Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Sabtu, Ogos 27, 2011

2 Hati..Ingin Berbicara

Bab 1


Aku hanya mampu merenung tajam foto milik wanita ini.

“Alya!” tercetus satu nama yang sinonim dengan pemilik nama wanita ini. Alya Sofea, sepotong nama yang banyak memberikan seribu kesan dalam hidupku sehingga kini.

Segala detik-detik perkenalan kami berdua masih lagi segar dalam ingatan ini sampai kini. Mengapa perlu dikau pergi di saat aku memerlukan mu? Mengapa perlu ada perpisahan di kala dua hati bertaut? Dua hati saling mencintai?

“Apa salahku? Apa dosaku?” rintihku dalam diam. Gambar ini sahajalah tinggal sebagai kenanganku dalam mengingati dirinya. Foto yang mempotretkan kami berdua di dalam alam kebahagiaan. Foto di saat kami disatukan dalam satu hubungan dinamakan pertunangan. Riak-riak kebahagiaan jelas terpancar di seraut wajah kami berdua, alangkah indahnya hari itu.

“Pandang sini!” arah juru foto yang ditugaskan pada hari bahagia kami berdua. Kami saling berpaling dan senyuman kian mekar di bibir. Haruman bunga ros merah segar memenuhi ruangan tamu di rumah perempuan.

Aku menoleh manja ke arah Alya yang sedang sibuk menguis anak rambutnya yang ditiup angin. Cantiknya dia saat ini. Beruntung diriku kerana dapat memilikinya.

“Tunang lelaki, pandang sini!” arah Herman sekali lagi dan mengundang tawa dari sanak saudara yang datang. Alya pun sama ketawa kecil. “Ada hati ya nak ketawa abang, ya?” bisiknya perlahan di tepi telinga tunangnya.

“Dah abang tu yang sengaja cari pasal!” balasnya selamba dan mengundang ketawa kecil dari diriku pula.

“Kedua-duanya pandang sini!” serentak kami berpaling dan flash kamera mulai membanjiri ruang tamu ini. Lagaknya seperti kami berdua ini artis terkenal pulak yang sedang menghadiri sessi fotografi.

“Nice!” pujinya lagi.

“Oklah, last shoot!” sekali lagi kami memberikan kerjasama yang baik bagi memudahkan kerja
Herman. Pelbagai gaya yang dimintak dan dengan senang hatinya kami melakukannya. Kalau hati sudah senang, segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Well done and congratulation, my friend!” ucap Herman kepada kawan baiknya. Ditepuk perlahan bahu milikku dan kami bergelak ketawa bersama.

“Thank jua sudi jadi jurugambar di majlis pertunangan aku ni. Tak der extra charge kan?” usikku lagi.

“Alaa..dengan member ni, aku taklah berkira sangat. Aku hanya kasi harga terbaik punya. Jangan bimbanglah. Gambar korang berdua akan menjadi koleksi aku yang paling indah pernah aku rakamkan!”

“Thanss, bro!”

“Mana kau dapat dia?” panjang sekali muncung mulutnya menuju tepat kepada tunang kesayanganku itu.

“See the leg laa!” selorohku selamba.

“Setahu aku kaki kau tu banyak tompoknya!”

“Wey, mulut..macam mulut longkang yaa! Dia so special to me!” ujarku perlahan dan mulai mengenangkan detik perkenalan kami berdua. Macam baru semalam semuanya terjadi.



“Rieza!!!!” laung satu suara dari luar biliknya disertakan ketukan bertalu-talu. Bingitnya telinga aku mendengarinya. Bantal yang sedia ada, aku tarik perlahan dan menutupi halwa telingaku.

Lamunanku akan kisah lalu terhenti mendadak bagaikan angin lalu. Wajah Alya perlahan-lahan semakin menjauh daripada ingatanku. Kini, hanya tinggal foto dirinya sahaja sebagai peneman rinduku.

“Rieza, bukak pintu ni, sayang. Sampai bila Rieza nak berkurung ni? Keluarlah!! Temankan mama kat bawah!” ujar mama sedikit kuat dari luar.

“Ma, I need alone! Please leave me!”

“Sayang anak mama. Janganlah macam tu. Rieza kan anak mama yang naik. Janganlah nak hukum diri sebegitu! Buang yang keruh, ambil yang jernih!” rayu mama lagi bersungguh-sungguh dalam berusaha memujuk anak tunggalnya ini.

“Ma..please. Understand me!”

“As you wish!” tiada lagi bunyi ketukan di pintu. Agaknya mama pun sudah berputus asa dengan kedegilan diriku ini.Sudah berbulan-bulan keadaan sebegini semenjak peristiwa itu. Satu peristiwa yang telah merubah segalanya. Sifatku, perangaiku dan jua pergaulanku.

“Alya, kenapa kau tinggalkan diriku setelah lama kita bercinta? Apakah selama ni kau hanyalah ingin mempermainkan perasaanku sahaja? Kenapa pergi tanpa sebarang pesanan? Kau buatku tertanya-tanya!” rintihku dalam diam.

Tangisan mulai kedengaran perlahan-lahan di ruangan bilikku ini. Kesayuan memenuhi jiwaku. Aku merintih dalam diam. Hibaku mulai galak sekali menghuni hatiku. Hanya Alya yang bisa memujuk diriku di saat dukaku. Kini semuanya tinggal kenangan sahaja.

“Alya! Aku perlukan mu. Kembalilah sayang!”

“Alya!!!!!” jeritku sekuat mungkin bagi melepaskan segala kerinduan yang bertamu di dada ini. menyesakkan sangat menanggung semua ini.

Rieza melemparkan semua bantal yang ada ke lantai. Bilik mulai bersepah dengan barangan yang semua dibuangkannya. Amukannya semakin menjadi-jadi dan semakin tidak terkawal.

Jeritan yang kuat oleh Riezal mulai membimbangkan hati tua si ibunya. “Abang, saya makin bimbanglah tengok keadaan anak kita yang sorang tu!” luah mama kepada suaminya yang terleka dengan surat khabar.

“Ala..dari dulu lagi keadaan Rieza tak berubah-ubah pun. Makin teruk adalah. Sebegitu kuat rupanya penangan Alya kepadanya!”

“Saya pun tak sangka dalam kelembutan Alya mengandungi duri yang begitu berbisa. Menikam dalam diam. Meracuni dalam senyap!” olah mama akan sikap bekas tunang anak tunggal kesayangannya dahulu.

“Papa pun tak sangka yang Alya sebegitu. Dulu, papa begitu berkenan sekali dengan Alya. Lembut dan baik budaknya. Siapa sangka yang wajah tak melambangkan keperibadiannya, kan?” kesal sekali papanya dengan apa yang telah tersurat dalam takdir anaknya ini.

“Puas mama soal Rieza kenapa Alya putuskan pertunangan mereka? Rieza hanya diamkan diri sahaja sehinggalah sekarang. Entah apalah yang ditutupinya akan sebab musababnya itu. Sayang sangatlah perempuan sebegitu!”

Teringat kembali kesayuan yang bertamu di wajah anaknya pada malam penuh kedukaan itu. Disangkanya kekecohan yang Rieza berlalu pergi setelah mendapat panggilan penting daripada tunang kesayangannya itu akan menjernihkan perhubungan mereka berdua, tetapi sebaliknya terjadi.

“Sayang mama dah balik? How Alya? She fine?”

“Ma!!..Alya..Alya!” tersekat-sekat nada suaranya berbicara. Ada sedu mulai menari dalam kotak suaranya. Matanya mulai bergelinangan air mata.

“Why Alya? Dia tak der pape kan?” soal mama tidak sabar. Digoyangkan bahu Rieza dengan kuat. Keresahan yang bertamu di wajah Rieza membuatkannya tidak senang duduk.

“Kami dah putus tunang!” terduduk mama di sofa saat terdengarkan kalimah itu.

“Putus tunang??” ulangi mama sekali lagi bagi meminta kepastian yang nyata

“Ye, ma. Alya sendiri yang pinta. Katanya tiada jodoh antara kami berdua!”

“What the hell?”

“Ma, jangan nak cakap sebegitu. Alya tu tunang Rieza tau!!” bentak Rieza apabila mamanya cuba memaki hamun kekasih hati pujaannya itu.

“Your Ex-fiancee!!”

“MA!!!!” jeritnya lantang dan terus berlalu pergi ke biliknya. Hatinya sudah kacau bilau dengan semua yang terjadi ini. Hubungannya jua dengan Alya semakin meruncing sejak kebelakangan
ini. Bunga-bunga pertengkaran jua kian tercetus setiap kali pertemuan kami berdua.

Rieza banyak sekali mengalah dan mencuba menjernihkan kembali kebahagiaan yang dahulunya dikecapi. Alya pula bersikap lepas tangan sahaja. Kadang kala setiap kali bertemu, ada sahaja yang tidak kena di hati Alya. Kemarahannya semakin meruncing. Ketidakpuasan hatinya kian terserlah.

Rieza selalu menjadi mangsa kemarahannya. Dek terlalu sayangkan Alya, Rieza mengalah sahaja. Sesekali egonya sebagai lelaki jua kian tercabar jua dengan sikap Alya ini.



**************************************

1 ulasan:

  1. Selamat berkarya :) Sini takder ruang untuk follower ke dik huhuhu

    BalasPadam