

“Bagus! Kekalkan sebegitu. Habis tu kalu saya pulak ajaknya minum, Ariana akan terima tak?” tanyanya soalan ini dengan mata yang terbuka rapi menatap wajahnya. Ariana sengaja melengahkan jawapannya. “Rasanya tt..ya kot. Ariana masih ingat lagi akan layanan baik encik pada Ariana dulu.”

Encik Roshdi tersenyum sampai ke telinga mendengar jawapan ini. Ariana pulak tersenyum sama. Ariana takkan melupakan semua layanan semua yang ada di kilang ini cumalah seorang sahaja yang Ariana memang takkan lupakan semua perbuatannya kepadanya dahulu.

“Kau ingat yang aku ni kemaruk sangat ker nak kat dia tu? Tolonglah, dengan badan yang macam badak sumbu kat Afrika tu ada hati nak suka kat aku. Aku ni boleh tolong belikan kat dia tu cermin paling besar sekali tau buat dia tatap badannya tu sebelum ada hati kat aku tau! Aku baik dengan dia pun kerana pertaruhan kita kan. Korang semua jangan lupa habuan aku tau, RM 500 sorang. Tengok, aku juara tau. Dia siapa tangkap leleh dengan aku selama ni, aku hanyalah ayat sikit ajer dah cair.”

“Perempuan macam ni nak aku berkasih? Please lah! Kalu aku bawak jumpa keluarga aku memang nak kena teranjang aku dibuatnya. Kekasih aku mestilah badan macam top model baru best nak tayang dan bawak jumpa. Setakat badan cam dia tu, wat sembunyikan dalam rumah bolehlah!”


Bagaikan terngiang semua kata-kata kesat Fuad ini buatnya. Ariana terdengar secara tak sengaja sewaktu Ariana ingin masuk ke dalam kedai. Ariana sengaja mengekori Fuad untuk berikan kejutan hadiah hari jadinya namun ini yang Ariana dapat. Terus hadiah itu terjatuh dan si Fuad mendapat tamparan percuma buat kali pertamanya di hari jadinya. Tersentap Fuad dibuatnya masa itu dengan diriku yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Wajahnya yang pucat itu masih segar lagi dalam ingatanku ini.

Selepas daripada peristiwa itu, Ariana terus menjadi pendiam dan selera makannya mati. Akibatnya Ariana dikejarkan ke hospital kerana kekurangan air dan diserang gastrik yang teruk. Seminggu Ariana ditahan di wad kecemasan dan kawannya semua melawatnya termasuklah kawan serumah Fuad. Hanya Fuad yang tak mahu menjenguknya. Ariana bagaikan mayat hidup dan pernah jua menyeksa dirinya kerana hilang semangat untuk hidup. Hampir-hampir sahaja Ariana mahu jadi gila sekiranya tidak diberikan rawatan awal.

“Ok, shall we?” satu suara menyapanya dan semua khayalannya menghilang bak angin lalu. “Sorry!”


Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan