Halaman

Pengikut yang Sudi Join..Terima Kasih ya!!!

Rabu, April 29, 2015

Ogos...

OGOS...

Prolog bab 1, Ogos...,
1.

***
" Cukuplah tu, HayDar! Cukuplah sekali awak pernah hina,keji,perlekehkan saya dulu. Saya dah lama terseksa. Saya telah diseksa oleh setiap bait kata kata sinis dari bibir awak, Dar. Apa awak ingat,hati saya ni mampu tersenyum indah lagi setelah 7 tahun saya bertemu awak kembali?  Satu jer saya mahu ingatkan pada awak! Jangan tunggu lagi saya di hadapan rumah saya lagi lepas ini! Awak simpanlah ayat ayat maaf awak tu. Dan, jangan cari atau ikut saya lagi!" Dayu memarahi Dar yang berdiri di luar pagar rumah sewanya.

Dar meruap air mukanya.Dia bagaikan tidak terkelu lidah mahu menjawab kembali. Dia tidak menyangka langsung sebegini dalam kelukaan di hati Kaseh Irdayu.

" Aku...aku.."

"  I say.. enough, Dar! Jangan kau kata apa apa lagi. Dah lama aku sengsara. Sudahlah tu. Kau tak perlu nak merasa apa yang aku rasai sebelum ni. Malahan, kerana mulut kaulah, aku berubah menjadi Dayu yang baru. Dayu yang gempal dulu sudah lama hilang!" Dayu kian melajukan cakapnya.

" Aku hanya nak mintak maaf je dengan kau!"

" Enough, Dar. Kau jangan sampai aku jerit pula!" kian berapi pula Dayu lihat kedegilan si Dar itu. Entah siapalah radio karat pergi beritahu Dar akan siapakah diri Dayu yang sebenarnya.

" Tapi...aku merasa bersalah kerana mengutuk kau dulu. Aku pula masa tu, budak lagi. Mana tahu mahu tapis apa yang patut dicakapkan!"  Dar masih mahu menyakinkan Dayu.


******

" Kau kenapa yang monyok muka tu? Takkan kena kejar dengan anjing lagi,kot? Tu la... aku dah cakap banyak kali, jangan lalu ikut jalan sunyi itu! Kau tetap nak lalu,kan? Degil betullah anak si Pak Mamat ni!" kian berleter teman serumahnya.

Dayu hanya mampu tersenyum sahaja. Malas mahu bukak mulut akan hal yang tidak dia buat. Kasut kerja yang tersarung di kakinya dibuang perlahan lahan. Bau busuk stoking kian memenuhi ruangan itu.

"IRdayu...," satu suara menjengah perlahan dari luar pagar rumah sewa. Irdayu dan kawannya berpaling. Alamak! Sampai ke sini dia ikut aku? Apa lagi yang dia mahu ni??

" Siapa tu,beb? Skandal kau ker?" Kawannya berbisik perlahan. Dayu sudah gelisah. Aduhai, tak berhenti mengejar betullah si HayDar ini rupanya. Menyesal pulak dahulu ada ikatan kimia bersama dengan dia.

" Takla, tu orang PTPTN. Dia datang mahu mintak hutang belajar bulan Ogos yang aku tak bayar lagi,lah!" Dayu membohong. Kawannya sudah terangguk - angguk perlahan, nampaknya kawannya ter'percaya'. Selamat Dayu!

Kawannya segera masuk. Tinggal pula urusan Dayu mahu uruskan si kaki degil milik lelaki bernama HayDar Syah. Apalah lagi kemahuan dia? Tak puas lagikah mempermainkan hati perempuan kampung seperti Kaseh IrDayu inikah?

Dengan penuh malasnya, Dayu melangkah ke pagar. HayDar tersenyum manis. Mengalah pun si Dayu ini. Kadang kala hati perempuan ini kerak kerak nasi. Degil luaran sahaja,lembutlah di dalam hati.

" Apa lagi awak nak kali ni? Ayat rekayasa apa lagi Dar mahu bahaskan kali ni?" Dayu kian naik angin dengan kedegilan si HayDar.

" Cubalah manis sikit wajah tu. Sejuk sikit saya menengoknya. Awak kan bakal isteri saya," HayDar cuba tarik minat Dayu.

Dayu mencebik. " In your dream..," sinis Dayu memerli HayDar. Hilang sudah ke ayuannya itu tatkala memandang wajqh si HayDar Syah. Dayu pernah akui dahulu, wajah itulah menjadi peneman hidupnya.

Tapi dek kerana tragedi di bulan Ogos, semuanya berubah. Persepsi Dayu terhadap HayDar berubah menjadi zero peratus. Semuanya di bulan Ogos!

*****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan