Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Jumaat, Mac 18, 2011

Cinta Si Gendut 1

Cinta Si Gendut...

Bab 1


“AyuSaira!”
Satu nama terlahir dari teriakan seseorang. Kuat sekali nada itu dan langkahku mati. Lantas sekali kepalaku berpaling mencari punca nama itu dipanggil.
Toing!!Toing!! Mahu sahaja anak mataku terpacul keluar. Memang bala ini!! Sudah! Aku mahu menyorok kat mana pulak kali ini?? Kenapalah dia ini wujud di muka bumi ini?

‘What he doing here?’ gerutuku sendirian. Kakiku bagaikan digam dengan gam gajah sahaja saat dia menghampiri. Senyum killer tetap setia terlukis di bibirnya. Bagiku senyumannya itu tetap senyuman pemusnah. Senyuman yang sentiasa buatku berasa gelisah, gelabah.

“AyuSaira!” panggilnya lembut sekali lagi saat menghampiriku. Ada titisan air peluh mengalir laju di dahinya seolah dia baru sahaja selesai lari marathon.
Kacak jugak lelaki ini. Hatiku memujinya sekilas saat menatapi dirinya dalam keadaan sebegini. Apa yang aku merepek ini? Sedarlah duhai hati, tidak usah lagi goyah dengan semua ini! yang penting, fokus dahulu akan dari manakah dia ini muncul yang sebenarnya?

“Ehem..! AyuSaira, right?”
Aku pula sekadar senyum sumbing. Apakah aku perlu menjawab ataupun mendiamkan diri seperti mana selalu? Sekarang ini, aku memang perlu tahu, apakah tujuannya ke sini? Bagaimana dia tahu aku berada di sini? Dia ini pakai CCTV ker? Tak pun dia ni ‘Men in Black?’

“Yes? What are you doing here?”
“Cari awak!” semudah itu jawapannya. Lelaki ini memang pelik. Sepelik orangnya.
“That not my question!” aku mulai jelik dengan jawapannya yang tidak standard betul lah.
“Yelah, saya cari awak!”
Aku terdiam. Malasnya aku mahu layani lelaki ini. Tidakkah dia faham akan bahasa badanku yang tidak pernah menggemari akan kehadirannya. Bagaimanakah lagi cara untukku buatkannya faham yang aku ini memang tidak suka dengan dirinya baik dari segi perbualan ataupun perjumpaan??

“So funny!!”
Dia tergelak lepas. Aku mencebik wajahku saat mendengar gelaknya. Aku sedang buat lawak ker? Kalau dahulu pelik tentang lelaki ini, kini sememangnya dia ini pelik bercampur aneh. Memang sah Azrey ini terputus urat saraf dalam fius kepalanya. Yakin aku seyakinnya.

“Tak sebenarnya. Kebetulan saya ternampak awak keluar dari pejabat tadi. So, apa lagi. Masakan saya mahu lepaskan peluang untuk bertemu dengan awak, kan? Rugilah saya melepaskan awak pergi macam tu saja. So, I must take this chance!”panjang lebar dia menerangkan situasi sebenarnya.
“Apa niat encik sebenarnya?”
“Kan saya dah beritahu niat saya sebenarnya. Masakan dah terlupa?”
“Saya tak sukalah encik ikut saya macam ni! Rasanya sudah berbuih mulut saya katakan yang saya tidak berminat dengan Encik Ketam Batu kan! Read my lips... i don’t like you!”
“But I like somebody like you!” seperti biasa, Azrey tetap mempertahankan statement kata-katanya kepadaku.

Aku mengeluh panjang. Azrey pula tersenyum panjang melihat kegelisahan yang bertamu di wajahku. Entah mengapa wanita di depannya ini begitu sukar ditaklukinya. Kalau wanita lain, sudah lama cair dan teruja ketika disapa mesra olehku. Tetapi dengan AyuSiara, begitu berbeza sekali. Mungkin inilah dikatakan perbezaan kaca dan permata.

“Please lah Encik Ketam Batu..”
“Not that name. Azrey Ezam. That is really real my name!” potongnya akan kata-kataku.
“Whatever is your name, but for me, you still Encik Ketam Batu!” tegasku dalam menyatakan pendirianku dalam gelaran namanya.
Azrey sekadar tersenyum nipis. Entah dari manalah AyuSaira memperolehi idea memberikan nama itu kepadaku. Sudahlah tidak sedap didengari. Nama binatang entah dari mana spesis lah. Mengeleng-geleng Azrey dibuatnya.
“Rasanya saya bukannya gadis pertama yang encik cari untuk diajak berbual kosong, kan! Beginilah, sebelum saya terus-terusan menghampakan Encik. Saya mintak maaf banyak-banyak. Saya memang tidak berminat. Titik. Tolong jangan kejar saya lagi. Saya tak suka!” laju sahaja langkahku meninggalkannya.

Terkebil-kebil Azrey ditinggalkan sebegitu sahaja. Keras jua hati AyuSaira rupanya. Namun, itulah yang membuatkannya teruja ingin mengenali siapakah sebenarnya AyuSaira. Keras dan degil sifat kendiri orangnya. Satu tarikan positif yang membuatkannya ingin mengejari dan mendapatkan gadis ini.

“AyuSaira!!” teriaknya kali ini dengan lebih kuat, sepantas dengan lariannya mengejari gadis ini. Jelingan mata-mata orang di sekelilingnya tidak dihiraukannya. Yang penting, gadis ini mesti dimilikinya dengan apa jua caranya.
AyuSaira mempercepatkan langkahnya daripada disaingi oleh Azrey. Susah jua rupa melarikan diri ini. Mahu sakit kakinya berlari-lari anak. Sudahlah hari ini, AyuSaira ke pejabat dengan memakai high heel. Memang malang sekali hariku hari ini. Alamak, bengkaklah kakiku. Wajib kena rendam dengan ais batulah nampaknya malam ini.

“Wait!! Nak kemana pulak ni?” tegahnya daripadaku melangkah dari sisinya selepas Azrey berjaya jua menyaingi larianku.
“Opocot! Kau jatuh!” latahku spontan tidak sengaja. Azrey tersenyum mendengar latah spontanku ini. bertuah betul punya lelaki. Hilang sudah keayuanku ini di hadapannya.

“Where you want go?” soalnya dengan nafas yang tercungap-cungap. Dikesatnya air peluh yang menitis laju di pipinya. Alamak, sekali lagi. Kalau hari-hari boleh ‘ter’ jatuh cintun dengannya ini. sabarlah duhai hati. Ingat akan peristiwa lalu!
“I must go! Dah terlewat ni. Saya tiada masa untuk berbual mesra dengan Encik lagi. Masa sedang bergerak! So, please excuse me!” ujarku sambil menepis tangannya yang mendarat selamba di bahuku. Isyy..dia ini, kan bukan muhrim lagi.
“Ayu Saira, please! Berikan saya satu sebab kenapa awak tak suka sangat dengan saya ni? Apa salah saya?” pintanya beria-ria bagaikan diri ini begitu bersalah di matanya.

Rasa bersalah mencengkam naluri AyuSaira. Terasa bersalah pulak buat Azrey sebegini sedangkan Azrey tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya, kecuali satu. Menganggunya, mengejarinya! Merimaskan betul tau rasanya. Masakan itu pula boleh dijadikan sebab musabab bagiku menghindarkan diri daripadanya? Boleh diterima pakai ker oleh Azrey nanti?

“Err.. tak ada apa salah!” luncur jua kata-kataku ini. Merah padam wajahku saat anak matanya galak sekali menatapiku.
“So, mengapa AyuSaira mengelak dan lari apabila bertemu dengan saya?”
“Awak merimaskan saya!” spontan ayat itu terkeluar. Oppss!! Terlebih sudah. Jangan Azrey makin marah sudah!
Azrey tergelak kuat mendengar jawapanku ini. “Hanya tu alasannya? So funny but I still like it. That why you are different any woman I have meet. Awak suka cakap berterus terang!”
Aku mencebik mendengar ayat-ayat manisnya. Lelaki, penuh dengan kata-kata manis. Sorry, salah orang kalau aku termakan dengan semua kata-kata manisnya. Cukuplah sekali aku menjadi mangsanya. Perit dan parahnya hanya aku yang tahu. Sakit sekali...

“Hey, berangan ker?” soalnya dengan menyapaku. Lamunanku terhenti dan wajahnya menyapa di ruangan mataku dan meresapi masuk dalam mindaku. Aku tersedar yang aku sendiri benarkan diri ini berkhayal akan kenangan silam yang memeritkan itu. Kalaulah aku tahu beginikah kesudahannya, taubat aku takkan mengizinkan ianya sesekali terjadi.
AyuSaira...bangkit! Usah lagi asyik menoleh ke belakang. Majulah ke depan. Aku perlu semangat. Semangat!!!
“Oklah, saya dah beritahu apa yang Encik mahu tahu. So, please izinkan saya pergi. Saya masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan!”
“Ok. But with one condition. Dinner tonight?”
“Sorry, I must say no! And never have dinner between us!!” pantas sekali aku menolak ajakannya.
“You are not fair!” luahnya laju.
Lantas langkahku mati dan kepalaku berpaling. “What do you mean with that phrase?”

Keningku mulai bertaut saat mendengar tuduhan melulunya kepadaku. Apa haknya membolehkan mengata sebegitu kepadaku? Kami bukannya rapat sangat pun! Hanya bertemu secara tidak dirancang. Masakan kerana itu, dia sesuka hatinya mengatakan aku sebegitu?

“Awak tidak adil!” ulanginya sekali lagi. Aku menatapinya tajam. Memang hendak kena karate Kungfu Panda lagaknya si Azrey denganku agaknya. Tak pun, aku tamparnya berkali-kali kan...
“Apa masalah awak ni?” suaraku mulai meninggi. Rasanya suhu hatiku mulai mengelegar kencang menahan amarah yang sedang menyerangi dadaku. Berombak kencang aku mahu hangin satu badan dengannya.
Azrey tersenyum sinis melihat aku mulai berubah watak. ‘Not bad!’ Getus hatinya.
“Awak!”

“What? Apa kena mengena saya dengan ‘awak tak adil tu?’ ” perliku akan percakapannya. Sambungku lagi, “Rasanya saya sudah menjawab semua kekeliruan yang bersarang dalam otak awak kan sebentar tadi?”
“Yap, saya akuinya. Tapi, tak semuanya awak jelaskan, kan?”
“Apa maksud awak ni? Apa lagi yang awak perlu tahu? Mahu saya jelaskan apa lagi sehingga dapat memuaskan hati awak ni?” bertalu-talu soalan terluncur dari bibirku ini.
“Saya dapat rasakan sesuatu. Di sini!” tangannya menyentuh hati di dadanya. Lagaknya seperti mahu menyakitiku.

“Eishhh!!! Nonsense!”
“Awak tahu kan apa yang saya maksudkan. Cakap, kan?”
“Eeii..apa ni..sakitlah!” pintaku agar melepaskan pegangan tangan di lenganku.
“Awak cakaplah betul-betul.!”
“Mahu cakap apa lagi? Kan aku cakap tiada. Yang awak mahu paksa-paksa ni, kenapa?”
“Betul kan apa yang saya teka. Awak memang ada masalah. Tu sebab awak tempiaskannya kepada saya. So, saya ni telah terjadi mangsa atas perbuatan awak!”
“Awak memang sengaja nak naikkan darah saya kan? Awak ni sakit! Sakit mental tau!!! You’re sick! Sick men! ” terus aku memarahinya. Hilang sudah ketatasusilaan aku selaku perempuan melayu terakhir nampaknya kali ini. Kali ini aku nekad takkan lagi bertemu 4 mata dengannya. Suka hatilah dia mahu menuduhiku dengan apa-apa sekalipun. Aku benci, aku menyampah dan aku sakit hati dengannya.

“Mulai dari hari, jangan sesekali pun kau tunjukkan muka kau depan aku, ok! Don’t ever you put your litle eye in my face!!!”
“ And jangan berani kejar saya...lagi!!!” keras sekali nada suara AyuSaira disertakan dengan muka yang merah padam. Lelaki ini memang betul menyusahkan hidup aku. Ini kali pertama dan kali terakhir aku bertemu dengan lelaki ketam batu ini. Kakiku pantas laju meninggalkan insan yang menjengkelkan ini.

‘Apa yang aku dah lakukan ni? Aku hanyalah sekadar mengusik. What i’m doing?. Terpinga-pinga Azrey dengan amarah AyuSaira. Memang sensitif jua AyuSaira rupanya. Wajahnya bagaikan bermain-main di fikirannya. Wajahnya yang penuh dengan keayuan, kelembutan amatlah menarik perhatian. Siapakah sebenarnya AyuSaira? Who are you?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan