Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Jumaat, Mac 18, 2011

Prolog Cinta Si Gendut..


Prolog Cinta Si Gendut

versi 1



“Boleh tak tolong saya?”

Aku mendongakkan kepala. Satu wajah yang tersenyum menatapiku. Bagaikan ada sesuatu di situ. Aku bagaikan terpaku dengan renungan matanya. Sekilas pandangannya namun tetap mengusik jantung hatiku.

“Yes?”

“Tolong ke tepi!”

Berubah terus iras wajahku ini. Apa maksudnya? ‘Sombongnya mamat ni!’ jelak sudah untukku menatapi wajahnya. “Apa maksud awak?”

Hanya isyarat mata yang diberikannya kepadaku dan aku melihat. Ya Allah! Macam mana aku boleh tidak perasankan jendela kaca yang sedang menghadang laluannya? Aku bergerak ke tepi sedikit dan aku dengan segera terus mengorak langkah kakiku. Macam mana semua ini boleh terjadi? Terima kasih atas segalanya.

Adilkah aku? Layakkah aku dengan pertemuan ini? pertemuan yang tidak dirancangku selama ini?

Hatiku bagaikan tergerak untuk memandang ke belakang semula. Seolah-olah seseorang sedang memanggil-manggil diriku untuk menatapinya. Aku berpaling, mencari-cari wajahnya dalam kekalutan ramai orang yang ada di sini. Terpacul jua wajahnya. Wajahnya tetap jua seperti dahulu. Asyik dan mendamaikan.

Mengapa kami dipertemukan semula? Kenapa? Setelah bertahun-tahun aku cuba melupakannya, kini ianya muncul kembali.


Deringan handphone ku mematikan lamunanku. Terpacul nama Azrey di talian. Apa lagilah mahunya? Aku mengeluh mengenangkan sikap Azrey bagaikan tidak pernah lelah dalam mencuri perhatianku. Azrey bagaikan magnet yang sentiasa mahu tertarik denganku.

Sudah puas diriku menolak dirinya namun makin kuat dia menghampiri, mendekatiku.

Deringan itu mati sendiri. Aku tersenyum kemenangan. Jangan lepas ini, dia pulak muncul mengejut depanku, dah lah! Aku tak sanggup! Tak sanggup!! Handphoneku dimasukkan segera ke dalam beg tanganku dan mula mengorak langkah pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan