Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Jumaat, Mac 26, 2010

ABC..Ariana, Berikanlah Cintamu 4


“Ehem!” batuk semua orang yang ada dan keduanya saling tersedar lalu membetulkan kedudukan masing-masing. Jejaka itu membetulkan kotnya dan Ariana pula membetulkan posisi badannya dengan sedikit jarak daripada insan ini.
“Well, macam filem hindustan ajer tadi tau!” kata salah seorang yang melihatnya tadi. Naik merah wajah Ariana tika itu dan bagaikan ingin ghaib sahaja daripada semua mata yang sedang menatap mereka berdua ini. Mengapalah aku pula yang mesti jadi mangsa dalam kejadian tadi sedangkan sepatutnya aku perlu menjadi penonton sahaja. Memang nasib malang sekali hari ini. Siaplah kau aku kerjakan nanti.
Jejaka itu hanyalah mampu melemparkan senyuman nipis dan menatap lama wajahku. Ariana bagaikan mendapat akalan lalu menghampiri. “Nah, rasakan kerana malukan saya depan semua orang. Harap selepas ni sikap miang awak tu tak berjangkit pula pada orang lain terutamanya saya!” selesai sahaja Ariana memberi amaran kepadanya, kakinya pantas sahaja memijak kasut miliknya dengan kuat sekali.
Apa lagi, mengaduh kesakitan dia dibuatnya dan semua yang ada terkejut dengan aksi spontan ini. Memang brutal betul budak ni lagaknya. Langsung tidak mengaku kalah. Ariana segera berlari meninggalkan tempat ini dan menuju ke tempat yang selalu menjadi tempat persembunyiannya.
Ariana termengah-mengah kerana berlari bagaikan dikejar pemiutang sahaja lagaknya. Suraya pula mengejarnya dari belakang dan tidak dapat mencari akan kelibatnya, macam halimunan sahaja lagaknya. Suraya melilau di kawasan sekeliling namun bayangan tiada. Ariana memang cari penyakit betullah, ada ker patut yang dia boleh pijak kaki orang yang selamatkannya.
Jejaka itu masih lagi berjalan terhenjut-henjut kerana dipijak sedemikian rupa. Nasib baiklah gadis itu hanyalah memakai kasut biasa, kalulah dia memakai kasut high heel memang berlubang tapak kakinya ini. Apalah malangnya nasibnya kali ini, dahlah pertolongannya ini tidak dihargai, kini mendapat sakit pulak. Ganas jua gadis itu rupanya, tapi rupa ajer yang tampak lembut namun dia memang berbeza sekali dengan gadis yang ada di dunia ini.
“Kenapa dengan kau ni? Muka merah semacam ajer?” soal Izman dengan muka yang bersahaja. Jejaka itu menatap wajahnya itu dengan wajah yang cemerut. “Ni kaki aku sakit lah. Ada satu minah yang pijak kaki aku tadi!”
“Apa? Minah mana pulak ni? Kau ni ayat tu berbaloilah sikit tau!”
“Dah, jangan nak gelakkan aku pulak. Aku tengah bengang lagi dengan minah tu dan jangan kau pulak nak tambahkan kebengangan aku pulak, kan ada pulak nak kena makan selipar nanti.”
“Rileks laa bro,” Izman terdiam mendengarnya dan kembali menjamu selera. Dikerlingkan sekilas wajah masam temannya itu, memang dah parah kawan aku ini, pantang diusik sedikit akan melenting ajer kerjanya.
Qyan terus bangun dan berjalan berhinjut-hinjut menuju ke klinik tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Nampaknya akan dapat Mc lah kali ini. Pertama kali baginya menjejakkan kaki ke klinik, memang satu sejarah buatnya kerana minah senget tulah. Awaslah kau kalau kita ketemu lagi, akan aku balas balik tau apa yang kau dah buat ni!!!
Qyan berehat di rumah sambil kakinya berbalut sakan. Doktor telah memberikan 2 hari cuti kepadanya bagi memastikan kakinya pulih seperti sedia kala. Qyan baring di katilnya sambil melayani laptopnya dan membuka blognya. Sudah lama Qyan tidak mengupdate blognya itu. Terus di tekannya ‘catatan baru’ di blognya dan Qyan menaip seperti biasa.
Qyan jua turut menaip akan kejadian yang terjadi padanya hari ini dan mengatakan ianya satu benda baru yang pernah terjadi kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan