Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Sabtu, Februari 20, 2010

ABC..Ariana, Berikanlah Cintamu 3


BAB 3


Mereka bertiga segera menuju ke bahagian production dan sebelum itu Ariana diberikan baju untuk dipakai dalam kilang ini dan sepanjang perjalanannya, ada sahaja yang melihatnya. Seperti orang asing sahaja mereka semua memandangnya. Apa yang tidak kena dengan wajah aku ker? Saiful berjalan seiring dengannya manakala Roshdi pula di sebelah kirinya. Ariana diapit oleh kedua jejaka yang agak good looking jua di kilang ini. Dahulu Ariana ada jugalah mempunyai perasaan suka kepada Saiful, namun dipaksa dihapuskan kerana sedikit pun Saiful tidak melayaninya. Tapi kini, macam dah terbalik pulak kerana Saiful sendiri melayaninya dengan baik. Agaknya kerana rupa parasku agaknya dia berubah sedemikian.

Saat mereka dalam perjalanan ke sana, Ariana seolah dapat menangkap akan bayangan seseorang sedang menuju ke arahnya. Ya Allah, Fuad rupanya! Apa yang perlu Ariana buat ni? Nak menyembunyikan diri ker? Tapi kat mana? Lagipun sini tiada bilik nak Ariana masuk menyembunyikan dirinya. Habis tu, nak buat tak kenal dengannya ker?

Fuad masih belum menyedari akan kehadiran Ariana kerana Ariana sedang berusaha untuk menyembunyikan dirinya di belakang encik Roshdi. Sewaktu Fuad menghampiri mereka berdua, Ariana masih lagi menyembunyikan diri dan wajahnya kerana benci mahu tatapnya.

“Kreez Fuad, sini sekejap!” panggil Saiful sewaktu bayangan Fuad melintasi kami bertiga. Fuad memberhentikan langkahnya dan menghampiri kami bertiga.

“Awak nak ke mana?”

“Tandas sekejap. Ada apa?”

“Ni, saya nak mintak tolong kamu sekejap. Ni ada pekerja kita yang baru masuk hari ni. Jadi saya pinta kamu tolong bawa dia ke bahagian production yang sama tempat dengan kamu sekarang ni dan layan dia dengan baik tau. Kami berdua tak dapat temaninya kerana ada mesyuarat nanti. Tolong ya!”

“Mana orangnya? Tak nampak pun? Ada tak pekerja tu?” melilau anak mata Fuad mencarinya begitu jua dengan mereka berdua.

“Ariana!! Ariana!!” Ariana sudah mengelabah di sebalik tempat persembunyiannya itu apabila mendengar namanya dipanggil. Takkanlah sejauh ini Ariana mahu mengelakkan diri daripadanya dan hanya sekelip mata sahaja mereka sudah dipertemukan. Ya Allah, apakah makna semua ini?

Dengan perlahan Ariana menunjukkan wajahnya di sebalik dinding yang ada. Fuad terkesima seketika saat matanya menatap wajah itu. Ini ker pekerja yang dimaksudkannya. Kalu sebegini memang naklah dia tunjukannya. Jangan lepaskan peluang tau.

“Kami mintak maaf dan kami akan pinta Fuad tunjukkan kamu bahagian kamu. Sekarang ni kamu akan sama bahagian dengan Fua. Dia baru sahaj ditukarkan ke bahagian sana minggu lepas. So, persilakan!”

Ariana hanyalah mengangguk lemah dan berjalan mengekorinya tanpa sebarang bicara. Lidahnya terkelu sekali akan semua ini. Fuad pun sama namun hidungnya dapat menangkap satu bau yang amat familiar padanya.

“Wanginya bau ni. Awak suka ker bau ni? Tapi kan bau minyak wangi ni mirip sekali dengan seseorang yang saya kenali dulu! Tapi awak dengan dia berbeza kerana dia... abaikanlah!” bicaranya bagi mematikan suasana kebisuan ini.

Ariana hanyalah terdiam sahaja dan Fuad kelihatan agak resah dengan penerimaannya ini. Dia ini jenis sombong agaknya dan kelihatan macam tak suka sahaja denganku pada pertemuan yang pertama ini. Berat mulut ajer nampaknya sejak dari tadi. Lantaklah.

“Ada saya kisah ker? So, lambat lagi ker?” jawabnya selamba.

“Dah nak sampai pun. Tapi awak tunggu sekejap ya, saya nak ke tandas jap!” ujarnya dengan pantas dan segera masuk ke tandas apabila kami tiba ke sana. Sejurus kemudian, Fuad keluar kembali dengan menyerahkan handphone dan dompetnya kepadaku. Ariana terkesima kerana semua ini terlalu biasa buatnya. Ya Allah, apa yang Fuad cuba buktikan kepada aku ini. Bukankah dia amat membenciku, tapi kenapa masih sama layanannya ini kepadaku dahulu.

Ariana bagaikan tergerak hati ingin membuka dompetnya dan terkejut apabila melihat akan wajahnya ada dalam dompet Fua. Wajah lamanya yang masih lagi tembam itu. Bila masa pulak Fuad ada gambar ini, setahunya Ariana belum pernah berikan sebarang gambar kepadanya. Fuad dapatkan gambarnya ini daripada mana?

Hansetnya berdering dengan nada tema seperti Ariana selalu pakai dahulu dan terpacul nama Ieda. Alamak, apa yang aku perlu buat ini. Jadi memang betulah yang Fuad memang berkasih dengan minah ini. Aku sahaja yang bodoh kerana masih mendambakannya. Ariana mengabaikan sahaja panggilan itu dan setia menantikanya di luar. Si Fuad ini berak batu ker yang lama sangat?

“Excuse me! Rasanya ni adalah hanset pakwe saya kan? Apa yang awak buat dengan hanset dia ni?” sapa satu suara dari belakang dan Ariana terkejut dengan sapaan ini. Ariana segera berpaling dan terpacul wajah Ieda. Alamak, memang cari bala ni. Sebelum minah ini mengamuk, baiuk aku blah.

“Nah, amik semula hanset pakwe kau ni. Beritahunya, saya boleh pergi sendiri dan bye!” terus sahaja Ariana melarikan diri dengan meletakkan hansetnya itu ke tangan Ieda dan terlupa akan dompetnya. Saat Ariana sudah mulai jauh, Fuad keluar dan mendapatkannya.’

“Maaf, saya cirit birit tadi. Dah lama tunggu?”

“Memang lama sekali. Apa yang abang Fuad buat dengan minah tu? Dan apa istimewanya dia sehinggakan dia boleh pegang hanset abang? Dengan saya bukan main eksyen tak bagi tau! Abang ada skandal dengan dia ker?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya.

Fuad terkejut dengan kehadiran Ieda ke sini. Mana pulak perginya dia ni tadi dan bila masa pulak si Ieda ini terpacak kat sini? Terus hansetnya diambil dari tangan Ieda dan wajah Ieda sedikit masam dengan kelakuannya ini.

“Dah berapa kali abang Fuad cakap yang abang tiada apa-apa perasaan pada Ieda kerana abang anggap Ieda sebagai adik abang sahaja. Kan kita ni sepupu. So, Ieda jangan nak feeling lebih-lebih tau. Ingat tu, Ieda ni hanyalah adik abang saja, bukannya kekasih abang pun!”

“Tapi, Ieda sayangkan abang sejak kita kecil lagi. Abanglah yang Ieda harapkan dapat membimbing Ieda mengenali hati budi masing-masing. Ieda takkan dapat menerima abang rapat dengan wanita lain. Abang,please!”

“No, sekarang ni masa kerja. So, please abang nak ke tempat kerja abang!”

“Ok. Nanti lunch kita makan sama-sama. Bye!”

Fuad segera berlalu tanpa sedikit pun berpaling ke belakang. Niatnay hanyalah satu agar dapat bertemu semula dengan gadis tadi. Adakah dia sudah sampai ataupun masih lagi sesat. Setibanya ke sana, kelihatan gadis itu sedang sibuk meneliti mesin yang bergerak.

Fuad lega dan dia meneruskan kerjanya membaiki mesin. Sepanjang masa kerja sahaja, Ariana lebih banyak berdiri di tempat mesinnya dan Fuad acap kali jua melintasi di belakangnya. Ariana hanyalah memandang kelibatnya di sebalik biasan cermin mesinnya.

Tak lama kemudian, mesin Ariana buat perangai dan nampaknya terpaksalah Ariana memanggilnya untuk datang tolong baikinya. Melilau Ariana mencari kelibatnya namun tidak berjumpa. “Adoi gi mana ni?”

Ariana ternampak akan Ekymal sedang lalu dan segera memanggilnya. Ekymal dengan senang hati membantunya dan tanpa disangkakannya Fuad muncul dari arah belakang.

“Ada apa masalahnya ni?”

“Ni mesinnya berhenti tiba-tiba dan susah nak bergerak. Kau boleh tolong tak? Aku dari tadi buatnya namun tak dapat jua bergeraknya!” maklum Ekymal dengan menunjukkan akan kerosakkannya.

Fuad cuba melihatnya dengan teliti akan punca kerosakkannya ini dan Ariana pula sekadar menajdi patung hiasan sahaja tika ini. Ariana segera berlalu kerana baginya tiada gunanya dia berada di mesin ini. Fuad sempat jua melihatnya berlalu pergi dan sedang bergelak ketawa dengan rakannya yang lain. Yang kelakarnya Ariana jua sibuk mengusik dan mengacau rakannya itu. Nakal jua Ariana ini rupanya.

“Kau ni duk usha sapa sejak dari tadi. Dan setahu aku, kau ni bukannya suka sangat repair mesin kat area ni. Kau lebih senang berikannya kepada aku tau. Ada apa-apa yang aku boleh tahu?” soal Ekymal dengan senyuman nakal.

“Apa yang kau merepek ni? Kan ni semua kerja aku. Dah, buat kerja tu dan jangan buat silap lagi!” Fuad segera menumpukan perhatiannya pada mesin ini namun gelak ketawa Ariana masih lagi menari di ruang matanya. Tapi semua gelak ketawanya ini amat mirip sekali dengan seseorang yang lama berada dalam ingatannya. Takkanlah mereka berdua ni kembar kot?

Ariana kembali semula ke mesinnya namun masih belum baik lagi nampaknya. Perutnya sudah mulai meragam sekali dan tampaknya waktu rehatnya masih lambat lagi. Apa nak dimakan ya waktu ini?

“Kenapa? Lapar ker?” Fuad bertanya prihatin.
Ariana mengelengkan kepalanya sebagai menutup malu kerana terkantoi di depannya. Macam manalah bolehlah didengari oleh dia ini, malunya tapi Ariana hanyalah buat muka selamba badak sahaja.

“Lambat lagi ker?”

“Rasanya lambat lagilah! Sebelum tu bolehlah kita borak-borak dulu!” cadangnya lagi. Ariana memasamkan mukanya kerana kurang menyetujui akan cadangan ini. Daripada melayaninya berbual, baiklah dia mengacau temannya itu, ada baiknya.

“Tak naklah, saya menolak!”

“Eh, nantilah dulu! Saya....” belum sempat Fuad sambung kata-katanya itu, Ariana segera meninggalkannya begitu sahaja. Fuad bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ini. Ini kali pertama ada perempuan tidak melayaninya sebagaimana si Ariana ini lakukan.

Memang bertuah punya perempuan ini kerana tidak menghiraukannya.
Sebenarnya mesin ini sudah pun boleh dipakai namun Fuad sengaja melengahkannya kerana sebabnya hanya dia yang tak tahu. Sejak kedinginan Ariana kepadanya ini membuatkan Fuad semakin ingin mendekati lagi. Bagaikan ada magnet yang melekat dalam dirinya kepada Ariana.

Setengah jam kemudiannya Ariana menghampirinya dan Fuad terpaksalah memberikannya menjalankan mesin ini kerana Ariana kelihatan agak bosan kerana tiada kerja. “Mesin ni dah siap!”

Ariana hanyalah membisukan sahaja mulutnya dan Ariana bagaikan tiada mood nak melayaninya. “Kenapa ni?”

“Sakit tekak!” jawabnya dengan nada yang sengaja diperlahankan.

“Ya ker? Jap saya pergi amik ubat ya! Tunggu tau!” dengan pantas Fuad beredar tanpa sempat Ariana berkata apa. Ariana nampaknya mati kutu dengannya. Sudahlah kita sengaja melayaninya dengan acuh-tak acuh tapi dia buat tak faham sahaja.

Kemudian, Fuad tiba dengan ubat di tangannya dan juga sebotol air masak. “Nah, makan cepat sebelum melarat pulak sakit tekak awak tu!” hulurnya pula dan Ariana teragak-agak nak menyambutnya. Ariana merasa serba salah kerana menipunya tadi. Apa nak buat ini???

‘Mamak ni serius pulak, kita hanyalah main-mainkannya, dia boleh anggap betul pulak!’ getusnya dalam hati.

“Cepat makan atau awak nak saya suapkan. Saya ni bab suap meyuap orang ni memang terrer dan suka tau!” ugutnya pula kepadaku. Ariana terpedaya dan terus mengambilnya dari tangannya.

“Amboi, daringnya jejaka kita ni. Jaga makwe ker abang?” soal satu suara dari belakang dan kami berdua berpaling. Rupanya Ekymal yang meyoal kami berdua. Fuad hanyalah tersenyum sahaja dan Ariana pula memasamkan wajahnya dengan apa yang terjadi ini.

“Ariana, macam mana dengan kerja? Ok tak?” soal Encik Saiful dengan tiba-tiba yang muncul depan kami berdua. Ariana hanyalah menganggukkan kepalanya sahaja depan Encik Saiful ini. Encik Saiful kelihatan sibuk sekali bertanyakan itu ini mengenai dirinya sampaikan Ariana merasa rimas.

Fuad pun sama naik hairan dengan sikap Encik Saiful ini yang terlebih peramah pula. Ariana pun sama asyik melayan sahaja, dengannya tiada pula nak melayan pun. Agaknya dia ini suka dengan lelaki dah berusia kot.


BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan